ERTI HIDUP
BERERTI
Nama: Ain Raihanah Bt. Mohamad
Ain Barizah Bt. Muhamad Pauzi
Nama guru : Nafizah Bt. Abdul Wahab
ISI KANDUNGAN
Puisi
Maksud setiap rangkap
Glosari
Tema dan persoalan
Gaya Bahasa
Pengajaran
Nilai Murni
RANGKAP 1
Fikiran penyajak sering
dihimbau oleh nasib malang
yang mengongkongi
hidupnya dan tidak pernah
berubah. Tiada siapa yang
datang menziarahinya.
Keluhan daripada seorang
insan tua yang kesunyian.
RANGKAP 2
Kebahagiaan hidup yang
diimpikan oleh penyajak
hanya angan-angan sahaja
sehingga penghujung
hidupnya. Anak-anak
kandungnya sendiri sudah
melupainya dan tidak
sanggup untuk menjaganya.
Anak-anaknya saling
menolak untuk menjaganya.
Penyajak mencari
kehidupannya sendiri dan
menanggung penderitaan
hidup tanpa ada tempat
bergantung yang kukuh.
RANGKAP 3
Penyajak menganggap
dirinya tidak dihargai dan
diperlukan lagi walaupun
mereka anak kandungnya
sendiri. Penyajak berharap
agar anak-anaknya sama ada
yang sanggup berbakti atau
yang telah melupakannya
akan diberikan keinsafan.
Penyajak berharap agar hidup
dengan berkasih sayang dan
menggantikan hubungan
yang hambar sebelum ini.
Manusia jangan leka, dalam
putaran hidup ini akan ada
yang hidup dan mati kecuali
Tuhan yang kekal.
GLOSARI
Keheningan – kesunyian
Baka - sifat-sifat keturunan pada benda hidup dan genetik.
Terpegun -tercegat serta tidak dpt berkata apa-apa kerana terperanjat
Mengerang - mengeluh kerana kesakitan dll
contoh ayat: Semalaman dia mengerang kerana tidak tahan sakit.
TEMA & PERSOALAN
Tema
Sajak ini bertemakan kesunyian hidup yang dilalui oleh
golongan warga tua. Penyair berasa sunyi dalam hidupnya
kerana anak-anaknya telah melupakan kasih sayangnya.
Penyair berharap agar anak-anaknya dikurniakan oleh Tuhan
keinsafan.
Persoalan
1. Persoalan kasih saying seorang ibu
Contohnya: Ibu yang mengandung dan dan menjaga anak
dari kecil.
2.Persoalan berbakti kepada ibu
Contohnya: Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang
melahirkan dan membesarkan mereka.
3.Persoalan tanggungjawab seorang anak
Contohnya: Anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab
menjaga kebajikan ibu kandung dan memberikan kebahagian
kepadanya
4.Persoalan kekuasaan Tuhan
Contohnya: Semua makhluk akan hidup lalu mati, tiada yang
kekal kecuali Tuhan.
GAYA BAHASA
Anafora
contohnya :dari sulung ditendang ke bongsu
Simile
contohnya: bagai kalung
Responsi
contohnya: dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
Metafora
contohnya : benih keinsafan
PENGAJARAN
Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan
mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.
Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri,
terutamanya menghadapi usia yang tua.
Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah
dari rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.
Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu
bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu tua.
Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat
menjadikan diri kita lebih kental.
Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu
bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka.
NILAI MURNI
Nilai kasih sayang – kasih sayang seorang tua terhadap anaknya tetap utuh walaupun
anaknya itu melupakannya.
Nilai ketabahan – ketabahan dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan
kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-anak.
Nilai keinsafan – penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
Nilai bertanggungjawab – sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya
dengan mendoakan mereka agar dikurniakan keinsafan.