The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANUAL PEMBELAJARAN NOT KLEF TREBEL (2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahmimiens, 2021-09-29 08:28:34

MANUAL PEMBELAJARAN NOT KLEF TREBEL (2021)

MANUAL PEMBELAJARAN NOT KLEF TREBEL (2021)

MANUAL PEMBELAJARAN NOT KLEF
TREBEL

Disediakan oleh:
Shirly Basing

1

KANDUNGAN

PENGENALAN NOT KLEF TREBEL
OBJEKTIF
LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN
VIDEO TUTORIAL

2

PENGENALAN

Not Klef Trebel adalah sebuah gubahan muzik yang mengandungi lirik, melodi,
irama, vokal dan iringan alat muzik. Komposisi lagunya diklasifikasikan sebagai
lagu kanak-kanak. Liriknya ditulis berdasarkan topik Kedudukan Not Dalam Klef
Trebel dan mudah untuk diingat serta dihafal. Melodi dan iramanya pula mudah
diikuti dan tidak sukar. Muzik iringan yang digunakan dalam lagu ini adalah
kibod.

OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran ini, murid-
murid akan dapat :-

3

LANGKAH PEMBELAJARAN
Langkah 1

Rajah 1: Baluk dan Klef Trebel

1. Baluk ada lima garis dan empat ruang selari. Ruang dan garis pertama bermula
dari bawah sehingga ruang dan garis atas seperti pada gambar rajah.
2. Tips untuk mengingati tingkat sesuatu ruang dan garis boleh dikaitkan dengan
tingkat sesuatu bangunan yang bermula dari tingkat 1 dan seterusnya secara
menaik.
3. Simbol Klef Trebel seperti pada gambar rajah di atas adalah berfungsi sebagai
penentu pic notasi A,B,C,D,E,F,G,A' pada garis dan ruang pada baluk.
4. Jika diteliti klef trebel membuat lilitan bulatan pada garis baluk nombor dua
dari bawah. Lilitan bulatan ini menandakan bahawa not yang terletak pada garis
nombor dua itu ialah not G.

4

Langkah 2

1. Mari kita dengar dan menyanyikan lagu Not Klef Trebel. Sila buat imbasan
QR Code di bawah.

Audio Vokal
Minus One
5

Langkah 3

Bagaimana cara tips menghafal lirik ketiga-tiga
rangkap tersebut?

1. Rangkap pertama, hanya perlu ingat tentang baluk yang ada empat ruang dan
lima garis.
2. Rangkap kedua, perlu ingat tentang kedudukan not pada ruang iaitu FACE.
3. Rangkap ketiga, perlu ingat tentang kedudukan not pada garis iaitu Emak
Gosok Baju Dengan Fab.

Mudahkan cara mengingatinya? Mari kita jawab soalan ujian
tentang kedudukan not pada baluk dalam klef trebel.

6

Langkah 4

Arahan Soalan

1. Salin soalan di bawah dan namakan not tersebut.

2. Notasikan kedudukan not dalam klef trebel.

7

3. Jawab soalan kuiz dengan membuat imbasan QR Code yang disediakan

Kuiz
4. Buat imbasan QR code Video Tutorial Not Klef Trebel di bawah.

Video Tutorial

8


Click to View FlipBook Version