SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL
TAJUK : SELOKA SANTAP ISTIADAT
OLEH : KUMPULAN 2
KELAS : 3 AL KHAWARIZMI
AHLI KUMPULAN :
• AUNI MASHKURAH BT ISMAIL • HANNAN AYUNI BT MOHD SOPHIAN
NAMA GURU :
ISI KANDUNGAN : SLAID 4-5
SLAID 6
• SINOPSIS SLAID 6
• TEMA SLAID 7
• PERSOALAN SLAID 7-8
• NILAI SLAID 8-9
• PENGAJARAN SLAID 10
• GAYA BAHASA
• GLOSARI
SINOPSIS
SELOKA SANTAP ISTIADAT MAKSUD
Santap beradat, santap istiadat, Santap beradat merupakan istiadat santap raja
Santap raja di majlis kebesaran, dalam majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan
Santap merai, hormat-menghormat; menghormati dan meraikan tetamu. Majlis ini juga
Bukan santap hendakkan kenyang, mengajar tetamu yang hadir makan secara beradab
Santap santun dengan aturan. dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut.
Nasi disuap di tangan kanan, Berdasarkan adab dan tertib semasa makan ,
Lauk dibinjat sopan siuman, menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan
Sampai ke mulut mamah perlahan, dan ambillah lauk dengan sopan. Makanan
Tanda tidak gelojoh makan. hendaklah dikunyah perlahan-lahan. Selesai makan
Selesai santap nasi — nasi, barulah minum air.
Diiringkan seteguk minuman, Isyarat
menghormat, mulia-memuliakan
.Santap nasi suap pertama, Pengarang memberikan peringatan agar makan
nasi sekadar tiga suapan sebelum membasuh
Berturut dengan suap kedua; tangan. Kemudian, makanlah kuih-muih dan
Dua suap, ketiga sudah, buah-buahan
Keempatnya basuh tangan;
Kelima halwa juadah, Selepas makan hendaklah berkumur-kumur.
Keenam mengiring buah-buahan. Kemudian, makanlah sirih agar wajah kelihatan
berseri-seri.
Ketujuh berkumur-kumur,
Ke delapan makan sirih; Pengarang menjelaskan bahawa adab dan
Kelat jatuh ke rengkungan, tatacara makan secara beradat dalam sesuatu
Seri naik ke peroman. majlis telah diamalkan sejak zaman dahulu.
Itulah santap beradat kebesaran
Di dalam riwayat zaman yang silam.
TEMA
• Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi
zaman dahulu.
PERSOALAN
(a) Adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam suatu majlis.
(b) Cara-cara menjamu selera dalam suatu majlis.
(c) Masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai kesopanan ketika makan
dan minum.
NILAI
(a) Kesopanan
(b) Kepatuhan
(c) Hormat-menghormati
(d) Kesederhanaan
PENGAJARAN
(a) Kita perlulah bersikap sopan dan beradab ketika sedang menjamu
selera.
(b) Kita mestilah hormat-menghormati antara satu dengan yang lain
ketika sedang menjamu selera di dalam sesuatu majlis.
(c) Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan dengan mendahului
perkara yang utama kemudian diikuti dengan perkara-perkara yang
berikutnya.
(d) Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil
makanan secara berlebihan.
GAYA BAHASA
(a) Anafora
-Contohnya, Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis
kebesaran, Santap merai, hormat-menghormati;
(b) Repitisi
-Contohnya, Santap beradat, santap istiadat
(c) Bahasa klasik
-Contohnya, peroman
(d) Kata ganda
-Contohnya, hormat-menghormati, mulia-memuliakan, buah-buahan dan
berkumur-kumur
(e) Personifikasi
-Contohnya, Kelat jatuh ke rengkungan
(f) Asonasi
-Contohnya, Ketujuh berkumur-kumur
(perulangan vocal u)
(g) Aliterasi
-Contohnya, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan (perulangan konsonan m)
(h) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abacb, rima akhir bagi
rangkap kedua ialah aaaabaa, rima akhir bagi rangkap ketiga ialah
aabcbc, rima akhir bagi rangkap keempat ialah abcc dan rima akhir bagi
rangkap kelima ialah ab.
GLOSARI
• Santap beradat- istiadat santap raja di majlis kebesaran. Santap
tersebut bertujuan untuk meraikan dan menghormati tetamu.
• Santap istiadat- peraturan atau cara-cara untuk makan dengan sopan
yang sudah menjadi kebiasaan.
• Mamah- menghancurkan makanan didalam mulut menggunakan gigi.
• Seteguk- ditelan sekali sahaja.
• Suap- memasukkan nasi didalam mulut.
• Halwa juadah- makanan yang manis.
• Berkumur-kumur- mengocak-ngocakkan air didalam mulut untuk
mencucinya.
• Peroman- rupa, paras.