The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liamkhoz, 2021-12-01 22:45:59

Contoh Log Lencana Usaha

Contoh Log Lencana Usaha

BUKU LOG
LENCANA USAHA

NAMA :
NO.K/P :
SEKOLAH :
KUMPULAN:

KULIT BUKU

SENARAI SEMAK BUKU LOG
LENCANA USAHA
[TAMPAL]

BELAKANG KULIT BUKU

REKOD LENCANA KEMAJUAN
PENGAKAP MUDA
(LENCANA USAHA)

[ TAMPAL- KAD HIJAU ]

MUKA SURAT [ 01 ]

KOSONGKAN
MUKA SURAT [ 02 ]

MUKA SURAT [ 03 ]

SKEMA UJIAN LENCANA USAHA

A. CITA-CITA PENGAKAP
1. Melukis dan menerangkan erti bendera Malaysia

dan bendera negeri Perak
2. Menyanyikan Lagu Kebangsaan dan lagu negeri

Perak
3. Menaikkan bendera Malaysia dan bendera negeri

masing-masing sambil menyanyi dalam masa yang
sama Lagu Kebangsaan dan lagu negeri Perak.
4. Mengetahui nama penuh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong, DYMM Raja
Permaisuri Agong, DYMM Sultan atau TYT Yang
Dipertua Negeri dan Menteri Besar atau Ketua
Menteri negeri Perak sekarang.
5. Melafazkan Persetiaan Pengakap dan menghafal
serta tahu makna Undang-Undang Pengakap.

MUKA SURAT [ 04]

B. KECERASAN DAN KESEGARAN JASMANI

1. Mengetahui latihan Asas Perbarisan :-
- Masuk Baris - Senang Diri - Rehatkan Diri - Sedia
- Ke Kanan Lurus/Pandang Depan - Keluar Baris
- Bersurai - Ke Kanan/Kiri/Belakang Pusing
- Buka Barisan - Tutup Barisan - Langkah Ke Sebelah
- Nombor - Paras

2. Mengetahui Kawad Tongkat :-
- Rehatkan Diri - Senang Diri - Sedia - Baring Tongkat
- Angkat Tongkat - Kalih Tongkat - Hormat Tongkat

3. Mengetahui Isyarat Tangan pengakap :-
- Rehatkan Diri - Senang Diri - Sedia - Keluar Baris
- Barisan Melintang - Barisan Jajar - Barisan Tertutup
- Barisan Terbuka - Tapak Kuda - Bersurai

4. Melalui dengan jayanya 5 daripada 8 halangan komando
yang disediakan. Jenis-jenis halangannya ialah :-
- Menggayut Tali
- Merangkak Komando
- Meniti Goyang
- Merangkak Bawah Jala
- Meniti Pacak
- Memanjat Tembok/Tali
- Melalui Terowong
- Menggayut Monyet/Tali

5. Menunjukkan dengan jayanya cara melipat dan mengibar
-kan bendera.
MUKA SURAT [ 05 ]

C. KEMAHIRAN PENGAKAP

1. Menerangkan kegunaan dan cara membersihkan,
menjaga dan menyimpan pisau dan parang dan langkah
keselamatan. Membuat kayu pancang khemah atau alat-
alat lain yang berguna dalam perkhemahan dengan
menggunakan pisau dan parang.

2. Menunjukkan serta mengetahui kegunaan simpulan dan
ikatan berikut :-
- Simpul Himpit (Fisherman's Knot)
- Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)
- Simpul Bunga Geti Berganda (Double Sheet Bend)
- Lilit Balak (Timber Hitch)
- Lilit ‘Taut Line’ (Taut Line)
- Ikatan Seraya (Square Lashing)
- Ikatan Serong (Diagonal Lashing)

3. Mengetahui undang-undang lalulintas jalan raya bagi
penunggang basikal.

4. Memahami segala faktor penting bagi memilih tapak
perkhemahan.

5. Menyenaraikan keperluan peribadi untuk berkhemah dan
mengetahui cara menyusun dengan kemas keperluan
tersebut ke dalam Beg Sandang (Rucksack).

6. Menyediakan alatan Pertolongan Cemas peribadi di
dalam bekas yang sesuai untuk pengembaraan.

MUKA SURAT [ 06 ]

7. Menghidupkan api di luar rumah, membuat minuman
serta memasak makanan yang mudah untuk diri sendiri.

8. Mendiri dan menurunkan Khemah Kecil (Hike Tent) atau
ponco.

9. Berkhemah di luar bersama pengakap-pengakap lain
sekurang-kurangnya 1 malam dalam 1 kegiatan
pengakap.

10. Mengetahui arah mata angin dan mengenali peta topo.

11. Mengetahui isyarat sulit pengakap.

12. Berjalan kaki sejauh 6 kilometer bersama patrol sendiri
dan sekembalinya, memberi laporan ringkas bertulis
mengikut format yang ditentukan atas satu matlamat yang
ditetapkan.

D. KECENDERUNGAN DAN MINAT

1. Membuat 1 kraftangan daripada buluh, kayu atau logam
atau mengukir pada kayu/sabun/lilin dan sebagainya.

2. Menghasilkan 1 plaster cast dengan menggunakan
Plaster of Paris

3. Menyimpan rekod berkenaan dengan sekurang-
kurangnya 12 orang sahabat pena di dalam Buku Log
Peribadi.

MUKA SURAT [ 07 ]

E. PERKHIDMATAN
1. Mengetahui cara mengikat balutan anduh yang berikut :

- melipat kain anduh
- membalut kepala
- membuat anduh besar
- membalut tangan
2. Mengetahui cara mengambil tindakan menghadapi
kemalangan, kebakaran, luka, sengatan binatang dan
pitam.
3. Mempunyai pengetahuan tentang perkhidmatan awam,
pengangkutan tempatan, tempat bersejarah dan tempat
penting, hospital, klinik, kediaman doktor, balai polis, balai
bomba/tempat alat pemadam api dan tempat telefon
awam.
4. Boleh menunjukkan jalan kepada orang yang baru
datang.

MUKA SURAT [ 08 ]

BAHAGIAN (A)

CITA-CITA PENGAKAP

MUKA SURAT [ 09]

MUKA SURAT [10]

BENDERA MALAYSIA
(JALUR GEMILANG)

mengandungi 14 jalur merah dan putih berselang seli
melambangkan Malaysia terdiri daripada 13 buah Negeri
dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan)
anak bulan dan bintang melambangkan Agama Islam
sebagai agama Rasmi Malaysia
bintang pecah 14 melambangkan perpaduan semua negeri
di bawah satu Pemerintahan
bahagian berwarna kuning melambangkan warna DYMM
Raja-raja
bahagian berwarna putih menandakan kesucian
bahagian berwarna biru bermakna perpaduan di kalangan
rakyat Malaysia

bahagian berwarna merah melambangkan keberanian

MUKA SURAT [11]

BENDERA NEGERI PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan terdiri
daripada tiga jalur yang sama lebar. Tiap-tiap
jalur terdiri daripada satu warna iaitu putih di
atas, kuning di tengah dan hitam di bawah.
Jalur putih bermaksuad Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan dan Raja Pemerintah Negeri.
Jalur kuning bermaksud Duli Yang Teramat Mulia
Raja Muda Perak
Jalur hitam bermaksud Duli Yang Amat Mulia
Raja Di Hilir Perak.
Kedudukan tiga jalur berwarna ini menunjukkan
pewarisan takhta kepada Pemerintah Negeri
Perak iaitu Sultan, Raja Muda dan Raja Dihilir.

MUKA SURAT [12]

LAGU KEBANGSAAN " NEGARAKU"

NE-GA-RA-KU,
TANAH TUMPAH-NYA DARAHKU,
RAKYAT HIDUP, BERSATU DAN MAJU,
RAHMAT BAHGIA, TUHAN KURNIAKAN,
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA,
RAHMAT BAHGIA, TUHAN KURNIAKAN,
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA,

LAGU NEGERI PERAK

DILANJUTKAN,
ALLAH USIANYA SULTAN,
ADIL DAN MURAH, MEMERINTAH WATAN,
DITAATI RAKYAT KIRI DAN KANAN
IMAN YANG SOLEH ALLAH KURNIAKAN
ALLAH BERKATI PERAK RIDZUAN
ALLAH SELAMATKAN NEGERI DAN SULTAN

MUKA SURAT [13]

MENAIKKAN BENDERA

Menaikkan bendera Malaysia dan Negeri biasa dilakukan
semasa perhimpunan pagi.

Semua yang hadir hendaklah menyanyi dengan diiringi
muzik semasa bendera dinaikkan.

Pengakap yang bertugas menaikkan bendera hendaklah
memakai pakaian seragam yang lengkap. Hanya seorang
pengakap diperlukan untuk menaikkan bendera. Sekiranya
bendera lebih daripada satu, jumlah pengakap bertugas
hendaklah ditambah.

Ikatkan kedua-dua hujung tai bendera pada bendera yang
akan dinaikkan dan bersedia di tiang bendera.

Pastikan bendera di dalam kedudukan yang betul, jangan
dipasang songsang.

Kedua-dua belah tangan pegang pada tali bendera dan
bendera diletakkan di atas bahu kanan pengakap. (Tidak
membiarkan bendera mencecah tanah/ lantai)

Semua pengakap dikehendaki berbaris dalam patrol dan
berkeadaan sedia. Ketua kumpulan / petugas akan
mengarahkan semua pengakap supaya bersedia.

MUKA SURAT [14]

MENAIKKAN BENDERA

Apabila Muzik Lagu Kebangsaan "Negaraku" dimulakan,
semua pengakap menyanyi.
Pengakap yang bertugas akan menaikkan bendera
dengan perlahan lahang dengan diiringi lagu yang
dinyanyikan.
Sebaik sahaja nyanyian lagu kebangsaan tamat, bendera
yang dinaikkan mestilah sampai kemuncak tiang bendera.
Pengakap yang bertugas mengikat tali bendera pada tiang
bendera dengan ketat dan kemas.
Pengakap yang ditugaskan menaikkan bendera akan
melangkah selangkah ke belakang kemudian memberi
hormat pengakap kepada bendera dan diikuti oleh semua
pengakap yang lain.

KEDUDUKAN DUA BENDERA
MAJLIS PERSEKUTUAN DI PERINGKAT NEGERI

MUKA SURAT [15]

KEDUDUKAN TIGA BENDERA
MAJLIS PERSEKUTUAN DI PERINGKAT NEGERI

BENDERA PENGAKAP

KEDUDUKAN DUA BENDERA
MAJLIS NEGERI DI PERINGKAT NEGERI

KEDUDUKAN TIGA BENDERA
MAJLIS NEGERI DI PERINGKAT NEGERI

BENDERA PENGAKAP

MUKA SURAT [16]

NAMA-NAMA ORANG KENAMAAN

GAMBAR
AGONG
[TAMPAL]

DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA
YANG DIPERTUAN AGONG KE-XIV (14)
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ
ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN BADLISHAH (13/12/2011 - KINI)

GAMBAR
PERMAISURI

[ TAMPAL ]

DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA
RAJA PERMAISURI AGONG MALAYSIA XIV(14)
SULTANAH HAMINAH BINTI HAMIDUN (13/12/2011 - KINI)

NOTE : FORM 1 (2013) - FORM 1(2016)
MUKA SURAT [17]

NAMA-NAMA ORANG KENAMAAN

GAMBAR
SULTAN
PERAK
[TAMPAL]

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN RAJA PEMERINTAH
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSUF IZZUDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH
(3/2/1984 - 28/5/2014)

GAMBAR
MENTERI

BESAR
PERAK [
TAMPAL ]

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI DI RAJA
DR. ZAMBRY ABDUL KADIR (11/5/2009 - KINI)

NOTE : FORM 1 (2013) - FORM 1(2014)
MUKA SURAT [18]

NAMA-NAMA ORANG KENAMAAN

GAMBAR
SULTAN
PERAK

[TAMPAL]

DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN,
YANG DIPERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH
SULTAN DR. NAZRIN WAHTEIK MUIZZUDDIN SHAH IBNI
ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
MAGHFUR-LAH(6/5/2015 - KINI)

GAMBAR
MENTERI

BESAR
PERAK [
TAMPAL ]

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI DI RAJA
DR. ZAMBRY ABDUL KADIR (11/5/2009 - KINI)

NOTE : FORM 1 (2015) - FORM 1(2016)
MUKA SURAT [18]

PERSETIAAN PENGAKAP DAN
UNDANG-UNDANG PENGAKAP

PERSETIAAN PENGAKAP

BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA,
SAYA BERJANJI DAN BERSETIA,
YANG SAYA,
DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA,
AKAN,
TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA,
MENOLONG ORANG SETIAP MASA,
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP.

UNDANG - UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai
maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang
Dipertuan Agong, Raja-raja, pemimpin-pemimpin,
ibubapanya, majikannya, dan orang-orang dibawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan
menolong orang pada setiap masa.
MUKA SURAT [19]

UNDANG - UNDANG PENGAKAP

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan
saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa pun Negeri,
pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi
pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah
dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya atau pemimpin-
pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa bersabar dan
manis mukanya dalam masa kesusahan.

9. Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat.

10.Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya
dan perbuatannya.

MUKA SURAT [20]

BAHAGIAN (B)

KECERGASAN
DAN

KESEGARAN
TUBUH BADAN

MUKA SURAT [ 21]

MUKA SURAT [ 22 ]

ASAS PERBARISAN

GERAKAN ASAS KAWAD

ARAHAN LATIHAN PERGERAKAN / PERLAKUAN
/HUKUMAN

PENGAKAP, Pengakap berada dalam tiga barisan menghadap
MASUK BARIS ketua platun.

SENANG...DIRI Pengakap berdiri tegak, kaki kiri di buka, tangan
bersilang jari dibelakang pada paras punggung.

REHATKAN...DIRI Seperti perlakuan senang diri, tetapi tangan pada
kedudukan paras pinggang.

BARIS...SEDIA Tangan dijatuhkan dan berada disisi penjahit
seluar dalam keadaan menggenggam, kaki kiri
dirapatkan, bediri tegak dan terus pandang
depan.

GAMBAR
ASAS

KAWAD [
TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 23 ]

GERAKAN ASAS KAWAD

ARAHAN LATIHAN PERGERAKAN / PERLAKUAN
/HUKUMAN

KE KANAN Pengakap yang berada paling kanan dan paling
LURUS hadapan disebut PENANDA. Penanda akan
berdiri pada kedudukan yang tetap dan tiada
pergerakan tangan dan kepala.

Pengakap lain melakukan pergerakan hentak kaki
(kiri, kanan) dan terus mengangkat tangan kanan
paras menyentuh bahu orang kanan serentak
dengan pandangan tertumpu melihat ke arah
penanda (kanan) sambil barisan dibetulkan
dengan menggerakkan kaki perlahan-lahan.

PANDANG Semua pengakap menggenggam tangan dan
DEPAN berada dalam posisi sedia semula serentak
pandangan pada arah hadapan.

GAMBAR
ASAS

KAWAD [
TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 24 ]

GERAKAN ASAS KAWAD

ARAHAN LATIHAN PERGERAKAN / PERLAKUAN
/HUKUMAN

BERGERAK KE Semua pengakap menggenggam tangan disisi
KANAN... penjahit seluar, sambil berpusing dari
kedudukan di hadapan ke kedudukan kanan
KE KANAN dengan kaki kanan berpusing pada kedudukan
PUSING tetap.

BERGERAK KE Semua pengakap menggenggam tangan disisi
KIRI... penjahit seluar, sambil berpusing dari
kedudukan kanan ke kedudukan kiri dengan kaki
KE BELAKANG kanan berpusing pada kedudukan tetap.
PUSING

MENGHADAP KE Semua pengakap menggenggam tangan disisi
BELAKANG... penjahit seluar, sambil berpusing dari
kedudukan kiri ke kedudukan belakang dengan
KE KIRI PUSING kaki kiri berpusing pada kedudukan tetap.

MENGHADAP KE Semua pengakap menggenggam tangan disisi
HADAPAN... penjahit seluar, sambil berpusing dari
kedudukan belakang ke kedudukan hadapan
KE BELAKANG dengan kaki kanan berpusing pada kedudukan
PUSING tetap.

MUKA SURAT [ 25 ]

GAMBAR ASAS KAWAD
KIRI/KANAN/BELAKANG

PUSING [ TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 26 ]

GERAKAN ASAS KAWAD

ARAHAN /HUKUMAN LATIHAN PERGERAKAN / PERLAKUAN

YANG RENDAH DI KIRI, PENGAKAP YANG PALING TINGGI
YANG TINGGI DIKANAN, BERADA DI KEDUDUKAN PALING
DALAM BARISAN..... PARAS KANAN, DAN YANG RENDAH BERADA
PADA KEDUDUKAN PALING KIRI.

"DARI KANAN NOMBOR" PENGAKAP MENYEBUT NOMBOR

ATAU MASING BERMULA DARI ORANG YANG

"NOMBOR!" PALING KANAN.

YANG GANJIL SATU (PERGERAKAN BUKA BARISAN)
LANGKAH KE HADAPAN,

YANG GENAP SATU
LANGKAH KE BELAKANG,

..... GERAK

YANG GANJIL KANAN

PUSING, (PERGERAKAN BERPUSING

YANG GENAP KIRI PUSING, BERASINGAN)

..... PUSING

MUKA SURAT [ 27 ]

GERAKAN ASAS KAWAD

ARAHAN /HUKUMAN LATIHAN PERGERAKAN / PERLAKUAN

JADIKAN TIGA BARISAN PENGAKAP YANG GANJIL BERJALAN
DARI KIRI CEPAT JALAN DAN BERBARIS BERTIGA, BERMULA
DENGAN BARISAN BERNOMBOR
GANJIL :

1 - 3- 5;

7 - 9 - 11;

13 - 15 - 17;

DAN BERSAMBUNG BARISAN
BERNOMBOR GENAP

18 - 16 - 14;

12 - 10 - 8;

6-4-2;

DAN MEMBENTUK 6 BARISAN
BERTIGA-TIGA.

MUKA SURAT [ 28 ]

GAMBAR ASAS KAWAD
MEMBENTUK PARAS
[ TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 29 ]

GAMBAR ASAS KAWAD
MEMBENTUK PARAS
[ TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 30 ]

ASAS KAWAD TONGKAT

GAMBAR ASAS KAWAD TONGKAT
REHATKAN DIRI
[ TAMPAL ]

GAMBAR ASAS KAWAD TONGKAT
SENANG DIRI
[ TAMPAL ]

GAMBAR ASAS KAWAD TONGKAT
SEDIA

[ TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 31 ]

ASAS KAWAD TONGKAT

GAMBAR ASAS KAWAD TONGKAT
BARING/ANGKAT TONGKAT
[ TAMPAL ]

GAMBAR ASAS KAWAD TONGKAT
KALIH TONGKAT
[ TAMPAL ]

GAMBAR ASAS KAWAD TONGKAT
HORMAT TONGKAT
[ TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 32 ]

ISYARAT TANGAN PENGAKAP

GAMBAR ISYARAT TANGAN PENGAKAP
BERSURAI
[ TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 36 ]

ISYARAT TANGAN PENGAKAP

GAMBAR ISYARAT TANGAN PENGAKAP
REHATKAN DIRI
[ TAMPAL ]

GAMBAR ISYARAT TANGAN PENGAKAP
SENANG DIRI
[ TAMPAL ]

GAMBAR ISYARAT TANGAN PENGAKAP
SEDIA

[ TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 33 ]

ISYARAT TANGAN PENGAKAP

GAMBAR ISYARAT TANGAN PENGAKAP
KELUAR BARIS
[ TAMPAL ]

GAMBAR ISYARAT TANGAN PENGAKAP
BARISAN MELINTANG
[ TAMPAL ]

GAMBAR ISYARAT TANGAN PENGAKAP
BARISAN JAJAR
[ TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 34 ]

ISYARAT TANGAN PENGAKAP

GAMBAR ISYARAT TANGAN PENGAKAP
BARISAN TERTUTUP
[ TAMPAL ]

GAMBAR ISYARAT TANGAN PENGAKAP
BARISAN TERBUKA
[ TAMPAL ]

GAMBAR ISYARAT TANGAN PENGAKAP
TAPAK KUDA
[ TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 35 ]

HALANGAN KOMANDO

GAMBAR GAMBAR
MENGGAYUT TALI MENITI PACAK

[ TAMPAL ] [ TAMPAL ]

GAMBAR
MEMANJAT TEMBOK

[ TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 37 ]

HALANGAN KOMANDO

GAMBAR GAMBAR
MENITI GOYANG MENGGAYUT MONYET

[ TAMPAL ] [ TAMPAL ]

GAMBAR
MERANGKAK BAWAH JALA

[ TAMPAL ]

MUKA SURAT [ 38 ]

MELIPAT DAN MENGIBARKAN BENDERA

MELIPAT BENDERA

Ikat tali bendera pada tali
tiang bendera dengan
kemas, pastikan bendera
tidak terbalik.

Lipat dua atau lipat empat
bendera tersebut (saiz
lipatan tersebut perlu
sesuai dengan bendera)

Kemudian, bentukkan
lipatan bendera dalam
bentuk zip zap.

Belitkan tali tiang bendera
melilit bendera.
Seterusnya selitkan tali
bahagian bawah ke dalam
lipatan tersebut.

Naikkan bendera yang
diikat ke puncak tiang
bendera.

MUKA SURAT [ 37 ]

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
Setiap kali perjumpaan mingguan pengakap ataupun
pada setiap pagi dalam suatu perkhemahan, istiadat
mengibarkan bendera wajib dilaksanakan. Urutan
perlaksanaan istiadat mengibarkan bendera adalah
seperti di bawah:-

1. Pengakap bertugas akan melipat bendera sebelum
istiadat mengibarkan bendera dilaksanakan.

2. Dua orang petugas diperlukan semasa melipat satu
bendera.

3. Ketua Perkhemahan, Pesuruhjaya, Penolong
Pesuruhjaya dan Pemimpin berdiri satu barisan di
belakang tiang bendera dan ahli pengakap berada
dalam bentuk tapak kuda.

4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman "sedia"
kepada ahli pengakap.

5. Pemimpin bertugas melaporkan diri kepada
Pesuruhjaya/ Pemimpin Kumpulan (Ketua
Perkhemahan) dan memohon kebenaran
melaksanakan upacara menaikkan bendera.

6. Pemimpin bertugas kembali ke tempat asalanya dan
akan menyebut "bendera"

MUKA SURAT [ 38 ]

6. Pengakap bertugas akan bergerak menuju ke
hadapan tiang bendera dan menarik tali bendera dari
bahagian yag di kendurkan. Bendera berkibar.

7. Pengakap bertugas melangkah selangkah ke
belakang, kemudian memberi tabik hormat kepada
bendera dan diikuti oleh semua pemimpin serta
pengakap lain. (dilakukan dengan menghadap pada
bendera).

8. Sebaik pengakap bertugas kembali ke tempat
asalnya. Pemimpin bertugas akan menyebut
"Negaraku", semua ahli pengakap dikehendaki
menyanyi lagu Negaraku diikuti Negeri Perak dan
Kami Pengakap Malaysia.

9. Pemimpin bertugas akan menyebut "Doa", Pengakap
bertugas membaca doa melangkah selangkah ke
hadapan dan mengangkat tangan sambil menyebut
"Ap", semua ahli dan pemimpin mengangkat tangan
mengaminkan doa.

10. Selepas pengakap bertugas selesai membaca doa
dan menyebut "Ap", semua ahli dan pemimpin akan
menjatuhkan tangan dalam keadaan sedia.

11. Pemimpin bertugas akan menyebut "Persetiaan",

meminta pengakap bertugas melangkah selangkah

ke hadapan dan menyebut "Ap" sebagai hukuman

untuk mengangkat tangan untuk memperbaharukan

persetiaan pengakap. MUKA SURAT [ 39]

12. Pengakap bertugas melafazkan persetiaan pengakap
sehingga selesai dan menyebut "Ap" untuk semua
ahli menjatuhkan tangan semula dalam keadaan
sedia.

13. Pemimpin bertugas melaporkan diri kepada
Pesuruhjaya / pemimpin kumpulan (Ketua
Perkhemahan) kali ke-2 untuk menjemput memberi
taklimat atau ucapan.

14. Pemimpin bertugas memberi hukuman "senang diri".
Taklimat diberikan.

15. selesai taklimat atau ucapan, pemimpin bertugas
memberi hukuman "sedia".

16. Pemimpin bertugas melaporkan diri kepada
Pesuruhjaya / pemimpin kumpulan (Ketua
Perkhemahan) kali ke-3 untuk memohon kebenaran
keluar baris.

17. Pemimpin bertugas memberi hukuman keluar baris.

MUKA SURAT [ 40 ]

BAHAGIAN (C)

KEMAHIRAN
PENGAKAP

MUKA SURAT [ 41]

MUKA SURAT [ 42 ]

PISAU DAN PARANG

Kegunaan Pisau
Pisau digunakan terutamanya untuk :
1. memotong tali
2. memotong sayur-sayuran dan makanan
3. membuat pancang khemah
4. membuat gejet

Kegunaan Parang
Parang digunakan di dalam kerja-kerja berat sepeti :
1. memotong kayu
2. membelah kayu api atau buluh
3. membuat pancang khemah
4. membuat gejet

MUKA SURAT [ 43 ]

Cara Membersih Dan Menjaga Pisau dan Parang

Untuk menjamin keberkesanan fungsi pisau dan parang,
ia mestilah dijaga dengan teliti. Antara yang perlu
dititikberatkan ialah:

1. mesti sentiasa tajam
2. apabila tumpul, perlu diasah dengan menggunakan batu

pengasah atau batu kikir
3. keringkan permukaan pisau dan parang
4. disapu dengan selapis minyak pada permukaan pisau

dan parang supaya tidak berkarat
5. tidak boleh digunakan untuk membuka benda-benda

keras (seperti makanan dalam tin) kerana ini akan
menumpulkan atau mematahkan matanya.

Menyimpan Pisau dan Parang
1. masukkan ke dalam sarung apabila tidak digunakan
2. simpan di tempat yang selamat
3. simpan di tempat yang kering supaya tidak mudah

berkarat.

Pemegang Bahu

muka Mata
pemotong pisau

MUKA SURAT [ 44 ]

Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan
pisau dan parang
1. Pisau dan parang mesti sentiasa tajam
2. Jangan pakai pakaian yang labuh atau ketat sehingga

mengganggu keselesaan sewaktu bekerja
3. Pakai kasut semasa bekerja
4. Pastikan tiada orang lain yang berhampiran sewaktu

bekerja
5. Sebaik sahaja selesai menggunakannya, pisau dan

parang hendaklah disimpan di tempat yang selamat

Praktikal : Membuat pancang khemah

bentuk pancang bentuk pancang
daripada kayu daripada buluh

MUKA SURAT [ 45 ]


Click to View FlipBook Version