TAMBAHKAN PENGETAHUAN ANDA! ZON NOTA
Tunku Abdul Rahman mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat iaitu beliau pernah melanjutkan pelajaran di Penang Free School & University Cambridge, England dalam bidang undang-undang Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Kemudian menjadi Perdana Menteri pada tahun 1957.
beliau telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membasmi kemiskin rakyat & menyusun semula masyarakat berbilang kaum Kawan-kawan, Tun Abdul Razak memberikan sumbangan yang terbesar dalam pembangunan negara iaitu Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya mengembalikan keamanan negara selepas peristiwa 13 Mei 1969 menerusi pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Sesuai dengan gelaran beliau sebagai Bapa Perpaduan, program Rukun Tetangga telah diperkenalkan bagi menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan Amanah Saham Nasional Berhad untuk memudahkan kaum bumiputera memiliki saham dalam syarikat berhad.
Buat pengetahuan, Tun Dr Mahathir merupakan penyumbang terbesar dalam pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) & Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Tun Dr. Mahathir juga mencipta sejarah dengan memegang jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1981, kemudian pada tahun 2018.
Sesuai dengan gelaran beliau, Tun Abdullah telah memperkenalkan Pelan Integriti Nasional (PIN) untuk membina masyarakat yang bermoral dan beretika. Dato’ Seri Najib telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama antara kaum demi kesejahteraan negara.
Beliau telah mengumumkan peruntukan besar dari segi kewangan bagi membantu rakyat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik COVID- 19. Beliau memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia yang meraikan keterangkuman daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia