The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INOVASI E-DIGITAL RAK BAHASA MELAYU SEMADAH, 2021-06-14 00:07:03

GOLONGAN KATA NAMA

Golongan
Kata
Nama

1. Nur Aina Najla’ Binti Md Azan
2.Nur Hidayatul Husna Binti Muhamad Shafie

NAMA GURU:
PUAN HAJAH NAFIZAH BINTI ABD WAHAB

STANDARD KANDUNGAN

5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.

STANDARD PEMBELAJARAN

DSKP KSSM Tingkatan 4 DSKP KSSM Tingkatan 5

5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan 5.2.1 Memahami dan menggunakan golongan
golongan kata nama dengan betul mengikut kata nama dalam pelbagai laras bahasa dengan
konteks. betul mengikut konteks.

ISI KANDUNGAN

01 KATA NAMA 03 KESALAHAN UMUM

-KATA NAMA KHAS -KESALAHAN TATABAHASA YANG
-KATA NAMA AM BIASA PELAJAR LAKUKAN
-KATA NAMA TERBITAN
04 LATIHAN
02 KATA GANTI NAMA
-LATIHAN 1
-KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA -LATIHAN 2
-LATIHAN 3
-KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA -LATIHAN 4
-KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA -LATIHAN 5
-KATA GANTI NAMA TUNJUK/TEMPAT
-KATA GANTI NAMA TAK TENTU 05 SKEMA JAWAPAN
-KATA GANTI NAMA SINGKATAN

01

KATA NAMA
-KATA NAMA KHAS
-KATA NAMA AM
-KATA NAMA TERBITAN

KATA NAMA

KATA NAMA KHAS KATA NAMA TERBITAN KATA NAMA AM
-Ditulis dalam bentuk huruf
besar. -Kata Nama yang mengalami proses -Bernyawa (manusia, tumbuhan dan haiwan)
pengimbuhan. -Tidak bernyawa (benda dan tempat)
Contoh: -Terhasil daripada kata nama, kata kerja,
Proton Saga, Ahmad, Sang kata adjektif dan kata sendi nama yang -dapat dikategorikan kepada dua kumpulan dari segi
Kancil diberi imbuhan.
maksudnya,
yang bersifat konkrit dan yang bersifat abstrak

Contoh:
Pengangkutan- imbuhan apitan
Rancangan- imbuhan akhiran
Pentadbir-imbuhan awalan
Pepatung- imbuhan sisipan
Jutawan-imbuhan asing

ABSTRAK KONKRIT
Contoh: Contoh:
Ilmu, adab, keselesaan
Polis, lampu, nasi

02

KATA GANTI NAMA

-KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
-KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
-KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA

-KATA GANTI NAMA TUNJUK/TEMPAT
-KATA GANTI NAMA TAK TENTU
-KATA GANTI NAMA SINGKATAN

KATA GANTI NAMA

KATA GANTI NAMA DIRI KATA GANTI NAMA DIRI KE-2 KATA GANTI NAMA DIRI
PERTAMA KE-3
1. anda – diri orang kedua yang tidak
1. saya – diri sendiri apabila bercakap bersemuka / secara bertulis 1. dia/ia – digunakan untuk orang
dengan orang yang baru dikenali 2. awak – bercakap dengan orang yang biasa pada umumnya
2. hamba – diri sendiri pada zaman dahulu rapat / panggilan orang atasan 2. –nya – menggantikan dia/ia, tidak
3. aku – diri sendiri apabila bercakap kepada orang bawahan boleh berdiri sendiri,
dengan kenalan yang rapat/ berdoa 3. engkau – bercakap dengan kenalan ditulis serangkai dengan perkataan
4. beta – raja / sultan / kerabat diraja rapat / berdoa sebelumnya
bertitah kepada rakyat 4. dikau – merujuk kepada orang kedua ( 3. mereka – jika bilangan lebih
5. daku – tulisan/ nyanyian sebagai objek dalam sajak atau seni kata lagu ) daripada seorang
pada kata sendi / kaka kerja transitif digunakan jika perkataan sebelumnya 4. beliau – digunakan untuk orang
yang diakhiri dengan huruf ‘n’ berakhir dengan huruf ‘n ‘ yang dihormati
6. patik – rakyat apabila bercakap dengan 5. kamu – orang yang lebih tua / dewasa , 5. baginda – digunakan untuk kerabat
raja / sultan / kerabat diraja ditujukan kepada anak, para diraja
7. kami – diri orang yang berkata dan pelajar dan sebagainya
temannya apabila bercakap dengan orang 6. tuanku – apabila bercakap dengan
kedua sultan / raja, bermaksud ‘ tuan yang mulia’
8. kita – diri sendiri ( si penutur), rakan dan 7. kalian – digunakan apabila bercakap
orang yang mendengar dengan lebih daripada seorang

KATA GANTI NAMA

KATA GANTI NAMA KATA GANTI NAMA TAK KATA GANTI NAMA
TUNJUK/TEMPAT TENTU SINGKATAN

- menunjukkan nama benda, tempat - tidak merujuk sesuatu secara khusus - digunakan dalam bahasa
dan cara yang hendak dinyatakan - terbentuk dengan menggandakan percakapan dan bentuk karya
kata tanya sastera seperti sajak, cerpen
Contoh: dan novel
Contoh:
sini, situ, sana, ini, itu, begini, begitu - Contohnya ku, kau, ni, tak , ku, gitu
apa-apa, bila-bila, siapa-siapa mu
(sesiapa), mana-mana - tidak digalakkan dalam keadaan
rasmi

03 KESALAHAN UMUM

KADANG-KADANG KITA TIDAK
PERASAN TENTANG KESALAHAN
TERSEBUT. MUNGKIN SELEPAS INI
KITA AKAN LEBIH BERJAGA-JAGA !

KESALAHAN UMUM

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA

• Jangan menggunakan ‘aku’ dalam situasi rasmi dan apabila berinteraksi dengan
seseorang yang perlu dihormati / lebih tua.

Contoh:
- “Aku hendak pergi ke tandas,” kata Halim kepada cikgu. ( salah )
“ Saya hendak pergi ke tandas, “ kata Halim kepada cikgu. ( betul )
- “ Biar aku menolong ayah,” kata Jamil kepada bapa. ( salah )
“ Biar saya menolong ayah,” kata Jamil kepada bapa. ( betul )

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA

Contoh:

- “ Awak hendak ke mana?,” Ella bertanya kepada ibunya. ( salah )

Penggunaan ‘awak’ adalah salah, ganti dengan ibu, ayah,encik,cik,tuan, puan
cikgu atau nama orang tersebut berdasarkan konteks ayat.

KESALAHAN UMUM

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA

Kata ‘dia/ia’ digunakan untuk orang sahaja dan tidak boleh digunakan untuk benda/
Binatang

Contoh:
- Anak kucing itu sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
Anak kucing itu sakit. Anak kucing itu perlu dirawat. ( betul )
Kata’ia’ tidak boleh digunakan sebagai objek kepada kata sendi/ kata kerja transitif.
- Saya tidak sependapat dengan ia. ( salah )
- Saya tidak sependapat dengan dia. ( betul )
- Semoga Tuhan mencucuri makhluknya dengan rahmat. ( salah )
Semoga Tuhan mencucuri makhluk-Nya dengan rahmat. ( betul )
Kata ganti’ia’ dan ‘nya’ tidak boleh digabungnya menjadi ‘ianya’.

KATA GANTI NAMA TAK TENTU

Contoh:
- Saya tidak ke mana semalam. ( salah )
Saya tidak ke mana-mana semalam. ( betul)
- Berilah buah itu kepada siapa sahaja. ( salah )
Berilah buah itu kepada sesiapa/ siapa-siapa sahaja. ( betul )

KESALAHAN UMUM

KATA GANTI NAMA SINGKATAN

Contoh:

- Bimbinglah hambamu, ya Tuhan. ( salah )
Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhan. ( betul )

* ‘kau’ tidak boleh diletakkan di hujung ayat.
- Siapakah yang memukul kau? ( salah )
Siapakah yang memukul engkau? ( betul )

* ‘ku’ dan ‘kau’ mesti dalam bentuk kata kerja transitif, jadi bentuk kau mengambil
adalah salah.
- Buku itu telah kau mengambil. ( salah )
Buku itu telah kau ambil. ( betul )

034 LATIHAN :)

JANGAN TAKUT UNTUK GAGAL
KERANA ORANG YANG TIDAK
PERNAH GAGAL HANYALAH ORANG
YANG TIDAK PERNAH MELANGKAH

-BUYA HAMKA-

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata nama. Kemudian, anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama yang disenaraikan untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menukarkan imbuhan,
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

“Selain mengambil ahli muzik yang baharu dari universiti tempatan, saya juga menjenamakan semula
Orkestra Jaz RTM melalui penerbitan album A Jazz Tribute to Malaysian Songs, yang mengandungi 15 buah
lagu instrumental yang berkualiti dan terbaik pernah dihasilkan oleh Orkestra RTM. Hasil yang diperoleh
seterusnya, Orkestra Jaz RTM dan Mjaz Trio dijemput untuk mengadakan persembahan di Java Jazz
Festival, pada tahun 2010 bersama-sama tokoh jaz seluruh dunia,” ujar Mokhzani.

Menyingkap pengalaman yang paling manis sewaktu memimpin Orkestra RTM, Dato’ Mokhzani tidak
menyangka bahawa impiannya untuk mengadakan Konsert Simfoni Putrajaya pada 15 Julai 2007 menjadi
kenyataan.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Muzik Beri Dato’ Mokhzani Kepuasan Berkarya” Dewan Siswa, Bil. 07/2020)
[6 markah]

LATIHAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata nama. Kemudian, anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama yang disenaraikan untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menukarkan imbuhan,
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

Kertok ialah sejenis alat muzik idiofin yang popular di Kelantan. Kertok diperbuat daripada kayu atau
kelapa. Ketika di pesta dan majlis keramaian seperti menyambut hari keputeraan sultan dan lain-lain, kertok
dimainkan dalam pertandingan secara berpasukan. Setiap pasukan kertok terdiri daripada lapan hingga 10
orang pemain.

Untuk membuat kertok kelapa, sebiji kelapa yang cukup besar dan tua diperlukan. Bahagian atas
kelapa dipotong merentas untuk dibuang isinya, yang meninggalkan lubang yang besar. Kemudian, sekeping
papan kecil yang dipanggil belira atau daun, diletakkan merentangi permukaan lubang itu.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Kertok” Dewan Siswa, Bil. 07/2020)
[6 markah]

LATIHAN 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata nama terbitan. Kemudian, anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama yang disenaraikan untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menukarkan
imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Sementara itu, golongan bujang akan menerima BPR sebanyak RM100. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata, bayaran itu akan dimasukkan ke dalam akaun penerima pada akhir jun 2021. Dalam pada itu, perdana
menteri turut mengumumkan mengenai moratorium untuk golongan B40, pekerja dan PKS yang terjejas. Mereka diberi
pilihan sama ada kelulusan automatik moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak
50 peratus selama enam bulan.

Antara lain adalah bantuan khas one-off sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu
bas sekolah, bas persiaran serta kereta sewa dan e-hailing. Bayaran itu akan mula pada Julai depan.

Menerusi Pemerkasa Plus, ia membabitkan suntikan fiskal oleh kerajaan berjumlah RM5 billion.

(Dipetik dan diubah suai daripada

https://mstar.com.my/lokal/semasa/2021/05/31/pkp-30-pm-umum-rakyat-terjejas-dapat-tambahan-bpr-moratorium-turut-ditawarkan )

[6 markah]

LATIHAN 4

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata ganti nama. Kemudian, anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama yang disenaraikan untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menukarkan imbuhan,
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

“Beritahulah apa-apa yang perlu saya lakukan supaya mampu menjadi seperti kamu” pinta Hamka.
Afi hanya memandang Hamka apabila soalan itu dilontarkan. Riak wajahnya kekal serius.

“Menjadi seperti apa? Dihormati? Dapat perhatian? Dikenali ramai?” ujar Afi.
“Semenjak mendapat kerusi ini status Afi berubah. Sejujurnya saya menyanjung bakat dan kebolehan Afi.
Ajarlah atau sekurang-kurangnya berikan saya rahsia agar kekal tenang. Lihatlah pencapaian yang
diterima. Akademik, pertandingan, malah jaringan kerjasama Afi makin bertambah bukan?”

(Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “Jouska yang Diselindungi” Majalah Siswa Bil. 07/2020)

[8 markah]

LATIHAN 5

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata ganti nama. Kemudian, anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama yang disenaraikan untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menukarkan imbuhan,
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

“Cikgu doakan yang baik-baik untuk kamu semua. Percayalah kata-kata cikgu ini bahawa kita akan
sentiasa berjuang di medan perang. Cikgu pun tidak terkecuali seperti kalian…” pesan Cikgu Noraini hinggap
di telingaku dan rakan-rakan yang sudi menghadirkan diri buat kali yang terakhir di ruangan kecil itu.

Tiada lagi bersemuka begini. Hanyalah maya yang menjadi medan. Dan setelah itu, bertemulah kita di
dewan peperiksaan. Cukupkah atau tidak persiapan? Di wajah rakan-rakan sekelasku, langsung
menghulurkan resah dan bimbang. Aku? Tidakkan tenang seperti yang tergambar di sebalik degupan jantung
nan satu ini. Hanyalah Allah yang melihat dan mengetahui setiap isinya.

(Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “ Sehingga Tuhan Mengizinkannya” Dewan Siswa Bil. 05/2021)

[8 markah]

035 SKEMA JAWAPAN

SEMOGA BERJAYA !

SKEMA JAWAPAN

JAWAPAN LATIHAN 1

● Dato’ Mokhzani JAWAPAN LATIHAN 2
● Konsert Simfoni Putrajaya
● ahli muzik ● Kelantan
● universiti tempatan ● kelapa
(mana-mana jawapan yang sesuai) ● sultan
● pasukan
JAWAPAN LATIHAN 3 ● pemain
(mana-mana jawapan yang sesuai)
● penerima
● pengurangan
● kerajaan

(mana-mana jawapan yang sesuai)

SKEMA JAWAPAN

JAWAPAN LATIHAN 4 JAWAPAN LATIHAN 5

● Apa-apa ● Kamu
● Saya ● Kalian
● Kamu ● -ku
● Itu ● Itu
● Ini ● begini

(mana-mana jawapan yang sesuai) (mana-mana jawapan yang sesuai)

SEKIAN, TERIMA KASIH !!!

TERIMA DIHASILKAN OLEH :
SAENMDAOGCAEK!M!B!AAERHSLAASINHAGM! E LAYU

P/S: InsyaaAllah, setiap yang berusaha pasti berjaya !

HUSNA & NAJLA’


Click to View FlipBook Version