Cerpen Banjir di Mata
Emak
Disediakan oleh:
Kumpulan 2
2 Ibnu Sina
SMK DATO’HAJI ABU HASSAN
HAJI SAIL, PEDAS,NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS
GURU: CIKGU SITI KHAJAR KAMIL
Ahli Kumpulan 2
Muhammad Hanif Fayyad Falih
Ahmad Darwish
Sinopsis
Cerita berkisah pada watak ‘saya’ yang hendak menelefon
temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah
Mak Piah.Mak Piah menyangka orang yang membuat
panggilan telefon itu ialah anaknya,Nana.Mak Piah
memberitahu ‘Nana’(saya) bahawa dia tidak ada bekalan
makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya
sudah samapi ke paras dada.Mak Piah berterima kasih
kepada ‘Nana’(saya) kerana menelefon untuk bertanya
khabar tentang dirinya.Malangnya abang Nana yang
duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung
walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu.
Sinopsis
Belum sempat ‘saya’ hendak memberitahu Mak Piah tentang
dirinya yang sebenar,talian telefon sudah terputus.Hujan sudah
turun empat hari empat malam tanpa henti.‘Saya’ cuba
menelefon Mak Piah sekali lagi tetapi panggilanya tidak
dijawab.‘Saya’ bimbang akan keadaan Mak Piah.Banjir pada kali
ini telah meragut dua nyawa.Mengikut cerita Mak Piah
tadi,bekalan makannya sudah habis.Jiran-jirannya sudah
berpindah ke pusat pemindahan banjir.Mak Piah tidak mahu
pergi ke pusat pemindahan.‘Saya’ tertanya-tanya sebab Mak
Piah tidak mahu berpindah.Anak lelakinya sudah tiga bulan
tidak menelefon untuk bertanya khabar,apatah pulang untuk
menjenguknya.‘Saya’ berasa sangat cemas apabila memikirkan
perkara yang mungkin berlaku kepada Mak Piah.
Sinopsis
‘Saya’ mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi.Mak
Piah menjawab panggilan ‘saya’.Mak Piah meminta ‘saya’
yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang
tentanya.Mak Piah sempat berpesan kepada ‘saya’ agar
menjaga anak dan suaminya baik-baik.‘Saya’ ingin
bertemu dengan Mak Piah supaya ‘saya’ dapat
melepaskan rindu terhadapnya yang telah kembali
kepada Yang Maha Pencipta.Mak Piah merindui anak-
anaknya.‘Saya’ merindui emaknya.‘Saya’ menemukan
alamat Mak Piah di dalam buku panduan telefon.‘Saya’
pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan.Mak
Piah menyambuat kedatangan ‘Saya’ dengan ceria.
Sinopsis
Kerja ‘saya’ menjadi senang kerana Mak Piah sangat
peramah.Mak Piah memberitahu ‘saya’ bahawa
Nubhan,abang Nana takut akan isterinya,manakala Nana
pula takut akan suaminya.‘Saya’ bertanya kepada Mak
Piah tentang sebab dia tidak mahu berpindah ke pusat
pemindahan.Mak Piah menyatakan bahawa dia tidak mahu
mengganggu mereka di tempat pemindahan itu kerana
keadaannya yang kerap membuang air kecil sehinggakan
kadang-kadang tidak sempat ke bilik air.‘Saya’ berjanji
akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut.Mak
Piah memeluk ‘saya’ selepas mendengar kata-kata itu.
Sinopsis
‘Saya’ mengajak Mak Piah makan.Mak Piah bertanya sama
ada Nana yang masak dan menyuruh ‘saya’ menghantar
makanan itu.‘Saya’ mengangguk sambil tersenyum.‘Saya’
terpaksa berbohong dan menanggung dosa hanya kerana
hendak melihat Mak Piah berasa bahagia.Selepas makan
‘saya’ menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan
barang-barang makanan yang ‘saya’ bawa ke peti
sejuk.‘Saya’ memohon izin untuk pulang dan berjanji
untuk mengunjungi Mak Piah lagi.Mak Piah meminta ‘saya’
menyampaikan salam kepada anaknya,Nana
Sinopsis
Sekembalinya ke rumah,‘saya’ diserang demam selama lima hari.Setelah
sihat,‘saya’ pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum
ini.Apabila ‘saya’ sampai di perkarangan rumah Mak Piah,orang ramai
sedang berkumpul.Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir
jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya
selepas banjir.Nana dan Nubhan berasa kesal.Kata Nana,dua hari
sebelumnya,Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah
mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir.Mak Piah berasa sangat
gembira.Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah
mengirimkan apa-apa kepada emaknya malahan dia tidak pernah
menelefon emaknya kerana emaknya mengalami masalah
pendengaran.Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup
berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruh dan namanya.Nana
berasa sangat menyesal atas perbuatan terhadap emaknya selama ini.
Tema
>Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah
meninggalkan kesan yang mendalam, dalam kehidupan seseorang.
>Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan.Mak Piah
sangat merindui anak-anaknya yang telah beberapa bulan tidak
menghubunginya apatah lagi untuk menjenguknya.Keengganan
anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan suatu kehilangan
bagi dirinya yang mendambakan kasih sayang dan perhatian.‘Saya’
pula mendambakan kasih sayang daripada seorang emak.Emak
‘saya’ telah kembali kepada yang Maha Pencipta.‘Saya’ amat rindu
akan emaknya.Pertemuan ‘saya’ dengan Mak Piah menambah
kerinduan terhadap emaknya.Nasib yang menimpa Mak Piah
meraih simpati ‘saya’ untuk mendekati Mak Piah.Kehadiran Mak
Piah membuka peluang untuk ‘saya’ melepaskan rindu terhadap
emaknya.
Persoalan
a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-
anak. Contohnya: Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana
anak-anak jarang menjenguknya
b) Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang
mendalam terhadap jiwa seseorang.
Contohnya: ‘Saya’ dilamun rindu yang sangat hebat kerana telah
kehilangan ibu untuk selama-lamanya
c) Kasih ibu tidak berbelah bagi.
Contohnya: Walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk
emaknya,Mak Piah tetap memuji Nana di hadapan jiran-jirannya.
d) Menyesal kemudian tiada gunanya.
Contohnya: Penyesalan Nana dan abangnya,Nubhan sudah
terlambat.Emak mereka telah pergi meninggalkan mereka untuk
selama-lamanya.
Persoalan
e) Anak-anak yang tidak bertnggungjawab
Contohnya: Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang
tidak bertanggungjawab.Mereka membiarkan pasangan
masing-masing mempengaruhi mereka untuk tidak
mengambil berat terhadap ibu mereka.Mereka lebih
mementingkan keluarga mereka dan mengabaikan ibu
mereka sendiri
f) Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang.
Cotohnya: ‘Saya’ sangat simpati terhadap keadaan Mak
Piah lalu bersungguh-sungguh mencari rumah Mak Piah
dan berjanji untuk menemani Mak Piah sehingga banjir
surut.
Binaan plot ( PERMULAAN )
>Mengisahkan ‘saya’ hendak menelefon
temannya,tetapi tersalah menekan nombor telefon lalu
panggilannya terus sampai ke rumah Mak Piah.Mak
Piah mengadu kepada ‘saya’ yang disangka anak
perempuannya,Nana,bahawa orang menjual ikan dan
mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung.Hal
ini demikian kerana banjir telah naik ke paras
dada.Tanpa sempat ‘saya’ menjelaskan dirinya yang
sebenar,Mak Piah sudah memutuskan talian
telefonnya.
Binaan plot ( PERKEMBANGAN )
>‘Saya’ membuat panggilan telelefon kepada Mak Piah tetapi tidak
berjawab. ‘Saya’bimbang akan keselamatan Mak Piah.Hal ini
demikian kerana Mak piah tinggal seorang diri..Jiran-jirannya sudah
berpindah ke pusat pemindahan banjir.Akhirnya Mak Piah menjawab
panggilan telefon ‘saya’,tetapi sekejap sahaja‘Saya’ tidak sempat
hendak bebicara lebih panjang.Hati saya mula resah memikirkan
keadaan Mak Piah dalam suasana banjir di kawasannya telah sampai
ke paras dada.Memikirkan nasib Mak Piah mengingatkan dia akan
emaknya.Hal ini menambah rasa rindu kepada ibunya yang telah
meninggal dunia.Perasaan dan keinginan saya hendak berjumpa
dengan Mak Piah menjadi begitu kuat.‘Saya’ mendapatkan alamat
rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon.‘Saya’ datang ke
rumah Mak Piah dengan membawa makanan. ‘Saya’ terpaksa
berbohong di hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya itu
merupakan kiriman daripada anak perempuannya,Nana.
Binaan plot ( KLIMAKS )
>sekembalinya ‘saya’ dari Mak Piah,‘saya’ telah
diserang demam panas selama lima hari.Setelah
sembuh,‘saya’ terus pergi ke rumah Mak Piah seperti
yang dijanjikannya sebelum ini.Apabila ‘saya’ sampai di
pekarangan rumah Mak Piah,orang ramai sedang
berkumpul.Belum sempat ‘saya’ melangkah masuk ke
dalam rumah Mak Piah,usungan jenazah telah dibawa
keluar.‘Saya’ mengikut jenazah Mak Piah hingga ke
tanah perkuburan.
Binaan plot ( PELERAIAN )
>Nana dan abangnya,Nubhan berasa sangat
sedih.Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk
dan membantu emak mereka semasa banjir.Emak
mereka meniggal dunia setelah kepalanya cedera
kerana terjatuh semasa hendak membersihkan rumah
selepas banjir.Setelah tubuh Mak Piah kaku,barulah
jenazahnya ditemui jirannya.
Teknik plot ( DIALOG )
➢ “Orang jual ikan dah tiga hari tak datang.Mamak jual
roti pun tak boleh masuk kampung.Mak tak ada
makanan.Banjir dah sampai ke paras dada…”(halaman
51)
Teknik plot ( PEMERIAN )
>Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya
walau sedekit kesempatan untuk menerangkan bahawa
saya bukanlah Nana,kembali menujah-nujah
telinga.Saya mencapai telefon,mencari di menu
panggilan keluar.Saya tekan butang panggilan ke
nombor itu sekali lagi.(Halaman 52)
Teknik plot ( SASPEN )
>Pada permulaan cerita,pembaca tertanya-tanya pemilik
suara tua yang sedang bercakap dengan watak ‘saya’
melalui telefon.
>Contohnya:Dia memanggil saya dengan nama yang tidak
tercatat pada kad pengenalan,tidak juga nama timangan
sejak dilahirkan.Siapakah empunya suara tua yang rusuh
di hujung talian sana? Seperti yang saya terburu-buru
mendail nombor rumah teman yang baru diberikan pagi
tadi,suara tua itu menamatkan pengisahan dengan
penghargaan dan pesanan.(Halaman 51)
Latar tempat
a) Kampung Tempat tinggal ‘saya’ dan
Mak Piah serta tempat
b) Rumah ‘saya’ berlakunya kejadian
c) Rumah Mak Piah banjir
d) Tanah perkuburan
Tempat ‘saya’ membuat
panggilan telefon ke
rumah Mak Piah
Tempat ‘saya’ menemui
Mak Piah yang tinggal
keseorangan
Tempat jenazah Mak Piah
dikebumikan
Latar masa Hujan turun empat hari empat
malam
a)Empat hari empat malam
b)Ketika banjir Mak piah tiada bekalan makanan
kerana banjir yang melanda
c)Lima hari kampung Mak Piah sudah sampai
d)Selepas Banjir ke paras dada
e)Waktu Pagi ‘Saya’ demam selama lima hari
Mak Piah jatuh tergelincir dan
kepalanya cedera ketika
membersihan rumah selepas
kejadian banjir melanda
kampungnya
‘Saya’ mendapatkan nombor
telefon rumah temannya,iaitu
Ameera pada waktu pagi
Latar masyarakat
a)Masyarakat kampung ‘Saya’ dan Mak Piah
merupakan masyarakat
yang tinggal di kampung
b)Masyarakat yang prihatin ‘Saya’ mengambil berat
tentang keadaan Mak Piah
yang tinggal keseorangan
c)Masyarakat yang tidak Nana dan Nubhan
bertanggungjawab membiarkan emak mereka
hidup keseoranggan di
rumah usang tanpa
bertanya khabar atau
menjenguknya walaupun
Nubhan tinggal berdekatan
dengan rumah emaknya
Latar masyarakat
d)Masyarakat yang Mak Piah masih mengingati dan
mementingkan kasih sayang sangat merindui anaknya,Nana
serta mengharapkan Nana
e)Masyarakat yang terlalu sekeluarga berada dalam
merindui ibunya keadaan baik.
f)Masyarakat yang taat akan ‘Saya’ sangat merindui emaknya
perintah agama yang telah meninggal dunia dan
dia begitu teruja untuk berjumpa
dengan Mak Piah yang tinggal
keseorangan itu.
Mak Piah masih menunaikan solat
walaupun keadaannya sudah tua
dan rumahnya dilanda banjir.
Watak dan perwatakan
1.SAYA
~Anak yatim piatu.
~Seorang yang sensitif.
~Seorang yang prihatin.
~Seorang yang mudah bersimpati.
~Seorang yang merindui ibunya.
~Seorang yang mengambil berat
terhadap kehidupan Mak Piah
~Seorang yang sanggup berbohong
semata-mata untuk melihat kebahagiaan
Mak Piah.
Watak dan perwatakan
2.MAK PIAH
~Seorang yang hidup seorang diri di rumah
usang di sebuah kampung.
~Seorang yang mempunyai dua orang
anak,iaitu Nana dan Nubhan.
~Seorang yang peramah.
~Seorang yang takut akan ular.
~Seorang yang pengasih dan penyayang.
~Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
~Seorang yang kurang pendengaran.
~Seorang yang sangat merindui anak-
anaknya.
Watak dan perwatakan
3.NANA
~Anak bongsu Mak Piah.
~Seorang yang takut kepada suami.
~Seorang yang tidak bertanggungjawab.
~Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk
emaknya.
~Seorang anak yang berasa sangat sedih
apabila kehilangan emaknya.
Gaya bahasa
Pengarang menggunakan ayat >“Dah tu,macam mana?”
pendek. >“Mak takut ular.”
Ayat panjang >“Mari kita makan!”
Penggunaan bahasa Arab Tanpa sempat saya membetulkan
tanggapan,suara itu putus dalam
hujan yang sudah empat hari
empat malam lebat dan renyai
menyilih ganti.(halaman 52)
>Ya Allah >Zuhur
>Assalamualaikum
>Alhamdulillah >Insya-Allah
>Jenazah
>Arwah
Metafora Gaya bahasa
>Lukisan ceria terpamer di wajah
tua,tanda teruja menyalam
perkenalan.(halaman 54)
>…hasratnya yang terpendam di
lembah kepiluan.(halaman 54)
>Saya merakamkan cerita dalam
lautan.
(halaman 551)
Personifikasi >…banjir kali ini telah menelan dua
Peribahasa nyawa.
(halaman 521)
>Getar suaranya menggegarkan
perasaan.(halaman 52)
>…rindu yang mencengkam sukma
ini,…
(halaman 54)
Isihati
Sinkope Gaya bahasa
Repetisi
>Orang jual ikan dah tiga hari tak
datang.Mamak jual roti pun tak
boleh masuk kampung.Mak tak
ada makanan.
(halaman 51)
>Abang kau tu,duduk saja dekat
tapi tak menjenguk langsung tak
hirau keadaan mak dalam banjir
ni.(halaman 51)
>Atau telinganya sudah tidak
mampu mendengar lagi?Ataukah
agaknya dia bimbangkan bil
telefon ‘anak’ ini akan menjadi
seperti harga ikan di pasar
kami?Atau sememangnya dia
keliru,antara pemanggil dengan
orang yang dipanggil,siapa yang
dikenakan bayaran?(halaman 53)
Nilai dan pengajaran
Kasih sayang Kita mestilah Walaupun anak-anak
Keprihatinan menghargai kasih Mak Piah tidak
sayang ibu bapa mengambil berat
terhadap anak-anak tentang kehidupannya
mereka. di kampung,Mak Piah
m.asih mengingati dan
Kita hendaklah menyayangi anak-
mengamalkan sikap anaknya
perikemanusiaan dan
tolong-menolong ‘Saya’ sanggup
sesama manusia. mengharungi banjir
untuk melihat
keadaan hidup Mak
Piah yang tinggal
seorang diri.
Nilai dan pengajaran
Baik hati Kita hendaklah ‘Saya’ membawa
Simpati bersikap baik hati bekalan makanan
dengan membantu untuk Mak Piah yang
golongan warga emas. telah terputus
bekalan makanan
Kita hendaklah akibat kejadian
bersimpati kepada banjir.
golongan yang susah.
‘Saya’ berasa simpati
dengan keadaan Mak
Piah yang tinggal
keseorangan serta
keadaan Mak iah yang
terlalu merindui
anak-anaknya
Banjir Di mata emak
Sekian Terima Kasih