Isi Kandungan
Sinopsis Syair Bidasari
Syair ini berkisar pada Bidasari, seorang puteri
raja yang sangat cantik. Dia tidak tahu asal-
usulnya, kemudian diambil sebagai anak angkat
oleh sepasang pedagang kaya. Ratu negeri yang
cemburu akan kecantikannya kemudian
bersekongkol membuang Bidasari ke hutan. Di
sana dia dipertemukan dengan putera raja yang
kemudian mengahwininya.
Maksud Rangkap Syair Bidasari
Rangkap 1 : Rangkap 2 :
Dengarkan tuan suatu riwayat Ada raja suatu negeri,
Raja di desa Negeri Kembayat Sultan halifah akas bestari,
Dikarang fakir dijadikan hikayat Asalnya baginda raja yang bahari,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Melimpah ngadil dagang senteri.
Maksud : Maksud :
Pengenalan kisah seorang raja Di sebuah negeri terdapat seorang
yang memerintah Negeri pemerintah, iaitu sultan yang gagah
Kembayat. Pengarangnya hanya perkasa lagi bijaksana. Baginda raja
mahu dikenali sebagai fakir sebagai dahulukala yang cemerlang (pada
tanda merendah diri. Tujuan peringkat awal sebelum dilanggar
hikayat supaya menjadi contoh dan geroda). Keadilan baginda telah
perbandingan kepada pembaca. menggamit kedatangan para
pedagang dan orang soleh (pelajar
ilmu agama yang merantau).
Rangkap 3 : Rangkap 4 :
Hairan orang empunya temasya, Seri sultan raja bestari,
Baginda itulah raja perkasa, Setelah ia sudah beristeri,
Sangat tiada merasai susah, Beberapa bulan beberapa hari,
Entah pada esok dan lusa. Hamillah puteri permaisuri.
Maksud : Maksud :
Kegagahan dan kelangsungan Sultan yang bijaksana bertambah
pemerintahan baginda memang berseri apabila menempuh alam
mengkagumkan. Sesaat pun perkahwinan. Selang beberapa
baginda tidak mengalami bulan, permaisuri pun hamil.
kesusahan. Namun, tiada sesiapa
yang tahu sama ada keadaan itu
akan berkekalan atau sebaliknya.
Rangkap 5 : Rangkap 6
Beberapa lamanya dalam kerajaan, Datanglah kepada suatu masa,
Baginda duduk bersuka-sukaan, Melayanglah unggas dari angkasa,
Datanglah beroleh kedukaan, Unggas gurda sangat perkasa,
Baginda meninggalkan takhta Menjadi negeri rosak binasa.
kerajaan.
Maksud :
Maksud : Tiba-tiba pada suatu hari muncul
Setelah beberapa tahun seekor burung raksasa melayang di
memerintah negara dengan ruang angkasa negeri Kembayat.
bahagia dan aman sentosa, dugaan Geroda, iaitu helang besar (seperti
mala petaka datang melanda. dalam epik Hindu, Visynu: dalam
Baginda terpaksa berundur dari syair dieja sebagai gurda)
istana. melanggar Kembayat sehingga
menimbulkan huru-hara dan
kemusnahan.
Rangkap 7 : Rangkap 8 :
Datanglah menyambar suaranya Baginda pun sedang dihadap orang,
bahana, Mendengar gempar seperti perang,
Gemparlah sekalian mulia dan hina, Bertitah baginda raja yang garang,
Seisi negeri gundah-gelana, "Gempar ini apakah kurang."
Membawa diri ke mana-mana.
Maksud :
Maksud : Ketika itu baginda sedang bersemayam di
Geroda melakukan serangan dengan singgahsana sambil menerima
suara yang bergema luar biasa. menghadap pembesar dan rakyat jelata.
Sekalian rakyat negeri Kembayat Keadaan huru-hara bagaikan di medan
berada dalam keadaan huru-hara dan peperangan jelas kedengaran. Baginda
kekalutan. Seluruh negeri dilanda bertitah dengan nada yang tegas tentang
duka lara dan lesu, serta rakyat perkara cemas apa pula yang berlaku.
bercempera tanpa arah tujuan.
Tema
.
.
Persoalan
Keadilan dalam pemerintahan. Tanggungjawab semasa
menjalankan tugas.
Contoh : Raja Negeri
Kembayat menjalankan Contoh : Raja Negeri
pemerintahan secara adil dan Kembayat merupakan raja
saksama. Baginda melayani yang bertanggungjawab
pedagang dan ulama yang kerana baginda mengambil
datang ke negeri baginda peduli masalah yang menimpa
dengan baik. negeri baginda.
Ketaatan terhadap Kasih sayang terhadap isteri.
pemimpin/pemerintah.
Contoh : Raja Negeri Kembayat
Contoh : Rakyat Negeri amat menyayangi permaisuri
Kembayat yang taat sentiasa baginda yang sedang beberapa
bersama-sama dengan baginda bulan hamil.
ketika susah dan senang.
Gaya Bahasa
Bahasa istana Bahasa klasik
Contoh : Contoh : akas, ngadil,
baginda,permaisuri halifah, gurda.
Inversi Gαуα Bαнαѕα Penggunaan
Contoh : kata ganda
Melayanglah
unggas dari Contoh : gundah-
angkasa gulana, bersuka-
(sepatutnya sukaan, dan
diungkapkan mana-mana.
sebagai Unggas
melayanglah dari
angkasa).
Nilai
Nilai ketaatan ℕ Nilai keprihatin seorang
pemimpin
Rakyat Kembayat
taat kepada sultan Seseorang perlu prihatin
dengan kesusahan yang
pemerintah. ditanggung oleh orang lain.
Nilai tanggungjawab Nilai kasih-sayang
Raja yang
Raja negeri Kembayat
bertanggungjawab menyayangi rakyat
mentadbir negeri. dan isterinya.
Pengajaran
Kita hendaklah bersabar Kita hendaklah
dalam mengharungi bersyukur kepada Tuhan
ranjau kehidupan agar kerana negara kita
hidup lebih bermakna. sentiasa aman dan
makmur.
Kita hendaklah
berkorban demi orang Kita hendaklah
yang kita kasihi agar prihatin dengan
mereka beroleh kesusahan yang
kebahagiaan . tanggung oleh orang
lain.