SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN
(MPU13012 PENDIDIKAN ISLAM)
PENILIAN BERTERUSAN SUMATIF
E -FOLIO
TAJUK : KONSEP ASAS ISLAM
NAMA :NUR AZMIEZA BINTI AHMAD SUKERI
NO MATRIK :P21SFP20F504
NAMA PENSYARAH :PN. ZATIL ‘ISMAH BINTI AFANDI.
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. PENGERTIAN TASAWWUR ISLAM
3. KEPENTINGAN MEMAHAMI TASAWWUR ISLAM
4. CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
5. PENGERTIAN ISLAM , IMAN DAN IHSAN
6. SUMBER HUKUM ISLAM
7. PENUTUP
8. RUJUKAN
PENGENALAN
• Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh Allah s.w.t. Ia adalah suatu cara hidup yang wajib dilaksanakan
dalam kehidupan setiap mukmin.
• Cara hidup mukmin yang diterima Allah mestilah berteraskan kepada asas aqidah Islam.
• Aqidah mukmin memerlukan kesepaduan antara iman,islam dan ihsan untuk mencapai kejayaan hidup di dunia
dan di akhirat.
• Ajaran Islam hendaklah dihayati secara menyeluruh seperti mana ia diturunkan sama ada dalam bentuk aqidah
atau syariat yang bersumberkan al Quran dan as-Sunnah.
• Setiap muslim tidak terkecuali dari mengikut seluruh ajaran Islam.
PENGERTIAN
TASAWWUR ISLAM
• Tasawwur Islam pada asasnya merujuk kepada gambaran menyeluruh tentang isi kandungan ajaran Islam yang
meliputi aspek akidah,akhlak dan amaliyyah.
• Tasawwur Islam adalah hasil pemerhatian dan kesimpulan para sarjana terhadap sifat-sifat dan ciri-ciri ajaran Islam
dalam kesemua bidangnya.
• Memahami gambaran menyeluruh tentang ajaran Islam, akan memecahkan tajuk perbincangan kepada beberapa
subtajuk iaitu keistimewaan dan ciri-ciri ajaran Islam, pandangan semesta Islam, epistemologi Islam,konsep ilmu dan
konsep nilai.
KEPENTINGAN MEMAHAMI
TASAWWUR ISLAM
• Tasawwur Islam, kita akan beramal dengan Islam yang betul.
• Pegangan,ibadah,pemikiran dan cara hidup kita terpimpin dengan roh Islam.
• Tidak berlaku individu yang menganut ajaran sesat, pemikiran liberal dan sekular serta cara hidup bertuhankan akal
dan nafsu semata-mata.
• Dapat memberi imej yang baik tentang Islam kepada masyarakat khasnya masyarakat bukan Islam .
• Membantu kita menangani isu dan permasalahan dalam kehidupan menurut perspektif Islam .
• Mempelajari tasawwur Islam, kita meletakkan Islam pada kedudukan yang betul.
• Akhirnya kita menjauhkan diri daripada Islam tanpa menolak Islam. Itulah yang perlu difahami oleh kita semua bagi
menghayati semula maksud Islam yang sebenar .
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
RABBANI ( KETUHANAN )
• Rabbani bermaksud hukum,konsep,nilai dan peraturan terdapat dalam islam.
• Diwahyukan oleh Allah SWT. Bukan daripada hasil permikiran dan ciptaan manusia.
• Peranan manusia sekadar memahami , memperkembangkan , dan melaksanakan dalam kehidupan mereka.
CONTOH IBADAH RABBANI
• MEMBACA AL-QURAN
Dengan membaca Al-Quran dapat meningkatkan
Ilmu umat islam .
BERPUASA Di BULAN RAMADHAN
• Puasa merupakan salah satu yang terdapat dalam
rukun Islam yang wajib umat islam melakukannya .
WAQI’IYAH (REALISTIK)
• Waqi’iyah bermaksud ajaran islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian dengan kehidupan manusia .
• Islam sesuai beramal dimana sahaja kita berada dalam apa jua keadaan dan zaman.
• Islam tidak mengharamkan sesuatu perkara melainkan itu membawa kemudharatan kepada manusia
CONTOH IBADAH WAQI’IYAH
MENGELUARKAN ZAKAT
• Islam mewajibkan anda berzakat dan memberikan pahala/ganjaran yang besar
kepada mereka yang bersedekah
ALAMIYAH (SEJAGAT)
• Alamiyah bermaksud islam merupakan agama yang universal,tidak terikat dengan tempat dan masa dan
ruang.
• Aspek alamiyah merakumi tiga bidang utama iaitu syariah ,akhlak dan akidah
MENUNAIKAN HAJI
• Umat Islam yang mempunyai pelbagai
jenis warna kulit bebas untuk melakukan
ibadah haji dan umrah .
MENUNAIKAN SOLAT
• Umat Islam boleh menunaikan solat di
mana-mana sahaja asalkan tempat itu
tidak kotor.
SYUMUL DAN KAMIL
• Syumul dan kamil bermaksud kemutlakan dan kesempurnaan sifat-sifat Allah tidak terbatas .
• Islam bukan hanya agama yang berbentuk teori semata-mata yang mengangkut kepada persoalan hati dah fikiran
bukan sahaja berbentuk lisan yang memfokuskan kepada pertuturan sahaja
CONTOH IBADAT SYUMUL DAN KAMIL
RUKUN SOLAT
• Setiap umat islam harus
melengkapkan rukun solat untuk
menyempurnkan ibadah solat dengan
betul .
ADAB MENUNTUT ILMU
• Adab menuntut ilmu patutlah menjadi
kebiasaan kepada seseorang yang
mahu menuntut ilmu agar mendapat
menyempurnakan adab menuntut ilmu
.
TAWAZUN (SEIMBANG)DAN WASATIYAH(KESEDERNAAN)
• Tawazun bermaksud ajaran islam memberikan perhatian yang seimbang pada semua aspek kehidupan manusia.
• Dari segi individu dan masyarakat,rohani , jasmani ,kebendaan dan kerohanian serta dunia dan akhirat.
• Wasatiyah eleman yang penting dalam islam
• Islam menolak semua unsur ekstramisme dalam kehidupan manusia
• Sikap melampau bukan sahaja ditengah dalam aspek kehidupan di dunia seperti pemakanan , mengumpul harta.
CONTOH-CONTOH IBADAH TAWAZUN
DAN WASATI’IYAH
Kawin
• perbezaan setiap individu dari segi usaha dan kesungguhan,
kerajinan, kreativiti, tanggungjawab yang dipikul .
BERSEDERHANA SOLAT
• Seseorang tidak dibenarkan beribadat sepanjang masa
sehingga mengabaikan keperluan menjaga kesihatan tubuh
badan atau mencari rezeki yang halal.
PENGERTIAN ISLAM
• Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa maksud taat dan
patuh,aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan kekurangan zahir dan
batin
• Segi istilah syarak, Islam ialah tunduk,taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
PENGERTIAN IMAN
• Iman pula berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman iaitu tiada rasa takut.
• Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan
pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu.
PENGERTIAN IHSAN
• Manakala ihsan pula ialah lawan kepada kalimah isa’ah (berbuat jahat).Ihsan bermaksud
berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada melakukan perbuatan yang buruk
dan jahat.Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas
dalam beribadat dan mengerjakan ibadat keranaAllah s.w.t. semata-mata.
HUBUNGAN ANTARA ISLAM ,
IMAN DAN IHSAN
• Iman sebagai landasan keyakinannya , sedangkan islam dan ihsan berupa perbuatan nyata
dalam seharia- hari .
• Pengakuan iman seseorang tidak ada artinya sama sekali tidak dibuktikan dengan amal
nyata dalam kehidupan sehari-hari .
• Sebaliknya islam dan ihsan dalam kehiduan sehari-hari dalam tidak diterima Allah apabila
tidak dilandaskan dengan iman yang benar
SUMBER HUKUM ISLAM
PENUTUP
• Apa bentuk kejayaan sekalipun,terasnya ialah akidah dan ketaatan kepada Allah s.w.t.,
kemudian jika segenap kemampuan akal,jasmani dan rohani digilap dan dipergunakan
maka wujudlah insan-insan yang cemerlang di dalam bidang masing-masing menurut bakat
dan kemampuan yang dikurniakan Allah s.w.t.
RUJUKAN
• https://quizizz.com/admin/quiz/5fba751107c8ce001bd386ab/sumber-sumber-hukum-islam
• https://budayakanberislam.blogspot.com/2019/07/bagaimana-hubungan-antara-iman-
islam.html?m=1
SEKIAN TERIMA
KASIH