SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
(KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU, JOHOR)
DISEDIAKAN OLEH:
BTARI NYALA KUSUMAH
TINGKATAN:
2 SAPPHIRE
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
HARI/BULAN/TAHUN
ISI KANDUNGAN.
BIL KANDUNGAN MUKA
1. PENGHARGAAN SURAT
2
2. PENDAHULUAN 3
3. JADUAL KERJA 4-5
4. OBJEKTIF KAJIAN 6
5. KAEDAH KAJIAN 7
a) Pemerhatian
b) Temu bual
c) Soal Selidik
d) Rujukan
6. DAPATAN KAJIAN
a) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau.
b) Mengenal pasti jenis dan contoh Teknologi Hijau yang
terdapat di kawasan kajian
c) Menyenaraikan kepentingan Teknologi Hijau. 8-10
d) Menghuraikan punca amalan Teknologi Hijau tidak
diterapkan dalam kehidupan seharian.
e) Mencadangkan langkah-langkah atau strategi yang boleh
dibuat bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang
sesuai.
7. RUMUSAN 11
8. SUMBER RUJUKAN 12
9. LAMPIRAN 13-19
a) Lampiran A- Gambar penggunaan teknologi hijau
b) Lampiran B- Sesi temu bual
c) Lampiran C- Borang soal selidik (Analisis)
1
1.0 PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, Cikgu
Hanifah binti Jamaluddin atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat
berguna serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi
menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya, Encik Ridwan
Prawira Kusumah dan Puan Fatmayana Latif yang telah banyak menolong dan memberi
sokongan penuh dan dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan masa untuk menolong
saya menjalankan kajian ini.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya kerana
telah memberi saya banyak pendapat dan inspirasi.
Sekian, terima kasih.
2
2.0 PENDAHULUAN
Saya, Btari Nyala Kusumah merupakan pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Ismail. Saya telah memilih tajuk Amalan Teknologi Hijau kerana tajuk
ini memudahkan saya membuat pemerhatian dan tinjauan serta membuat rujukan daripada
laman sesawang dan juga buku-buku rujukan yang berkaitan.
Kawasan kajian saya ialah di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor kerana ianya
merupakan kawasan tempat tinggal saya. Saya membuat kajian ini untuk mengetahui amalan
teknologi hijau yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Saya membuat kajian ini secara individu tetapi tetap mendapat pertolongan daripada
beberapa rakan saya iaitu Nur Alya Natasya dan Khloe Hooi Ming Yan.
Saya menggunakan empat kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah temu bual, kaedah soal
selidik dan juga kaedah rujukan. Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk menyiapkan
kerja lapangan saya.
3
3.0 JADUAL KERJA AKTIVITI CATATAN
BIL TARIKH
Berbincang dengan
1 7/12/2022 Menerima taklimat dan tugasan kerja guru dan rakan sekelas
lapangan Geografi daripada guru mata bentuk pelaksanaan
pelajaran iaitu Cikgu Hanifah binti yang hendah
Jamaluddin. dilakukan.
2 8/12/2022 Membuat persediaan awal dan merancang Membuat nota secara
jadual kerja dengan teratur. individu.
3 10/12/2022 Mengenal pasti objektif kajian dan Berbincang Bersama
menentukan kaedah yang sesuai. rakan-rakan sekelas.
4 12/12/2022 Menyediakan borang soal selidik Menggunakan aplikasi
“google form”
5 12/12/2022 Mula mengumpulkan maklumat daripada Berbincang bersama
pelbagai sumber seperti internet, buku rakan melalui aplikasi
teks, buku rujukan dan majalah. “google meet”
6 15/12/2022 Mendapat responden dikawasan kajian Dengan bantuan ibu
berkaitan dengan Amalan Teknologi bapa.
Hijau yang boleh dilakukan.
7 16/12/2022 Menganalisis maklumat yang telah Dilakukan secara
diperolehi ke dalam bentuk peta tafsiran. individu.
8 16/12/2022 Mengenal pasti konsep dan takrifan Mencari maklumat
teknologi hijau yang dilakukan di dengan melayari
kawasan kajian. Internet dan juga
pemerhatian secara
individu.
Menjelaskan amalan berkonsepkan Berbincang Bersama-
9 20/12/2022 teknologi hijau dan contoh produk yang sama rakan sekelas
sesuai dilakukan di kawasan kajian. melalui aplikasi
“google meet”
4
10 20/12/2022 Menjelaskan 4 kepentingan amalan Dilakukan secara
teknologi hijau dikalangan penduduk individu dengan
dikawasan kajian. bantuan Internet.
11 20/12/2022 Menghuraikan punca-punca amalan Melayari Internet dan
teknologi tidak dapat diterapkan di membuat nota secara
kawasan kajian. individu.
12 20/12/2022 Menjelaskan strategi dan Langkah- Menggunakan analisis
langkah yang dapat dilakukan untuk borang soal selidik
mengatasi alasan amalan teknologi hijau sebagai rujukan dan
tidak dapat diterapkan di kawasan kajian. melayari Internet.
13 21/12/2022 Menulis rumusan dan teks dialog temu Dilakukan secara
bual bersama sumber. Menambahkan individu.
analisis carta soal selidik pada kerja
lapangan.
14 27/12/2022 Menghantar kerja lapangan kepada cikgu. Dihantar melalui
aplikasi “Telegram”.
5
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Diakhir kajian ini, saya akan dapat:
1) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau.
2) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di kawasan kajian
Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
3) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau.
4) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan
seharian.
5) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan
penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai.
6
5.0 KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian semasa menjalankan kerja lapangan ini.
Antara kaedah yang saya gunakan ialah:
a) Pemerhatian
Saya telah meninjau kawasan kajian iaitu Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
Saya mengumpul data dan pelbagai maklumat daripada pemerhatian saya.
b) Temu Bual
Saya telah bertemu bual dengan seorang sumber iaitu Cik Mira yang merupakan jiran
saya untuk mengetahui amalan Teknologi Hijau yang sering diterapkan di kawasan
kajian.
c) Soal selidik
Saya menjalankan kaedah ini dengan mengedarkan borang soal selidik dengan
menggunakan medium “google form” kepada penduduk setempat. Dengan bantuan
ibu bapa, saya dapat mengedarkan borang soal selidik tersebut kepada 10 orang
penduduk.
d) Rujukan
Kaedah ini memerlukan saya untuk membuat rujukan daripada buku, laman web,
majalah dan media sosial. Kaedah ini memudahkan proses menyediakan kerja
lapangan dan menjimatkan masa.
7
6.0 DAPATAN KAJIAN
a) Konsep dan Definisi Teknologi Hijau
Wikipedia:
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar
untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif
kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa keturunan manusia.
Buku Teks Geografi Tingkatan 2 (muka surat 150)
Teknologi Hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan system untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.
b) Latar Belakang dan Peta Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Ianya merupakan
sebuah perkampungan Melayu yang terletak ditengah-tengah bandaraya Johor Bahru.
Sebahagian besar penduduk Kampung Melayu Majidi adalah kakitangan kerajaan,
pekerja swasta, dan berniaga. Sebelah barat Kampung Melayu ini bersempadan jalan
keretapi Johor Bahru ke utara di kawasan perumahan larkin, disebabkan utara
bersempadankan Jalan Tampoi, di sebelah timur bersempadankan Jalan Tebrau dan di
sebelah selatannya ialah Taman Suria.
Kampung ini dutubuhkan pada tahun 1951. Bandaraya Johor Bahru kini berkembang
hingga ke Ulu Tiram di sebelah timur dan kempas di sebelah utara, menjadikan
Kampung Melayu kini terletak di tengah – tengah kawasan pentadbiran Majlis
Bandaraya Johor Bahru. Terdapat tiga pintu utama masuk ke Kampung Melayu
Majidee iaitu Jalan Dato Mohd Said Sulaiman, Larkin Perdana, Jalan Utama melalui
Jalan Tebrau dan Jalan Sekolah melalui Jalan Tampoi.
8
c) Jenis dan contoh teknologi hijau yang terdapat di kawasan kajian
Berdasarkan pemerhatian saya, antara jenis dan contoh teknologi hijau yang terdapat
di Kawasan kajian ialah:
Panel Suria
- Menyerap cahaya matahari sebagai sumber tenaga bagi menghasilkan tenaga elektrik
atau haba. Ia digunakan sebagai sebuah komponen dalam sebuah sistem fotovolta
yang lebih besar bagi menjana tenaga elektrik di kawasan kajian.
Baja Organik
- Merupakan baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami
proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-
tumbuhan.
Produk Biodegradasi
- Produk yang mempunyai proses penguraian sebatian organik kompleks kepada
sebatian organik mudah. Ia adalah hasil daripada aktiviti biologi. Ia berlaku
terutamanya oleh tindakan organisma hidup, seperti bakteria dan kulat.
d) Kepentingan amalan Teknologi hijau bagi penduduk Kawasan kajian.
Penerapan teknologi hijau amat penting dan memberikan pelbagai faedah kepada
penduduk kawasan kajian dan masyarakat sekitar. Antara kepentingan amalan
teknologi hijau yang telah saya kaji ialah meningkatkan kualiti hidup rakyat
dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran air, udara
dan bunyi akan berkurangan jika masyarakat terus konsisten mengamalkan amalan
teknologi hijau.
Selain itu, teknologi hijau juga berpotensi besar memajukan pembangunan
negara. Industri yang menggunakan produk berhubung dengan teknologi hijau dapat
menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.
Seterusnya, dengan adanya teknologi hijau, alam sekitar akan terlindungi.
Ianya dapat menyebabkan peningkatan suhu bumi dapat dikurangkan dengan
mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida.
Di samping itu, teknologi hijau juga dapat menjimatkan tenaga yang boleh
diperbaharui dan sumber asli dengan menginovasikan enjin hybrid dan mesin yang
mesra alam.
9
e) Punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan dan
Langkah- Langkah untuk meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau.
Berdasarkan kajian yang telah saya kaji, punca utama amalan teknologi hijau tidak
diterapkan ialah kekurangan pembiayaan atau masalah kos yang dihadapi oleh
penduduk kawasan kajian atau masyarakat sekitar. Oleh itu, Langkah untuk
memperbaiki situasi tersebut ialah dengan pemerintah yang perlu menyediakan
dana agar teknologi hijau berjaya dalam jangka masa yang lama.
Selain itu, punca yang lain termasuklah kurang kesedaran atau kepekaan.
Hal ini dapat diselesaikan dengan menjalankan kempen kesedaran awam disekolah
atau komuniti kecil unutk meningkatkan kepekaan masyarakat.
Disamping itu, masyarakat juga tidak konsisten dalam melaksanakan
amalan teknologi hijau. Oleh itu, pihak berwajib perlu mengadakan Latihan dan
pelajaran berkaitan tentang teknologi hijau dan faedah-faedahnya.
Akhir sekali, masyarakat kurang berpengetahuan tentang konsep dan
definisi teknologi hijau. Oleh itu, Langkah untuk memperbaiki memperbaiki situasi
tersebut ialah dengan membuat tren-tren di media sosial berkaitan tentang
teknologi hijau. Hal ini dilakukan kerana media sosial merupakan medium yang
memberikan impak yang cukup besar untuk masyarakat.
10
6.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan kerja lapangan
Geografi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Menjalankan kerja lapangan ini banyak
pengetahuan dan pengajaran yang telah saya pelajari. Selepas menjalankan kerja lapangan
ini, saya berasa amat gembira kerana kerja lapangan ini telah membantu saya memahami
dengan lebih mendalam tentang kesan-kesan sekiranya amalan teknologi hijau tidak
diamalkan. Antara kesan yang telah dilihat ialah berlakunya peningkatan suhu bumi yang
semakin melampau. Hal ini menghasilkan kesukaran kepada manusia antaranya seperti
kemarau yang akan mengeringkan hasil tanaman manusia. Antara Langkah untuk
mengurangkannya ialah dengan mengamalkan amalan teknologi hijau seperti menggunakan
pengangkutan awam.
Dengan ini, saya berharap kesan-kesan negatif yang akan berlaku sekiranya amalan teknologi
hijau tidak diamalkan akan dikurangkan di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru dan akan
menjadi lebh bersih agar penduduk hidup denga naman dan sejahtera.
11
7.0 SUMBER RUJUKAN
a) Internet
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Melayu_Majidee
b) Buku Teks
- Geografi Tingkatan 2, IMS BOOKS TRADING SDN. BHD
Penulis: Kang Chai Yang, Zukipli bin Ismail, Rajanderan Subramaniam
12
8.0 LAMPIRAN
a) GAMBAR PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN
13
b) SESI TEMU BUAL BERSAMA SUMBER
Nyala: Selamat sejahtera, Cik Mira
Cik Mira: Selamat sejahtera, Nyala.
Nyala: Hari ini saya ingin menemu bual cik untuk mendapat informasi berkaitan
tentang teknologi hijau untuk melengkapkan kerja lapangan mata pelajaran Geografi
saya.
Cik Mira: Baiklah.
Nyala: Menurut Cik Mira, apakah maksud teknologi hijau?
Cik Mira: Menurut cik, teknologi hijau merupakan sesuatu inovasi yang dapat
memelihara dan memulihara alam sekitar.
Nyala: Baiklah. Seterusnya, menurut cik, apakah punca amalan teknologi hijau sering
tidak diterapkan oleh masyarakat?
Cik Mira: Menurut saya, mungkin mereka yang kurang mengamalkan amalan
teknologi hijau belum banyak terdedah dengan pengetahun-pengetahuan berkaitan
tentang teknologi hijau.
Nyala: Baiklah. Kalau begitu, apakah Cik Mira ada solusi untuk mengatasi masalah
ini?
Cik Mira: Mungkin saya dapat memberi beberapa cadangan. Antaranya ialah seperti
mengadakan tren berkaitan tentang teknologi hijau di media sosial. Pihak-pihak
berwajib boleh mengadakan tren yang dapat menggalakkan masyarakat lebih tekun
mengamalkan amalan teknologi hijau.
Nyala: Wah, saya amat setuju dengan cadangan cik! Akhir sekali, apakah amalan
teknologi hijau yang sering cik lakukan dan apakah contoh amalan teknologi hijau
yang dapat penduduk lakukan di kawasan perumahan ini?
Cik Mira: Saya sering mengamalkan amalan 5R dan mengurangkan penggunaan
plastik. Penduduk juga dapat memasang panel solar atau menggunakan baja organik
sebagai nutrien untuk tanaman mereka.
Nyala: Baiklah, itu sahaja pertanyaan-pertanyaan yang hendak saya tanya. Terima
kasih kerana sudi menjadi sumber untuk kerja lapangan saya!
Cik Mira: Sama-sama, Nyala.
14
c) BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)
Pautan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeBBQKxpCf0A7UFwIaEqMy3SY32S5
z3BmCGPDUqEvf_zMPUgA/viewform
15
ANALISIS YANG DIPEROLEHI DARIPADA BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE
FORM) YANG TELAH DIEDARKAN KEPADA 10 ORANG RESPONDEN
16
17
18
HURAIAN SOAL SELIDIK
Berdasarkan analisis soal selidik tersebut, 90% responden telah mengamalkan amalan
teknologi hijau. Hal ini telah pun membuktikan bahawa telah banyak daripada penduduk di
kawasan kajian saya yang telah mengamalkan amalan teknologi hijau. Punca utama teknologi
hijau tidak diterapkan di kawasan kajian saya ialah kerana masalah kos atau masalah
pembiayaan. Oleh itu, solusi paling efisien ialah pihak berkuasa perlulah menyediakan dana
untuk menggalakkan penduduk mengamalkan amalan teknologi hijau. Dengan ini, marilah
kita sentiasa mengamalkan amalan teknologi hijau agar dapat berjaya dalam jangka masa
yang lama dan agar penduduk sentiasa hidup dengan sejahtera.
19