The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR AYUNI BINTI SAUFI
22D BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurayunizz719, 2024-03-06 10:32:53

KEDAI UNTUK AMIR

NUR AYUNI BINTI SAUFI
22D BAHASA MELAYU

KEDAI UNTUK AMIR AYUNI SAUFI


Di sebuah kampung , tinggalnya sebuah keluarga yang hidup dalam serba kekurangan. Encik Yusof merupakan seorang nelayan manakala isterinya iaitu Puan Gayah adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Amir yang ditantang seperti minyak yang penuh.


Amir merupakan seorang murid darjah 6 dan bersekolah di sekolah kampung berdekatan dengan rumah mereka. Amir mempunyai perwatakan yang sangat suka membantu orang lain. “Amir cepat, ayah nak pergi ke laut pula,” Jerit ayah di tangga rumah. “Baik ayah,” jawab Amir sambil menyarung kasut sekolahnya yang buruk.


Setiap pagi Amir akan pergi ke sekolah dengan menaikimotosikal lama ayahnya. Sampai di persimpangan jalan,tiba-tiba motosikal ayah mengeluarkan bunyi pelik. “Krekkkkk Krekkkkk Krekkkkk” Tiba-tiba motosikal ayah berhenti di pinggir jalan. Amirmelihat dahi ayahnya berkerut. Ayahnya mengeluh.


“Kenapa ayah ?” tanya Amir dengan wajah kehairanan. “Maaf Amir, motosikal ayah rosak lagi,” kata ayah dengan wajah kesal. Amir tidak merungut malahan dia membalas kepada ayahnya bahawa mereka boleh pergi berjalan kaki ke sekolah. Ayahnya menggangukkan kepala dan mereka mula berjalan menuju ke sekolah Amir.


Amir duduk termenung melihat ke luar tingkap kelas sambil memikirkan motosikal ayahnya yang rosak. “Kesian Ayah terpaksa berjalan kaki,” kata Amir. Sambil Amir memandang ke luar tingkap, tiba-tiba dia terpandang satu gerai yang baru dibuka. Tiba-tiba, Amir mendapat satu idea yang boleh membantu meringankan beban keluarganya.


Kringggggggg !!! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang telahtiba. Amir berjalan bersama-sama dengan Idham yangmerupakan sahabatnya. Idham banyak membantu Amirsemenjak dia mula bersekolah di situ.


“Kenapa awak nampak murung sahaja Amir hari ini?” tanya Idham. “Motosikal ayah rosak lagi pagi tadi. Saya nak bantu keluarga saya tapi saya tak tahu macam mana cara nak bantu ayah dan emak, ” kata Amir dengan wajah sedih. Idham senyap sambil memikirkan cara untuk membantu Amir. Tiba-tiba satu idea terlintas di fikirannya.


“Amir, apa kata awak berniaga sahaja di sebelah gerai ayah saya?” kata Idham dengan wajah teruja. “Boleh ke?” tanya Amir dengan wajah ragu-ragu. “Boleh, lagipun sebelah gerai ayah saya ada satu tempat yang masih kosong lagi. Jadi awak boleh berniaga di sana,” kata Idham. Amir tersenyum dan memberitahu Idham untuk berbincang dahulu dengan ayah dan emaknya di rumah. Setelah berpisah dengan Idham, Amir berjalan seorang diri menuju ke rumahnya.


Di pertengahan jalan, Amir melihat seorang wanita sedang mengangkat barang di tangannya. Tanpa melengahkan masa, Amir terus menuju ke arah wanita tersebut untuk membantu mengangkat barang-barang ditangannya. “Puan, boleh saya bantu ?” sapa Amir dengan ramah.


Wanita tersebut tersenyum dan membenarkan Amir mengangkat barangnya. Lima minit kemudian, Amir selesai membantu mengangkat semua barang masuk ke dalam bonet kereta.


“Terima kasih, ambillah duit ni sebagai upah kamu,” kata wanita itu sambil menghulurkan duit kepada Amir. Amir menolak duit tersebut kerana dia membantu wanita itu dengan ikhlas. Wanita tersebut masih memaksa Amir untuk mengambil duit tersebut namun Amir masih menolaknya dengan baik. Akhirnya wanita tersebut mengalah dan Amir meminta diri untuk beredar.


Selesai makan malam, Amir memberitahu ayah dan emaknya tentang ideanya untuk berniaga. Pada mulanya, ayah dan emaknya keberatan untuk mengizinkan Amir berniaga tetapi atas rayuan Amir, mereka bersetuju.


Sehari selepas itu, ayahnya memberitahu bahawa mereka akan menjual pisang goreng dan kerepek pisang di gerai. Amir tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada ayah dan emaknya.


Seminggu kemudian, akhirnya gerai kecil Amir telah siap dibina. Namun, kedai tersebut hanyalah dibina dengan menggunakan daun nipah sebagai atap dan meja usang. Namun, perkara tersebut tidak mematahkan semangat Amir untuk kekal bersemangat membantu keluarganya.


Selesai sesi persekolahan, Amir bergegas pergi ke gerainya untuk membantu emaknya berniaga. Gerai Amir mendapat sambutan yang agak meriah pada hari pertama dibuka.


Sedang asyik Amir dan emaknya berborak tiba-tiba satu kereta mewah berhenti dihadapan gerai mereka. Kelihatan seorang wanita berpakaian cantik keluar dari kereta tersebut. Amir terperanjat. “Puan !!!” kata Amir dengan suara yang kuat.


Amir menceritakan kesemuanya kepada emaknya bahawa dia pernah menolong wanita itu mengangkat barang sewaktu pulang dari sekolah. Sejak daripada hari pertama wanita itu membeli pisang goreng di gerai Amir, hubungan keluarga Amir dengan wanita itu semakin rapat.


Malam menjelma tiba, kedengaran suara ribut petir yang sangat kuat di luar rumah. Setelah lama kampung mereka kemarau akhirnya pada malam itu hujan turun dengan lebatnya beserta dengan angin yang kuat.


Keesokkan paginya, Amir dan emaknya berjalan menuju ke gerai dan terkejut melihat keadaan gerai mereka yang habis rosak disebabkan hujan ribut semalam. Daun nipah yang menjadi atap telah tiada. Kerusi juga telah patah. Meja yang usang itu sudah hampir roboh. Sampah dan dedaun habis berselerakan.


“Emak, apa kita nak buat sekarang,” kata Amir sambil mengalirkan air mata melihat keadaan gerainya yang tidak terurus. “Amir, kita cuba bersihkan apa yang patut dahulu ya,” kata emaknya dengan suara memujuk. Amir dan emaknya mula membersihkan gerai mereka dengan bertungkus-lumus. Namun begitu, hampir kesemua barang di gerai itu yang tidak dapat digunakan semula.


Keluarga Amir duduk di ruang tamu dengan wajah sedih. “Sekarang macam mana?” tanya emak kepada ayah. “Hampir semua barang di gerai sudah rosak,” kata ayah dengan suara perlahan. “Maaf Amir, ayah tak mampu nak belikan barang-barang berniaga baru untuk gerai Amir. Jadi ayah rasa sekarang kita perlu berhenti berniaga buat sementara waktu,” sambung ayah. Amir terdiam.


Amir termenung di beranda rumahnya tibatiba kereta mewah milik Puan Malia iaitu wanita yang dia bantu dahulu tiba di rumahnya.


“Ada apa Puan datang ke rumah saya?” tanya Amir. Puan Malia memberitahu Amir bahawa dia sudah tahu perkara yang menimpa keluarga Amir. Puan Malia meminta Amir memanggil kedua orang tuanya untuk menyatakan hajatnya.


Puan Malia memberitahu dia ingin menghadiahkan satu kedai di bandar untuk keluarga Amir berniaga dengan selesa di sana. Semua keluarga Amir terkejut mendengar hajat Puan Malia itu. Puan Malia tersenyum dan meminta untuk Amir dan orang tuanya tidak menolak pelawaannya itu. Amir memandang ayah dan emaknya dan melihat mereka mengganggukkan kepala, Amir terus memeluk Puan Malia dan mengucapkan terima kasih.


Sebulan kemudian, kedai baru Amir telah siap sepenuhnya. Mereka sekeluarga berdiri di hadapan kedai sambil tersenyum bangga. “Tahniah Amir, kedai ini kamu punya. Emak dan ayah hanya menolong apa yang perlu sahaja, ” kata emak. “Semua ini bermula dengan idea Amir yang nak mula berniaga sampailah Amir dah ada kedai sendiri,” sambung ayah. “Terima kasih ayah dan emak sebab menyokong saya,” ucap Amir dengan teruja.


Akhirnya, Impian Amir untuk membantu keluarganya hidup senang tercapai. Amir sendiri tidak pernah menyangka daripada gerai yang hanya beratapkan nipah boleh berubah kepada rumah kedai yang besar dan selesa.


NAMA: NUR AYUNI BINTI SAUFI TEMPAT LAHIR: HOSPITAL BESAR KOTA BHARU, KELANTAN TARIKH LAHIR: 9 OGOS 2003 UMUR: 21 TAHUN OPSYEN: BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH NAMA PENSYARAH: PUAN HAJAH NORMI BINTI MOHD DALI AYUNI SAUFI


Click to View FlipBook Version