The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liamkhoz, 2021-12-01 22:44:45

Nota Lencana Kegiatan

Nota Lencana Kegiatan

Tarikh : 14 April 2017

Perjumpaan : Pertama

Tempat : SM Pin Hwa, Klang

Jurulatih : Encik Ho Wai Weng dan Encik Mohd Haffiz bin Hamdan Shukor

GENDANG 24 MUSIM
PERHUBUNGAN MUZIK DAN KOREOGRAFI DENGAN

24 JIE QI DALAM KALENDAR PERTANIAN CINA

PENGENALAN

Sejak kedatangan orang Cina pada pertengahan abad ke sembilan belas ke Malaysia, mereka telah
membawa bersama-sama budaya tradisi warisan dari Negara China. Mereka mengadapatasikannya
kepada persekitaran baru di Malaysia. Warisan budaya seni ini terdiri daripada pelbagai jenis bentuk
muzik, tarian dan drama yang popular dahulu. Opera Cina, teater boneka dan ensembel muzik
dipersembahkan untuk mengiringi perayaan, peristiwa sosial atau upacara keagamaan dan memberi
hormat kepada Dewa-dewi Cina. Ensembel muzik yang popular termasuk ensemble instrumental
seperti orkestra Cina dan ensembel harmonika; ensembel muzik yang mengiringi opera Cina, tarian
singa, majlis perkahwinan dan upacara pengebumian; orkestra stail barat yang memainkan muzik
klasik barat, pancaragam bras dan pancaragam gitar elektrik memainkan muzik popular. Alat-alat
muzik Cina seperti erhu, zheng, yangqin, yueqin, pipa, sona, di zi, muyu, shigu, dagu dan bangu turut
diwarisi dari negara China. Alat-alat muzik ini digunakan dalam ensembel-ensembel di atas.

Pada tahun 1988, sebuah persembahan seni baru yang berbentuk ensembel telah dicipta di Malaysia.
Ensembel ini mengandungi dua puluh empat shigu (shi: singa, gu: gendang) yang dipukul dengan
menggunakan pelbagai corak rentak yang digabungkan dengan posisi pergerakan badan yang
menakjubkan, bertenaga, dinamik, gagah dan rancak. Muzik dan koreografi dalam ensembel 24 Jie
ling gu memaparkan fenomena alam semula jadi; aktiviti pertanian; perayaan dan ritual yang
dilangsungkan oleh kaum petani Cina di negara China. Orang Cina di Malaysia sangat berbangga
terhadap ensembel gendang ini kerana ia merupakan ciptaan tulen orang Cina. Ia menjadi lambang
warisan budaya orang Cina di Malaysia.

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN ORGANISASI ENSEMBEL
24 JIE LING GU

Ensembel 24 Jie ling gu merupakan ensembel dua puluh empat gendang yang dicipta tulen oleh orang
Cina di Malaysia pada tahun 1988. Pada tahun 2001, ensembel ini merupakan satu bentuk
persembahan seni yang popular di Malaysia dan merupakan satu warisan budaya orang Cina di
Malaysia.

Bab ini menyentuh pengenalan ringkas mengenai kedatangan awal orang Cina ke Malaysia, aktiviti
budaya dan genre-genre persembahan seni yang diwarisi oleh orang Cina di Malaysia. Seterusnya, bab

ini meninjau sejarah perkembangan ensembel 24 Jie ling gu dari segi pembentukan dan
penyebarannya di dalam dan luar negara.

Tujuan dan matlamat pembentukan ensembel; peranan dan fungsinya; jenis pemain dan cara
mengajar serta belajar turut dibincangkan. Selain itu, deskripsi dibuat mengenai struktur dan cara
gendang, (shigu) iaitu gendang yang digunakan dalam ensembel ini dibuat. Akhirnya, kostum yang
dipakai oleh pemain dalam ensembel gendang ini dideskripsikan.

MATLAMAT PEMBENTUKAN ENSEMBEL 24 JIE LING GU

Mengikut temuramah daripada pengasas ensembel 24 Jie ling gu, iaitu Tan Hooi Song, pembentukan
ensembel 24 Jie ling gu menggariskan empat matlamat utama, iaitu memperkembang dan
meneruskan budaya Cina di Malaysia, memahami konsep dan asal-usul 24 jie qi, melatih disiplin dan
semangat kerjasama antara pemain-pemain serta memahami mengenai perpaduan melalui
kerjasama.

MEMPERKEMBANG DAN MENERUSKAN BUDAYA CINA DI MALAYSIA

Kesedaran mengenai pengekalan dan penerusan budaya Cina sentiasa diberi penekanan yang serius
di kalangan orang Cina di Malaysia. Pembentukan ensembel 24 Jie ling gu bertujuan untuk menjadi
peringatan dan penyambung kepada tradisi orang Cina di Malaysia. Falsafah “penyambung tradisi” ini
digambarkan dalam maksud 24 jieling yang merupakan susunan aktiviti yang berlaku dalam pusingan
musim tahunan yang tidak berhenti-henti. Pengasas muzik dan koreografi ensembel 24 Jie ling gu, Tan
Hooi Song mengatakan “Semasa kita membunyikan gendang, ia seakan-akan bunyi seruan 24 Jie ling,
iaitu kejadian alam semula jadi, aktiviti pertanian dan perayaan di negara China seolah-seolah satu
reka bentuk untuk menyambung tradisi”. Tan Chai Puan, pengasas nama ensembel gendang pula
mengatakan “Tahap semangat kesenian 24 Jie ling gu perlu dipertingkatkan sebagai satu “nadi tradisi”
atau nafas hidup kepada budaya Cina di Malaysia”.

MEMAHAMI KONSEP DAN ASAL-USUL DUA PULUH EMPAT JIE QI

Penyertaan dalam ensembel 24 Jie ling gu membawa kepada pengetahuan, pemahaman konsep dan
asal-usul 24 jie qi dalam Kalendar Pertanian Cina. Pemahaman ini diharap dapat membina
perhubungan yang rapat antara orang Cina di Malaysia dengan budaya warisannya dari negara China.
Jika pemain tidak memahami fenomena kejadian semasa setiap jie qi, dia tidak akan memahami variasi
perubahan atmosfera dalam permainan gendang. Sebagai contoh, permainan kuat dan ringan, tempo,
dinamik atau kelajuan yang berbeza perlu diekspresikan bagi mencerminkan suasana dan atmosfera
dalam jie qi yang berlainan. “Jika kita sendiri tidak dapat memahami makna
yang ingin diekpresikan, kita tidak dapat memainkannya dengan baik untuk menyakinkan penonton”.

MELATIH DISIPLIN DAN SEMANGAT KERJASAMA ANTARA PEMAIN –PEMAIN

Ciri penting dalam organisasi 24 Jie ling gu di Malaysia adalah untuk memupuk disiplin, membina
peribadi, perangai, moraliti yang baik, ketabahan, kecekalan hati dan semangat dalam diri seorang
pemain gendang. Salah satu matlamat penubuhan ensembel ini adalah akibat kerisauan tentang
disiplin dan perkembangan mental kanak-kanak remaja masa kini. Matlamat pembentukan ensembel
ini adalah untuk membekalkan satu aktiviti yang mencabar kebolehan kanak-kanak dan remaja,
memberi mereka satu matlamat, memenuhi minda mereka dengan pemikiran yang sihat bagi
membina seorang insan yang seimbang dari segi pengetahuan intelek, kebolehan fizikal dan praktikal.

MEMAHAMI PERPADUAN MELALUI KERJASAMA KUMPULAN

“Persembahan individu tidak digalakkan dalam persembahan ensembel 24 Jie ling gu. Persembahan
dalam kumpulan ditekankan untuk membina tali perhubunganyang harmoni, semangat kerjasama
dan toleransi antara ahli-ahli ensembel”. Kerjasama adalah sangat penting dalam menghasilkan
persembahan yang baik dari segi muzik, iaitu pukulan rentak bersatu yang sangat tepat serta
keselarasan pergerakan yang cantik.

SHIGU (SHI: SINGA, GU: GENDANG)

Alat muzik yang utama yang digunakan dalam ensembel 24 Jie ling gu ialah gendang Cina yang dikenali
sebagai shigu7 (lihat Gambar rajah 2.1 & Gambar foto. Shi bermakna “singa” dan shigu merujuk
kepada gendang yang digunakan untuk memainkan rentak untuk mengiringi “Tarian Singa”.

Shigu diklasifikasikan sebagai sebuah membranofon berbentuk “tong”. Permukaan atas shigu
dipasangkan dengan kulit kerbau atau lembu. Diameter muka kulit atasnya adalah kira-kira 58.5sm
(23 inci). Bahagian muka bawahnya dibiarkan terbuka. Ketinggian gendang kira-kira 61 sm (24 inci/ 2
kaki).

Bahagian dalaman gendang berongga dan beberapa dawai (spring) besi yang menonjol keluar
dipasang pada gendang di bahagian ini (lihat Gambar rajah 2.2). Baluh gendang dibuat daripada
kepingan-kepingan kayu biasa yang bercantum bersama oleh tiga lingkaran buluh kira-kira 40.5 sm (16
inci) dari permukaan gendang. Ia adalah lebar pada bahagian atas dan menirus ke dalam sedikit pada
bahagian bawah gendang (selepas tiga lingkaran buluh). Baluh gendang dicatkan dengan warna hitam
danbuluhnya diwarnakan merah. Tulisan kaligrafi yang mewakili salah satu nama daripada dua puluh
empat jie qi di negara China, ditulis dengan warna kuning pada baluh gendang.

Pada bahagian tepi gendang, dua pemegang besi berbentuk cincin yang disalut dengan warna emas
dipasangkan pada baluh gendang. Shigu dapat diangkat oleh dua orang pada setiap bahagian
pemegang ini. Walau bagaimanapun, seorang pemain dapatmengangkat gendang ini dengan
menterbalikkan dan memikulnya di atas satu bahagian bahu.

Gendang shigu diletakkan di atas sebuah kaki gendang besi yang terdiri daripada dua batang besi yang
diletak secara berpalang. Kaki bawahnya dipasangkan getah. Ketinggian keempat-empat kaki gendang
besi adalah sama dan ketinggian optimumnya adalah 23 sm (9 inci). Kini, kaki besi beroda telah mula
digunakan oleh beberapa ensembel di Malaysia. Tujuan kaki beroda ini adalah untuk melakukan
koreografi semasa persemahan, gendang-gendang ini berubah tempat. Selain itu, ia memudahkan
pengangkutan gendang dari satu tempat ke tempat yang lain.

Tarikh : 21 April 2017

Perjumpaan : Kedua

Tempat : SM Pin Hwa, Klang

Jurulatih : Encik Ho Wai Weng dan Encik Mohd Haffiz bin Hamdan Shukor

DUA PULUH EMPAT JIE QI DI DALAM ‘KALENDAR PERTANIAN’ CINA

Bab ini menerangkan maksud dua puluh empat jie qi, asal-usul dan penjelasan astronomi mengenai
‘Kalendar Pertanian Cina’. Seterusnya, jie ling yang bermaksud fenomena alam semula jadi, aktiviti
pertanian, perayaan dan ritual orang Cina di Negara China yang berlaku semasa setiap jie qi yang
berbeza dibincangkan. Muzik dan koreografi persembahan ensembel 24 Jie ling gu mempunyai
hubungan dengan jie ling yang berlaku semasa setiap jie qi dalam ‘Kalendar Pertanian Cina’.

PERKEMBANGAN ‘KALENDAR PERTANIAN/ PETANI’ DI NEGARA CHINA

Pada tahun 2001, negara China menggunakan tiga jenis kalendar, iaitu calendar lunar, solar dan barat
(Gregorian). Kalendar tradisi negara China ialah ‘Kalendar Lunar’ yang berdasarkan pusingan bumi
mengelilingi bulan, iaitu dua belas bulan dalam satu tahun. Kalendar solar wujud bersampingan
dengan kalendar lunar kerana calendar lunar tidak dapat menentukan perubahan musim dan cuaca
yang penting kepada kaum petani. Kalendar solar pula tidak dapat menentukan bulan-bulan penuh,
purnama dan sebagainya yang penting dalam penentuan pusingan perayaan-perayaan di negara
China.

Mengikut legenda negara China, pada tahun 2254 B.C., Maharaja Yao telah menyuruh ahli astrologi
istananya untuk mencipta satu sistem pusingan tahun mengikut perubahan musim. Jadual ini penting
kepada petani kerana ia menjadualkan jangka masa yang sesuai untuk penanaman jenis tanam-
tanaman yang berbeza1 berdasarkan perubahan cuaca. Sistem ini dinamakan ‘Kalendar Pertanian’ dan
diperkembangkan semasa Dinasti Shang (1750-1040 B.C.). Kalendar ini terdapat pada sebuah buku
takwim Cina yang telah dicipta 4000 tahun dahulu.

Nama pertama T’ung Shu ialah ‘Kalendar Istana’ kerana ia dikira hari demi hari oleh sebuah
‘Perbadanan Astronomi’ di istana di negara China. Pada masa dahulu, perbadanan ini terdiri daripada
ahli-ahli astrologi yang bekerja dengan Maharaja Cina. T’ung Shu ditandatangani dan dihantarkan
kepada majlis daerah dan rakyat Cina. Rakyat tidak dibenarkan mengira dan mencetak buku takwim
sendiri sehingga Dinasti Ching (bermula dari 1821 A.D.). Sejak itu, nama T’ung Shu ditukar kepada
nama ‘Kalendar Petani’ atau ‘Kalendar Pertanian’.

Nama dua puluh empat jie qi dalam ‘Kalendar Petani’ dengan tepatnya merujuk kepada iklim dan
perubahan cuaca di kawasan sepanjang Sungai Wei Ho dan Hwang Ho serta lembah sungai utara Qing
Shan dalam Daerah Shanxi dan Honan. Kawasan ini juga dikenali sebagai Dataran China Utara (North
China Plain) dan merupakan kawasan permulaan tamadun Cina atau ‘the cradle of civilisation’.

Selepas Revolusi 1911, negara China telah menggantikan kalendar tradisinya kepada ‘Kalendar
Gregorian’ yang digunakan di barat. Kalendar lunar masih diguna untuk menentukan perayaan
tradisional dan mengaturkan sekuen pekerjaan petani melalui sistem solar.

DUA PULUH EMPAT JIE QI (JIE: SAMBUNGAN, QI: NAFAS)

Istilah jie bermaksud ‘sambungan’ dan merujuk kepada dua puluh empat jie qi yang merupakan proses
perubahan musim dan cuaca dalam pusingan tahunan yang sentiasa berulang. Pusingan ini tidak akan
berhenti atau terputus. Istilah qi bermaksud ‘nafas’ yang merupakan tenaga utama atau kuasa hidup
dalam diri seseorang. Kuasa hidup ini dianggap sebagai kuasa asas di cakerawala ini. Buku T’ung Shu
(The Chinese Almanac) menterjemahkan nama-nama dua puluh empat jie qi sebagai ‘Dua puluh empat
Sambungan dan Nafas’ (Twenty Four Joints and Breaths).

Pusingan bumi mengelilingi matahari akan mengakibatkan perubahan musim dan cuaca. Setiap jie qi
adalah sejajar dengan jangka masa perubahan cuaca yang jelas dan ditandakan dengan keadaan cuaca
dan fenomena kejadian alam semula jadi yang berbeza. Perubahan cuaca ini pula akan menentukan
fasa-fasa pertumbuhan tanam-tanaman, aktiviti pertanian dan fenomena alam semula jadi yang
tertentu.

Cuaca dan musim adalah sangat penting bagi pertanian kerana kebanyakan daripada perniagaan di
negara China pada masa dahulu adalah berasaskan pertanian. Pertanian menjadi aktiviti ekonomi
yang paling penting bagi penduduk di negara China. Tanaman makanan utama ialah padi, gandum,
barli, jagung dan sawi. Semasa Dinasti Han (2062B.C.- A.D. 270), 90 peratus daripada jumlah 80 juta
orang yang mendaftar sebagai rakyat negara China bekerja sebagai petani.

Petani di negara China menggunakan ‘Kalendar Solar’ berdasarkan pusingan bumi mengelilingi
matahari. Kalendar ini membahagikan satu tahun solar kepada dua puluh empat jie qi untuk
merancang jadual pekerjaan pertanian petani di negara China. Setiap jie qi merangkumi sepanjang
kira-kira lima belas hari dan merupakan penanda bagi aktiviti-aktiviti pertanian seperti membajak,
menyemai, membenih, menanam, menyabit, menuai, membanting dan mengutip hasil. Perhubungan
rapat ‘kalendar solar’ dengan aktiviti pertanian di negara China menjadikannya turut dikenali sebagai
‘Kalendar Pertanian’ atau ‘Kalendar Petani’.

TEKNIK PUKULAN DAN KOREOGRAFI

Bab ini menjelas tentang penghasilan timbre yang dapat mewujudkan jenis bunyi dan kesan yang
berbeza dalam persembahan 24 Jie ling gu. Penghasilan timbre yang berlainan dapat dibuat dengan
memukul gendang pada tempat yang berbeza; contoh pada kaki gendang atau permukaan tanah;
mengguna saiz atau bentuk pemukul yang berbeza dan meletak gendang dalam kedudukan yang
berubah-ubah. Pelbagai teknikpukulan dapat dihasilkan dengan mengekploitasikan timbre dengan
cara pukulan gendang atau cara pegangan pemukul dengan berbeza.

Pergerakan tangan, kaki dan badan dalam pelbagai posisi yang menghasilkan koreografi yang
bervariasi dalam persembahan. Kombinasi penghasilan timbre, teknik pukulan dan koreografi ini
memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana fenomena alam, aktiviti petani dan
perayaan yang berlaku semasa jie qi yang spesifik dalam Kalendar Pertanian Cina.

TEKNIK PUKULAN DI ATAS PERMUKAAN GENDANG

Penghasilan timbre yang berbeza dapat dibuat melalui sentuhan pemukul kayu pada permukaan
gendang di kawasan yang berlainan. Secara amnya,tempat pukulan pada permukaan gendang
terbahagi kepada dua kawasan, iaitu A dan B (lihat Gambar rajah 3.1). Penghasilan bunyi pada pusat
gendang (zhong gu)(A) kuat, gemuruh dan berdering. Bunyi nimonik yang dihasilkan dalam kawasan
A ialah dung. Bibir gendang terletak di antara pusat gendang (A) dengan sisi gendang (gu bian)(C).
Penghasilan bunyi pada bibir gendang (pang bian)(B) adalah lebih lemah dan tinggi. Bunyi nimonik
yang dihasilkan ialah dang.

Rajah 3.1
Penghasilan timbre yang berlainan pada shigu

PETUNJUK
TEMPAT: NAMA BAHAGIAN/ BUNYI NIMONIK
A: PUSAT GENDANG (ZHONG GU) / DUNG
B : BIBIR GENDANG (PANG BIAN)/ DANG
C: SISI GENDANG (GU BIAN)/ TAK

LEI GU (LEI: KILAT, GU: GENDANG)

Lei gu merupakan teknik permainan gendang. Kedua-dua
pemukul kayu dipukul secara bersilih ganti dengan pantas di
atas muka kulit gendang. Teknik ini dinamakan ‘titiran
gendang’ dan biasanya dimainkan secara ad libitum, iaitu
secara bebas berdasarkan perasaan pemain. Untuk
menghasilkan bunyi kuat, lazimnya ia dimainkan pada pusat
muka gendang (A).

Pukulan pada pusat gendang

Untuk menghasilkan bunyi yang lebih lemah, pemain
membuat pukulan pada bibir gendang (B). Pemain
menggerakkan pemukul ke bibir gendang secara beransur-
ansur. Pukulan titiran gendang memerlukan kemahiran dan
pengawalan teknik yang baik.

Pukulan pada bibir gendang Titiran gendang boleh bermula dengan pukulan lemah dan
beransur-ansur menjadi lebih kuat hingga mencapai tahap
maksima. Kemudian pukulan akan menjadi lebih lemah secara
beransur-ansur. Tangan kelihatan bergerak dari pusat
gendang (bunyi kuat) ke arah bibir gendang (bunyi lemah).
Teknik pukulan lei gu dimainkan semasa Li Chun (Permulaan
Musim Bunga) dalam musim bunga.

NOT AKSEN (NOT TEKANAN)

Not aksen dihasilkan melalui pukulan bit-bit tertentu yang ditekan. Teknik ini memerlukan kemahiran
pukulan dan kekuatan penggunaan kedua-dua belah tangan kerana tekanan akan dilakukan dengan
pemukul kayu tangan kanan atau kiri. Teknik ini mewujudkan kesan pukulan gendang yang
kedengaran seakan-akan satu ‘melodi rentak’. Ia seolah-olah dapat menghasilkan pic berbeza pada
gendang. Salah satu contoh pukulan not aksen boleh dijumpai dalam teknik pukulan Chun Tian (Hari
Musim Bunga) semasa Chun Fen (Ekuinoks Musim Bunga) dalam musim bunga.

PEGANGAN PEMUKUL SECARA MENEGAK

Teknik ini dilakukan dengan memegang pemukul kayu Memukul shigu dengan pemukul
secara menegak. Pemukul yang dipegang dengan yang dipegang
tangan kanan dan kiri disentuh ke atas permukaan secara menegak
gendang secara bersilih ganti ataupun serentak di atas
muka gendang. Teknik ini menghasilkan timbre yang
berbeza, iaitu bunyi yang lemah dan tidak bergemuruh.
Ia dapat memberi perbezaan perasaan, timbre dan
dinamik yang ketara berbanding dengan pukulan yang
kuat pada gendang. Teknik ini diguna dalam penghasilan
muzik dan koreografi Cha Yang (Menanam padi) dalam
musim panas.

AN GU (MENEKAN MUKA GENDANG)

Bunyi meredam dihasilkan dengan cara menekan permukaan gendang
(an: tekan, gu: gendang). Tapak tangan kiri menekan permukaan
gendang sementara pemukul kayu yang dipegang dengan tangan kanan
memukul permukaan gendang. Teknik ini memberhentikan getaran
pada muka kulit apabila gendang dipukul. Bunyi yang dihasilkan
kedengaran seperti bunyi stakato, meredam dan tidak gemuruh lagi.

Menekan muka gendang Teknik bunyi meredam dihasilkan dengan meletakkan pemukul kiri
(An Gu) secara mendatar dan menekankannya di atas muka gendang. Mula-
mula, pemain meletakkan pemukul kayu sebelah kiri secara mendatar
di atas bahagian bawah permukaan gendang. Kemudian tangan kiri
menggelongsorkan pemukul kiri dari bahagian bawah (nan) ke bahagian
atas (bei) permukaan gendang. Pemukul kanan pula akan memukul
gendang sementara mengikut arah pergerakan pemukul kiri. Pemukul
kiri menggelongsor naik dan turun di atas permukaan gendang secara
alternatif.

Apabila muka gendang ditekan dengan tangan, ketebalan muka kulit dapat diekploitasikan kerana
getaran gemuruh gendang dihalang. Perbezaan pic dapat didengar dengan lebih jelas. Semakin dekat
pukulan dibuat ke arah sisi gendang (C), semakin tinggi picnya. Pic menjadi rendah, jika pukulan dibuat
berhampiran dengan bahagian pusat (A), semakin rendah pic yang dihasilkan. Kesan istimewa yang

dihasilkan semasa pukulan sebegini ialah bunyi seperti stakato. Teknik ini dimainkan semasa Xiao Man
(Bijirin Sudah Berisi) dalam musim panas.

TEKNIK PUKULAN PADA SISI GENDANG (GU PIAN)

Penghasilan timbre pada sisi gendang (C) jelas berbeza daripada pukulan pada pusat muka gendang.
Salah satu sebab ialah sisi ini dibuat daripada kayu. Sisi gendang merangkumi bahagian sekeliling
bulatan gendang.

PETUNJUK
NAMA BAHAGIAN: BUNYI NIMONIK
SISI GENDANG (GU BIAN): TAK

Sisi Gendang

Penghasilan pic adalah lebih tinggi dan timbre yang dihasilkan adalah tajam, kuat dan nyaring. Bunyi
nimonik pada bahagian ini ialah ‘tak’.

SISI GENDANG

Teknik ini melibatkan pukulan titiran gendang secara ad Memukul pada sisi gendang
libitum pada sisi gendang dengan kedua-dua belah
pemukul. Bunyi yang dihasilkan kedengaran seakan-akan
bunyi air hujan yang turun dari langit dan jatuh ke
permukaan bumi. Bunyinya divariasikan daripada
pukulan lemah yang beransur-ansur menjadi kuat, diikuti
dengan bunyi lemah semula. Teknik ini diguna untuk
menggambarkan air hujan yang turun semasa Yu Shui (Air
Hujan) dalam musim bunga.

GUA GU BIAN (MENGGESEK SISI GENDANG)

Teknik Gua Gu Bian dihasilkan melalui gesekan pada sisi
gendang (permukaan yang berpaku) dengan pemukul kayu.
Gesekan ini menghasilkan bunyi menyasau, tajam dan nyaring.
Pemain boleh menggesek sisi gendang kanan, kiri atau
sekeliling gendang. Teknik ini memberi kesan bunyi yang
istimewa.

Menggesek sisi berpaku
gendang dengan pemukul

TEKNIK PUKULAN PEMUKUL KAYU

Pukulan antara pemukul kayu di sebelah kanan dengan pemukul kayu di sebelah kiri akan
menghasilkan bunyi yang tajam, pendek, perlahan, berdering dan berpic lebih tinggi berbanding
dengan pukulan pada sisi gendang. Kesan yang dicipta oleh teknik ini ialah kesan bunyi suasana yang
lebih ringan dan tenang.

TEKNIK PUKULAN SECARA BERPALANG

Teknik pukulan ini dilakukan dengan cara mengetuk kedua-
dua pemukul di udara atau di atas muka gendang. Cara
pertama dilakukan dengan meletakkan pemukul kiri secara
mendatar atau pada sudut ketinggian yang berlainan di atas
permukaan gendang. Kemudian pemukul kayu di sebelah
kanan mengetuk pemukul kayu kiri. Pic yang dihasilkan tinggi
dan tajam.

Memukul pemukul kayu di
atas muka gendang

Cara kedua melibatkan teknik pukulan pemukul kayu antara satu
sama lain di udara. Kedua-dua belah tangan diangkat tinggi dan
didepa dengan sepenuhnya ke depan. Tangankanan yang memegang
pemukul kayu tersebut kemudiannya akan memukul pemukul kayu
kiri. Teknik ini menghasilkan pic yang tinggi, tajam dan nipis
berbanding dengan pukulan di atas muka gendang. Teknik ini boleh
dilihat semasa Zhai Xing (Memetik Bintang) dalam musim panas.

Memukul pemukul dengan
pemukul di udara

MEMUTAR PEMUKUL KAYU

Memutar pemukul kayu merupakan satu teknik, pemukul
kayu di sebelah kanan diputar dengan pergelangan tangan
secara fleksibel. Keadaan sedemikian supaya hujung atas
dan hujung bawah pemukul kayu kanan akan tersentuh
dengan pemukul kayu kiri pada setiap perubahan posisi.
Perubahan posisi ini bersilih ganti dengan pukulan sama
ada pada muka atau sisi gendang.

Memutar pemukul kayu

Tarikh : 28 April 2017

Perjumpaan : Ketiga

Tempat : SM Pin Hwa, Klang

Jurulatih : Encik Ho Wai Weng dan Encik Mohd Haffiz bin Hamdan Shukor

TIMBRE PADA BAHAGIAN-BAHAGIAN BERLAINAN SHIGU

Penghasilan timbre yang berbeza melalui pelbagai teknik seperti teknik memukul pemukul ke atas
lantai simen atau kayu dan baluh gendang kaki gendang, lingkaran buluh dan pemegang cincin telah
diekplotasikan dalam persembahan ensembel 24 Jie ling gu. Selain itu, tangan juga diguna untuk
memukul gendang bagi menghasilkan timbre yang berlainan. Walau bagaimanapun, teknik-teknik ini
tidak menghasilkan perbezaan timbre yang begitu ketara.

SAIZ DAN BENTUK PEMUKUL KAYU

Permukaan shigu dipukul dengan dua batang pemukul kayu.
Pemukul dibuat daripada kayu tempatan seperti kayu pokok haw
atau pokok jambul. Dalam ensembel 24 Jie ling gu, beberapa jenis
pemukul kayu digunakan.

Pemukul kayu bentuk silinder
Panjang: 23 sm
Diameter: 3.8sm

Jenis pertama ialah pemukul berbentuk silinder. Panjangnya kira-kira 23 sm (9 inci) dan diameter 3.8
sm (1.5 inci). Pemukul ini lebih pendek berbanding dengan pemukul bentuk lain. Pemukul ini
merupakan pemukul pertama yang digunakan oleh ensembel 24 Jie ling gu pada awal pembentukan
ensembel.

Jenis pemukul kedua mempunyai diameter maksima pada Pemukul kayu bentuk menirus di hujung
bahagian tengah dan berbentuk tirus di hujung. Panjangnya Panjang: 3.5sm
30.5 sm (12 inci) dan diameter pada bahagian tengah ialah
kira-kira 3.8 sm (1.5 inci) manakala diameter bahagian hujung Diameter tengah: 3.8sm
kira-kira 2.5 sm (1.0 inci). Pemukul ini sesuai bagi pukulan yang Diameter hujung: 2.5sm
pantas dan menghasilkan rentak yang jelas bagi rentak seperti
semikuaver yang bertalu-talu. Oleh sebab bahagian hujungnya
menirus, ia menghasilkan timbre yang lebih tinggi. Pemukul ini
sesuai digunakan bagi teknik pukulan ‘Memutarkan Pemukul
Kayu’.

Walau bagaimanapun, ia tidak begitu sesuai bagi teknik yang memerlukan pukulan tenaga yang kuat
seperti teknik memukul gendang yang terletak pada kaki gendang yang tinggi. Pemukul ini senang
menggelongsor dari tangan kerana bentuknya yang menirus di hujung.

Pemukul kayu bentuk penukul Jenis pemukul kayu ketiga mempunyai diameter yang paling kecil di
Panjang: 30.5sm tengah dan semakin melebar, tebal dan bulat pada hujungnya.
Panjang pemukul kayu ini ialah 30.5 sm, diameter tengah ialah 2.5
Diameter tengah: 2.5sm sm (1.0 inci) diameter hujung ialah 3.8 sm (1.5 inci). Pemukul ini
Diameter hujung: 3.8sm sesuai untuk pukulan yang memerlukan tenaga yang kuat seperti
teknik memukul gendang yang terletak pada kaki gendang yang
tinggi. Ini adalah kerana pemukul kayu ini kurang memerlukan
tenaga untuk menghasilkan bunyi yang kuat.

Pemukul ini mempunyai hujung yang tebal dan bulat yang berfungsi sebagai sebatang penukul. Timbre
yang dihasilkan adalah lebih rendah berbanding dengan pemukul kayu jenis kedua. Pemukul kayu ini
dapat dipegang dengan lebih kukuh kerana bentuk bulat pada hujungnya. Walau bagaimanapun,
pemukul kayu ini senang patah kerana bahagian tengahnya adalah nipis.

Ukuran dan bentuk pemukul kayu yang berbeza ini bergantung kepada cita rasa pemain gendang.
Pemukul kayu yang berbeza sesuai bagi teknik pukulan yang berbeza. Tiada satu jenis pemukul yang
sesuai digunakan bagi semua teknik pukulan gendang. Kadang-kala pemain menukarkan pemukul
kayu semasa persembahan supaya lebih sesuai dengan teknik yang ingin dimainkan. Jika pemukul kayu
terlalu berat, pemain ia akan meletihkan tangan pemain.

Walau bagaimanapun, pemukul kayu yang berat akan menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan
gemuruh. Jika pemukulnya ringan, pukulan irama seperti semikuaver yang bertalu-talu dapat
dilakukan dengan jelas dan mudah. Walau bagaimanapun, bunyi yang dihasilkan tidak kuat dan
gemuruh berbanding dengan pemukul yang berat. Kalau pemukul terlalu pendek, bunyi yang
dihasilkan tidak begitu kuat. Pemukul yang lebih panjang menjimatkan tenaga untuk menghasilkan
bunyi yang kuat tetapi ia lebih janggal. Pemukul kayu yang lebih tebal akan menghasilkan bunyi yang
lebih kuat dan gemuruh berbanding dengan pemukul kayu yang tidak begitu tebal. Pemukul kayu ini
akan menghasilkan bunyi yang lebih berdering dan tajam.

KEDUDUKAN GENDANG DAN POSISI BERMAIN

Shigu boleh diletak dalam pelbagai kedudukan yang berbeza dalam ensembel 24 Jie ling gu.
Kedudukan gendang menentukan posisi pemain. Shigu boleh diletak dalam 3 cara kedudukan iaitu
kedudukan menegak, mendatar dan dimiring 45°. Kedudukan gendang membawa kesan terhadap
timbre yang dihasilkan.

MENEGAK

Kedudukan gendang secara menegak di atas kaki gendang yang sederhana tinggi merupakan posisi
biasa. Dalam kedudukan ini, posisi pemain adalah di belakang gendang. Kaki dibuka dalam bentuk ‘V’
dan badan adalah lurus. Pemukul kayu pada kedua-dua belah tangan dipegang secara mendatar,
diarah ke hadapan dan berada selari antara satu sama lain.

MENDATAR Shigu diletak secara mendatar
di atas kaki gendang yang tinggi
Shigu juga boleh diletak secara mendatar di atas kaki gendang
yang tinggi. Timbre yang berbeza dihasilkan. Bunyi adalah
lebih kuat, rendah dan bergemuruh kerana bahagian berongga
gendang terdedah ke udara sepenuhnya. Dalam kedudukan
ini, pemain berdiri berhadapan dengan gendang dan
memanjangkan tangan ke atas untuk memukul gendang.

DI MIRING KE SISI

Gendang dimiring pada sudut 45°. Pemain boleh berdiri di
belakang, sisi atau duduk di depan shigu. Dalam posisi berdiri,
pemain akan mengangkat gendang dengan tangan kiri sehingga
ia condong ke arah sisi kiri dan memukul gendang dengan
pemukul kayu pada tangan kanan. Tangan kanan didepa
sepenuhnya sebelum memukul gendang.

Pemain berdiri dan mengangkat
gendang supaya ia dimiring ke sisi 45°

Pemain duduk di depan Dalam posisi duduk, pemain akan duduk berhadapan dengan muka
shigu yang dimiring ke sisi gendang. Kaki pemain dibuka dan didepa sehingga menyentuh
kedua-dua belah hujung depan kaki gendang. Pemain perlu
sebanyak 45° mengangkat tangan ke atas kepala dan menurunkannya untuk
memukul shigu. Dalam posisi duduk ini, pergerakan badan pemain
terhad. Dia hanya boleh menggerakkan badannya ke belakang dan
depan.

Bagi posisi sisi pula, pemain berdiri di sisi gendang dan
mencondongkan kaki kanannya ke sisi kanan serta mendepa kaki
kirinya. Muka pemain memandang ke pepenjuru kiri dan kedua-
dua belah tangan diangkat tinggi ke atas pepenjuru sisi kanan
setinggi paras telinga. Tangan diturunkan secara pepenjuru untuk
memukul gendang yang dimiring 45° ke sisi.

Pemain berdiri di sisi shigu yang
dimiring ke sisi 45°

POSISI TANGAN

Bahagian ini menunjukkan pergerakan tangan dan kaki dalam pelbagai jenis posisi. Pergerakan
pelbagai posisi ini membawa maksud yang mempunyai hubungan dengan fenomena kejadian alam
dan benda hidup, aktiviti petani dan perayaan atau ritual semasa 24 jie qi dalam Kalendar Pertanian
Cina. Koreografi dalam ensembel 24 Jie ling gu menggabungkan semua pergerakan ini. Pergerakan
tangan, kaki atau badan tidak mempengaruhi timbre dan biasanya diiringi oleh pukulan rentak.
Pergerakan tangan terdiri daripada dua jenis pergerakan. Tangan didepa dengan penuh atau
dibengkok pada sudut 45° atau 90° di bahagian sesiku. Tangan boleh didepa penuh ke atas, bawah,
sisi atau ke pepenjuru. Tangan juga boleh dibengkok ke atas, bawah, sisi atau pepenjuru.

TANGAN DIDEPA DENGAN SEPENUHNYA

TANGAN DIDEPA KE DEPAN DAN BELAKANG

TANGAN DIDEPA KE PEPENJURU

POSISI SESIKU

SESIKU DIBENGKOK SECARA MELINTANG

SESIKU DIBENGKOK SECARA MENEGAK

SESIKU DIBENGKOK KE PEPENJURU SECARA TERBUKA/TERTUTUP

POSISI KAKI

Pergerakan kaki selalunya mengiringi pergerakan tangan dan pukulan corak rentak. Pergerakan kaki
dari satu posisi ke posisi lain adalah penting untuk membawa pemain dari satu tempat ke satu
tempat. Dalam persembahan ensembel 24 Jie ling gu, hanya beberapa jenis pergerakan kaki
digunakan seperti:

Bentuk ‘V’ Bentuk Ma Bu Bentuk ‘Condong ke sisi’

Bentuk ‘Condong ke belakang’ Bentuk ‘Condong ke depan’

Memalang Kaki Bentuk Menegak Bentuk ‘pivot’

Tarikh : 12 Mei 2017

Perjumpaan : Keempat

Tempat : SM Pin Hwa, Klang

Jurulatih : Encik Ho Wai Weng dan Encik Mohd Haffiz bin Hamdan Shukor

KEPENTINGAN TEKNIK PUKULAN DAN PERGERAKAN BADAN KEPADA MUZIK
DAN KOREOGRAFI 24 JIE LING GU

Penghasilan timbre yang berlainan adalah penting untuk menvariasikan bunyi dan kesan pukulan
corak rentak pada shigu. Kombinasi timbre yang berlainan dalam corak rentak yang sama dapat
menghasilkan kesan yang berbeza. Oleh itu, penghasilan timbre adalah penting dalam variasi muzik
ensembel 24 Jie ling gu Sebagai contoh, teknik pukulan akiakatura atau dua semikuaver dan satu
krocet pantas pada sisi gendang membayangkan seekor serangga yang mengibas sayap dengan sekelip
mata semasa jie qi yang ketiga, iaitu Jing Zhe (Kehidupan Semula). Pada masa ini binatang dan
serangga mula bangun dari tidur. Muka gendang yang ditekan dengan pemukul kayu menghasilkan
bunyi meredam. Apabila muka gendang dipukul dengan pemukul kanan, timbre kedengaran seperti
bunyi stakato yang dikaitkan dengan bunyi mengisi botol kosong dengan bijirin padi. Bunyi ini
dikaitkan dengan jie qi yang kelapan, iaitu Xiao Man (Bijirin Sudah Berisi).

Koreografi badan adalah sangat mustahak. Ia membawa makna yang berkaitan dengan suasana alam,
pekerjaan dan aktiviti petani serta perayaan semasa 24 jie qi. Pergerakan badan dalam posisi-posisi
tertentu dikoreografkan untuk membawa maksud tertentu yang berkaitan dengan jie qi yang berbeza.
Contohnya, dalam teknik Cha Yang (menanam padi), pemain memegang pemukul kayu secara
menegak untuk mewakili anak padi yang telah membesar di tapak semaian. Bagi posisi tangan pula,
sesiku dibengkok secara sisi melintang terbuka dan tertutup serta pergerakan tangan ke atas dan
bawah untuk menyentuh muka gendang mememek pergerakan menanam pucuk padi ke dalam sawah
yang disediakan.

Kaki sentiasa bergerak serentak dengan pergerakan tangan dan pukulan gendang. Pergerakan kaki
adalah sangat penting dalam pergerakan pemain di sekeliling gendang atau dari satu gendang ke
gendang yang lain. Pergerakan satu langkah demi satu langkah kepada posisi-posisi berlainan
merupakan cara pemain bergerak dari satu posisi ke posisi lain atau dari satu tempat ke tempat yang
lain.




Click to View FlipBook Version