The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zeeda2110, 2019-01-10 23:11:22

MINIT MESYUARAT AGONG

MINIT MESYUARAT AGONG

! MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB STAF
SK BELIMBING DALAM, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Tarikh
Hari BERAKHIR PADA DISEMBER 2017
Masa
Tempat : 10 JANUARI 2018
: Rabu
: 3.20 petang
: Bilik Gerakan

Kehadiran : - Guru Besar
1. Pn. NurShakina binti Ahmad Halidin - GPK Pentadbiran
2. En. Ab Razak b Rashidin - GPK Hem
3. Pn. Masrurah binti Dzulkifli - GPK Koku
4. Pn. Haniza binti Mohd Hanif - Pengerusi
5. Tn. Hj Fazilan b Othman - Naib Pengerus
6. Tn . Hj Helmirizal b Che Long - Setiausaha
7. Pn. Maimunah bt Mohd Amin - Naib Setiausaha
8. Pn. Masliza bt Mohamadiah - Naib Bendahari
9. Pn. Norizan bt Rabu – AJK
10.Pn. Rosidah bt Mohamed Mustafa - AJK
11.En. Zamri b Arshad - AJK
12. Pn. Khadijah bt Lawang - AJK
13. Pn. Mardiah Hayati bt Norazlim - AJK
14. Pn. Nur Naimi binti Awang - AJK
15. Cik Ainun Jariah binti Jameran - AJK
16. Cik Siti Hawa Beevi - AJK
17. Pn Jamakyah Sulaiman -AJK
18. Pn Aminiza bt Badarudin
19. Pn Zalina bt Jabar

1

20. Pn. Zainorhanim binti Zainal
21. Pn. Zaini Aziah binti Othman
22. Pn. Fazidah binti Abd Ghani
23. Pn. Junaidah binti Shamsudin
24.Pn. Nur Shahida bt Mohamad Yusof
25. Pn. G. Puspa
26. PN. Suryahana bt Saedan Mukhtar
27.Pn Tuty Martini binti Hj Amid
28. Pn. Maisarah bt Thamby Chik
29. Pn. Shafrina bt Shahidan
30. En. Herman Shah bin Ghazali
31. En. Mohd Uswardi b Ab Rahim
32. En Yusri bin Ahlan

Tak Hadir 1. Tn Hj Salim bin Mohamad

AGENDA 1 : Ucapan Pengerusi – Tn Hj Fazilan b Othman
1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pentadbir dan ahli Kelab Staf untuk mesyuarat

Agung bagi tahun 2017.

2. Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kehadiran semua.

AGENDA 2 : Ucapan Guru Besar – Pn. Nurshakina binti Ahmad Halidin
1. Mengucapkan tahniah atas apa juga yang telah dijalankan sepanjang tahun 2017.
2. Menyatakan bahawa badan ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan staf dan menjaga

hubungan silaturahim antara staf. Semoga dapat merancang aktiviti yang sesuai untuk
memantapkan ukuwah antara staf.

2

3. AGENDA 3 : Pembentangan Aktiviti Sepanjang Tahun 2017
3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa hampir lapan puluh peratus aktiviti yang dirancang

telah berjaya dilaksanakan.
3.2 Antara aktiviti –aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:

3.2.1 Korban kelompok
3.2.2 Pakaian Seragam
3.2.3 Lawatan Penanda Aras
3.3 Aktiviti yang ditambah kebanyakannya melibatkan keewangn kelab seperti:
3.3.1 Jualan Koku dan hari Usahawan
3.3.2 Jualan Hari Guru
3.3.3 Tender makanan dan jamuan

Makluman

AGENDA 4 : Pembentangan Kewangan
4.1 Penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2017 dibentang oleh Naib

Bendahari , Pn Norizan binti Rabu.
Dicadang oleh : Pn Shafarina bt Shahidan
Disokong oleh : Pn. Fazidah Bt Abd Ghani

AGENDA 5 : Perlantikan Bendahari
5.1 Memandangkan Bendari Kelab Staf telah bertukar sekolah, maka Bendahari yang baharu

perlu dilantik bagi menggantikan Pn Norasikin bt Hj Hussin.

3

Cadangan : 1. Pn Fazidah bt Abd Ghani
2. Pn. Zalina bt Jabar

Majlis sebulat suara melatik Pn Fazidah selaku Bendahari Kelab Staf yang baharu.

5.3 Naib Bendahari memberitahu bahawa agak sukar untuk mengutip yuran keahlian kelab
pada setiap bulan. Justeru beliau mencadangkan agar bayaran boleh dibuat sebanyak dua
atau tiga kali setahun.
Majlis bersetuju sebulat suara.
Tindakan : Bendahari dan ahli kelab staf

AGENDA 6 : Cadangan aktiviti 2018

6.1 Cadangn dari AJK Kelab Staf:

• Menyewa penapis air untuk kegunaan bersama dan diletakkan di Bilik Guru dengan
sewaan sebanyak RM150 sebulan.

• Majlis bersetuju sebulat suara.
Tindakan : Pengerusi kelab Staf

• Mengadakan aktiviti Senamrobik diwaktu pagi sebelum Pdpc sebanyak dua kali
sebulan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan
dikalangan ahli kelab dan juga murid-murid SKBD. Aktiviti ini adalah kolaborasi
antara Kelab Staf dan Panitia Pendidikan Jasmani.

• Majlis bersetuju sebulat suara.
Tindakan : Ketua Panitia P. Jasmani

• Memberi peruntukan sebanyak RM500 untuk menaik taraf Bilik Guru.

• Tiada bantahan. Tindakan : Pengerusi Kelab Staf

4

AGENDA 6 : Hal-hal lain

6.1 Masalah erph.

• Ada sebilangan guru yang tidak mahir menggunakan erph dan memohon pihak
pentadbir agar membenarkan mereka menggunakan buku rekod.

• Guru Besar memaklumkan, sebarang rayuan hendaklah berjumpa dengannya secara
peribadi .

2. Masalah komputer di Bilik Guru.

• Tn Hj Helmirizal memberitahu tentang komputer di Bilik Guru selalu ‘hang’
disebabkan oleh RAM yang tidak cukup. Masalah juga timbul disebabkan printer yang
sering rosak.

• Guru Besar meminta kerjasama semua guru agar mencetak dirumah masing masing
dahulu kerana beliau mempunyai perancangan hendak menambah printer.

• Pn Shafarina mencadangkan agar betulkan dahulu printer di Bilik Guru dengan
menggunakan duit Kelab Staf.

AGENDA 7 : Ucapan Penangguhan

1. Tuan Pengerusi mengharapkan komitmen ahli kelab agar segala yang dicadangkan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan jam 3.30 petang.

Disediakan oleh. Disemak oleh:

.......................................................... ..........................................................
(Maimunah binti Mohd Amin) (Tn. Haji Fazilan b Othman)
Setiausaha Kelab Staf Pengerusi Kelab Staf
SK Belimbing Dalam

5

6

PERLEMBAGAAN KELAB STAF
SEKOLAH KEBANGSAAN BELIMBING DALAM

76100 DURIAN TUNGGAL MELAKA

FASAL 1 : NAMA PERTUBUHAN

Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB STAF SK BELIMBING DALAM

FASAL 2 : ALAMAT PERTUBUHAN

Nama berdaftar dan tempat mesyuarat ialah:

SK BELIMBING DALAM

76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA

FASAL 3 : TUJUAN / MATLAMAT

1. Meningkatkan lagi semangat persaudaraan antara staf yang bekerja dalam satu
tempat yang sama.

2. Menjaga kebajikan guru-guru dan kakitangan bukan guru yang bekerja dalam satu
tempat yang sama.

3. Memiliki harta tak alih yang dimiliki dengan menggunakan kewangan kelab.

FASAL 4 : KEAHLIAN

1. Ahli kelab terdiri daripada semua kakitangan guru dan bukan guru secara tetap,
kontrak, sandaran yang bekerja atau menjalani latihan melebihi enam bulan di SK
Belimbing Dalam.

7

2. Mengaku mengikut syarat-syarat menjadi ahli. Sanggup menerima dan mematuhi
perlembagaan kelab.

FASAL 5 : YURAN KELAB

1. Guru RM15.00

2. Bukan guru RM10.00

Yuran juga boleh dinaikkan mengikut persetujuan suara ramai dalam mesyuarat agung setelah
jawatankuasa baru dibentuk.

Yuran parkir kereta juga dikenakan sebanyak RM5.00 dan boleh dinaikkan mengikut
mesyuarat jawatankuasa yang telah dilantik.

FASAL 6 : MESYUARAT AGUNG

1. Pengelolaan kelab ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-
kurangnya 2/3 daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda
jumlah jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir dalam
mesyuarat bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum
untuk mesyuarat.

2. Mesyuarat agung tahunan bagi kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin
setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Januari pada
masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Kerja-kerja mesyuarat agung
tahunan ialah:

a) Menerima laporan jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan tahun lalu.

b) Menerima laporan bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit oleh
pemeriksa kira-kira pada tahun lalu.

c) Memilih ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan
dating.

8

d) Ahli yang hadir berkuasa melantik seorang ahli untuk menjadi pengerusi
sementara bagi mengelolakan pelantikan jawatankuasa yang baharu.

e) Pengerusi yang telah membubarkan jawatankuasanya juga tidak boleh dilantik
untuk jawatan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan bendahari dalam
tempoh 2 tahun.

FASAL 8 : JAWATANKUASA

Satu jawatankuasa seperti berikut hendaklah dipilih dalam mesyuarat agung tahunan untuk
tempoh dua (2) tahun secara undian.

Seorang Pengerusi

Seorang Naib Pengerusi

Seorang Setiausaha

Seorang Naib Setiausaha

Seorang Bendahari

Seorang Timbalan Bendahari

9 orang AJK

FASAL 9 : KEWANGAN

1. Bendahari hanya dibenarkan menyimpan wang di tangan tidak melebihi
RM200.00. Wang selebihnya hendaklah disimpan di dalam akaun bank.

2. Sebarang perbelanjaan yang melebihi RM100.00 hendaklah mendapat persetujuan
daripada semua AJK Kelab Staf manakala perbelanjaan yang kurang daripada
RM100.00 boleh diluluskan oleh Pengerusi.

9

FASAL 10 : KEBAJIKAN KELAB

1. Ahli kelab dimasukan ke wad akan diberi sumbangan sebanyak RM 50.00 untuk
sekali dalam tahun berkenaan.

2. Ahli kelab yang melahirkan anak yang pertama di sekolah ini diberikan
sumbangan sebanyak RM50.00.

3. Guru yang berpindah akan diberikan sumbangan seperti berikut:

• ½ tahun ke 3 tahun berkhidmat = RM50.00

• Setiap tahun berikutnya akan ditambah RM10.00

4. Sumbangan sebanyak RM100.00 akan diberikan kepada ahli keluarga terdekat
sekiranya kematian ahli kelab.

5. Kematian ahli keluarga terdekat seperti suami, isteri, anak, ibubapa, atau mertua
akan diberikan sumbangan sebanyak RM30.00.

6. Sumbangan sebanyak RM30 akan diberikan kepada ahli yang menyambut Hari
Lahir.

FASAL 11 : PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang / Perlembagaantidak boleh diubah atau dipinda melainkan dalam Mesyuarat
Agung sahaja.

10


Click to View FlipBook Version