The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INOVASI E-DIGITAL RAK BAHASA MELAYU SEMADAH, 2021-03-17 21:30:11

DRAMA MAHKAMAH

TINGKATAN DUA

DRAMA MAHKAMAH

Desediakan oleh:
Kumpulan 2
Tingkatan 2
2 Ibnu Sina
SMK DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL
PEDAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
GURU : CIKGU SITI HAJAR KHAMIL

Ahli Kumpulan 2

Muhammad Hanif Bin Khairul Amir Fayyad Falih Bin Khazri

Ahmad Darwish Bin Ahmad Fauzan

KANDUNGAN 01
02
 SINOPSIS 03
 WATAK PERWATAKKAN 04
 PLOT MENARIK
 LATAR 05
 NILAI & PENGAJARAN 06
 GAYA BAHASA

SINOPSIS 01

SINOPSIS-1

Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim
memulakan perbicaraan. Hakim memerintahkan pegawai

memanggil Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat
sumpah. Tertuduh I, Bulat bin Leper dituduh menyebabkan
kematian seorang nenek tua. Pendakwa raya membaca

pertuduhan, bahawa Bulat bin Leper telah dituduh
menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh

binti Jalil, berumur 99 tahun, di Taman Gagak Putih.

Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa
raya. Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela telah

dipanggil masuk untuk membela Bulat bin Leper. Selepas perbicaraan
dijalankan, Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman
Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang

kulitnya. Kemudian, seorang nenek yang sedang berjoging telah
terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper. Nenek itu
tergelincir dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek tua itu

patah dan dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa
raya mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bersalah terhadap
tuduhan tersebut. Bulat bin Leper bertegas bahawa dia tidak mahu
mengaku bersalah. Peguam bela bangun lalu membantah tindakan

pendakwa raya yang cuba mendesak anak guamnya mengaku bersalah
terhadap tuduhan tersebut.

Sinopsis-2

Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut, Bulat
bin Leper telah memakan sebiji pisang. Kulit pisang tersebut
dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh
pihak berwajib,tetapi pintunya sudah rosak. Bulat bin Leper
mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela

menyambung kenyataan bahawa Bulat bin Leper sedar
bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan
tugasnya. Tambah peguam bela lagi, kulit pisang yang dibuang
oleh Bulat bin Leper ke dalam tong sampah itu sudah cukup
memperlihatkan kesedaran sivik dan perkara itu merupakan

suatu contoh yang baik.

Sinopsis-3

Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan bahawa
peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela meyambung
hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah membuang
kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Namu begitu, seekor kambing yang
sangat kurus dan lapar telah memakan sisa buangan di dalam tong sampah
itu dengan rakusnya sehingga menyebabkan kulit pisang itu tercampak
keluar ke jalan raya. Oleh sebab kambing terlalu letih, matanya menjadi
kabur dan berpinar-pinar. Kambing itu tidak nampak akan kulit pisang

sehingga terkaislah kulit pisang itu ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui
jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu jatuh, kemudian meninggal dunia.

Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Sebaliknya,
kambing itu tidak bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah

membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak
sengaja tanpa syarat.

Sinopsis-4

Pendakwa raya meminta makhamah manjatuhkan hukuman
yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa raya

menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia,
bukan untuk binatang. Peguam bela tidak bersetuju dengan
kenyataan pendakwa raya. Peguam bela menyatakan bahawa

binatang perliharaan mesti ada tuannya. Oleh itu, tuan
kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu

mengaku, maka kambing itu harus menjadi milik pihak
berwajib. Berdasarkan kenyataan tersebut, hakim telah
membut keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

Sinopsis-5

Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah
bersidang semula. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu.

Seisi mahkamah ketawa apabila Tertuduh II mengangkat
sumpah dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh

pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya
membacakan pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akikino-
komokotoko (Akinomoto). Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah
dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia
dari stor JKK Ulu Dungun> Akinomoto tidak faham akan istilah

tersebut. Hakim memohon pendakwa raya menjelaskan
istilah tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris seperti
yang tercatat di dalam kamus The Advance Dictionary of the

Modern English for the Malaysian World.

Sinopsis-6

Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya
menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan dan seharusnya digunakan dalam mahkamah tersebut. Beliau

meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu.
Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku

bersalah terhadap tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk
itu sudah hamil dan dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak

semula dan dia mahu memelihara anak beruk itu. Hakim memerintahkan Akinomoto
memelihara ibu beruk itu itu dengan selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya,

Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh.
Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan mejadikan anak beruk itu
sebagai tuannya. Keadilan dan kebenaran itu mesti ditegakkan dengan apa-apa cara
sekalipun tanpa mengira bangsa,warna kulit, kepercayaan, pangkat, kedudukan, dan

sebagainya

WATAK PERWATAKAN 02

Watak Dan Perwatakan

 HAKIM

~Seorang golongan intelektual
~Seorang yang pandai bergurau
~Seorang yang menggunakan bahasa Melayu dengan

bunyi Inggeris
~Seorang yang adil dan saksama
~Seorang yang menjalankan amanah dengan baik

 Pendakwa Raya

~Golongan intelektual
~Seorang yang tegas dengan hujahnya
~Seorang yang menjalankan tugasnya dengan

bertanggungjawab
~Seorang yang terburu-buru ketika berhujah

 Peguam Bela

~Seorang yang tegas ketika menjalankan tugas.
~Seorang yang berfikiran rasional ketika menjalankan tugas
~Seorang yang sanggup berkhidmat dengan percuma untuk

orang-orang susah.
~Seorang yang berkeyakinan ketika membicarakan hujah
~Gemar menonton gusti

 Tertuduh I(Bulat bin Leper)

~Orang miskin
~Seorang yang dituduh terlibat dengan kes kematian

seorang nenek tua, iaitu Mak Teh.
~Seorang yang berani berhadpan dengan hakim dan

pendakwa raya.
~Seorang yang bertanggungjawab kerana membuang kulit

pisang tong sampah yang telah disediakan oleh pihak
berkuasa.
~Seorang yang tetap pendirian bahawa dirinya tidak
bersalah.
~Seorang yang berbudi bahasa

 Tertuduh II (Akikino-komokotoko)

~Dipangil Akinomoto.
~Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia
~Seorang yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi boleh

memahaminya.
~Seorang yang prihatin terhadap keadaan beruk yag telah

dicurinya itu.
~Seorang yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman

menjaga anak beruk sehingga akil baligh serta memanjat
pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai
tuannya.

PLOT MENARIK 03

Plot Menarik ( PERMULAAN )

Permulaan – Setelah semua hadir di dalam
mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan.
Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I
mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca

pertuduhan terhadap Tertuduh I, Bulat bin
Leper. Bulat bin Leper dituduh menyebabkan
kematian Mek Teh binti Jalil berumur, 99 tahun
di Taman Gagak Putih. Bulat bin Leper mengaku
tidak bersalah. Peguam bela percuma dipanggil
untuk membela Bulat bin Leper. Mereka diberi

masa untuk berunding selama seminit.

Plot Menarik ( PERKEMBANGAN )

Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih
ketika itu.Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya.Namun
begitu, dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan kematian Mek
Teh.Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah.Peguam bela

membangkitkan isu tentang seekor kambing yang sangat kurus dan
lapar.Kambing itu telah makan sisa tong sampah itu dengan

rakusnya.Akibatnya, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper
tercampak ke jalan raya.Ketika nenek tua melalui jalan raya itu,dia

terpijak dan terjatuh lalu terjatuh.Seterusnya, nenek tua itu
meninggal dunia.Dengan itu jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak
bersalah.Peguam bela merayu mahkamah membebaskan Bulat bin Leper
daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja,tanpa syarat.Setelah
meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim membuat

keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

Plot Menarik ( KLIMAKS )

Tertuduh II ( Akikino – komokotoko,ringkasnya Akinomoto) dipanggil masuk.
Akinomoto mengangkat sumpah.Dia berbicara dalam bahasa yang tidak

difahami.Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah.Pendakwa raya
membaca pertuduhan bahawasanya pada 20 Mac 1988,Akinomoto dituduh
mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu
Dungun.Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi.Oleh itu hakim

meminta pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi dalam
Inggeris.Akinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya
menggunakan bahasa melayu.Setelah pendakwa raya menjelaskan istilah beruk
subsidi dalam bahasa melayu.Tertuduh II dapat memahami kes tuduhan
tersebut.Dia juga mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.Namun begitu,
dia turut menyatakan ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu mengembalikan ibu
beruk itu semula kepada yang berhak dan mahu memelihara anaknya.

Plot Menarik ( PELERAIAN )

Setelah hakim mempertimbangkan kes tersebut dengan adil
dan saksama,hakim memerintahkan Akinomoto supaya
memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan

anak.Sebagai dendanya pula, dia perlu menjaga anak beruk
itu sehingga mencapai umur akil baligh dan dia dipaksa

memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu
sebagai tuannya.

LATAR 04

LATAR TEMPAT LATAR MASA LATAR
MASYARAKAT
a) Mahkamah a) Waktu pagi
b) Taman Gagak b) 20 Mac 1988 a) Masyarakat
c) Januari 1988 intelektual
Putih d) 1 minit
c) Stor JKK Ulu e) 2 minit b) Masyarakat
yang hidup
Dungun miskin

c) Masyarakat
yang baik
hati

NILAI & PENGAJARAN 05

NILAI PENGAJARAN

KEADILAN Kita mestilah adil dalam membuat
Contohnya,hakim membuat keputusan. Contohnya, hakim
keputusan terhadap tertuduh membuat keputusan terhadap
dengan adil dan saksama. tertuduh dengan adil dan saksama.

TANGGUNGJAWAB Kita hendaklah bertanggungjawab
Bulat bin Leper membuang atas sesuatu perkara. Contohnya,
kulit pisang ke dalam tong Bulat bin Leper membuang kulit
sampah. pisang ke dalam tong sampah.

KETEGASAN Kita haruslah tegas dalam
Hakim tegas ketika membuat menjalankan tugas. Contohnya,
keputusan terhadap tertuduh. hakim tegas ketika membuat
keputusan terhadap tertuduh

GAYA BAHASA

Aliterasi (pengulangan bunyi Sinkope (penyingkatan
konsonan (selain aeiou) yang sama kerja)
dalam satu baris).
Contohnya: kau, mu,
Contohnya: Hakim memerintahkan tak,nak,pabila,ku
pegawai memanggil Tertuduh masuk.

Ansonansi (pengulangan bunyi Repetasi (pengulangan kata baris
vokal (aeiou) sama dalam satu yang sama)
baris).
Contohnya: Pendakwa raya Contohnya: Hakim bersetuju
membaca pertuduhan bahawa bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan dan seharusnya
digunakan dalam mahkamah
tersebut

Drama Mahkamah

Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version