DASAR & KETETAPANSJKC SIN MINKKUURRIIKKUULLUUMM
DASAR DAN KETETAPAN KURIKULUM© SJKC SIN MIN 2026
KETETAPAN UNIT KURIKULUMSJKC SIN MIN1.0 LATAR BELAKANGPenetapan dasar unit kurikulum merupakan keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang,suatu bentuk program yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara pelajar untuk menghasilkan impak yang maksima.Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan pelajar, bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2026 – 2035)2.0 OBJEKTIFPenetapan dasar ini dilakukan bertujuan :2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pendidikan Negeri.3.0 DASAR3.1 Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran,norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi diri dalam diri pelajar dari aspek jasmani,rohani,mental dan emosi .3.2 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.
3.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri.3.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa.3.5 Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik mestilah diberikan keutamaan.3.6 Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris perlu memperkukuh pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)4.0 MESYUARAT4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun mengikut standard piawaian jabatan pendidikan bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu kurikulum di sekolah.4.2 Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di dalam Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 Tahun 20184.3 Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum.4.4 Mesyuarat 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah disediakan dalam tempoh seminggu.4.4 Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.4.5. Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia dan maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa.4.6. Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Pihak Pentadbiran Sekolah beserta Ketua-ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN5.1 Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 2 Tahun 2023: Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.5.2 Kejayaan murid dalam mata pelajaran, prestasi PBD, motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengajaran.5.3 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi mata pelajaran.5.4 Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategistrategi pengajaran yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar untuk belajar dengan lebih baik.Amalan PdPc PAK 21 adalah perlu menjadi tonggak pendidikan masa kini.5.5 Ketua panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan panitia.5.6 Pelaksanaan PLC setiap panitia adalah berdasarkan Kit PLC edisi 2019.6.0 SISTEM FAIL6.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan dalam One drive sekolah.6.2 Semua fail panitia disimpan dalam One drive panitia sekolah
7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN7.1 Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) - Sepuluh (10) Mata Pelajaran.7.2 Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) – Dua belas (12) Mata Pelajaran.7.3 Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2016 - Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017.8.0. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) SERTA RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)8.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP & DSKP Semakan 2017), Kurikulum Persekolahan 2027, Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.8.2 DSKP, DSKP Semakan 2017 dan Kurikulum Persekolahan 2027 yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru. Sila rujuk laman web Bahagian Perkembangan Kurikulum KPM dari masa ke semasa.8.3 Satu salinan DSKP dan RPT sortsopy mestilah disimpan di dalam fail panitia.8.4 Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam DSKP kepada objektif pentaksiran dan juga mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,dengan itu setiap guru harus mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata-mata pelajaran yang diajar
8.5 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (e-RPH) hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran masingmasing atau paling minima mengikut pekeliling yang ditetapkan.8.6 Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam google classroom e-RPH sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran. 8.7 Ruangan refleksi haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan penambahbaikan pada masa hadapan.8.8 e-RPH mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah setiap hari Jumaat sebelum pukul 2:30pm untuk disemak oleh Guru besar.8.9 Setiap guru mestilah menghabiskan DSKP sebelum tamat sesi sebelum tamat tahun semasa.8.10 PAK 21 – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada student centered / berpusatkan murid dan menggunakan BBB serta kemudahan ICT yang disediakan. Kualiti pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan guru juga harus menguasai kaedah-kaedah terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staf.8.11 Kandungan pendidikan sivik disampaikan secara pembelajaran bersepadu dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam, dan Pendidikan Moral; pada minggu terakhir setiap bulan.9.0 JADUAL WAKTU9.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan
9.2 Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan kepakaran guru.9.3 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu.9.4 Untuk tidak menjejaskan proses PdPc di sekolah, maka Panduan Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) adalah dirujuk. Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat khas ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Guru Ganti. Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan tugasan atau lembaran kerja yang akan digunakan oleh murid semasa Jadual Waktu Ganti tersebut.Tugasan ini akan dijalankan oleh guru ganti. Guru juga digalakkan menyediakan video, jual beli jadual waktu atau aktiviti yang bersesuaian untuk menjaga kualiti PdPc semasa ketidakhadiran guru mata pelajaran.9.5 Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan oleh pihak pentadbiran sekolah.9.6 Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar dalam meningkatkan ketrampilan dan potensi diri murid-murid. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber oleh Guru Penyelaras Media mestilah mempunyai tujuhala ke arah tersebut dan semua guru penolong kanan beserta ketua - ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik.
10.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN10.1 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau (ICT).10.2 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT dan penggunaan peralatan ICT adalah amat digalakkan dan menjadi keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan bantuan Bahan Bantu Belajar yang lain.10.3 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,seterusnya meningkatkan ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian. Ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.10.4 Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran, murid dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan murid di dalam kelas .10.5 Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan pelbagai kaedah dan kemahiran berdasarkan aras kebolehan murid. Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan ketrampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan.10.6 Guru mata pelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’ dan Pelan Pembangunan Mata Pelajaran serta Borang Perkembangan Murid mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .
10.7 Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu.Murid-murid juga digalakkan belajar melalui Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).11.0 GURU GANTI11.1 Mana-mana guru yang berkursus, bercuti sakit perlu memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran sekolah lebih awal untuk disediakan guru ganti bagi kelas guru tersebut. Guru yang memohon Cuti Rehat Khas mesti merancang lebih awal dan wajib melaksanakan jual beli jadual waktu yang menepati MMI.11.2 Guru yang hadir berkursus perlu menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang ditinggalkan.11.3 Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang telah diarahkan.12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN12.1 Peperiksaan Pertengahan dan Peperiksaan Akhir Tahun / PBD dan SEGAK (Tahap 2)12.2 Semua urusan pentaksiran yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan.12.3 Pentaksiran Bilik Darjah perlu dilaksanakan merujuk kepada DSKP sedia ada. Pentaksiran dilaksanakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran harian dijalankan. Semua guru dimestikan menyediakan Rekod Perkembangan Murid merujuk kepada senarai semak pentaksiran yang disediakan sendiri oleh guru.12.4 Ujian Segak dilaksanakan sebanyak dua kali setahun dan mengikut surat ketetapan KPM.13.0 PEMANTAUAN13.1 Pengajaran dan Pembelajaran13.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan dicerap
dua kali dalam setahun secara rasmi.13.1.2 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual barisan pentadbir, untuk menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan pencerapan / program-program sekolah yang telah dirancang.13.1.3 Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan.Oleh itu adalah penting guru tidak membuat ’judgement statement ’ tetapi mestilah membuat ’statement berdasarkan observation’ supaya penambaikan boleh berlaku.13.1.4 Pengurusan dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun oleh guru-guru penolong kanan.13.1.5 Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau 1 panitia 1 bulan bagi memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.
13.1.6 Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja,buku latihan dan hasil kerja murid ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik oleh pihak pentadbiran sekolah.13.1.7 Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh Guru Besar untuk dimaklumkan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya dibincang dalam mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .13.1.8 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan .Manakala semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.13.1.9 Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerap untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.13.1.10 Penggunaan Standard 4 sebagai borang pencerapan yang digunapakai serentak untuk pencerapan SKPM@Kualiti Sekolah Dan PBPPP atau e Prestasi.13.2 Pengurusan Panitia13.2.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Penolong Kanan Pentadbiran/Kurikulum13.2.2 Penolong Kanan Pentadbiran/Kurikulum akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun.13.2.3 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, PInTAS dan OPPM.13.2.4 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahap penguasaan murid setiap tahun berdasarkan TOV, ETR dan headcount murid.13.2.5 Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
13.3 Penilaian dan Pentaksiran Sekolah13.3.1 Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru Besar dalam pengurusan dan penyeliaan penilaian dan pentaksiran.13.3.2 Jawatankuasa Unit Penilaian dan Pentaksiran sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas tahunan.13.4 Bilik-bilik Khas13.4.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab.13.4.2 Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa bilikbilik khas ini mestilah diwujudkan.13.4.3 Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.Buku stok perlu disediakan.13.4.4 Kunci Pendua bilik-bilik Khas perlu disimpan di pejabat sekolah untuk capaian mudah pihak pentadbir memantau.13.5 Jawatankuasa Pemantauan13.5.1 Guru Besar.13.5.2 Guru-guru Penolong Kanan.13.6 Penyediaan Buku Latihan Murid13.6.1 Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan dua kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2 Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah bilangan murid di dalam setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak pentadbiran sekolah.13.6.3 Semua Penolong Kanan dan Guru Besar menyemak buku latihan murid mengikut kelas yang diajar oleh guru.14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA14.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bahan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran dengan mengisi borang Nota Minta.14.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.14.3 5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu disimpan untuk pembelian BBBbagi kegunaan awal tahun berikutnya.14.4 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang SUWA yang ada.15.0 BUKU TEKS,BUKU KERJA,BUKU LATIHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN15.1 Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap murid dan guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran.Maklumat dan pengetahuan asas dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada murid.
15.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks dan mematuhi SPI KPM Bil 3 Tahun 2022: Penggunaan Buku Aktiviti, Buku Kerja dan Buku Latihan Di Sekolah Rendah Selaras Dengan Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) bertarikh 24 Mac 2022.15.3 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru bertanggungjawab dan dibantu oleh Pengawas SPBT.15.4 Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah.Guru mata pelajaran mestilah memastikan murid membuat latihan ini dan disemak mengikut tempoh yang telah ditetapkan .15.5 Murid yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia atau guru terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti masalah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku serta mengambil tindakan susulan. Murid yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang digalakkan dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat panitia .15.6 Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat panitia.16.0 LATIHAN MINIMUM16.1 Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar.Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh semua guru matapelajaran.16.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di dalam
mesyuarat panitia pertama setiap tahun.16.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi mengikut tahap kebolehan murid-murid.16.4 Dasar Panitia atau Kontrak Latihan untuk setiap panitia perlu disediakan untuk setiap panitia dan diputuskan dalam mesyuarat panitia bilangan latihan yang sesuai dengan tahap murid, latihan pemulihan, latihan pengayaan dan latihan pengukuhan selaras dengan pembelajaran terbeza/teradun dalam PdPc.17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN17.1 Pada masa PKP guru PSS menyediakan link untuk murid menjalankan Program NILAM.17.2 Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan membawa murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pelajaran.17.3 Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan di rumah masing masing semasa PKP.17.4 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Cina , Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu secara bergilir-gilir.17.5 Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan diserahkan kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan17.6 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.18.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK18.1 Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran dibuat berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar dan
Penetapan Kurikulum Sekolah perlulah menyokong sepenuhnya semua program peningkatan akademik yang berfokus ke arah kecemerlangan dan ketrampilan diri serta sahsiah murid.18.2 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik di peringkat sekolah.18.3 Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid mengingati dan menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata pelajaran ,menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai,dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasimurid-murid terutamanya melalui penulisan,meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan,meningkatkan motivasi dan minat murid-murid untuk terus belajar .18.4 Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pada masa yang sama dapat meningkatkan ketrampilan diri murid-murid.Dilaksanakan sepanjang tahun dengan bimbingan guru.Manakala program jangka pendek adalah program-program yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk ujian formatik yang lebih berfokus kepada latih tubi, pendedahan teknik dan ’practice make perfect ’ juga ’practice make permanent ’.18.5 Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan keberkesanan dan kelancaran Program Kecemerlangan Akademik .18.6 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak
program kepada Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.18.7 Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan panitia.18.8 Dasar dan Penetapan Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.18.9 Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi yang akan membantu semua Panitia dalam merancang dan melaksana program peningkatan akademik.18.10 Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan dan kelancaran Program Peningkatan Akademik.19.0 PERKEMBANGAN STAF19.1 Kursus Dalaman19.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan menggunakan format minit curai.19.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.19.1.3 Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.19.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi19.2.1 Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003.Setiap kakitangan awam wajib menghadiri kursus sekurangkurangnya 7 hari / 50 jam setahun.Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan.
19.2.2 Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.19.2.3 Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru.19.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus19.3.1 Diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan keperluan.19.3.2 Disimpan untuk rujukan panitia.19.3.3 Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.19.3.4 Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru.
20.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENILAIAN & PENTAKSIRAN 20.1 Guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan. 20.2 Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak. 20.3 Guru boleh menggunakan printer di Pejabat untuk mencetak bahan PdPc untuk kegunaan segera. 20.4 Guru diminta mencatat bahan yang perlu dicetak dalam buku mengikut format yang disediakan bagi tujuan kawalan.
21.0 TARGET PENILAIAN & PENTAKSIRAN DALAMAN PBD - semua murid dikehendaki mencapai sekurang-kurangnya TP3 dalam Semua matapelajaran.22.0PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK22.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.22.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.23.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM 23.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan negara.23.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.