KPD4046
KAEDAH MENGAJAR
Kit Pembelajaran
Disediakan oleh:
Nurula’in binti Ab Halim (L20211011752)
Nama Pensyarah:
Encik Zaini bin Abdullah
Kit pembelajaran ini bertujuan
untuk memberikan panduan
kepada para pengguna tentang
aktiviti yang dilakukan sewaktu
proses pengajaran dan
pembelajaran.
ISI KANDUNGAN
01 02 03 04
RPH 1 RPH 2 RPH 3 KESIMPULAN
Mengingat dan Membezakan Membina Ayat Here you could
mengeja nama Buah-buahan Mudah describe the topic
Buah-buahan Tempatan Dengan
of the section
Import
RPH 1
Objektif Pembelajaran:
1) Murid dapat mengingat nama buah-buahan di
dalam Bahasa Arab.
2) Murid dapat mengeja nama-nama buah-
buahan di dalam Bahasa Arab.
PANDUAN PENGGUNAAN
Pada peringkat awal, murid-murid telah mempelajari
tentang nama buah-buahan di dalam Bahasa Arab.
Sebagai ulangkaji, guru akan memaparkan video lagu
buah-buahan di dalam Bahasa Arab.
Seterusnya murid akan berada di dalam kumpulan
masing-masing untuk aktiviti seterusnya.
.
1) Murid berada di dalam
kumpulan masing-masing
bersama Dam Ali Ba Ta.
.
2) Murid perlu membaling dadu
mengikut giliran.
.
.
3) Di setiap perhentian, murid
perlu mengambil kad huruf
yang disediakan. Setiap kad
mengandungi soalan berbeza.
.
.
4) Murid perlu menjawab soalan
pada kad huruf yang diperolehi,
soalan adalah berkaitan topik
yang telah dipelajari. Terdapat
soalan yang meminta murid
menamakan buah-buahan yang
diberikan di dalam Bahasa Arab.
.
.
5) Antara bentuk lain soalan
yang perlu dijawab oleh
pelajar adalah ejaan buah-
buahan secara lisan dan
bertulis.
.
.
6) Markah setiap murid yang berjaya menjawab soalan
dengan tepat akan dicatat manakala bagi murid yang
tidak berjaya menjawab soalan akan kehilangan satu
pusingan.
.
7) Permainan tamat apabila terdapat seorang pemain
tiba di garisan penamat dan dikira sebagai pemenang
pusingan manakala hadiah turut diberikan bagi
pelajar yang mendapat kutipan markah tertinggi
setelah markah dikira.
.
02 RPH 2
Objektif Pembelajaran:
Murid dapat membezakan antara buah-buahan
tempatan dengan buah-buahan import.
PANDUAN PENGGUNAAN
Pada peringkat awal, murid-murid telah mempelajari
tentang nama buah-buahan di dalam Bahasa Arab
mengikut kategori iaitu kategori buah-buahan
tempatan dan buah-buahan import.
Seterusnya murid akan berada di dalam kumpulan
masing-masing untuk aktiviti seterusnya.
AKTIVITI
1) Setiap kumpulan perlu
menyusun kad gambar dan
perkataan yang diberikan
mengikut kategori buah-
buahan tempatan dan buah-
buahan import.
AKTIVITI
2) Guru akan mencatat masa
yang diambil oleh setiap
kumpulan bagi menyusun
kesemua kad gambar
mengikut kategori. Kumpulan
yang mencatat masa paling
pantas dikira sebagai
pemenang dan diberikan
hadiah.
03 RPH 3
Objektif Pembelajaran:
1) Murid dapat membina 5 ayat mudah Bahasa
Arab buah-buahan yang telah dipilih.
PANDUAN PENGGUNAAN
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
Setiap kumpulan perlu membawa satu jenis buah-
buahan yang telah dipelajari.
Aktiviti:
1) Setiap kumpulan dikehendaki
membawa 1 jenis buah-buahan
yang telah dipelajari.
2) Setiap kumpulan dibekalkan
dengan kertas majung, pen
marker dan kamus.
Aktiviti:
3) Setiap kumpulan dikehendaki membina
5 ayat mudah berkaitan buah-buahan
yang dipilih dalam tempoh 15 minit. Murid
boleh merujuk kepada buku teks dan
kamus.
4) Kemudian, setiap kumpulan
dikehendaki membuat perbentangan
tentang hasil kerja kumpulan masing-
masing.
5) Guru akan menilai hasil kerja setiap
kumpulan.
04 KESIMPULAN
Kit pembelajaran ini memerlukan bimbingan daripada guru
yang mengajar.
Aktiviti yang dilakukan dapat membantu guru dan murid
memenuhi objektif pembelajaran.