The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INOVASI E-DIGITAL RAK BAHASA MELAYU SEMADAH, 2021-03-24 05:23:19

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP

TINGKATAN LIMA

DISEDIAKAN OLEH:

NAWAL
NURUL HUDA

NAMA GURU:

CIKGU NAFIZAH BT
ABD WAHAB

isi kandungan

MAKSUD SETIAP RANGKAP
GLOSARI
TEMA
PERSOALAN
BENTUK GURINDAM
GAYA BAHASA
NILAI
PENGAJARAN

Rangkap Maksud

#1 Peringatan kepada pembaca
sekiranya kurang berfikir dan kurang
Kurang fikir, kurang siasat, menyelidik terlebih dahulu, pasti
akan menyebabkan hidup menjadi
.T e n t u d i r i m u k e l a k t e r s e s a t sesat.
Saranan agar berfikir dahulu
#2 sebelum berkata-kata untuk
mengelakkan sebarang salah faham
Fikir dahulu sebelum berkata, dan sengketa sesama manusia.
Supaya terelak silang sengketa.
Kata-kata yang kesat dan kurang
#3 sopan jika dituturkan boleh
memudaratkan hidup masyarakat.
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas

#4 Sekiranya seseorang berbicara
dengan kata-kata yang pedas dan
Kalau mulut tajam dan kasar, kurang sopan boleh menyebabkan
Boleh ditimpa bahaya besar. dia mengalami masalah yang besar

#5 Seseorang yang gemar hidup
bermusuh akan sentiasa bermasalah
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita. Saranan agar pembaca tidak
menimbulkan persengketaan tetapi
#6 jika perkara itu berlaku perlulah
diterima dengan tabah.
Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.

#7 Ilmu yang tidak dipelajari dengan
sempurna kurang lengkap dan kurang
Jikalau ilmu tiada sempurna, sesuai untuk diamalkan.
Tiada berapa ia berguna.
Ilmu pengetahuan dan kemahiran
#8 boleh dituntut selagi rajin untuk
menuntut ilmu.
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar. Saranan agar bijak memilih sahabat
dan taulan di dunia yang di
#9 dalamnya mengandungi berbagai-
bagai kerenah dan sifat manusia.
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan. Sifat budi pekerti seseorang boleh
dikenal melalui rakan taulan yang
#10 didampinginya.

Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya.

#11 Lazimnya, seseorang akan memilih
dan mencari kawan yang sama sifat
Burung yang sama corak dan bulu, dan fiilnya untuk memudahkan
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. mereka bekerjasama dan bergaul
mesra.

#12 Seseorang yang bersifat budiman
akan sentiasa dipandang dan
Jikalau kamu bersifat budiman, disanjung tinggi.
Dipandang sebagai bonda di taman.

#13 Seseorang yang bersifat dermawan
akan dapat melawan hati orang di
Jikalau kamu bersifat dermawan, sekelilingnya.
Segala orang dapat kautawan.

#14 Seseorang yang bersifat pemurah
akan memudahkannya untuk
Jikalau kamu bersifat pemurah, mendapat bantuan dan pertolongan.
Segala manusia datang menyerah.

#15 Nama seseorang yang membuat jasa
akan disanjung pada setiap masa.
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa. Saranan agar pembaca memperbaik
kelemahan diri terlebih dahulu
#16 sebelum menolong sesama manusia

Menolong sesama wajib dan perlu, Perbuatan mengadu domba dan
Tetapi tolonglah dirimu dahulu. membuat fitnah boleh menyebabkan
hubungan sesama manusia tidak
#17 harmoni.
Peringatan agar tidak melakukan
Telunjuk lurus kelengkeng berkait, perbuatan khianat sesama manusia
Hati sesama menjadi pahit. kerana Tuhan pasti akan melaknati
orang yang berbiat demikian
#18

Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat.

Glosari

GLOSARI

1.Upas - racun yang dibuat daripada beberapa jenis pokok/racun
pokok ipuh

2.Tersua - pertemuan
3.Taulan - kawan
4.Laknat - kemurkaan Allah
5.Beringin - sejenis tumbuhan
6.Sengketa - perbalahan akibat daripada pendapat yang berlainan
7.Kelengkeng - jari tangan & kaki yang terkecil

Tema
TEMA

Gurindam “Beberapa Petua Hidup” bertemakan nilai-
nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam

kehidupan manusia sehari-hari. Nilai-nilai murni yang
positif serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan

insan yang bersahsiah dan berdisiplin.

Persoalan

PERSOALAN

1, Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian manusia.

2. Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni.
3. Rasional dalam membuat sebarang tindakan.
4. Ketekunan dalam menuntut ilmu.
5. Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan

berhati mulia.
6. Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama
manusia.
7. Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.

Bentuk Gurindam

BENTUK GURINDAM

1. Gurindam “Beberapa Petua Hidup” ialah puisi terikat/tidak
bebas.

2. Gurindam ini terdiri daripada lapan belas rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua

baris serangkap. Baris pertama ialah syarat dan baris kedua
pula ialah jawab.
4. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara
tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris.
5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada
sembilan hingga dua belas suku kata.
6. Rima akhir gurindam ialah aa.

Gaya Bahasa

GAYA BAHASA

Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam
”Beberapa Petua Hidup” termasuklah :

a) Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas
b) Kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat; laknat
c) Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,
d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng berkait
e) Simile. Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas.
f) Metafora. Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman pergaulan
g) Inversi. Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.

Nilai

NILAI

1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabat
dan taulan di dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.

2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum
berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa
sesama manusia.

3. Nilai kesopanan. Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata
supaya tidak menggores hati orang lain.

4. Nilai kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk
menambahkan ilmu dan kemahiran.

5. Nilai mengenang jasa.Contohnya, seseorang yang berjasa akan
dikenanang sepanjang masa.

6. Nilai kerjasama. Contohnya, sifat suka membantu dan menolong
sesama insan perlu diamalkan.

7. Nilai baik hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi
sesama manusia.

8. Nilai setia kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan
sentiasa mendorong rakannya ke arah kebaikan.

Pengajaran

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berfikir secara rasional dan mendalam terlebih
dahulu sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah
faham.

2. Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke
jalan yang lurus dan benar.

3. Kita perlulah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang
lain untuk mengelakkan sengketa.

4. Kita mestilah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk
menambahkan pengetahuan.

5. Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga
boleh menjejaskan hubungan baik sesama manusia.

6. Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan
pada waktu itu sendiri berada dalam kesusahan.

7. Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang
orang.

TKeraismiha


Click to View FlipBook Version