The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 BMMB1104 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU NUR AYUNI BINTI SAUFI F2D

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurayunizz719, 2022-03-26 11:12:47

TUGASAN 1 BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NUR AYUNI BINTI SAUFI F2D

TUGASAN 1 BMMB1104 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU NUR AYUNI BINTI SAUFI F2D

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA: NUR AYUNI BINTI SAUFI
KELAS: F2D

NO KP: 030809-03-0210
ANGKA GILIRAN: 2021252310099
NAMA PENSYARAH: DR ARFAH BINTI AHAMAD

TARIKH HANTAR: 26 MAC 2022

TAKRIF KESUSASTERAAN

Menurut Ali Ahmad (1994), perkataan sastera adalah berasal dari Bahasa Sanskrit iaitu
castra. Pada zaman Bahasa Sanskrit, perkataan castra ini disebut dengan bunyi syastra
yang membawa maksud kitab yang suci. Jika dipecahkan perkataan kesusasteraan ini
setiap perkataan itu sebenarnya mempunyai makna yang tertentu iaitu su ber bermaksud
satu keindahan atau cantik, sas adalah pengajaran atau panduan terhadap arahan
tertentu, tera adalah hasil pemikiran yang dibuat oleh pengarang itu sendiri. Justeru,
secara keseluruhannya susatera ini bermaksud sebuah karya Bahasa yang diujarkan
dalam bentuk lisan mahupun disampaikan dalam bentuk tulisan yang memiliki sifat
istimewa dengan adanya unsur kesenian di dalam karya tersebut. Perkataan
kesusasteraan pula bermaksud erti suatu hasil seni sastera atau secara jelasnya boleh
dimaksudkan sebagai persuratan. Penambahan awalan ke pada bahagian depan
sastera dan an di belakang membawa maksud satu kesenian persuratan yang memiliki
sifat penggunaan bahasa yang halus dan juga indah.

Kesusasteraan menurut Hashim Awang (1985) adalah kesusasteraan sebagai ciptaan
seni yang diujarkan dalam bentuk bahasa. Bentuk Bahasa yanh dimaksudkan di sini
adalah karya tersebut dibahagikan kepada dua iaitu sastera lisan dan tulisan.
Kesusteraan ini dianggap sebagai kesusasteraan yang indah apabila diperdengarkan
dengan mendalami emosi dan imaginasi yang baik dalam kalangan pendengar
disebabkan hasil sesuatu karya kesusteraan itu boleh membawa kepada kisah yang
bolrh diteladani. Karya kesusasteraan Melayu juga dianggap sebagai karya yang
mempunyai segala luahan perasaan kemnausiaan yang terperinci dan juga moral-
moral yang benar daripada sifat ikhlas mereka serta sifat keterbukaan yang
diamalkan bagi menerima pendapat-pendapat orang lain yang ditulis semula
dengan bahasa yang mempersonakan. Karya kesusasteraan ini juga adalah sebuah
karya yang terhasil daripada bentuk inspirisi kehidupan manusia yang ditulis dengan
bahasa yang indan dan baik dalam sesebuah karya. Ujaran yang dikeluarkan secara
spontan hasil daripada perasaan yang mendalam juga boleh disebut sebagai
maksud suatu sastera

BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
TRADISIONAL

PROSA TRADISIONAL PUISI TRADISONAL

BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
MODEN

PROSA MODEN PUISI MODEN

JENIS PROSA TRADISIONAL

NARATIF LISAN NARATIF TULISAN

Mitos Cerita Rakyat Sastera Sejarah Sastera Panji

Lagenda Sastera Hikayat Sastera
Kepahlawanan
Epik

PROSA TRADISIONAL


CERITA MITOS
CERITA LAGENDA
CERITA RAKYAT

MITOS

DEFINISI: Mitos adalah cerita yang dikira sebagai suatu cerita yang benar-benar wujud
pada suatu ketika dahulu dan cerita ini dianggap cerita yang mengisahkan suatu peristiwa
yang berlaku di luar jangkauan fikiran manusia. Sebagai contohnya, cerita-cerita yang
dianggap berlaku ini adalah cerita yang mempunyai unsur suatu konsep kepercayaan
wujudnya satu-satu bangsa, peristiwa yang berkait dengan alam semesta dan sebagainya.




JENIS MITOS: Mitos mempunyai 3 jenis iaitu jenis pertama adalah asal-usul iaitu cerita yang
terdiri daripada sesuatu yang berkait rapat dengan magik atau suatu rahsia yang tidak
diketahui orang. Jenis kedua adalah melibatkan institusi sosial atua budaya iaitu kisah
sejarah kewujudan institusi sosial dalam kalangan masyarakat. Jenis terakhir adalah politik
iaitu cerita yang bercorakkan tentang pemerintahan di sesebuah kerajaan.

CIRI MITOS: Ciri bagi mitos ini adalah dianggap sebagai peristiwa yang benar-benar iaitu
peristiwa yang berlaku adalah melibatkan keadaan yang berlaku dengan pelik tetapi
penting untuk masyarakat. Cerita mitos biasanya banyak berlaku pada zaman-zaman

terdahulu tetapi dikira sebagai satu peristiwa yang keramat dan meninggalkan banyak
impak dalam hidup masyarakat sampai sekarang. Kebiasaan cerito mitos adalah
melibatkan dewa-dewa tertentu.

CERITA LAGENDA

DEFINISI: Cerita lagenda adalah cerita yang dianggap sebagai cerita yang benar-benar wujud
dan pernah terjadi suatu ketika dahulu oleh penyampai cerita itu sendiri. Cerita lagenda
biasanya cerita yang selalu dikaitkan dengan dongeng yang berkisahkan tentang sejarah.

CIRI: Cerita lagenda ini disampaikan secara lisan yang berkisarkan kisah sejarah tertentu
pada masa lampau. Cerita lagenda dapat dibuktikan dengan adanya peninggalan seperti
kubur dan juga suatu binaan yang dibina orang terdahulu. Tokoh atau tempat yang khusus
dalam cerita lagend aini dianggap sebagai sifat yang istimewa iaitu sifat keajaiban sehingga
cerita ini dikira sebagai sejarah yang kolektif. Cerita lagenda dianggap cerita yang benar-
benar terjadi seperti cerita yang mengisahkan tentang Si Tanggang.

JENIS: Cerita lagenda terbahagi kepada empat jenis iaitu lagenda keagamaan yang
bercerita mengenai ulamak-ulamak yang alim pada zaman dahulu, jenis kedua adalah
lagenda alam ghaib iaitu kisah yang berkisarkan tentang seseorang yang pernah
mengalami peristiwa dengan makhluk ghaib. Jenis yang ketiga adalah lagenda
perseorangan iaitu cerita tentang tokoh tertentu dan jenis keempat adalah lagenda tempat
iaitu cerita yang berkait dengan nama suatu temnpat yang boleh dihubungkaitkan dengan
nama tokoh atau binatang. Lagenda tempat ini mempunyai unsur historiografi yang berkait
dengan kisah yang betul oleh sejarah tempatan, berunsur menceritakan tokoh yang luar
biasa yang menjadi pengasas kepada suatu tempat tersebut. Bukti lagenda tempat ini
boleh dilihat daripada kesan-kesan yang ada pada bentuk muka bumi.

CERITA RAKYAT

DEFINISI: Cerita rakyat adalah cerita yang dikenali ramai dalam kalangan masyarakat pada
zaman dahulu. Namun demikian, cerita rakyat tidaklah berhenti pada zaman dahulu sahaja
malahan cerita rakyat masih lagi diceritakan kepada generasi sekarang secara lisan dan
seterusnya diperturunkan dari generasi ke generasi yang seterusnya.

CIRI: Ciri-ciri cerita rakyat ini adalah dapat dilihat daripada penyampaiannya yang
disampaikan secara turun-temurun kepada rakyat. Selain itu, cerita rakyat juga dikenali
sebagai cerita yang tersebar dari mulut ke mulut rakyat yang lain dengan cara
penyampaiannya secara lisan. Cerita ini juga bersifat anonym iaitu nama pengarang bagi
sebuah cerita itu tidak diketahui dan cerita yang disampaikan tidak diketahui tentang orang
yang pertama sekali memulakan cerita tersebut. Cerita rakyat turut memiliki kandungan
yang bersifatkan nilai-nilai luhur dalam diri masyarakat serta memiliki banyak variasi dari
segi penyampaiannya.

FUNGSI CERITA RAKYAT: Cerita rakyat adalah berfungsi untuk menjadi sebagai satu sumber
hiburan dengan memberikan suasana yang ceria dan seronok kepada para pendengar. Selain
itu, cerita rakyat turut dapat memberikan pendidikan dengan mempunyai unsur-unsur yang
berfaedah untuk diamalkan oleh para pembaca atau pendengar. Seterusnya dengan adanya
cerita rakyat juga mampu untuk memperkukuhkan lagi nilai sosial dan budaya yang patut ada
dalam kalangan masyarakat.

JENIS CERITA LIPUR LARA
RAKYAT JENAKA
TELADAN
BINATANG

LIPUR LARA

MAKSUD: Cerita Lipur lara ini adalah cerita yang boleh menjadi hiburan buat orang ramai
dalam keadaan hiburan dan juga dukacita. Hal ini dikatakan demikian kerana, Dr Ismail
Hamid berkata penglipur itu membawa pengertian sebagai penghibur manakala lara pula
adalah duka atau kesedihan hati yang menimpa seseorang. Cerita lipur lar aini juga dikenali
sebagai cerita roman yang melibatkan golongan istana seperti puteri, puteri dengan situasi
yang penuh kemewahan serta dipenuhi oleh kuasa ajaib.




CIRI: Ciri yang ada pada cerita lipur lar aini adalah dari segi tema, bentuknya yang terdiri
daripada prosa yang diselangi puisi. Dari segi tema, cerita ini adalah bertemakan kisah cinta
antara wira dan wirawati yang menyebabkan wira terpaksa menggambara untuk mencari
pasangannya iaitu wirawati yang penuh dengan cabaran dan halangan. Ciri yang kedua dari segi
prosa yang telah diselangi puisi iaitu cerita lipur lara yang disampaikan dalam bentuk karangan
yang tidak lengkap namun prosa tersebut akan didengar secara puisi atas sebab peranan
pencerita yang akan melagukan prosa tersebut sekiranya mereka berhadapan dengan penglipur
lara itu sendiri.

FUNGSI: Lipur lara ini adalah berfungsi untuk sebagai hiburan kerana isi yang terkandung di
dalam cerita ini adalah bersifatkan sebagai keindahah dan keseronokkan belaka. Selain itu
dapat menjadi alat pengajaran apabila adanya pendidikan moral yang ditekankan iaitu sifat
berdikari dalam mencari keuntungan, sifat hormat yang tinggi terhadap ibu bapa, bersifatkan
patriotik dan semangat cinta akan tanah air, perhubungan yang akrab antara raja dan rakyat
sehingga dapat mengelakkan daripada berlakunya sifat sombong dan sebagainya.

JENAKA

MAKSUD: Cerita jenaka pula adalah cerita yang disampaikan kepada masyarakat sehingga
dapat menimbulkan rasa lawak dan geli hati dalam keadaan rakyat. Justeru itu, rakyat yang
mendengar cerita ini akan mempunyai gerak balas ketawa apabila mendengar cerita jenaka
ini.

CIRI: Cerita jenaka ini kebiasaanya hanya disampaikan secara santai sahaja kepada para
pendengar dengan menggunakan bahasa pertuturan seharian rakyat menyebabkan lawak
yang ingin disampaikan itu dapat sampai pada pendengar. Cerita ini juga kadang kala
diperdengarkan secara spontan apabila cerita yang disampaikan itu didapati daripada
pengalaman jalan cerita itu sendiri. Cerita ini turut dikaitkan dengan sifat bodoh sial atau
bodoh pintar untuk menambahkan lagi kelucuan daripada cerita ini.

FUNGSI: Fungsi cerita jenaka ini dapat dilihat dari aspek hiburan. Cerita jenaka ini
berfungsi sebagai pemberi hiburan kepada rakyat apabila wujudnya unsur-unsur yang
dapat menggelikan hati para rakyat di samping dapat menenangkan jiwa serta merehatkan
minda rakyat itu sendiri.

TELADAN

MAKSUD: Cerita teladan adalah cerita yang mempunyai elemen-elemen pengajaran dan juga
pendidikan moral yang baik melalui nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut. Nilai-
nilai murni yang dinyatakan dalam cerita ini adalah berdasarkan watak dalam cerita teladan itu.
Cerita teladan juga mementingkan kepada hukum pembalasan yang setimpal untuk dijadikan
pengajaran kepada para pembaca dan pendengar contohnya watak yang baik akan dibalas
dengan balasan yang baik manakala watak antagonis akan diberi pembalasan buruk yang
setimpal dengan perbuatannya.

CIRI: Ciri yang ada pada cerita teladan ini adalah manusia biasa yang menjadi tokoh utama
cerita ini. Tokoh manusia yang terdapat dalam cerita teladan ini memainkan watak mereka
dengan bertingkah laku dengan baik, berakhlak mulia dan juga sentiasa berlaku jujur.
Kebiasaan bagi ciri cerita teladan ini juga dapat dilihat apabila watak mendapat pertolongan
daripada kuasa sakti yang boleh membantu watak keluar daripada kesusahan yang ditimpa
oleh beliau pada hujung cerita.

FUNGSI: Fungsi pertama yang dapat dilihat daripada cerita teladan ini adalah sebagi hiburan
kepada rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana, di dalam cerita teladan ini telah disertakan

gambaran-gambaran indah yang menjadi penarik buat pembaca atau pendengar untuk
melihat dengan lebih jauh cerita teladan ini. Selain itu, cerita ini turut dapat menjadi sebagai
unsur pengajaran buat rakyat apabila cerita teladan ini turut menyelitkan tentang peristiwa

yang boleh pembaca dan penonton menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar buat
mereka semua pada kehidupan akan datang.

BINATANG

MAKSUD: Cerita binatang adalah cerita yang diceritakan dengan bertujuan untuk
menghiburkan hati rakyat dengan telatah-telatah binatang dan juga bertujuan untuk
mendidik rakyat berpandukan kisah yang disiarkan dalam bentuk binatang untuk memberi

sindiran atau nasihat kepada rakyat secara tidak langsung.

CIRI: Ciri pertama cerita ini adalah dipelopori oleh binatang itu sendiri. Cerita binatang ini
dibuat dengan berpandukan sifat yang ada pada manusia contohnya binatang mempunyai
sifat sama dengan manusia iaitu dapat bertingkah seperti manusia iaitu bercakap. Struktur
bagi cerita ini juga dilihat mempunyai persamaan antara masyarakat dengan masyarakat
yang lain. Kebiasaanya binatang yang bertubuh kecil ini dijadikan tokoh utama dalam cerita

tersebut manakala binatang yang bertubuh besar dianggap sebagai binatang yang jahat.

FUNGSI: Fungsi cerita binatang ini adalah sebagai medium penghibur dalam kalangan rakyat
terutamanya bagi kanak-kanak kerana cerita binatang ini akan disekalikan dengan adanya
gambar-gambar binatang yang menarik sehingga dapat menarik minat kanak-kanak yang

mendengar. Selain itu, dijadikan sebagai pendidikan apabila cerita binatang tersebut memberi
gambaran melalui watak binatang bahawa jangan bersikap tamak, sombong, takbur dan

sebagainya serta turut diselitkan akibat daripada perbuatan tersebut. Akhir sekali adalah dapat
menciptakan karya sastera yang baharu apabila kanak-kanak dapat mengasah bakat mereka
dari segi lakonan apabila cerita binatang yang dilihat mereka itu disampaikan dalam kaedah
lakonan.

PROSA MODEN


CERPEN
NOVEL
DRAMA

CERPEN

MAKSUD: Perkataan cerpen ini berasal daripada dua perkataan iaitu cerita dan pendek.
Namun atas penggabungan daripada tiga huruf di bahagian depan iaitu cer dan tiga huruf di
bahagian depan pendek iaitu pen menjadikan dua perkataan ini apabila digabungkan berubah
menjadi cerpen. Cerpen telah mula berkembang maju semasa kegiatan suratkhabar Melayu
semakin hari semakin maju kira-kira tahun 1930-an. Cerpen ini merupakan satu daripada
gambaran semula tentang kehidupan yang ada pada zaman dahulu berkaitan dengan
masalah yang dihadapi sama ada dari aspek sosial, ekonomi, dan politik.




CIRI: Cerpen ini terdiri daripada satu tema sahaja dan yang selainnya adalah sebagai
persoalan untuk meninggalkan impak kepada para pembaca. Bagi watak dalam cerpen ini
hanyalah menekankan kepada watak-wakat yang tertentu sahaja. Sebagai contohnya, watak
yang tidak diberikan keutamaan ini akan dilihat sebagai watak sampingan yang akan
memperkukuhkan lagi watak utama. Pertembungan antar watak antagonis dan juga

protagonist ini akan menjadi sebagai kemuncak yang ditunggu pembaca iaitu bahagian yang
dianggap unsur dramatik. Cetusan perasaan dan pergelutan emosi semasa mendengar cerpen

ini adalah dapat menaikkan semangat dan ketegangan semasa melihat cerpen ini.

FUNGSI: Fungsi cerpen dapat dilihat daripada lima fungsi iaitu fungsi yang pertama adalah
fungsi rekreatif iaitu cerpen yang dapat menghiburkan hati para pembaca supaya terus
gembira apabila membaca cerpen. Selain itu, fungsi didaktif apabila pembaca dapat melihat
sega;a nilai-nilai baik yang dapat ditunjukkan daripada dalam cerpen tersebut. Fungsi ketiaga
adalah moralitas. Fungsi ketiga ini adalah untuk memunjukkan kepada para pembaca berkaitan
moral baik dan buruk yang patut mereka tahu contohnya moral buruk yang ditunjuukan
daripada cerpem ini dapat menghindarkan pembaca daripada melakukan perkara yang tidak
baik. Fungsi terakhir adalah relegiusitas iaitu fungsi yang mempunyai unsur agama yang dapat
dijadikan iktibar dan panduan buat para pembacanya.

NOVEL

MAKSUD: Novel ini berasal daripada perkataan Itali iaitu novella yang membawa aksud satu
benda kecil yang baharu. Bagi pendapat Shahnon Ahmad (1972) novel adalah bentuk
pentafsiran daripada hidup manusia yang berasaskan bentuk sastera cereka. Namun ada juga
yang mengatakan bahawa isi yang terdapat dalam novel ini adalah perjuangan daripada
kehidupan terdahulu contohnya pertentangan antara keadilan dan juga penindasan terhadap
orang yang lemah, permasalahn yang berlaku dalam kalangan manusia sendiri, dari segi alam
atau sikap masyarakat yang gemar berimaginasi

CIRI: Novel ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu iaitu ciri pertama yang ada pada novel ini adalah
terdiri daripada faktor utama yang boleh dihubungkaitkan dengan satu sama lain iaitu dari segi
pengalaman yang pernah dilalui, realiti kehidupan itu sendiri dan juga dari segi beimaginasi. Novel
ini adalah satu novel yang mempunyai satu tema yang merangkumi keseluruhan daripada novel
tersebut dan memiliki beberapa persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.

CONTOH NOVEL: Terdapat banyak hasil novel-novel yang telah berjaya dihasilkan. Salah satu
daripada novel tersebut adalah novel yang berkisarkan tentang kemasyarakatan. Contoh bagi

novel kemasyarakatan ini adalah Minah Joget Moden (1949) yang menceritakan kisah
masyarakat yang membenci akan penari-penari joget namun disangkal oleh Minah apabila
beliau menegaskan isu itu dengan kaitan seniwati Melayu. Novel yang bersikap semangat
kebangsaan pula adalah karya Harun Aminurrashid pada tahun 1949 iaitu novel yang berjudul

Siapakah Yang Bersalah. Penceritaan novel ini adalah daripada kisah yang benar iaitu
berkisarkan tentang pengalaman sendiri yang terpaksa melakukan Kerjasama dengan negara

Jepun sehingga mendapat idea yang bernas untuk mencuba memajukan bangsa sendiri
apabila melihat contoh daripada negara Jepun.

DRAMA

MAKSUD: Drama adalah salah satu dripada karya sastera iaitu cara penulis menyampaikan
mesej atau berkaitan dengan pemikiran mereka melalui lakonan yang dibawa oleh watak-
watak tertentu. Dialog juga merupakan elemen penting yang perlu ada dalam satu-satu drama
tersebut. Erwan Juhara (2014) berpendapat bahawa drama adalah satu unsur kesatuan yang
boleh menbentuk sesuatu karya secara keseluruhannya. Skrip adalah unsur yang penting
dalam sesuatu drama yang boleh dijadikan panduan kepada pengarah drama itu sendiri
sebelum pengarah memikirkan cara pementasan yang perlu disesuaikan dengan drama
tertentu. Bagi melakukan pementasan suatu drama itu, terdapat juga perkara-perkara yang
patut dititikberatkan sebelum pementasan itu berlangsung antaranya adalah dari segi
pencahayaan, bunyi, pakaian yang bersesuian dengan watak yang ingin dibawa, tatarias
beserta juga penonton.

CIRI: Cerita dalam drama ini disampaikan kepada penonton di dalam bentuk dialog antara
pelakon atau bermonolog secara sendiri. Selain itu, sesebuah drama itu perlulah dimainkan
oleh watak-watak tertentu iaitu manusia,wayang atau patung. Konflik atau permasalahan turut
patut dimasukkan dalam drama supaya menjadi persoalan kepada para penonton.
Pementasan suatu drama kebiasaannya dilaksanakan di atas pentas yang lengkap dengan
peralatan bagi menaikkan lagi suasana untuk babak-babak tertentu.

FUNGSI: Drama berfungsi sebagai hiburan kepada para penonton terutamanya apabila drama
tersebut melibatkan babak yang berunsur komedi. Hal ini dapat dapat membuat para penonton
ketawa dan terhibur dengan drama tersebut. Selain itu, drama turut dapat menambahkan ilmu
pengetahuan buat penonton contohnya drama yang banyak menceritakan berkaitan dengan
kehidupan seharian manusia menjadikan para penonto dapat mengambil ilmu atau iktibar
daripada drama yang ditunjukkan tersebut. Akhir sekali adalah drama berfungsi sebagai
menunjukkan nilai-nilai sosial yang baik. Hal ini dapat diperkatakan sebegini apabila drama yang
ditonton itu dapat menunjukkan nilai sosial seperti cara berhubung dengan masyarakat luar,
cara menghormati orang lain dan sebagainya.

PANTUN SELOKA
SYAIR
JENIS PUISI
TRADISONAL

GURINDAM

PANTUN

MAKSUD: Menurut Za;abaa (1978) pantun adalah cara rangkapan yang tertua dalam masyarakat
Melayu contohnya masyarakat Melayu telah pun saling membalas pantun di antara mereka

sebelum mereka mula berbalas surat. Manakala bagi Harun Mat Piah (1989) pantun itu dilihat
daripada aspek dalaman dan juga luaran bagi struktur visualnya. Aspek dalaman bagi pantun
adalah mempunyai unsur estetik, isi, tema serta persoalan. Pantun ini juga memiliki makna yang

tersendiri dan banyak memiliki maksud yang tersirat. Oleh itu pantun ini sesuai untuk
memberikan teguran atau pengajaran kepada seseorang tanpa menyinggung perasaan orang
lain. Pantun ini juga adalah karangan yang tidak mempunyai rangkap iaitu tidak bebas dari segi

bentuk dan juga perkataan.

CIRI: Ciri-ciri bagi pantun adalah dari segi jumlah baris iaitu pantun boleh terdiri daripada dua
hingga enam belas rangkap bagi satu rangkap serta jumlah baris itu juga mestilah digenapkan.
Manakala bagi suku kata pula pada setiap baris pula hanya perlu lapan huruf hingga dua belas
huruf sahaja. Setiap rangkap bagi pantun pula mestilah mempunyai pembayang dan juga
maksudnya. Sebagai contoh bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah sebagai
pembayang dan baris ketiga dan empat dikira sebagai maksud. Bagi rima akhir pantun mestilah
sejajar contoh bagi pantun empat kerat, rima bagi pantun empat kerat adalah ‘a’,’b’,’a’,’b’.

FUNGSI: Fungsi pantun ini adalah untuk melakukan komunikasi yang diaplikasikan di tempat-
tempat yang tertentu. Fungsi pantun ini digunakan juga untuk memberi maksud satu sindiran
atau dijadikan bahasa kiasan supaya tidak menyinggung perasaan orang yang disindir. Pantun
ini dilaksanakan dengan cara menyindir ini bukan lah beerti ingin menyakiti hati pihak lain
malahan membawa maksud supaya perbuatan atau orang yang disindir itu boleh memperbaiki
perbuatan atau perangainya.

BENTUK Dua kerat
Empat kerat
Enam kerat
Lapan kerat
Sepuluh kerat
Dua belas kerat

Nasihat TEMA Budi

Adat Cinta

Kanak-kanak Teka-teki

Agama Sindiran Jenaka

GURINDAM

MAKSUD: Gurindam ini adalah puisi yang tidak memiliki bentuk yang tetap. Hal ini sama seperti
yang diperkatakan oleh Za’abaa (1962) iaitu gurindam adalah satu puisi yang tidak mempunyai
sukatan atau rangkap yang tetap. Perkataan gurindam ini berasal daripada bahasa Tamil iaitu
‘iradam’dan ‘kirandam’ yang membawa maksud puisi yang ditulis secara terbuka. Isi gurindam ini
terdiri daripada fikiran bernas dengan penggunaan bahasa yang ceria beserta juga dengan
nyanyian tertentu. Namun, ada juga yang mengatakan bahwa gurindam ini adalah sajak yang
mempunyai dua baris iaitu baris pertama adalah syarat manakala baris kedua adalah akibat.

CIRI: Ciri gurindam ini adalah kebiasaannya dalam bentuk yang terikat. Gurindam ini
terdiri daripada dua baris bagi satu rangkap dan mempunyai dari tiga hingga enam
perkataan sahaja bagi sebaris. Skima rima akhir bagi gurindam ini adalah sama iaitu ‘a’ dan
‘a’. Namun demikian gurindam ini memerlukan beberapa rangkap yang baru untuk
menyempurnakan sesuatu idea. Gurindam ini juga tidak mempunyai pasangan dan tidak
mempunyai rangkap.

JENIS BERKAIT Gurindam berangkai itu dikenal pasti
GURINDAM BERANGKAI apabila wujudnya kata yang sama
pada baris yang pertama dan di
setiap baitnya.



Gurindam berangkai ini melibatkan
perkaitan antara bait yang pertama

dengan bait yang kedua supaya
sesuatu maksud itu dapat

disampaikan dengan lebih jelas




FUNGSI: Fungsi gurindam adalah dapat digunakan untuk mendidik jiwan manusia. Sebagai
contohnya, gurindam yang mempunyai unsur keagamaan akan dapat membantu pembaca
turut sama dalam menghayati gurindam tersebut lalu dapat mendidik jiwa mereka ke arah yang
lebih baik. Selain itu juga gurindam turut berfungsi sebagai hiburan kepada para pembaca.

SYAIR

MAKSUD: Bagi pendapat Mohd Yusof Md Nor(1985) syair itu adalah suatu perkataan yang
berasal daripada puisi Arab iaitu sy’ir’. Namun demikian syair Melayu adalah berbeza
daripada syair kesusasteraan Arab. Harun Mat Piah (1989) bersama dengan pengkaji lain
turut bersepakat mengatakan istilah syair itu berasal daripada Bahasa Arab yang membawa
pengertian puisi umum. Syair ini adalah sejenis puisi yang diperdengarkan beserta dengan
gaya berlagu. Syair ini telah dibawa masuk dari Parsi ke Nusantara apabila kedatangan Islam
mula berkembang di Nusantara.

CIRI: Ciri bagi syair ini adalah mempunyai empat baris bagi satu rangkap dan rima akhir bagi
kesemua baris adalah sama seperti ‘a’,’a’,’a’,’a’. Setiap baris itu pula mempunyai empat
hingga 5 patah perkataan manakala bagi suku kata adalah sebanyak lapan hingga dua belas
bagi tiap-tiap baris syair berikut. Syair ini juga adalah pernyataan yang berlanjutan seperti
memgemukan cerita, idea yang datang daripada akal fikiran, serta segala puji-pujian.

FUNGSI: Fungsi syair dapat dilihat daripada segi hiburan iaitu syair sering digunakan
dalam majlis-majlis Melayu. Sebagai contohnya syair biasanya dipasang pada acara
kenduri perkahwinan masyarakat Melayu supaya dapat lebih memeriahkan majlis
dengan adanya syair berbentuk lagu yang enak didengar.

BENTUK SYAIR NARATIF Romantis, sejarah,
BUKAN NARATIF keagamaan serta
kiasan atau sindiran

Nasihat dan unsur
keagamaan

SELOKA

MAKSUD: Menurut pandangan Harun Mat Piah (1989) istilah seloka adalah berasal
daripada bahasa Sanskrit iaitu shloka yang membawa maksud seloroh iaitu berjenaka atau
sindiran. Isi atau mesej yang terdapat di dalam seloka ini adalah sarta dengan mesej-mesej
yang dinyatakan secara tersirat dan boleh digunakan sebagai pengajaran kepada
masyarakat semua. Seloka ini melebihkan kepada pepatah, bidalan yang memilki unsur
seloroh, ejekan dan juga sindiran tertentu.

CIRI: Seloka ini adalah puisi yang berbentuk bebas dari aspek rangkap, baris dan
juga rima. Namun demikian, seloka turut memerlukan baris tertentu bagi
menyempurnakan idea yang ingin disampaikan dalam seloka. Terdapar juga seloka
yang turut ditulis dalam bentuk terikat iaitu dengan ditulis secara empat baris bagi
satu rangkap. Bentuk seloka ini dilihat mempunyai bentuk yang seakan-akan sama
dengan gurindam.

FUNGSI: Seloka ini berfungsi untuk memberi gambaran kepada masyarakat yang
memberi kepentingan kepada keharmonian dan juga ketatasusilaan yang menepati
sifat orang Melayu yang mempunyai sifat yang baik dan halus. Fungsi seloka juga
digunakan untuk mengkritik sebarang perbuatan negatif daripada masyarakat yang
lain tanpa menyinggung perasaan pihak yang disindir.

JENIS SELOKA Seloka khayal



Seloka menempelak



Seloka mengejek



Seloka gurau senda



Seloka nasihat

PUISI MODEN

SAJAK

MAKSUD: Sajak ini merupakan puisi moden yang disampaikan dengan cara bertulis, dilihat,
serta dapat dihayati. Sajak ini adalah puisi moden yang berbentuk bebas dan terikat pada

pola yang dikhususkan walaupun memerikan rima dan juga rentaknya. Sajak ini adalah
keberkesanan bagi sesuatu pengucapan yang disampaikan melalui perasaan, pemilihan kata

yang sesuai dan kata yang mempunyai perkaitan dengan erti serta irama. Hashim Awang
(1984) berkata sajak itu adalah puisi baharu yang dikenali ramai yang lahir sebagai pilihan
buat puisi tradisonal. Bagi pandangan H.B. Jassin (1983) pula adalah sajak itu dikira sebagai

satu pengungkapan perasaan yang memiliki buah fikiran dan tanggapan yang tertentu.
Sebaai contohnya sajak ini wujud hasil daripada suara hati yang tulus ikhlas daripada

penyairnya yang tersendiri.

CIRI: Sajak tidak terikat kepada mana-mana pemilihan kata yang sesuai, cara
pembentukan sesuatu rangkap, dari segi baris dan juga penggunaan rima
akhir seperti yang perlu dipatuhi dalam prosa tradisonal. Bagi Muhammad
Hj Salleh (1991) rentak dan juga perjalanan bagi setiap baris itu lebih
berpandukan kepada fikiran serta cara pertuturan yang tidak dihalang atau
disekat.

JENIS SAJAK Balada
Roman

Oda
Epigram
Himne

Elergi
Satira

BENTUK SAJAK

Sajak terikat Sajak bebas

• Sajak terikat adalah sajak yang disampaikan • Sajak bebas adalah sajak yang
dalam bentuk penulisan dan mempunyai baris dan bentuknya secara bebas serta tidak
terikat dengan mana-mana baris, bait,
bait yang telah disusun untuk menyesuaikan rima dan sebagainya seperti yang perlu
dengan kehendak dan juga keinginan penyair. ada dalam puisi Melayu lama seperti
Sajak yang mempunyai susunan baris dan bait
yang berkepelbagaian itu dapat menunjukkan syair dan pantun.
bahawa sajak itu bersifat terikat atau bebas. Sajak
terikat itu didapati benar apabila binaan sajak

tersebut memiliki keseimbangan atau
kesinambungan.

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

HIBURAN

Karya sastera itu perlulah mempunyai sifat hiburan untuk dipersembahkan kepada para pembaca supaya dapat
membawa keseronokkan buat mereka semua. Sesuatu karya sastera yang mempunyai unsur hiburan ini boleh
berlaku apabila adanya keindahan dari aspek kata-kata, irama yang diperdengarkan, kemampuan bagi menarik
emosi pembaca dan pendengar lebih terpengaruh dengan karya sastera dan sebagainya. Cerita lipur lara dapat
membuktikan bahawa hebatnya karya kesusasteraan ini apabila dianggap sebagai cerita yang begitu diminati oleh
ramai masyarakat sebagai penghibur mereka. Pantun juga dikira sebagai hiburan apabila terdapat unsur-unsur
yang menjadikan pantun tersebut sebagai lirik dikir barat yang biasanya dimainkan di Kelantan, digubah menjadi
lirik lagu terkenal, dan banyak lagi divariasikan supaya pendengar tidak mudah bosan dengan sifat pantun
terdahulu. Seterusnya dalam cerita rakyat seperti Pak Kaduk yang merupakan cerita jenaka juga mempunyai
unsur hiburan apabila Pak Kaduk yang sering melakukan aktiviti laga ayam telah dicabar oleh raja untuk berlawan
dengan baginda. Namun pada akhirnya Pak Kaduk telah kalah berlawan dengan ayam raja yang sebenarnya telah
ditukar dengannnya sebelum pertandingan itu bermula lagi. Akhir sekali unsur hiburan turut terdapat dalam
novel anak Mat Lela Gila yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang dikira sebagai orang gila oleh semua
penduduk kampung. Namun beliau sering sekali datang ke masjid untuk membersihkan kawasan tersebut tetapi
tidak pernah masuk ke dalam masjid tersebut.

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

PENDIDIKAN

Kisah-kisah yang ditulis pengarang berpandukan pengalaman mereka yang tersendiri berkaitan dengan unsur
pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan itu akan dapat ditelaah semula oleh para pembaca sekaligus
menyebabkan berlakunya sistem pendidikan secara tidak langsung. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
telah diperkenalkan sebagai salah satu subjek yang perlu ada dalam mata pelajaran murid membuktikan
bahawa pentingnya bidang pendidikan bagi Kesusasteraan Melayu ini. Matlamat subjek ini ditubuhkan adalah
untuk menanam sikap murid yang menjiwai unsur beserta nilai-nilai yang baik contonhya bagi nili kerohanian,
kemanusiaan, kebudayaan dan sebagainya. Kewujudan pendidikan Kesusasteraan ini juga mampu untuk
membuktikan bahawa masyarakat kesenian itu adalah mempunyai sifat yang kreatif dalam mengkaji dan
mencari keindahan-keindahan yang ada pada karya sastera itu. Peranan sastera ini juga dilihat daripada
konsep pembinaan modal insan yang mampu untuk meminpin negara suatu hari nanti dengan nilai sastera
yang teguh dalam diri mereka. Oleh sebab itu, buku-buku yang berkaitan dengan kesusasteraan ini sepatutnya
dicadangkan menjadi satu buku yang wajib mereka baca pada peringkat sekolah mahupun institusi pendidika
tinggi sekalipun.

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

DAKWAH

Aspek dari segi dakwah turut terlibat dalam karya kesusasteraan Melayu ini. Hal ini dikbuktikan dengan
pernyataan daripada Siddiq Fadzil (2012) yang mengatakan bahawa terdapat nilai ijabiyah iaitu nilai positif dan
waqiyyah iaitu realistik yang merupakan elemen penting dalam untuk mengetahui sesuatu perkara.
Pembangunan sastera di Alam Melayu telah doipengaruhi oleh harakat pengislaman pada tahun 13 hingga 16
Masihi. Hasil daripada ledakan islamaisasi yang berkembang pesat pada ketika itu telah menjumpai umat yang
baharu beserta dengan pendapat berkaitan agama dan kebudayaan yang berbeza. Sebagai contohnya, mereka
telah membuat kesimpulan bahawa segala perkara yang berlaku adalah bersumberkan daripada etos dan juga
tatanan nilai Islam. Antara karya yang terdapat Islam dalam kesusasteraan Melayu adalah cerita-cerita yang
dikarang di dalam al-Quran beserta dengan kisah yang telah diubah menjadi cerita analogi iaitu cerita
berkisahkan tentang nabi-nabi terdahulu. Namun demikian cereka Islam dalam kesusasteraan ini perlulah
sentiasa berhati-hati kerana segala imaginasi mestilah mengikut kepada cara Islam dengan tidak melebih-lebih.
Unsur dakwah juga turut terdapat di dalam syair-syair tertentu. Sebagai contohnya, dalam karya tersebut telah
mengajak semua manusia untuk sentiasa bertakwa kepada Allah selalu.

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

KRITIKAN SOSIAL

Sastera ini merupakan satu rakaman hidup manusia yang memperincikan tentang segala
perkara dalam pelbagai dimensi daripada sudut pandang yang berlainan. Sesungguhnya
segala perkara yang disebut di dalam karya sastera ini adalah sebenarnya gambaran atau
reality sebenar hidup manusia di dunia yang nyata. Oleh itu tidak semua karya sastera ini
bersifat luar biasa tetapi terdapat juga karya yang hanya bersifat biasa sahaja namun telah
diubahsuaikan dengan bentuk yang kreatif menjadikan perkara bias aitu kelihatan seperti
luar biasa. Berpandukan pertimbangan dalam karya sasetera yang melibatkan masyarakat,
manusia dan juga kehidupan telah mewujudkan pelbagai susun lapis masyarakat antara
mereka sehingga wujudnya jurang dalam kalangan mereka sendiri. Oleh itu, lahirlah
pelbagai cara atau kaedah yang akan mempengaruhi tingkah laku dan juga dari segi adab
apabila suatu tehuran, kritikan atau penyampaian pesanan itu dibuat.

MANIFESTASI AKAL BUDI
DALAM PUISI TRADISIONAL
PANTUN, SYAIR, SELOKA DAN

GURINDAM

PANTUN

Pada pendangan Ungku Aziz (2011) pantun itu tidak mempunyai kekosongan lagi atau disebut
sebagai vakum. Pantun adalah salah satu manifestasi terbaik yang ada dalam seni sastera

masyarakat orang Melayu kerana pantun diguna pakai oleh masyarakat untuk menyampaikan
sesuatu mesej melalui pemikiran dan juga naluri itu sendiri. Melalui pantun juga banyak

perkara yang dapat diketahui oleh masyarakat contohnya cara hidup sosial bangsa Melayu
yang lama, akal budi mereka, pemikiran mereka, falsafah hidup dan sebagainya. Pantun boleh
terdiri daripada du rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, sepuluh rangkap,

dua belas rangkap dan juga pantun yang saling berkait antara satu sama lain. Pantun terdiri
daripada ungkapan yang mempunyai dua ayat pembayang dan dua ayat bagi maksud. Pantun
juga dapat dilihat apabila adanya ikatan berirama dan memiliki sebutan atau huruf yang sama
di hujung setiap baris. Dari segi strukturnya adalah setiap baris pantun itu memiliki kata dasar
iaitu empat hingga lima patah perkataan beserta jumlah suku kata untuk setiap baris adalah

lapan hingga dua belas.

CONTOH PANTUN

Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang,

Puas sudah menanam ubi,
Emas juga dipandang orang.

AKAL BUDI DALAM PANTUN

Aspek pemikiran yang dapat dilihat dalam akal budi pantun ini adalah pada pembayang
pantun ini yang memperlihatkan perkaitan antara alam iaitu antara ubi dan juga buah nanas.
Dalam pantun ini masyarakat akan memandang tinggi terhadap terhadap nanas kerana buah

nanas itu berbau harum dan berwarna kekuningan apabila masak. Justeru itu, hal ini dapat
dikaitkan dengan emas yang turut berwarna kuning serta menjadi perkara yang ingin dimiliki
oleh kebanyakkan masyarakat. Hal ini berlainan dengan ubi apabila ubi merupakan makanan
yang boleh dikaitkan dengan sifat orang yang berbudi. Hal ini dikatakn demikian kerana, orang

yang berbudi itu adalah orang yang tidak ingin menunjukkan kehebatan dirinya dengan
mencuba untuk menyembunyian kekuatan dirinya sama seperti ubi yang masih berada di

bawah tanah walaupun sudah berisi. Secara keseluruhnya, masyarakat mestilah tidak
memandang kepada luaran suatu perkara itu sahaja kerana perkara yang dianggap tidak
istimewa itu turut mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ketinggian budi bahasa ditunjukkan

dalam pantun ini dengan perbandingan antara buah nanas dan juga ubi yang jelas
memperlihatkan kepada masyarakat agar memandang lebih tinggi terhadap ubi berbanding

dengan nanas.

SYAIR

Syair adakah bentuk puisi tradisional yang dimiliki oleh orang Melayu. Syair dikenali
dengan sejenis puisi yang didendangkan dengan berlagu untuk para pendengar.
Syair yang berasal dari Parsi dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan
pengaruh kedatangan Islam pada ketika itu. Syair ini terdiri daripada empat baris
bagi satu rangkap namun ada juga sesetengah syair yang hanya mempunyai dua

atau tiga rangkap sahaja. Syair mempunyai perbezaan dengan pantun kerana syair
ini tidak mempunyai pembanyang serta maksud kepada pembayang yang ada pada
pantun. Sebuah syair itu kebiasaanya banyak mengisahkan tenatng kisah-kisah yang

terdahulu.

CONTOH SYAIR

Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membetulkan jalan tempat berpindah,
Di sanalah I’tikaf di perbetul sesudah.

(RANGKAP 1)

Wahai muda, kenali dirimu,
Ialah perahu tamsil tubuhmu,
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke akhirat jua kekal diammu.

(RANGKAP 2)

AKAL BUDI DALAM SYAIR

Seorang penyair yang berasal daripada Barus Sumatera Utara iaitu Hamzah Fansuri telah menghasilkan sebuah
syair yang terkenal suatu ketika dahulu iaitu ‘Syair Perahu’ yang berkaitan juga dengan ajaran agama. Pada

rangkap pertama syair itu boleh dilihat dari aspek pemikiran akal budi apabila penyair tersebut menghasilkan
syair mereka bertujuan untuk memperbetulkan jalan hidup manusia supaya tidak terpesong menuju ke jalan

yang salah. Sebagai contohnya penyair telah berusaha menyampaikan syair beliau dengan mengarahkan
manusia berbalik semula kepada jalan yang benar demi kesejahteraan hidup manusia tersebut di akhirat kelak.

Selain itu, pemikiran dengan menggunakan akal budi juga boleh dilihat apabila penyair menyeru kepada
manusia untuk sentiasa berfikir bagi memperbetulkan iman yang ada pada diri kerana sepertimana yang umat
Islam tahu bahawa hanya dengan adanya iman yang baik atau iman yang kukuh dalam sanubari manusia sahaja

akan membawa kepada kecemerlangan yang boleh dikecapi di dunia dan akhirat. Pada rangkap kedua pula
adalah pemikiran penyair yang bernas berkaitan dengan akal budinya jelas diperlihatkan apabila beliau

menyuruh kepada manusia untuk mengenali diri mereka sendiri supaya manusia dapat menyedari hakikat
kewujudan mereka yang telah diciptakan oleh Allah SWT. Pemikiran akal budi penyair ini bijak dengan kesesuian

tajuk syair yang dipilih iaitu Syair Perahu apabila beliau mengeaitkan kehidupan manusia yang diibaratkan
sedang berlayar di atas perahu yang berkemungkinan akan dipukul gelombang ombak yang besar. Oleh itu, kita
mestilah sentiasa bersedia dengan segala cabaran dan halangan yang kita perlu hadapi di atas dunia yang hanya

sementara ini.

SELOKA

Bagi pandangan Harun Mat Piah (1989) seloka bermaksud puisi Melayu berbentuk
bebas yang tidak mempunyai bentuk yang telah dikhususkan sama ada dari segi
rangkap, jumlah baris yang ada, berirama atau tidak. Seloka ini terdiri daripada
ungkapan yang melebihi daripada dua baris. Isi yang terdapat dalam seloka ini adalah
berkaitan dengan ejeken, sindiran, jenaka atau mengkritik perbuatan negatif orang

lain.


Click to View FlipBook Version