The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 BMMB1104 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU NUR AYUNI BINTI SAUFI F2D

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurayunizz719, 2022-03-26 11:12:47

TUGASAN 1 BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NUR AYUNI BINTI SAUFI F2D

TUGASAN 1 BMMB1104 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU NUR AYUNI BINTI SAUFI F2D

CONTOH SELOKA PANDAI PAK PANDIR

Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang

Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan

Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga menanggung

AKAL BUDI DALAM SELOKA

Pemikiran akal budi yang terdapat dalam seloka Pak Pandir ini adalah dengan
adanya unsur-unsur sindiran yang dikenakan terhadap individu yang

mempunyai sikap selalu melebihkan keutamaan orang lain. Justeru itu sikap
melebihkan diri ini perlulah segera ditingalkan kerana sikap ini akan merugikan
diri sendiri dan juga boleh menyebabkan berlaku salah faham dalam kalangan

keluarga yang terdekat. Sikap mementingkan orang lain boleh ada dalam diri
masyarakat sekirany ta sikap tersebut didahului oleh ahli keluarga terdekat
berbanding dengan orang lain yang tidak mempunyai apa-apa hubungan. Hal
ini dibuktikan dengan frasa ‘anak dipijak’ yang memberi maksud bahawa Pak

Pandir sanggup menyakiti anaknya yang mempunyai pertalian darah
dengannya malahan melayan tetamu luar lebih istimewa daripada keluarganya

sendiri seperti dalam frasa ‘dagang dijinjing’.

GURINDAM

Raja Ali Haji telah memperkenalkan gurindam sebagai satu puisi tradisonal
dengan gurindam yang dihasilkan beliau sendiri iaitu Gurindam Dua Belas pada
tahun 1846. Gurindam ini mempunyai bentuk yang terikat iaitu setiap gurindam
mesti terdiri daripada dua baris bagi satu rangkap serta mempunyai tiga hingga
enam patah perkataan bagi setiap baris. Rima akhir bagi gurindam adalah ‘a’,’a’.

Menurut Kamus Dewan (1984) gurindam ini merupakan puisi yang terbahagi
kepada dua baris serta mempunyai isi yang berkaitan dengan pengajaran.
Manakala menurut Za’ba (1965) pula gurindam adalah sejenis syair melarat
yang mempunyai sukatan dan rangkap yang tertentu. Isi di dalam gurindam

pula merupakan fikiran-fikiran yang bernas dengan penggunaan bahasa yang
indah serta turut dinyanyikan.

CONTOH GURINDAM DUA BELAS

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.

Barang siapa mengenal yang empat,
makai ia itulah orang yang ma’rifat.

Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.

Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.

Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.

Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.

AKAL BUDI DALAM GURINDAM

Pemikiran akal budi yang terdapat dalam gurindam dua belas ini adalah dilihat daripada
tujuan pengarang bagi menjelaskan kepada para pembaca bahawa sesiapa yang hidupnya
tidak mengetahui Tuhannya maka hidupnya merupakan satu perkara yang sia-sia iaitu tidak
mempunyai tujuan hidup yang betul. Kesan daripada hidup yang tidak mengenal Tuhan ini
akan menjadikan seseorang itu sentiasa berasa resah-gelisah dan hidupnya juga sentiasa
tidak tenang. Terdapat empat perkara yang patut dilakukan supaya hidup akan menjadi lebih
tenang tanpa perasaan was-was adalah dengan mengamalkan ajaran syari’at, ma’rifat, tarikat
dan juga hakikat yang berkait dengan ajaran tasawuf. Perbincangan yang melibatkan akal

budi juga dapat dilihat daripada konteks falsafah dalam gurindam ini adalah persoalan
kehidupan manusia di dunia dan juga akhirat. Gurindam dua belas itu ditulis bertujuan untuk
menyentuh kesedaran bagi jiwa masyarakat supaya masyarakat dapat memainkan peranan

mereka sebagai manusia untuk membentuk diri mereka dengan penambahan nilai moral
terhadap diri. Nilai yang mempunyai unsur islamik juga turut diterapkan dalam gurindam
dua belas tersebut sehingga boleh menjadikan insan itu sebagai yang mempunyai sifat jati
diri yang indah dan sikap sentiasa mendahului agama dalam sebarang hal yang terjadi bagi

mendapatkan ketenangan hidup di dunia dan akhirat.

RUJUKAN

Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin Shamsudin Abu Bakar, Andul Rani Hassan & Hasnah
Awang. (2022). Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. (1984). Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan dan Sejarah. Fajar Bakt
Hashim Awang. (1985). Mendekati Kesusasteraan Melayu. Fajar Bakti Sdn. Bhd

Jassin, H.B. (1983). Pengarang Indonesia dan Dunianya. Penerbit PT Gramedia.

Muhammad Haji Salleh. (1991). The Mind of the Malay Author. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ungku Abdul Aziz. (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Za'ba. (1962). Ilmu Mengarang Mel
ayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.



Za’ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Za'ba. (1978). Learning disabilities and Juvenile Delinquency. Journal of Leraning Disabilities,
11(4), 242-246.

TAMAT


Click to View FlipBook Version