The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myred.5334, 2021-11-30 21:14:27

MIKRO EKONOMI (SEM 1) : KOLEKSI QS ESEI & SKEMA

Koleksi Soalan Esei & Skema Semester 1

iii) Kebebasan keluar masuk firma ke pasaran
Kebebasan keluar dan masuk firma ke pasaran yang agak mudah menyebabkan semua firma
hanya memperoleh untung normal dalam jangka panjang.

13. Terangkan lima bentuk persaingan bukan harga yang dijalankan oleh firma
bermonopoli untuk meningkatkan jualannya. @ bagaimana cara firma bermonopoli
membezakan keluarannya di pasaran. [10]

i. Pengiklanan
Pengiklanan membantu firma memaklumkan pengguna tentang kewujudan keluaran baru
serta kelebihan keluarannya berbanding dengan keluaran firma yang lain.
ii. Galakan jualan
Firma memberikan sampel percuma kepada pengguna untuk memperkenalkan keluaran
baru. Selain itu, firma memberikan baucer dan tawaran pembelian untuk meningkatkan
jualan.
iii. Khidmat selepas jualan
Firma memberi perkhidmatan percuma kepada pembeli selepas pembelian. Contoh servis
percuma, penghantaran percuma.
iv. Penjenamaan
Nama yang baik, unik atau reputasi tinggi di pasaran
v. Jaminan terhadap penggunaan barang

Contoh waranti setahun, cop SIRIM

51

BAB 5 PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

1 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana firma pasaran persaingan
sempurna dapat menentukan kuantiti buruh yang akan digunakan untuk memaksimumkan
keuntungan. [10]

(a) Upah

W0 E MCF

MRP
Buruh

0 L1 L0 L2

Untuk memaksimumkan keuntungan firma akan menggunakan sejumlah buruh sehingga
kos sut buruh (MCF) menyamai hasil keluaran sut buruh (MRP). Maka keseimbangan berlaku
pada titik E dengan kuantiti buruh L0.

Jika firma menggunakan buruh kurang dari L0 seperti di L1 MRP melebihi MCF. Maka
firma akan menambahkan buruh kerana ini akan menambahkan keuntungan firma. Proses ini
berterusan sehingga MRP = MCF

Jika firma menggunakan buruh lebih dari L0 seperti di L2 MCF melebihi MRP. Maka firma
akan mengurangkan buruh kerana firma mengalami kerugian. Proses ini berterusan sehingga MRP
= MCF

Oleh itu jumlah buruh yang akan memaksimumkan keuntungan firma ialah L0 apabila
MRP = MCF.

52

2. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk permintaan buruh
diterbitkan. [10]

Upah

W3 MCF3 =ACF3
E2

W2 MCF2 = ACF2
E0 MCF0 = ACF0

W0
E1 ARP MCF1 = ACF1

W1

MRP

0 L2 L0 L1 Kuantiti buruh
Upah

W2 E2

W0 E0
E1

W1
DL

0 L2 L0 L1 Kuantiti buruh

Keluk permintaan buruh merupakan bahagian keluk MRP yang bermula daripada ARP maksimum.

Syarat keseimbangan penggunaan buruh ialah MRP = MCF

Andaikan upah asal W0. Maka keseimbangan pd titik E0,firma meminta buruh L0.

Jika upah naik ke W2, keseimbangan di E2, firma mengurangkan buruh ke L2.

Jika upah jatuh ke W1, keseimbangan di E1, firma menambah penggunaan buruh ke L1.

Firma tidak akan meminta sebarang buruh jika upah lebih tinggi daripada W2 contoh W3 kerana firma
rugi disebabkan hasil keluaran purata kurang daripada kos purata buruh.

Sambungan titik-titik keseimbangan E1,E2 dan E0 membentuk keluk permintaan buruh (DL) yang
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

53

3 Huraikan lima faktor yang meningkatkan kejayaan tuntutan kenaikan upah oleh kesatuan

sekerja. [10]

i. Ekonomi dalam guna tenaga penuh.
Firma sukar untuk mendapatkan buruh/pekerja baru. Maka, kesatuan sekerja akan berjaya tuntut upah
yang lebih tinggi.

ii. Kesatuan sekerja yang kuat.
Contoh bilangan ahli yang ramai yg boleh menjejaskan operasi firma jika buruh mogok. Maka lebih
berjaya tuntut upah lebih tinggikedudukan kesatuan ini akan lebih kuat.

iii. Permintaan barang yang dikeluarkan firma tak anjal.
Majikan boleh memindahkan beban kenaikan kos upah kepada pengguna. Maka kesatuan sekerja
lebih mudah menuntut upah lebih tinggi.

iv. Upah adalah sebahagian kecil daripada jumlah kos pengeluaran firma.
Ini tidak akan membebankan firma maka firma lebih mudah untuk memenuhi tuntutan
kenaikan upah

v. Daya pengeluaran sut buruh meningkat
Keuntungan firma akan meningkat, maka tuntutan lebih berjaya.

# Jika menyukarkan tuntutan, terbalikkan fakta dan huraian fakta

4. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan tiga cara bagaimana kesatuan sekerja
boleh menuntut kenaikan upah yang lebih tinggi untuk ahlinya. [10]

i. Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh

Upah

D1 S0
D0

W1 E0
W0 E1

S0 D1

S D0

01 Kuantiti buruh
Upah asal W0 danL0kuaLnt1iti buruh L0. Apabila daya pengeluaran sut buruh meningkat ,

permintaan terhadap buruh bertambah, keluk permintaan buruh beralih dari DO ke D1. Maka

tingkat upah meningkat ke W1.

54

ii. Mengurangkan /menghadkan penawaran buruh

Upah S1
D0 S0

W1 E1
W0 E0

S1 D0
S0 Kuantiti buruh

0
L1 L0

Penawaran buruh boleh dihadkan contohnya dengan memanjangkan masa latihan /kuota
ahli. Upah asal ialah Wo dengan kuantiti buruh L0. Jika penawaran buruh dapat dihadkan maka
keluk penawaran buruh beralih dari S0 ke S1. Kesannya upah buruh meningkat ke W1.

iii. Menuntut tingkat upah yang lebih tinggi daripada tingkat upah keseimbangan

Upah

D0 S0

W1
W0 E0

S0 D0

Kuantiti

0 L1 L0 L2

Tingkat upah di pasaran ialah W00 dan kuantiti buruh L0. Tingkat upah yang lebih tinggi
daripada tingkat upah pasaran ialah W1 (upah minimum).

55

5(a) Nyatakan perbezaan antara untung perakaunan dengan untung ekonomi [2]

(b) Terangkan empat cara bagaimana kesatuan sekerja boleh menuntut kenaikan upah

yang tinggi untuk ahlinya. [8]

(a) Untung perakaunan ialah perbezaan antara jumlah hasil dengan kos eksplisit, manakala
untung ekonomi ialah perbezaan antara jumlah hasil dengan kos eskplisit dan kos implisit

[2]

(b)
1. Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh
Maka jumlah hasil firma meningkat , permintaan buruh meningkat,upah meningkat.

2. Menghadkan penawaran buruh melalui kuota ahli
Maka penawaran buruh berkurang, firma terpaksa membayar upah lebih tinggi.

3. Kesatuan sekerja boleh menuntut upah minimum
Maka buruh mendapat upah yang lebih tinggi dari upah pasaran

4. Tawar menawar/rundingan kolektif/mogok.
Kejayaan bergantung kepada kekuatan kesatuan

6. (a) Dengan menggunakan contoh berangka, beri maksud sewa ekonomi dan
perolehan pindahan. [4]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan keadaan apabila sewa ekonomi
lebih besar daripada perolehan pindahan. / terangkan bahagian sewa ekonomi dan
perolehan pindahan jika penawaran faktor tak anjal [6]

(a) Sewa ekonomi adalah perbezaan bayaran terbaik dengan bayaran kedua terbaik ke
atas faktor pengeluaran.

Perolehan pindahan ialah bayaran minimum kepada suatu faktor pengeluaran untuk
mengekalkan faktor tersebut untuk kegunaannya yang terbaik.

Contoh, bayaran sewa sebidang tanah untuk tanaman kelapa sawit ialah RM2000 dan
untuk tanaman getah ialah RM1500. Sewa ekonomi adalah RM500 manakala perolehan
pindahan ialah RM1500.

56

(b) D S
Harga

P0 E
Sewa ekonomi

Perolehan pindahan D

S Kuantiti faktor
0 Q0

Sewa ekonomi lebih besar drp perolehan pindahan apabila keluk penawaran faktor tak anjal
Harga faktor ialah P0 manakala kuantiti faktor Q0
Jumlah pendapatan faktor ialah 0POEQ
Sewa ekonomi ialah 0POES yg lebih besar drp perolehan pindahan iaitu SEQ0
# semakin tak anjal, semakin besar sewa ekonomi dan sebaliknya

7 (a)Bagaimanakah upah wang dan upah benar berbeza? [4]

Upah wang ialah bayaran yang diterima oleh buruh dalam bentuk wang atas sumbangan
tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.
Upah benar adalah kuasa beli upah wang iaitu keupayaan upah wang untuk membeli
barang dan perkhidmatan.

(b) Dengan memberikan contoh, jelaskan maksud kadar bunga nominal dan kadar
bunga benar [6]

Kadar bunga nominal ialah kadar bunga yang dikenakan ke atas sejumlah modal yang
dipinjam

Kadar bunga benar ialah kadar bunga selepas mengambil kira perubahan tingkat harga umum
iaitu perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar inflasi

Andaikan A meminjam sejumlah wang dari sebuah bank perdagangan. Kadar faedah
dikenakan sebanyak 10% dan kadar inflasi pula 4%.
Oleh itu, kadar bunga niminal adalah 10%
Kadar bunga benar = 10% - 4%

= 6%

57


Click to View FlipBook Version