BIODATA DIRI Nama: Ain Syazatul Binti Azizul Hisham Kelas: Sejarah 2 IPG Kampus Kota Bharu No. Telefon : 012-6124062 E-mel : [email protected] Ambilan : Jun 2021/2026 Pengkhususan : Sejarah (SK) Tahun dan Semester : Tahun 2 Semester 2 Nama Pensyarah : Puan Hajah Nadimah Binti Ismail
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (PPPM) BUKU LOG @IPGKOTABHARU
ISI KANDUNGAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKAN Pengurusan & Struktur Organisasi PPPM Pengurusan & Struktur Organisasi PPPM IPG Pengurusan & Struktur Organisasi PPPM IPGMKKB PRINSIP ASAS PANDU PUTERI Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Pandu Puteri Isyarat & hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Lagu Taps Siang Lagu Taps Malam Lagu Pandu Puteri Tunas (Lagu Kumpulan Berenam) Bendera PPPM dan Maksudnya Bendera Dunia & Maksudnya SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI Sejarah Perkembangan World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM (SK) Rancangan Pengajaran Tahunan Pandu Puteri Tunas Laporan Aktiviti Mingguan
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN
STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj PENAUNG DIRAJA DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah YBhg. Dato' Jeyadhevi Subramaniam TIMBALAN YANG DIPERTUA KETUA PESURUHJAYA PESURUHJAYA PP TUNAS PESURUHJAYA PP REMAJA PESURUHJAYA PP RENJER PESURUHJAYA PP DEWASA PESURUHJAYA PP GUILD PESURUHJAYA KEAHLIAN PESURUHJAYA PROGRAM PESURUHJAYA LATIHAN PESURUHJAYA ANTARABANGSA PESURUHJAYA PERHUBUNGAN DENGAN MASYARAKAT PESURUHJAYA STRUKTUR DAN PENGURUSAN SETIAUSAHA KEHORMAT BENDAHARI KEHORMAT PENASIHAT UNDANGUNDANG Puan Foong Poh Lin Puan Hariyani Binti Mohamed Cik Fong Woon Yoke Puan Noor Hayati Binti Pilus Puan Lia Nazirah Abdullah Cik Lee Yong Yong Puan Azizah Binti Abdul Majid Puan Hindon Binti Ahmad Cik Chong Soo Hui (Thammy) Puan M Vijaya A/P S Murugesu Cik Koh Kar Ling Puan Noorzaidah Binti Mohamed Noor Puan Zahridah Hanum Binti Mazlan Puan Noor Hajran Binti Mohd Noor
STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA IPG KPM YBrs. Dr. Rektor PENAUNG Dr. Norsita Binti Ali Dr Zanariah Binti Ibrahim YANG DIPERTUA CAWANGAN YANG DIPERTUA CAWANGAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN SETIAUSAHA KEHORMAT PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT PESURUHJAYA TREFOIL GUILD PESURUHJAYA PANDU PUTERI TUNAS PESURUHJAYA LATIHAN PESURUHJAYA STRUKTUR DAN PENGURUSAN PESURUHJAYA ANTARABANGSA PESURUHJAYA KEAHLIAN PESURUHJAYA PROGRAM Dr. Siti Rosni Binti Mohamad Yusoff Dr. Noor Habibah Binti Kaderan Pn. Shahaliza Binti Halim Pn. Azizah Binti Alias Cik Maznah Binti Shaari Dr. Hjh Zainab Binti Nawab Khan Pn. Ruziaton Binti Jamros Dr. Thirumagal a/p Nakar Salapan Dr. Christina John Dr. Sholehah Binti Ismail Cik Luvrina Binti JamaludinMEMANGKU BENDAHARI KEHORMAT Dr. Noor Habibah Binti Kaderan PESURUHJAYA PERHUBUNGAN DENGAN MASYARAKAT Pn. Norliza Binti Samin
STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI IPG KAMPUS KOTA BHARU Puan Hajah Nadimah Binti Ismail PESURUHJAYA IPG KOTA BHARU Puan Hajah Nur Ziana Binti Che Hashim Syafiqah Aqilah Binti Sofian PEMIMPIN KETUA PASUKAN PENOLONG KETUA PASUKAN SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI TERATAI MELUR NAIB BENDAHARI SIANTAN CEMPAKA KENANGA Izzatul Syahirah Binti Musakar Nur’ Alya Haziqah Binti Helmi Nur Natasha Binti Yakup Nur Natasha Najwa Binti Mohd Zaini Nurul Aida Binti Hashim Tuan Batrisyia Balqis Binti Tuan Muhamad Rozaidi Nurin Afrina Binti Norhanizam Nurul Farhanah Binti Rosidi Nur Hasanah Binti Mohd Suhaimi Ain Syazatul Binti Azizul Hisham KESIDANG Siti Aisyah Binti Tajuddin KETUA KUMPULAN BERENAM
PRINSIP ASAS PANDU PUTERI
Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanakkanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanakkanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah dilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. MUKADIMAH Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953, Akta ini telah disemak pada tahun 1991. PERLEMBAGAAN PPPM Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006, Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERLEMBAGAAN PPPM PERKARA 1 - NAMA, STRUKTUR & LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG- UNDANG
Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG- UNDANG
2.1 KAEDAH Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang ii. Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat vii. Aktiviti luar viii. Simbolisme 2.2 KEANGGOTAAN Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut: Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG- UNDANG
Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi: PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG- UNDANG 5-25 tahun 6 tahun ke bawah 6-12 tahun 12-15 tahun 15-18 tahun + 18 tahun +18 tahun +18 tahun Bahagian Kepanduan Pandu Puteri Pra-Tunas Pandu Puteri Tunas Puteri Remaja Pandu Puteri Renjer Pandu Puteri Kadet Pandu Puteri Siswi Pandu Puteri Dewasa Bahagian Dewasa Pemimpin Tidak Berwaran Penolong Pemimpin Pemimpin Jurulatih Pesuruhjaya Guild Mantan Pesuruhjaya Guild Pandu Puteri Raja Guild Trefoil +18 tahun +18 tahun +18 tahun +21 tahun +24 tahun +24 tahun +30 tahun +18 tahun +24 tahun Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat.
PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG- UNDANG Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap- Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu- individu. termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. Perletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu Court of Honour' akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang- kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada 'Court of Honour adalah muktamad.
PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu: A) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip- Prinsip Asas: B) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia, C) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia; D) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 4 - LENCANA USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan "Persatuan Pandu Puteri Malaysia "di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keah lian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan
PERKARA 5 - PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: ⚫️ mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. ⚫️ menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. ⚫️ menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu.
.6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan USUL 7 : Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex afficio yang dilantik dari semasa ke semasa 6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada AhliAhli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF
PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, tanpa had tempoh keseluruhannya. Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya. Yang Di Pertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Kebangsaan: Perkembangan 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, PesuruhjayaPesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan PesuruhjayaPesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan. untuk tempoh tiga tahun. Caloncalon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum. enam tahun keseluruhannya.
Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan. diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun, and 30% di atas umur 60 tahun USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli e x officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa 6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF
.6.4 Korum dan Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang- undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang- Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 6.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan: ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik, iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang: v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko. kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF
Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3. Tiga Satu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18-35 30 tahun Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi: PERKARA 7 - UNDANGAN Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi. Tiada hak untuk mengundi, USUL 9: 13 wakil daripada setiap 16 15 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak satu ratus enam lima puluh (160 150) undi 10 wakil daripada Majlis Kejurulatihan Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa Wakil Cawangan USUL 10: Majlis Kejurulatihan Guild Pandu Puteri Raja 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi
PERKARA 7 - UNDANGAN 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi Dibenarkan mengundi. Tiada hak untuk mengundi. Guild Trefoil Guild Mantan Pesuruhjaya Wakil Kelab Pandu Puteri Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan PengakapPengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan. 7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.
PERKARA 7 - UNDANGAN 7.4 Korum dan Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia: iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini; viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.
PERKARA 8 - KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. ii. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat. Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada manamana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember.
PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. . Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. ii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisipolisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai- pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis. Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 11 - PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama. dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.
P ERS E T I A A N P A NDU PUT ERI UNDA NG-UNDA NG P A NDU PUT ERI Bahawasa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan Raja Dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa, dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri Seorang Pandu Puteri itu..... 1. Boleh dipercayai 2. Sentiasa taat dan setia 3. Suka menolong orang lain 4. Bersahabat dengan semua orang dan dengan Pandu Puteri yang lain 5. Sentiasa bersopan santun 6. Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7. Sentiasa menurut perintah 8. Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 9. Sentiasa berjimat cermat 10. Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
LAMBANG PANDU PUTERI MALAYSIA “SELALU SEDIA” COGA N K A T A LOGO RA S M I Maksud : Setiap ahli Pandu Puteri mestilah sentiasa bagi menghulurkan pertolongan tanpa mengharapkan sebarang balasan
Tiga rangkaian daun lebar : Lambang tiga persetiaan Sejarah - 1928 : Berdasarkan persetujuan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS - World Association of Girl Guides and Girl Scouts), semua negara bersetuju untuk menjadikan trefoil sebagai lencana ikrar dan lambang kepada cita-cita Pandu Puteri - Januari 1962 : Rekabentuk lencana Pandu Puteri Malaysia telah diperkenalkan. (Dicipta oleh Cik Mary Bowers, Pesuruhjaya Latihan, Ibu Pejabat). - Cik Mary Bowers memperolehi ilham untuk menciptanya selepas tertarik dengan rekabentuk sehelai daun yang jatuh ke tanah semasa perkhemahan bersama ahli kadetnya. Setelah berbincang, mereka mencapai kata sepakat untuk memohon kepada Ibu Pejabat agar rekabentuk daun tersebut digunapakai sebagai rekabentuk trefoil. Penggunaan - Lencana akan disemat pada skaf ahli oleh Pemimpin ketika Upacara Pelantikan dilaksanakan selepas lulus Ujian Pra Persetiaan. Dikenali juga sebagai Lencana Pelantikan Bintang pecah 14 (tengah-tengah cantuman daun) : Lambang 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. Cantuman tiga daun : Lambang persaudaraan Pandu Puteri di negara ini LAMBANG PANDU PUTERI MALAYSIA L E N C A N A P P P M
Tiga bentuk daun bercabang : Lambang Persetiaan Pandu Puteri dimana pada asalnya diperkenalkan oleh Lord Baden Powell Simbol Api pada bahagian pangkal: Lambang api kecintaan terhadap kemanusiaan Bentuk segiempat bujur di atas tengah-tengah daun : Jarum kompas yang menunjuk pada arah utara Dua bintang di sebelah kiri & kanan : Menandakan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri yang menjadi pedoman hidup kita. Bulatan mengelilingi logo : Lambang Persatuan Sedunia atau WAGGGS Warna emas : Bermakna sinaran matahari yang memancar ke atas semua kanak-kanak tidak mengira agama, bangsa, budaya dan warna kulit MAKSUD SIMBOL LENCANA Hanya dapat digunakan oleh ahli Pandu Puteri dalam kumpulan tenderfoot ataupun ahli penuh yang sudah melafazkan ikrar Peringkat Dunia ; Lencana merupakan simbol perpaduan dalam kalangan Pandu Puteri Sedunia. Lambang wagggs LAMBANG PANDU PUTERI MALAYSIA L E N C A N A DUN I A ( L E N C A N A TRE FOI L DUN I A - WOLRD BADGE )
L A G U P A N D U P U T E R I Versi BAHASA MELAYU ENGLISH VERSION Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar, Tidak berlipat di dunia Harapan abadi, Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh, Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji, Dengan rela berjasa, setia abadi, Kebebasan kita tepati, Bersedia sama, Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya. Our way is clear as we march on And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. All those who loved the true and good Whose promises we were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all, both great and small All we can give All we can give. L AGU DUN I A I M B A S S I N I
Kami puji, nikmat diberi, Matahari, bintang-bintang, Langit biru, Mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi. Thanks and praise, for the days, ‘Neath the sun, ‘Neath the stars, ‘Neath the sky, As we go, this we know, God is nigh. Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung, dari langit, Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan. Day is done, gone the sun, From the sea, from the hills, from the sky, All is well, safely rest, God is nigh. L A G U P A N D U P U T E R I L AGU T A P S S I A NG L AGU T A P S M A L A M I M B A S S I N I I M B A S S I N I
Puteri Tunas Bertujuan Menolong dan Berkawan LAGU KUMPULAN BERENAM Bunga Siantan Siantan Datang Berkawan Berani Macam Pahlawan Bunga Melur Melor Taat dan Setia Berusaha Setiap Masa Bunga Kenanga Kami Bernama Kenanga Berjasa Bertenaga Bunga Cempaka Cempaka Bersukaria Menolong Orang Duka Bunga Kesidang Kami Kesidang Datang Menolong Pagi dan Petang Bunga Teratai Teratai Nama Kami Bekerja Setiap Hari L A G U P A N D U P U T E R I L AGU P A NDU PUT ERI TUN A S I M B A S S I N I
Digunakan semasa: 1. Seseorang diterima sebagai ahli Pandu Puteri 2. Ketika ahli Pandu Puteri membaharui ikrar Cara membuat isyarat: 1. Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia 2. Tangan kanan dinaikkan ke paras bahu dan tangan kiri dirapatkan lurus pada badan 3. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan 4. Kira masa 1,2,3 dan turun 3,2,1 Tabik Pandu Puteri yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri (Pemimpin, ketua & sesama ahli kumpulan). Juga diberikan kepada ketua negara dan negeri, pembesar serta tetamu kehormat dalam upacara rasmi I S Y ARA T P A NDU PUT ERI HOR M A T P A NDU PUT ERI
Kedua-dua belah tangan : Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan untuk berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak memakai pakaian seragam. Tangan Kiri : Berjabat tangan sesama ahli Pandu Puteri Sebagai tanda persahabatan Pandu Puteri C a r a Be r j a b a t T a nga n Tangan Kanan: Berjabat tangan dengan orang lain selain daripada ahli Pandu Puteri Berkait rapat dengan perlakuan yang dilakukan oleh puak Zulu di Afrika ketika Lord dan Lady Bawen Powell melawat Kenya. Puak tersebut sering memegang senjata menggunakan tangan kanan sehinga tidak sanggup meletakkannya walaupun hanya sementara. BERJ ABA T T A NGA N P A NDU PUT ERI
B E N D E R A P A N D U P U T E R I P E N G G UN A A N Dikibarkan setiap perhimpunan Pandu Puteri pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan Juga dikibarkan di Rumah Pandu Puteri/Pejabat Pandu Puteri Kebangsaan atau Negeri. Latar belakang keseluruhan bendera adalah berwarna biru Tiga rangkaian daun lebar : Lambang tiga persetiaan Pandu Puteri Cantuman tiga daun : Lambang persaudaraan Pandu Puteri di negara ini Bintang pecah 14 (tengah-tengah cantuman daun) : Lambang 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. Perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengelilingi lencana Tiga petak jingga menyerong sederet pada bahagian kanan bawah : Lambang 3 bahagian Persetiaan Bahagian putih di penjuru : Lambang komitmen kesemua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan Trefoil dunia : Lambang matahari memancar menyinari kanak-kanak di seluruh dunia Bendera rasmi WAGGGS BE NDERA P P P M BE NDERA DUN I A
SEJARAH PERKEMBANGAN & STRUKTUR ORGANISASI
S E J A R A H P E R K E M B A N G A N P E R S A T U A N P A N D U P U T E R I D A N P E N G A K A P P U T E R I S E D U N I A ( W A G G G S ) 1909 1910 1912 1918 1919 Dalam sebuah perhimpunan pengakap di Crystal Palace, telah muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk mengikuti perhimpunan tersebut. Hal ini telah menarik perhatian pengasas pertubuhan pengakap, Lord Robert Baden Powell dimana beliau telah memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Agnes, iaitu adik kepada Baden-Powell, telah menerbitkan buku "Scouting for Boys bagi kegunaan Pandu Puteri dimana seterusnya pertubuhan Pandu Puteri dilahirkan. Sir Robert yang baru sahaja bersara telah mula bergerak secara sepenuh masa dalam pertubuhan Pengakap dan Pandu Puteri. Pasukan Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini memiliki pakaian, lencana, peraturan dan nama yang berlainan namun merekaberkongsi prinsip serta cita-cita yang sama Olave Soames, isteri kepada Sir Robert telah dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan kemudiannya pasangan tersebut telah meneruskan kegiatan mereka dalam membangunkan Pandu Puteri di seluruh dunia Sebuah badan rasmi iaitu Majlis Antarabangsa (International Council) telah dibentuk oleh Olave Baden Powell bertujuan untuk menjadi perintis kepada WAGGGS. Hal ini juga dapat menyatukan kesemua ahli dalam pergerakan tersebut.
S E J A R A H P E R K E M B A N G A N P E R S A T U A N P A N D U P U T E R I D A N P E N G A K A P P U T E R I S E D U N I A ( W A G G G S ) 1920 1924 1926 1928 1930 Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan dan ia merupakan satu peristiwa bersejarah. Hal ini kerana dapat memberi peluang kepada Pasukan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri berjumpa dan bertukar buah fikiran serta pengalaman mereka. Hal ini seterusnya telah membawa kepada perancangan kedua-dua kumpulan untuk membuat lawatan ke luar negara Perkhemahan Sedunia pertama telah diadakan dan kemudian pada tahun seterusnya, Buletin Dunia diwujudkan yang dikenali sebagai "Our Wolrd News" Wakil dari beberapa buah negara datang berjumpa Baden-Powell untuk bertanya mengenai pembentukan satu persatuan. (Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat di Amerika Syarikat) Sebelum Persidangan Antarabangsa yang kelima di Hungary, Baden Powell telah mendapatkan pendapat kesemua pasukan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal serta meminta mereka untuk mempertimbangkan hal tersebut secara serius. Pada akhirnya, wakil persidangan dari 26 buah negara telah bersepakat bagi membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia bertempat di London serta berperanan sebagai urusetia Bendera dunia telah dikibarkan pertama kalinya semasa Persidangan Dunia di United Kingdom.
S E J A R A H P E R K E M B A N G A N P E R S A T U A N P A N D U P U T E R I D A N P E N G A K A P P U T E R I S E D U N I A ( W A G G G S ) 1931 1932 1939 1945 1957 Bilangan ahli persatuan telah melebihi dari satu juta Pusat Dunia pertama dibuka Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri telah diadakan di Hungary. Pergerakan ini dihidupkan semula dan terus berkembang telah terhenti sementara kerana peperangan Pembukaan Our Cabana 1966 1977 Pembukaan Sangam Olave Baden-Powell meninggal dunia Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dimulakan bagi memperingati beliau dan meletakkan semula Biro Dunia (Urusetia WAGGGS) bersama dengan Pusat Dunia London (Pax Lodge) .
SEJARAH PERKE M BANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI M ALAY S IA ( P P P M ) 1916 1917 1932 1942-1946 1947 Bermula di Kuala Lumpur Pasukan Pandu Puteri yang Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Methodist Girls School Penubuhan pasukan dibantu oleh tiga orang pemimpin yang berpangkat Leftenan. Antaranya ialah Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett Persatuan Pandu Puteri Malaysia didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan diuruskan di bawah YWCA (The Young Women's Christian Association) Kerajaan mulai memberikan sumbangan dan peruntukan sebanyak 2 ribu ringgit Pergerakan Pandu Puteri di Malaya terhenti kerana perubahan takhta dan Malaya mulai dikuasai oleh Kerajaan Jepun Pergerakan Pandu Puteri yang terhenti dihidupkan kembali dengan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan gadis-gadis remaja apabila pertubuhan Pasukan Pandu Puteri dikembangkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu Terdapat beberapa ahli Pandu Puteri dan pemimpim PPPM telah mengambil tempat dalam perhimpunan antarabangsa buat julung kalinya. 1957 Pusat Pentadbiran PPPM dipindahkan dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri di Kuala Lumpur
SEJARAH PERKE M BANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI M ALAY S IA ( P P P M ) 1960 1966 Secara rasminya, PPPM menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia serta diterima sebagai ahli Tenderfoot PPPM telah diterima menjadi Ahli Penuh World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 1987-1996 Merupakan tahun-tahun cabaran bagi Pandu Puteri yang dimulai dengan sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar- besaran di seluruh dunia. PPPM menjadi tuan rumah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan Detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia yang mananya kesemua hal urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru pelatih yang dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin dan Kem Cabaran 96 telah dijalankan. 1999 Laman Web PPPM mula dibuka melalui penambahan maklumat dari masa ke masa. 2005 "Girl Guides Summit" dilaksanakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta. KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al- Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, dilantik sebagai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS
SEJARAH PERKE M BANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI M ALAY S IA ( P P P M ) 2006 2007 2008 Pek Tunas Puteri, Pasukan Pandu Puteri dan Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan serta berkuat kuasa secara rasminya dengan serta-merta Pelaksanaan Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia PPPM memperolehi tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang kesembilan kalinya. Malaysia selaku Tuan Rumah kepada '9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering' "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" dilancarkan di Sungai Petani Kedah Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja dilaksanakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak 2011 Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyertai Persidangan Dunia WAGGGS kali ke-33 di Afrika Selatan Membuat pembentangan pembidaan Persidangan Dunia kali ke - 34
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN