The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liamkhoz, 2022-08-24 03:41:58

PEKELILING PLN BIL 1 2018

PEKELILING PLN BIL 1 2018

PPM-21/3(061)/2018 No. Siri : SERAGAM 001/2018

PASUKAN LATIHAN NEGARA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018

TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM LATIHAN
UNTUK JURULATIH ANTARABANGSA, PENOLONG JURULATIH KEBANGSAAN

DAN PEMEGANG MANIKAYU 2 BUTIR

TUJUAN

1. Pekeliling Pasukan Latihan Negara ini bertujuan melaksanakan keputusan Mesyuarat
Majlis Eksekutif Pengakap Negara yang bersidang pada 22 September 2018 dan Mesyuarat
Pasukan Latihan Negara Bil. 3/2018 yang bersidang pada 30 November 2018 berkaitan
dengan Tatacara Pemakaian Pakaian Seragam Latihan untuk Jurulatih Antarabangsa,
Penolong Jurulatih Kebangsaan dan Pemegang Manikayu 2 butir Persekutuan Pengakap
Malaysia.

LATAR BELAKANG

2. Jurulatih Antarabangsa dan Penolong Jurulatih Kebangsaan adalah Pemimpin kepada
Pemimpin Pengakap yang terlatih, bertauliah dan berintegriti. Mereka mempunyai ilmu dan
pengalaman kepengakapan peringkat tertinggi. Mereka telah menghadiri beberapa kursus
sekurang-kurangnya Kursus Kepimpinan Manikayu 2 butir, Kursus Penolong Jurulatih
(Course for Assistant Leader Trainer - C.A.L.T.) untuk Manikayu 3 butir dan Kursus Jurulatih
Antarabangsa (Course for Leader Trainer - C.L.T.) untuk Manikayu 4 butir.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 1

3. Jurulatih dan Penolong Jurulatih seharusnya seorang yang berilmu kepengakapan,
pandai, bijaksana, mengamalkan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap serta patuh
kepada etika sebagai seorang Jurulatih serta dengan sukarelanya membantu Pasukan
Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia dalam aspek latihan kepimpinan untuk
orang dewasa dan muda-remaja dalam kepengakapan.

4. Mereka mesti menjadi contoh kepada pemimpin, ahli Pengakap dan masyarakat.
Penampilan Jurulatih dan Penolong Jurulatih dengan pakaian seragam yang betul, kemas,
segak dan bertepatan akan mencerminkan imej Persekutuan Pengakap Malaysia
keseluruhannya.

TAKRIFAN

5. Dalam Pekeliling Pasukan Latihan Negara ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain:

‘Jurulatih Antarabangsa’ bermaksud Pemimpin kepada Pemimpin Pengakap yang
mempunyai Sijil Manikayu 4 butir dan ditauliahkan sebagai Jurulatih Antarabangsa
dengan tauliah tugas khas dikategorikan sebagai jurulatih.

‘Penolong Jurulatih Kebangsaan’ bermaksud Pemimpin kepada Pemimpin Pengakap
yang mempunyai Sijil Manikayu 3 butir dan ditauliahkan sebagai Penolong Jurulatih
Kebangsaan dengan tauliah tugas khas dikategorikan sebagai jurulatih.

‘Jurulatih Jemputan yang professional dan diiktiraf’ bermaksud Jurulatih yang boleh
dijemput bagi menjalankan kursus kepada Pemimpin Pengakap tetapi hanya dalam
bidang kepakarannya sahaja.

‘Pemimpin Pengakap’ bermaksud Pemimpin Pengakap kepada Ahli Pengakap yang
mempunyai Sijil Manikayu 2 butir serta tidak ditauliah dan dikategorikan sebagai
jurulatih.

‘Tauliah Jurulatih’ bermaksud tauliah atau watikah kebenaran mengajar yang
dikeluarkan oleh Pasukan Latihan Negara yang mengesahkan Jurulatih atau Penolong
Jurulatih aktif dan berdaftar dengan Pasukan Latihan Negara.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 2

‘Pakaian Seragam Latihan’ bermaksud pakaian seragam yang dipakai oleh Pemimpin
kepada Pemimpin Pengakap yang mempunyai tauliah sebagai Jurulatih Antarabangsa
atau Penolong Jurulatih Kebangsaan pada waktu-waktu tertentu seperti yang
digarispandukan dalam pekeliling ini sahaja.

KELAYAKAN

6. Pakaian Seragam Latihan hanya boleh dipakai oleh Jurulatih Antarabangsa dan
Penolong Jurulatih Kebangsaan yang mempunyai Sijil dan Tauliah Tugas Khas sahaja.

7. Pemimpin pemegang Manikayu 2 butir boleh memakai Pakaian Seragam Latihan tanpa
tanda jawatan di lengan kanan dan kiri serta tanpa epolet dan tidak boleh menjadi Jurulatih
kepada Pemimpin Pengakap.

PELAKSANAAN

8. Jurulatih dan Penolong Jurulatih adalah diwajibkan memakai Pakaian Seragam Latihan
ketika menjalankan kursus atau aktiviti kursus dan latihan.

9. Jurulatih dan Penolong Jurulatih tidak boleh menjalankan kursus atau aktiviti kursus dan
latihan sekiranya tidak memakai lengkap Pakaian Seragam Latihan.

10. Tiada sebarang lencana, pin poket atau perhiasan lain boleh dipakai pada Pakaian
Seragam Latihan selain apa yang tercatat dalam Pekelilig ini.

11. Hanya Jurulatih atau Penolong Jurulatih yang mempunyai Tauliah Tugas Khas sahaja
boleh memakai Pakaian Seragam Latihan dan epolet bewarna ungu.

12. Pemakaian Epolet bewarna ungu seperti berikut:
(a) Empat lengkar hanya boleh dipakai oleh Pesuruhjaya Latihan Negara.
(b) Tiga lengkar untuk Jurulatih Antarabangsa dan Setiausaha Latihan Negara.
(c) Dua lengkar untuk Penolong Jurulatih Kebangsaan.
(d) Pemakaian epolet bewarna ungu satu lengkar telah dimansuhkan. Jika sebelum
ini jawatan tersebut wujud di negeri maka ia terbatal.

13. Tidak ada jawatan dan tauliah untuk pembantu jurulatih.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 3

14. Pakaian Seragam Latihan HENDAKLAH DIPAKAI LENGKAP DAN BETUL dalam
aktiviti atau majlis seperti berikut:

(a) Semasa menjalankan Kursus Kepimpinan Manikayu.
(b) Semasa menjalankan Ujian Penarafan Pengakap Raja.
(c) Semasa menjalankan Ujian Penilaian Anugerah BP.
(d) Semasa menjalankan lain-lain kursus kepada Pemimpin Pengakap.
(e) Semasa Kursus/Latihan Kepimpinan Khas kepada budak Pengakap atau orang

awam atas nama Pengakap.
(f) Semasa Majlis Pengalungan Manikayu 4 butir atau Manikayu 3 butir dan Tauliah

Tugas Khas (Jurulatih/Penolong Jurulatih). Penerima Manikayu 4 butir boleh
memakai Pakaian Seragam Latihan. Manakala Penerima Manikayu 3 butir perlu
memakai Pakaian No. 3 dan Skaf Kebangsaan.
(g) Semasa Mesyuarat Pasukan Latihan Negara atau Mesyuarat Pasukan Latihan
Negeri atau Mesyuarat Pasukan Latihan Daerah atau bila telah ditetapkan dalam
jemputan.
(h) Semasa Majlis khas seperti Gilwell Reunion Khas atau Gilwell Reunion dalam
Jambori.

15. Pakaian Seragam Latihan TIDAK BOLEH DIPAKAI semasa menjalankan aktiviti atau
majlis seperti berikut:

(a) Semasa perjumpaan di kumpulan/sekolah.
(b) Semua jenis mesyuarat selain daripada Mesyuarat Pasukan Latihan

Negara/Negeri/Daerah.
(c) Semua jenis majlis rasmi selain daripada Gilwell Reunion atau Majlis

Pengalungan Manikayu atau selain anjuran Pasukan Latihan (bergantung kepada
jemputan).
(d) Semasa Jambori, Rovermoot, Korobori, Kempori atau semasa apa-apa
perkhemahan yang sedang berlangsung.
(e) Semua jenis Majlis bersama Agensi atau NGO lain.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 4

TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM LATIHAN UNTUK JURULATIH ANTARABANGSA
DAN PENOLONG JURULATIH KEBANGSAAN

16. Pakaian Seragam Latihan wajib dipakai oleh Jurulatih Antarabangsa dan Penolong
Jurulatih Kebangsaan sahaja mengikut para 14.

17. Tatacara pemakaian beret adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Pemakaian Beret

LELAKI PEREMPUAN

1. Beret warna biru tua dengan lencana 1. Beret warna biru tua dengan lencana
Pengakap diperbuat daripada Pengakap diperbuat daripada
sulaman atau logam di hadapan kiri. sulaman atau logam di hadapan kiri.

2. Pemakaian serban dibenarkan untuk ATAU
bangsa Sikh. Serban adalah bewarna
biru tua dengan lencana Pengakap 2. Topi Bowler pemimpin wanita warna
diperbuat daripada sulaman atau biru tua dan Lencana Pengakap
logam di hadapan. diperbuat daripada sulaman atau
logam.

3. Pemakaian tudung oleh Wanita Islam
bewarna kelabu dan dimasukkan
dalam kolar baju.

18. Tatacara pemakaian baju adalah seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Pemakaian Baju

LELAKI PEREMPUAN

1. HANYA Baju No.3 lengan pendek 1. HANYA Baju No.3 lengan panjang
sahaja. sahaja.

2. Baju dipakai dimasukkan ke dalam 2. Baju dipakai di luar seluar atau di luar
seluar. kain labuh.

3. Jurulatih (Manikayu 4 butir) 3. Jurulatih (Manikayu 4 butir)

Epolet bewarna ungu 3 lengkar pada Epolet bewarna ungu 3 lengkar pada

bahu baju kanan dan kiri. Nama bahu baju kanan dan kiri. Nama
pangkat “JURULATIH” 1cm dari bahu pangkat “JURULATIH” 1cm dari bahu

di kedua-dua belah lengan. di kedua-dua belah lengan.

4. Penolong Jurulatih (Manikayu 3 butir) 4. Penolong Jurulatih (Manikayu 3 butir)

Epolet bewarna ungu 2 lengkar pada Epolet bewarna ungu 2 lengkar pada

bahu baju kanan dan kiri. Nama bahu baju kanan dan kiri. Nama
pangkat “PEN. JURULATIH” 1cm pangkat “PEN. JURULATIH” 1cm

dari bahu di kedua-dua belah lengan. dari bahu di kedua-dua belah lengan.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 5

LELAKI PEREMPUAN

5. Lencana tanda nama dalam huruf 5. Lencana tanda nama dalam huruf
besar warna putih berlatar belakang besar warna putih berlatar belakang
warna hitam dijahit 1cm di atas poket warna hitam dijahit 1cm di atas poket
kanan baju atau tag nama dalam kanan baju atau tag nama dalam
huruf besar warna putih berlatar huruf besar warna putih berlatar
belakang warna hitam dipakai 1cm di belakang warna hitam dipakai 1cm di
atas poket kanan baju. atas poket kanan baju.

6. Lencana WOSM dijahit 1cm di atas 6. Lencana WOSM dijahit 1cm di atas
tanda nama. tanda nama.

7. Tanda Anugerah bintang/pingat/riben 7. Tanda Anugerah bintang/pingat/riben
asal atau kain dipakai 1cm di atas asal atau kain dipakai 1cm di atas
poket kiri. poket kiri.

8. Jurulatih atau Penolong Jurulatih 8. Jurulatih atau Penolong Jurulatih
yang telah menghadiri Kursus Asas yang telah menghadiri Kursus Asas
Pengurusan (BMC) atau yang Pengurusan (BMC) atau yang
dianugerahkan boleh memakai dianugerahkan boleh memakai
lencana BMC pada poket kiri baju. lencana BMC pada poket kiri baju.

9. Lencana Jurulatih atau lain-lain 9. Lencana Jurulatih atau lain-lain
aksesori yang akan diterbitkan aksesori yang akan diterbitkan
kemudian HANYA boleh dipakai kemudian HANYA boleh dipakai
setelah surat siaran atau pekeliling setelah surat siaran atau pekeliling
dikeluarkan mengenai tambahan atau dikeluarkan mengenai tambahan atau
pindaan Pakaian Seragam Latihan. pindaan Pakaian Seragam Latihan.

19. Tatacara pemakaian seluar adalah seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Pemakaian Seluar

LELAKI PEREMPUAN

1. Seluar slack panjang warna biru tua. 1. Seluar slack panjang warna biru tua.
ATAU
2. Tali pinggang Pemimpin warna hitam
lebar berkepala logo Pengakap 2. Kain labuh warna biru tua.
bewarna Perak.

3. Poket lurus atau serong 1 - 2 inci.

20. Tatacara pemakaian Skaf Gilwell, Wogel Gilwell dan Manikayu adalah seperti berikut:

(a) Skaf Gilwell (mengikut apa yang ditetapkan pada tahun 1924 untuk latihan
kepimpinan Manikayu, sesiapa yang telah tamat latihan kursus kepimpinan
Manikayu dan telah dikalungkan manikayu, maka Skaf Gilwell boleh dipakai oleh
pemimpin tersebut).

(b) Wogel Gilwell kulit berbucu 4 sahaja dibenarkan.
(c) Manikayu 4 butir atau 3 butir atau 2 butir.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 6

21. Tatacara pemakaian kasut dan stokin adalah seperti berikut:

(a) Semasa menjalankan kursus di dewan/bilik: Lelaki dan Wanita memakai kasut
kulit bertutup penuh bewarna hitam.

(b) Bagi aktiviti luar dewan/bilik atau di lapangan Jurulatih atau Penolong Jurulatih
dibenarkan memakai kasut kanvas bertutup penuh bewarna hitam.

(c) Stokin warna biru tua atau hitam.

22. Tatacara pemakaian lencana adalah seperti berikut:

(a) Hanya lencana yang diterbitkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia dan
Pasukan Latihan Negara sahaja boleh dipakai pada Pakaian Seragam Latihan.

(b) Lencana kecil Pengakap Raja (miniature), lencana ATAS dan lencana-lencana
yang diperolehi daripada kursus-kursus teknikal atau kompetensi yang
mempamerkan pencapaian dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu boleh
dipakai pada Pakaian Seragam Latihan.

(c) Lain-lain lencana atau aksesori yang tidak disenaraikan tidak boleh dipakai pada
Pakaian Seragam Latihan.

(d) Permohonan bertulis kepada Pesuruhjaya Latihan Negara boleh dibuat sekiranya
lain-lain lencana atau aksesori yang tidak disenaraikan ingin dipakai pada Pakaian
Seragam Latihan. Mesyuarat Pasukan Latihan Negara akan meneliti dan
mempertimbangkan kelayakan pemakaian lencana atau aksesori tersebut.

23. Tatacara pemakaian tali wisel dan wisel adalah seperti berikut:

(a) Tali wisel bewarna hitam dan wisel dipakai oleh Pengarah Kursus/Ketua
Kursus/Ketua Jurulatih/Jurulatih bertugas/Pembimbing bertugas sahaja apabila
menjalankan kursus.

(b) Tali wisel dipakai pada lengan baju sebelah kiri dan wisel dimasukan dalam poket
baju sebelah kiri.

(c) Anyaman tali wisel bukan anyaman yang sama seperti anyaman bushman’s
thong.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 7

PEMBANTU JURULATIH
24. Pembantu Jurulatih, Petugas Urusetia, Kuartermaster Peralatan dan Kuartermaster

Makanan adalah mereka yang bertugas membantu menguruskan kursus tetapi tidak
ditugaskan mengajar atau melatih peserta kursus.

25. Pembantu Jurulatih boleh terdiri daripada mereka yang mempunyai Sijil Manikayu 4
butir, 3 butir dan 2 butir atau yang belum mempunyai Manikayu atau Pengakap Kelana
atau Pengakap Remaja atau Pengakap Muda.

TATACARA PEMAKAIAN SERAGAM LATIHAN UNTUK PEMBANTU JURULATIH

26. Tatacara pemakaian Seragam Latihan untuk Pembantu Jurulatih adalah seperti dalam
Jadual 4.

Jadual 4 : Tatacara Pemakaian Pembantu Jurulatih

Kategori Tatacara Pemakaian

(a) Pemimpin Pakaian Seragam Latihan
mempunyai sijil
Manikayu 4 butir

(b) Pemimpin Pakaian Seragam Latihan
mempunyai sijil
Manikayu 3 butir

(c) Pemimpin (i) Pakaian Seragam Pengakap TANPA TANDA
mempunyai sijil JAWATAN ATAU NAMA NEGERI ATAU NAMA
Manikayu 2 butir DAERAH ATAU NOMBOR KUMPULAN DI
LENGAN KANAN DAN KIRI (LENGAN KOSONG).

(ii) TANPA EPOLET di bahu kanan dan kiri.

(iii) Beret warna biru tua dengan lencana Pengakap
diperbuat daripada sulaman atau logam di hadapan
kiri.

(iv) Skaf Gilwell dan Wogel Gilwell.

(v) Manikayu 2 butir.

(d) Pemimpin tidak Pakaian No. 3 mengikut jawatannya dengan Skaf
mempunyai sijil Kebangsaan.
Manikayu

(e) Pengakap Kelana Pakaian seragam mengikut peraturan seragam unit
atau Pengakap masing-masing.
Remaja atau
Pengakap Muda

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 8

GAMBAR RAJAH TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM LATIHAN

27. Pakaian Seragam Latihan untuk Jurulatih Antarabangsa dan Penolong Jurulatih
Kebangsaan (Lelaki) seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Pakaian Seragam Latihan untuk Jurulatih dan Penolong Jurulatih Lelaki

Dengan Pemakaian Beret Dengan Pemakaian Serban (Sikh)

28. Pakaian Seragam Latihan untuk Pemimpin (Lelaki) yang mempunyai Sijil Manikayu 2
butir tanpa tanda jawatan di lengan kanan dan kiri serta tanpa epolet seperti dalam
Rajah 2.

Rajah 2 : Pakaian Seragam Latihan untuk Pemimpin Lelaki

Dengan Pemakaian Beret Dengan Pemakaian Serban (Sikh)

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 9

29. Pakaian Seragam Latihan untuk Jurulatih Antarabangsa dan Penolong Jurulatih
Kebangsaan (Perempuan - Bertudung) seperti dalam Rajah 3.

Rajah 3 : Pakaian Seragam Latihan untuk Jurulatih dan Penolong Jurulatih
Perempuan (Bertudung)

Dengan Pemakaian Beret Dengan Pemakaian Topi Bowler

30. Pakaian Seragam Latihan untuk Jurulatih Antarabangsa dan Penolong Jurulatih
Kebangsaan (Perempuan - Tidak Bertudung) seperti dalam Rajah 4.

Rajah 4 : Pakaian Seragam Latihan untuk Jurulatih dan Penolong Jurulatih
Perempuan (Tidak Bertudung)

Dengan Pemakaian Beret Dengan Pemakaian Topi Bowler

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 10

31. Pakaian Seragam Latihan untuk Pemimpin (Perempuan - Bertudung) yang mempunyai
Sijil Manikayu 2 butir tanpa tanda jawatan di lengan kanan dan kiri serta tanpa epolet
seperti dalam Rajah 5.

Rajah 5 : Pakaian Seragam Latihan untuk Pemimpin Perempuan (Bertudung)

Dengan Pemakaian Beret Dengan Pemakaian Topi Bowler

32. Pakaian Seragam Latihan untuk Pemimpin (Perempuan - Tidak Bertudung) yang
mempunyai Sijil Manikayu 2 butir tanpa tanda jawatan di lengan kanan dan kiri serta
tanpa epolet seperti dalam Rajah 6.

Rajah 6 : Pakaian Seragam Latihan untuk Pemimpin Perempuan (Tidak Bertudung)

Dengan Pemakaian Beret Dengan Pemakaian Topi Bowler

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 11

33. Lencana tanda jawatan Jurulatih Antarabangsa dan Penolong Jurulatih Kebangsaan
seperti dalam Rajah 7.

Rajah 7 : Lencana Tanda Jawatan Penolong Jurulatih Kebangsaan
Jurulatih Antarabangsa

tanda jawatan baharu bewarna ungu tanda jawatan baharu bewarna ungu

dipakai pada lengan kanan dan kiri dipakai pada lengan kanan dan kiri

bersama skaf Gilwell bersama skaf Gilwell
dan epolet bewarna ungu 3 lengkar dan epolet bewarna ungu 2 lengkar

HANYA AHLI PASUKAN LATIHAN NEGARA YANG MEMPUNYAI TAULIAH
SAHAJA DIBENARKAN MEMAKAI TANDA JAWATAN INI. PEMAKAIAN TANDA

JAWATAN AKAN DIKAWAL OLEH PASUKAN LATIHAN NEGARA

34. Penggunaan lencana tanda jawatan lama DIMANSUHKAN seperti dalam Rajah 8.

Rajah 8 : Lencana Tanda Jawatan Lama DIMANSUHKAN

DIMANSUHKAN DIMANSUHKAN

35. Lencana tanda jawatan Pesuruhjaya Latihan Negara dan Setiausaha Latihan Negara
seperti dalam Rajah 9.

Rajah 9 : Lencana Tanda Jawatan Setiausaha Latihan Negara
Pesuruhjaya Latihan Negara

tanda jawatan bewarna ungu dipakai tanda jawatan bewarna ungu dipakai
pada lengan kanan dan kiri bersama
pada lengan kanan dan kiri bersama skaf
skaf Gilwell dan
epolet bewarna ungu 4 lengkar Gilwell dan
epolet bewarna ungu 3 lengkar

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 12

36. Cara pemakaian tanda jawatan Jurulatih Antarabangsa seperti dalam Rajah 10.

Rajah 10 : Pemakaian Lencana Tanda Jawatan Jurulatih Antarabangsa

Pengakap Pengakap Laut Pengakap Udara

dipakai pada lengan dipakai pada lengan dipakai pada lengan
kanan dan kiri kanan dan kiri kanan dan kiri

37. Cara pemakaian tanda jawatan Penolong Jurulatih Kebangsaan seperti dalam Rajah 11.

Rajah 11 : Pemakaian Lencana Tanda Jawatan Penolong Jurulatih Kebangsaan

Pengakap Pengakap Laut Pengakap Udara

dipakai pada lengan dipakai pada lengan dipakai pada lengan
kanan dan kiri kanan dan kiri kanan dan kiri

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 13

38. Pemakaian epolet bewarna ungu seperti dalam Rajah 12.

Rajah 12 : Epolet bewarna ungu

Pesuruhjaya Latihan Jurulatih Antarabangsa Penolong Jurulatih
Negara dan Setiausaha Latihan Kebangsaan

Negara

dipakai bersama dipakai bersama dipakai bersama
Skaf Gilwell Skaf Gilwell Skaf Gilwell

39. Pemakaian Manikayu seperti dalam Rajah 13.

Rajah 13 : Manikayu Penolong Jurulatih Pemimpin
Jurulatih Antarabangsa Kebangsaan

Manikayu 4 butir Manikayu 3 butir Manikayu 2 butir

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 14

40. Pemakaian Wogel Gilwell seperti dalam Rajah 14.
Rajah 14 : Wogel Gilwell

Wogel Gilwell (kulit) berbucu 4
41. Pemakaian Skaf Gilwell seperti dalam Rajah 15.

Rajah 15 : Skaf Gilwell

42. Pemakaian Pesuruhjaya Latihan Negara, Setiausaha Latihan Negara, Pesuruhjaya
Kebangsaan dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan semasa menghadiri mesyuarat
selain daripada Mesyuarat Pasukan Latihan seperti dalam Rajah 16.

Rajah 16 : Pemakaian Tanda Jawatan dan Epolet

Pesuruhjaya Latihan Negara Setiausaha Latihan Negara

tanda jawatan bewarna biru dipakai pada tanda jawatan bewarna biru dipakai
lengan kanan dan kiri bersama Skaf
Kebangsaan dan pada lengan kanan dan kiri bersama
epolet bewarna biru 4 lengkar
Skaf Kebangsaan dan
epolet bewarna biru 3 lengkar

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 15

Pesuruhjaya Kebangsaan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan

tanda jawatan bewarna biru dipakai pada tanda jawatan bewarna biru dipakai
lengan kanan dan kiri bersama Skaf
Kebangsaan dan pada lengan kanan dan kiri bersama
epolet bewarna biru 4 lengkar
Skaf Kebangsaan dan
epolet bewarna biru 3 lengkar

Pesuruhjaya Latihan Negara/ Setiausaha Latihan Negara/
Pesuruhjaya Kebangsaan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan

Warna biru 4 lengkar Warna biru 3 lengkar

43. Pemakaian Skaf Kebangsaan semasa menghadiri mesyuarat selain daripada
Mesyuarat Pasukan Latihan seperti dalam Rajah 17.

Rajah 17 : Skaf Kebangsaan

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 16

VERSI BAHASA INGGERIS

44. Tanda Jawatan di lengan baju kanan dan kiri dalam versi Bahasa Inggeris akan
digunakan apabila pemakai ke luar negara sahaja.

TANGGUNGJAWAB PENGERUSI PASUKAN LATIHAN NEGERI

45. Pengerusi Pasukan Latihan Negeri hendaklah memastikan pekeliling ini dipatuhi dan
dipraktikkan di negeri seliaannya.

46. Pengerusi Pasukan Latihan Negeri diberi hak untuk menegur Jurulatih dan Penolong
Jurulatih yang tidak mematuhi pemakaian Seragam Latihan seperti mana yang terkandung
dalam pekeliling ini.
47. Pengerusi Pasukan Latihan Negeri berhak memohon kepada Pesuruhjaya Latihan
Negara untuk membekukan tauliah Jurulatih atau Penolong Jurulatih yang gagal mematuhi
Pekeliling ini.

KELULUSAN MESYUARAT MAJLIS EKSEKUTIF PENGAKAP NEGARA

48. Tatacara Pemakaian Pakaian Seragam Latihan untuk Jurulatih Antarabangsa,
Penolong Jurulatih Kebangsaan dan Pemegang Manikayu 2 butir ini telah diluluskan
oleh Mesyuarat Eksekutif Pengakap Negara pada 22 September 2018.

PEMBATALAN

49. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Pasukan Latihan Negara Bilangan 1 Tahun 2018
ini, maka Pekeliling Pakaian Seragam Latihan Tahun 2016 atau pekeliling-pekeliling lain
atau surat-surat siaran dan arahan berkenaan Pakaian Seragam Latihan sebelum tarikh
pekeliling ini dibatalkan.

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 17

PEKELILING PASUKAN LATIHAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2018 18


Click to View FlipBook Version