Ready for presentation?
Subject
BAHASA MELAYU
Password
Log In
PUAN SITI KHAJAR BIN KAMIL
SMKA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL
Home Home
Subject
Code SOALAN KBAT
Topics PEMAHAMAN
Content
List of Members FIDA’
ADLI AIMAN
FARIS
KAMIL
Home
Tema 1- Kesihatan dan Kebersihan
Home Start
Subject
Code 3.Kesihatan diri amat penting bagi seseorang untuk kekal aktif dan
Topics bertenaga dalam menjalankan kehidupan seharian
Content Pada pendapat anda,apakah kesan yang diperoleh sekiranya kita tidak
menjaga kesihatan dengan baik? (3m)
Pada pendapat saya, kesan yang diperoleh sekiranya kita tidak menjaga
kesihatan dengan baik adalah kebarangkalian kita akan menghidap
penyakit yang berisiko tinggi kerana terdedah kepada kuman. Selain itu,
kita lebih sukar untuk melakukan ibadat dan aktiviti seharian kerana
tubuh badan kita lemah dan tidak sihat. Di samping itu, masyarakat
akan berasa kurang selesa apabila bergaul dengan kita kerana khuatir
akan penyakit yang ada pada kita akan berjangkit kepada mereka.
Home 4.Anda telah terpilih untuk ditemu ramah oleh seorang
Subject wartawan di televisyen untuk mengupas isu ‘covid-19’ yang
Code melanda negara kini.Wartawan tersebut inginkan jawapan anda
Topics sebagai seorang pelajar yang kini melalui sesi pembelajaran
Content dengan prosedur operasi standard (SOP) dan juga pembelajaran
secara dalam talian.
Cadangkan perkara yang boleh dilakukan sebagai seorang
pelajar untuk mengekalkan diri dalam keadaan sihat ketika diri
berada dalam keadaan tersebut? (4m)
Sebagai seorang pelajar, kita perlu sentiasa membasuh tangan dengan
air dan sabun dari semasa ke semasa. Selain itu,kita juga perlulah
memakai pelitup muka jika berada diluar rumah dan tidak keluar dari
rumah jika tiada kepentingan. Seterusnya, kita perlulah mengamalkan
cara hidup sihat dengan mengadakan senaman sebanyak dua kali
seminggu untuk mengekalkan stamina tubuh badan kita supaya dapat
mengikuti kelas yang diaturkan oleh pihak sekolah dengan baik.Akhir
sekali,kita perlulah menjaga waktu makan supaya kita dapat mengikuti
kelas bersama guru dengan bersemangat.
Home Home
Subject
Code Tema 3- Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Topics
Content Start
3.Alam sekitar merupakan anugerah tuhan yang paling
berharga.Banyak langkah yang telah dilakukan untuk memastikan
alam sekitar kekal lama.
Pada pendapat anda,apakah langkah-langkah tersebut? (3m)
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang telah dilakukan untuk
memastikan alam sekitar kekal lama ialah masyarakat perlulah
memastikan barangan terpakai perlulah dihantar ke pusat
pengumpulan bahan-bahan kitar semula supaya barangan -barangan
tersebut dapat diguna pakai pada masa akan datang.Seterusnya, kita
perlu mengelakkan pembakaran sampah secara terbuka supaya
mengurangkan pencemaran udara dan tidak mengganggu kitaran
ekosistem alam sekitar . Selain itu , masyarakat haruslah menyertai
aktivti sukarelawan alam sekitar supaya kesedaran wujud dalam diri
setiap masyarakat.
Home 4.Kumpulan anda diminta untuk menyiapkan tugasan bagi subjek
Subject geografi.Tema yang diberikan ialah “ALAM SEKITAR” dan setiap
Code kumpulan diminta untuk memilih isu berkaitan dengan tema
Topics tersebut.Kumpulan anda telah mendapat dua isu iaitu isu
Content pencemaran sungai dan isu pencemaran udara.Sebagai ketua
kumpulan,anda ingin memilih isu pencemaran sungai sebagai topik
tugasan anda.
Sebagai ketua kumpulan, bagaimanakah anda ingin menyakinkan
ahli kumpulan anda untuk memilih isu yang anda kehendaki? (4m)
Sebagai ketua kumpulan, saya meyakinkan ahli kumpulan saya
dengan menyatakan bahawa maklumat berkaitan pencemaran
sungai mudah dicari dan dijumpai di laman sesawang kerana
pencemaran sungai banyak berlaku pada zaman ini. Selain itu, saya
akan membuat perbandingan kelebihan dan kekurangan kedua-dua
topik supaya ahli kumpulan dapat memilih topik itu dengan rasional.
Seterusnya, kedudukan sekolah saya yang berhampiran dengan
sungai lebih mudah untuk kami memperoleh bahan dan maklumat
yang maujud. Akhir sekali, saya juga akan menyediakan beberapa
sumber rujukan yang boleh dirujuk untuk memudahkan ahli
kumpulan saya mendapatkan maklumat.
Home Home
Subject
Code Tema 12- Sukan dan Rekreasi
Topics
Content Start
3.Bersukan mampu membantu seseorang kekal siaht dan
cergas.Namun,kebanyakan remaja sekarang lebih gemar
untuk menghabiskan masa di rumah.
Pada pendapat anda,apakah kebaikan bersukan?(3m)
Pada pendapat saya,antara kebaikan yang kita peroleh apabila
bersukan ialah kita kita dapat meningkatkan metabolisme badan kita
melalui aktiviti yang dilakukan kerana badan kita melakukan pergerakan
. Selain itu, kita dapat bertemu dengan jiran-jiran di sekitar taman
perumahan sekaligus dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama
lain. Akhir sekali, kita dapat mengisi masa lapang kita dengan perkara
yang berfaedah kerana masa itu emas.
Home 4.Sekolah anda bakal mengadakan temasya sukan tahunan dan
Subject guru rumah sukan anda memilih anda sebagai ketua pasukan
Code untuk membantu wakil rumah sukan anda berlatih dalam acara
Topics larian jarak jauh.Anda hanya ada masa sebulan untuk melatih
Content mereka sebelum hari pertandingan dan sedia maklum nahawa
jangka masa tersebut tidak mencukupi
Sebagai ketua kumpulan,bagaimanakah anda memastikan wakil
pasukan larian jarak jauh tersebut mampu bertanding dengan
baik?(4m)
Sebagai ketua kumpulan, saya perlu pastikan peserta yang bertanding
dalam lumba lari jarak jauh ini ialah saya akan menyediakan jadual untuk
memastikan latihan yang mencukupi untuk pasukan saya. Selain itu,
saya akan melatih pasukan saya bernafas denga teknik penafasan yang
betul ketika sesi latihan berlangsung. Seterusnya, saya akan membawa
pasukan saya mengadakan latihan di trek pertandingan supaya mereka
biasa dengan suasana perlawanan sebenar. Akhir sekali , saya juga akan
memastikan mereka menjaga pemakanan mereka agar tahap fizikal
mereka berada dalam keadaan yang bersedia pada hari larian mereka