TAJUK :
➢ KUMPULAN 3
➢ 2 IBNU SINA :
➢
➢
➢
DENGAN BIMBINGAN DARIPADA:
➢
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA
DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL
H
Pada zaman Nabi Sulaiman, semua binatang boleh bercakap seperti manusia. Manakala, Nabi Sulaiman
pula mempunyai lima Perdana Menteri yang terdiri daripada seorang manusia, seekor jin bernama Afrit,
seekor unggas, seekor landak, dan seekor pelanduk. Manusia merupakan Perdana Menteri yang paling bijak
diikuti oleh landak dan pelanduk, tetapi pelanduk yang digelar sebagai Syah Alam di Rimba ialah yang paling
terkenal.
Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba meninjau kawasan pemerintahannya dan menemui lubang tempat
tinggal memerang. Anak-anak memerang yang sebanyak tujuh ekor sedang bermain-main di sekitar lubang
tersebut. Syah Alam di Rimba menghampiri mereka lalu bertanyakan ibu bapa mereka. Anak memerang itu
memberitahu Syah Alam di Rimba bahawa ibu bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan makanan mereka.
Syah Alam di Rimba berasa runsing(risau) kerana ikan-ikan pernah mengadu kepada Nabi Sulaiman bahawa
memerang menganiaya mereka. Pada waktu itu, ditakdirkan Allah burung berbunyi dengan bersahut-sahutan
dan Syah Alam di Rimba lalu berpencak silat menyerang anak-anak memerang. Anak-anak memerang itu
mengalami kecederaan parah, lalu mati kesemuanya.
Setelah hari menjelang petang, pasangan suami isteri memerang pulang dan mendapati anak-anak mereka
sudah mati. Hanya bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba sahaja yang ditemukan di sekitar kawasan itu.
Ibu memerang menangis kerana terlalu sedih. Pada malam itu, pasangan memerang itu berbincang untuk
bertemu dengan Nabi Sulaiman pada keesokan harinya bagi memaklumkan perkara tersebut.
Keesokan harinya selepas makan, pasangan memerang itu pun pergi untuk berjumpa dengan Nabi Sulaiman.
Ketika itu, baginda sedang bersemayam di atas takhta di hadapan sekalian menteri, hulubalang rakyatnya
yang tidak terkira bilangannya. Mereka datang dengan menerima pelbagai aduan untuk diselesaikan oleh
baginda Nabi Sulaiman.
Apabila tiba gilirannya, pasangan memerang itu pun beri ampun sembah dan menceritakan perihal diri
mereka yang dianiaya Perdana Menteri Syah Alam di Rimba. Anak-anak mereka telah di bunuh oleh Syah
Alam di Rimba semasa mereka berdua keluar mencari makan. Setelah mendengar aduan itu, Nabi Sulaiman
termenung seketika berasa hairan dengan perbuatan Syah Alam di Rimba itu. Baginda memerintahkan
supaya unggas belatuk memanggil Syah Alam di lalu perintah itu disampaikan dengan segera.
Setelah Syah Alam di Rimba datang menghadap, Nabi Sulaiman bertanyakan kebenaran aduan pasangan
memerang itu serta sebab berbuat demikian. Syah Alam di Rimba segera memohon ampun kepada Nabi
Sulaiman dan menceritakan hal yang sebenar. Ketika dia berjumpa dengan anak-anak memerang itu, dia
terdengar Sang Bubut bersiul dengan bersahut-sahutan dan memalu gendang perang dengan kuat. Dia
menyangka bahawa paluan itu ialah isyarat kedatangan musuh lalu membuka silat dan tanpa sedar dia telah
mencederakan anak-anak memerang.
Selepas mendengar penjelasan Syah Alam di Rimba, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas belatuk supaya
memanggil Sang Bubut . Apabila Sang Bubut datang menghadap, baginda bertanyakan sebab Bubut memalu
gendang perang tanpa menunggu perintah baginda terlebih dahulu. Sang Bubut memberi alasan bahawa dia
ternampak Sang Biawak berlari-lari dengan membawa pedang yang telah tercabut. Dia menyangka bahawa
ada musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman lalu Bubut memalu gendang dengan sekuat hatinya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas belatuk supaya memanggil Sang Biawak. Apabila Sang
Biawak datang, baginda bertanya kebenaran dakwaan Sang Bubut. Jika benar, baginda ingin tahu akan
Sang Biawak membawa pedang tanpa sarung. Sang Biawak menyatakan bahawa dia membawa pedang tanpa
sarung kerana dia terlihat Labi-labi membawa perisai. Pada sangkaannya, ada musuh yang hendak
menyerang baginda.
Setelah itu, Sang Labi-labi pula dititahkan untuk menghadap Nabi Sulaiman. Perkara itu ditanyakan pula
kepada Sang Labi-labi. Sang Labi-ilabi mendakwa bahawa dia berbuat demikian setelah melihat Sang Udang
membawa tombak bercanggah. Dia juga menyangka bahawa ada musuh besar yang datang menyerang. Maka,
Sang Udang pun dipanggil supaya datang menghadap baginda. Setelah ditanya, Sang Udang memberi alasan
bahawa dia ternampak Sang Sebarau berikat pinggang seolah-olah berhadapan dengan masalah yang besar.
Dia menyangka bahawa masalah itu berkaitan dengan musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman menitahkan pula unggas belatuk memanggil Sang Sebarau. Belatuk menemui Sang Sebarau di
tengah jalan yang kebetulan mahu berjumpa dengan Nabi Sulaiman juga. Setelah Sang Sebarau datang
menghadap, baginda bertanyakan sebab Sang Sebarau berikat pinggang ;sehingga melengkung seperti orang
dalam kesusahan. Sang Sebarau mengangkat sembah, lalu menyatakan bahawa dia memang mahu berjumpa
dengan baginda bagi mengadukan hal dirinya.
Menurut Sang Sebarau, Sang Memerang telah menganiaya kaumnya dan memakan anggota keluarga serta
kaum kerabatnya sehingga yang tinggal hanyalah dirinya seekor saja. Sang Sebarau berasa sangat sedih
dengan keadaannya itu dan memohon agar Nabi Sulaiman berlaku adil dengan menjatuhkan hukuman kepada
Sang Memerang.
Setelah mendengar penjelasan Sang Sebarau itu, baginda berasa sangat murka terhadap Sang Memerang
suami isteri. Sang Memerang memohon ampun dan mengakui akan kesalahan mereka itu. Nabi Sulaiman
menyatakan bahawa tindakan Syah Alam di Rimba itu memang wajar bagi menebus nyawa anak-anak dan
kaum keluarga Sang Sebarau yang telah dimakan oleh Sang Memerang.
Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain.
Hal ini digambarkan melalui kisah memerang yang menganiayai anak-anak
Sang Sebarau. Sebagai balasannya, dengan takdir Allah Subhanahuwataala,
an anak Sang Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah Alam di
Rimba ketika Syah Alam di Rimba bersilat sewaktu terdengar bunyi paluan
gendang perang yang dilakukan oleh Sang Bubut.
(a)Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya
tanpa memikirkan nasib pihak lain.
(b)Pengaduan dilakukan kepada yang pihak yang berkuasa.
(c)Pengadilan memerlukan saksi.
(d)Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
(e)Bercakap benar di hadapan pemerintah.
(f)Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah.
PERMULAAN
Syah Alam di Rimba bertemu dengan anak-anak memerang. Kemudian, dia terdengar bunyi
paluan gendang perang lalu membuka silat. Akibatnya, anak-anak memerang terbunuh. Ibu bapa
memerang pulang dan mendapati anak-anak mereka sudah mati.
PERKEMBANGAN
Ibu bapa memerang mengadu kepada Nabi Sulaiman perihal kematian anak-anak mereka akibat
perbuatan Syah Alam di Rimba. Baginda memanggil Menteri Syah Alam di Rimba untuk
mendapatkan penjelasan. Selepas itu, baginda memanggil Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-
labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau untuk mencari punca yang sebenarnya.
KLIMAKS
Sang Sebarau menceritakan perbuatan jahat pasangan memerang terhadap kaum keluarganya.
Nabi Sulaiman berasa sangat murka terhadap Sang Memerang.
PELERAIAN
Sang Memerang memohon maaf dan mengaku akan kesalahan mereka. Akhirnya, Nabi Sulaiman
memberi kemenangan kepada Syah Alam di Rimba.
(a)Dialog.
Contohnya, • "Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa kamu?" [hlm. 35] • "Hai Syah
Alam di Rimba, Nabi Allah Sulaiman memanggil segera ke balai penghadapan." [hlm. 38]
(b)Monolog dalaman.
Contohnya, • Fikir Syah Alam di Rimba, "Itulah akan memerang ini, selalu saja ia membuat
aniaya atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah
Sulaiman; jikalau begitu, baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia." [hlm. 36]
(c) Pemerian.
Contohnya, • Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian
anak buah di dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang ternpat memerang, ada
anaknya tujuh ekor. [hlm. 35]
Latar Tempat.
(a) Hutan rimba.
Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat lawatan ke kawasan wilayah pemerintahannya.
(b) Lubang.
Tempat tinggal mak, bapa, dan anak-anak memerang.
(c) Kota istana.
Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.
(d) Lubuk.
Tempat tinggal Sang Sebarau dan anak-anak Sang Sebarau di dalam lubuk.
Latar Masa
(a) Pada zaman dahulu.
Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman adalah pada zaman dahulu.
(b) Siang.
Contohnya, mak dan bapa memerang pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman pada waktu siang.
(c) Petang.
Contohnya, mak dan bapa memerang pulang ke lubang pada waktu petang.
(d) Malam.
Contohnya, mak dan bapa memerang melakukan perbincangan serta membuat keputusan untuk berjumpa dengan Nabi
Allah Sulaiman pada waktu malam.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Contohnya, Sang Memerang begitu tamak ketika menangkap ikan untuk dijadikan makanan tanpa memikirkan nasib yang
menimpa ikan-ikan tersebut.
(b) Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap
benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.
(c) Masyarakat yang patuh akan pemerintah.
Contohnya, mak dan bapa memerang taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya membuat pengakuan terhadap
kesalahan yang telah di lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.
(d) Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang sentiasa bersedia dengan
tugas masing-masing apabila merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.
(e) Masyarakat yang cepat bertindak.
Contohnya, burung belatuk amat cepat menjalankan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya memanggil binatang-binatang
lain untuk datang menghadap baginda.
(f) Masyarakat yang mengaku kesilapan diri.
Contohnya, mak dan bapa memerang telah membuat pengakuan tentang kesalahan yang dilakukan di hadapan Nabi Allah
Sulaiman.
(g) Masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba dan Nabi Allah Sulaiman bijak menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.
Pelanduk atau Syah Alam di Rimba
(a) Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.
(b) Merupakan menteri yang paling termasyhur kerana
kebijaksanaannya.
(c) Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang.
(d) Pandai bersilat.
(e) Sebagai menteri, Syah Alam di Rimba sentiasa mengambil
berat akan kehidupan rakyatnya.
(f) Syah Alam di Rimba taat kepada pemerintah, iaitu Nabi
Allah Sulaiman.
(g) Mudah berasa risau sekiranya anak buahnya ditimpa
sebarang masalah.
(h) Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.
.
Memerang atau Sang Memerang
(a) Mempunyai tujuh orang anak.
(b) Menjadikan ikan sebagai makanan.
(b) Tamak terutamanya dalam hal makanan.
(c) Mak dan bapa yang bertanggungjawab, iaitu
mencari makanan untuk anak-anak.
(d) Mementingkan diri sendiri tanpa
memikirkan nasib orang lain.
(e) Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiman
supaya mengaku salah.
(f) Sedar akan penganiayaan yang telah
dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.
Nabi Allah Sulaiman
(a) Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri
daripada manusia, jin, dan binatang.
(b) Melantik lima Perdana Menteri dalam
urusan pemerintahan baginda.
(c) Bijak menyelesaikan segala masalah yang
dihadapi oleh semua rakyatnya.
(d) Tidak terburu-buru dalam membuat
sesuatu keputusan.
(e) Pemerintah yang adil.
(f) Tegas dalam membuat keputusan.
Gaya Bahasa Contoh
Ayat pendek Seketika lagi hari pun siang
Ayat panjang Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat
sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya
membawa ikan terlalu banyak hendak memberi
makanan akan anak-anaknya itu.
Penggunaan bahasa Arab Allah Subhanahuwataala
Penggunaan bahasa istana bersemayam • singgahsana • patik • baginda •
titah • tuanku • beta
Penggunaan bahasa klasik
Sinkope • Hatta
Sang Biawak membawa pedang
Repetisi tercabut saja berlari-lari;
Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat
Sang Udang pun bersama membawa perisai itu,
Nilai Pengajaran
Nilai prihatin
Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin
terhadap kehidupan rakyat
Nilai patuh akan pemimpin Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap
arahan pemerintah
Nilai keadilan Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita
hendaklah membuat keputusan dengan adil
Nilai bertanggungjawab Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang
Nilai kejujuran bertanggungjawab.
Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita
dihadapkan ke muka pengadilan.
GLOSARI
>BERSEMAYAM =duduk di atas takhta atau singgahsana
>PALU =pukul, pukulan: aku terkenang-kenang akan ~, dan sesah,
dan tampar; kena ~ kena pukul
>DITITAHKAN =bd kata, perintah; menjunjung ~ menjalankan
perintah
>HULUBALANG =ketua pasukan askar, pemimpin pasukan
>LABI-LABI =merupakan sejenis haiwan seperti kura-kura dalam
famili Trionychidae
SEKIAN SAHAJA DARIPADA KAMI…
ASSALAMUALAIKUM DAN TERIMA KASIH
bye ;)