The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INOVASI E-DIGITAL RAK BAHASA MELAYU SEMADAH, 2021-08-24 00:49:20

PERIBAHASA 2 IBN SINA KUMP 4

PERIBAHASA 2 IBN SINA KUMP 4

PERIBAHASA
KUMPULAN 4

Iman * Aisya * Hazwany * Irfah * Amanina

Isi Kandungan

● BIDALAN
● PEPATAH
● PERUMPAMAAN

01

Bidalan

Ukur baju di badan sendiri

Maksud: Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai
dengan kebolehan kita.

Contoh :
Farah lebih suka membeli barang pakaian yang murah kerana baginya
kita perlulah ukur baju di badan sendiri .

Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi

Maksud: Kedua-dua belah pihak sama-sama
bertanggungjawab.
Contoh :
Kes itu tidak disabitkan sebagai kes rogol kerana
perempuan itu juga turut bersalah, bak kata
pepatah tepuk sebelah tangan takkan berbunyi .

Pandu cermat jiwa selamat

Maksud: Memandu kenderaan dengan berhati-hati
akan menyelamatkan nyawa.

Contoh :
Pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati
kerana pandu cermat jiwa selamat.

02

Pepatah

Tak kenal maka tak cinta

Maksud : Apabila tahu, baru timbul suka. Contoh : Dahulunya, Ika tidak berminat
terhadap bidang muzik, namun setelah
mendalami bidang tersebut, dia sangat
meminati bidang muzik , bak kata pepatah,

tak kenal maka tak cinta.

Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.

Maksud : Cita-cita tanpa usaha tidak akan tercapai.

Contoh : Kita perlu berusaha untuk mendapatkan kejayaan kerana
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

03

Perumpamaan

Ibarat orang mengantuk
disorongkan bantal.

Maksud : Memperoleh apa yang
benar-benar diingininya.

Contoh : Danny amat gembira kerana
hajatnya untuk pergi ke China tercapai
apabila mendapat tiket melancong
percuma ibarat orang mengantuk
disorongkan bantal.

Kemana tumpahnya kuah,
kalau bukan ke nasi.

Maksud : Baik buruk ibu bapa sedikit
sebanyak turun kepada anaknya.

Contoh : Husna mengikut perangai ibunya
yang suka berkebun, begitulah ke mana
tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi .

Bagai langit
dengan bumi

Maksud : Jurang perbezaan yang sangat
besar.

Contoh : Jurang kekayaan di antara
penduduk kampung dengan hartawan itu
bagai langit dengan bumi.

Sekian,
Terima Kasih


Click to View FlipBook Version