2020
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
KEFAHAMAN BAHASA MELAYU
SITI KHAJAR KAMIL
[email protected]
ajaayiesss
KANDUNGAN
1 bagaimana untuk 2penyataan 3 konsep ayat
mendapat markah huraian
penuh gramatis
5s o a l a n
4s o a l a n kefahaman 6 pilihan markah
kefahaman tingkatan 4-5
tingkatan 1-3 di tangan
anda
BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT
MARKAH PENUH?
kepala ayat kepala ayat 1 isi 1 ayat 1 isi 1 ayat
• mesti ada kepala ayat yang soalan wacana • mesti jawab 1 isi dalam 1 ayat
lengkap untuk memastikan • bilangan isi mesti mengikut
markah ayat yang gramatis fahami soalankefahaman
diperoleh jumlah markah
penanda • jawab dalam perenggan
fahami soalan
bukan point
• mesti fahami kehendak soalan
• kata kunci yang diperlukan penanda wacana
• selain itu
• seterusnya
• akhir sekali
ajaayiesss
penyataan - huraian
fahami konsep ini
kepala penyataan huraian
ayat
1 jawapan yang lengkap mesti ada kepala ayat - penyataan isi - huraian jawapan
Dalam menjawab soalan nilai, penyataan dan huraian tidak boleh dalam 1 ayat
Dalam penyataan, tidak boleh menyatakan watak sama sekali
Dalam huraian mesti dinyatakan watak dan peristiwa-boleh mulakan ayat dengan
'contohnya'
ajaayiesss
kepala ayat
NILAI PERSOALAN LATAR PERWATAKAN
nilai + kata per PENGAJARAN MASYARAKAT per
terbitan nilai.
katayear kita masyarakat seoyreaar ng
Contohnya....... terbitan yang...
mestilah/ yang.... .
dalam......
kita Contohnya…
hendaklah/
kita haruslah
konsep ayat gramatis
1 Nilai soalan kefahaman
Tingkatan 1-3
4Latar
masyarakat
2 Persoalan 5 Perwatakan
3 Pengajaran 6 Gaya Bahasa
7K B A T
Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam cerpen
‘Banjir di mata emak’.
NILAI Dua nilai yang terdapat dalam cerpen ‘Banjir di
nilai + kata mata emak’ ialah nilai kesabaran. Contohnya
terbitan nilai.
Mak Piah sentiasa bersabar menunggu kepulangan
Contohnya....... anak-anaknya. Selain itu, nilai yang diketengahkan
ialah nilai kesyukuran. Contohnya , Mak Piah
bersyukur apabila mendapat tahu ada seorang insan
yang masih mengambil berat tentang dirinya.
3/3
PERSOALAN Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam
per cerpen ‘Banjir di mata emak’.
katayear Dua persoalan yang terdapat dalam cerpen ‘Banjir
terbitan
di mata emak’ ialah perasaan simpati yang wujud
dalam......
dalam diri seseorang. Contohnya,’ saya’ sangat
4/4
simpati terhadap Mak Piah lalu bersungguh-sungguh
mencari rumah Mak Piah dan berjanji untuk menemani
Mak Piah sehingga banjir surut. Selain itu, penyesalan
dalam seseorang yang tiada gunanya.
Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya,
Nubhan sudah terlambat. Emak telah meninggalkan
mereka buat selama-lamanya.
PENGAJARAN Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam
kita cerpen ‘Banjir di mata emak’.
mestilah/ Dua pengajaran yang terdapat dalam cerpen ‘Banjir
kita di mata emak’ ialah kita hendaklah tolong-
hendaklah/ menolong antara satu sama lain. Contohnya,
kita haruslah Nana membantu Mak Piah mencuci dan menyimpan
4/4 bahan masakan ke dalam peti sejuk. Selain itu, kita
mestilah tabah dalam menghadapi musibah.
Contohnya, Mak Piah tabah menjalani kehidupannya
sendirian tanpa pertolongan anak-anaknya.
LATAR Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam
cerpen ‘Banjir di mata emak’.
MASYARAKAT
Dua latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen
masyarakat ‘Banjir di mata emak’ ialah masyarakat yang tidak
bertanggungjawab. Contohnya, Nana dan Nubhan
yang.... .
membiarkan emak mereka hidup keseorangan di rumah
Contohnya… usang tanpa bertanya khabar atau menjenguk walaupun
4/4 Nubhan tinggal berdekatan dengan rumah emaknya.
Selain itu, masyarakat yang taat akan
perintah agama. Contohnya, Mak Piah masih
menunaikan solat walaupun keadaannya sudah tua dan
rumahnya masih dilanda banjir.
Nyatakan dua perwatakan yang terdapat dalam
cerpen ‘Banjir di mata emak’.
PERWATAKAN Dua perwatakan yang terdapat dalam cerpen ‘banjir
per di mata emak’ ialah seorang yang peramah.
seoyreaar ng Contohnya, Mak Piah berborak mesra dengan 'saya'.
yang...
Selain itu, seorang yang mempunyai sifat
4/4
kasih sayang. Contohnya, walaupun anak–anak
Mak Piah tidak mengambil berat tentang
kehidupannya di kampung, Mak Piah masih
mengingati dan menyayangi anak-anaknya.
Nyatakan dua gaya yang terdapat dalam Pantun
Kasih Sayang.
GAYA Dua gaya bahasa yang terdapat dalam Pantun Kasih
BAHASA
per Sayang ialah asonansi iaitu pengulangan huruf
• huyearkum vokal 'u'. Contohnya, gula madu kusangka manis.
• maksud
hukum Selain itu, personifikasi iaitu
• contoh pelambangan sifat manusia kepada
benda lain. Contohnya, anak udang meniti
4/4 batang.
KBAT Pada pendapat anda, apakah cara untuk
menggembirakan kedua-dua ibu bapa kita?
• siapa Pada pendapat saya, cara untuk menggembirakan
• apa kedua-dua ibu bapa saya ialah saya perlu belajar
bersungguh-sungguh supaya saya menjadi orang
• supaya/ yang berjaya di dunia dan akhirat. Selain itu, saya
kerana
akan membantu mereka melakukan kerja rumah
• 2 i/ 2h
supaya dapat mengurangkan beban kerja mereka.
4/4
1 Nilai soalan kefahaman
Tingkatan 4-5
4Latar
masyarakat
2 Persoalan 5 Perwatakan
3 Pengajaran 6 Gaya Bahasa
4K B A T
Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam prosa
‘Kepimpinan melalui teladan’.
NILAI Dua nilai yang terdapat dalam prosa ‘Kepimpinan
nilai + kata melalui teladan’ ialah nilai kasih sayang.
terbitan nilai.
Contohnya, Kertala Sari amat menyayangi bapanya,
Contohnya....... Petala Bumi yang telah mati dibunuh Laksamana.
Selain itu, nilai yang diketengahkan ialah nilai
kegigihan. Contohnya, Laksamana gigih menjejaki
3/3 perajurit atau pencuri yang telah mencuri harta
benda dan membuat kekacauan di Melaka.
PERSOALAN Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam
per prosa ‘Kepimpinan melalui teladan’.
katayear Dua persoalan yang terdapat dalam prosa 'Kepimpinan
terbitan melalui teladan' ialah kegagahan pahlawan
dalam...... Melayu dalam pertarungan sehingga digeruni
4/4 pihak lawan dan musuh. Contohnya, Laksamana
digambarkan sebagai seorang pahlawan yang handal
dan gagah menentang musuh. Selain itu, amanah
dalam melaksanakan tugas. Contohnya,
Laksamana menjalankan tugasnya mengawal
keamanan negeri Melaka dengan amanah dan dedikasi
tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.
PENGAJARAN Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam
kita prosa ‘Kepimpinan melalui teladan’.
mestilah/ Dua pengajaran yang terdapat dalam prosa
kita 'Kepimpinan melalui teladan' ialah kita hendaklah
hendaklah/ berani menghadapi ancaman musuh.
kita haruslah Contohnya, Laksamana berani melawan musuh yang
mengancam keharmonian Negeri Melaka apabila
4/4
beliau berjaya menewaskan perajurit tujuh bersaudara
dan Kertala Sari dari Majapahit. . Selain itu, kita
mestilah taat dan setia kepada pemerintah.
Contohnya, Kertala Sari taat dan patuh menjunjung
titah Seri Betara yang mengarahkannya ke Melaka
untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana.
Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam
prosa ‘Kepimpinan melalui teladan’.
LATAR Dua latar masyarakat yang terdapat dalam prosa
'Kepimpinan melalui teladan' ialah masyarakat yang
MASYARAKAT berani melawan musuh. Contohnya, Laksamana
masyarakat berani berlawan dengan Kertala Sari sehingga
keberaniannya itu digeruni oleh pihak lawan dan
yang.... .
musuh. Selain itu, masyarakat yang bijak
Contohnya…
menggunakan tipu muslihat. Contohnya,
4/4
Laksamana telah mengenakan pakaian serba hitam
dan turut menyamar sebagai perajurit yang telah mati
dengan berbaring di tengah pasar bagi menjerat
musuh yang melalui kawasan itu.
Nyatakan dua perwatakan yang terdapat dalam
prosa ‘Kepimpinan melalui teladan’.
PERWATAKAN Dua perwatakan yang terdapat dalam prosa
per 'Kepimpinan melalui teladan' ialah seorang yang
seoyreaar ng berani. Contohnya, Laksamana berani bertarung dan
yang...
berjaya menewaskan Kertala Sari. Selain itu,
4/4
seorang yang bijaksana. Contohnya,
Laksamana memakai baju berwarna hitam ketika dia
keluar menjejaki pencuri yang membuat huru-hara di
Melaka pada waktu malam supaya tidak dikesan pihak
musuh.
Nyatakan dua gaya yang terdapat dalam Pantun
Kasih Sayang.
GAYA Dua gaya bahasa yang terdapat dalam Pantun Kasih
BAHASA
per Sayang ialah asonansi iaitu pengulangan huruf
• huyearkum vokal 'u'. Contohnya, gula madu kusangka manis.
• maksud
hukum Selain itu, personifikasi iaitu
• contoh pelambangan sifat manusia kepada
benda lain. Contohnya, anak udang meniti
4/4 batang.
KBAT Pada pendapat anda, mengapakah seseorang pemimpin
• siapa itu tidak wajar meninggalkan negeri apabila negeri yang
ditadbirnya ditimpa bencana?
• apa
Pada pendapat saya, seseorang pemimpin itu tidak wajar
• supaya
/kerana meninggalkan negeri apabila negeri yang ditadbirnya ditimpa
• 4 isi
bencana kerana pemimpin seharusnya bertanggungjawab
4/4
untuk menyelesaikan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.
Selain itu, pemimpin seharusnya bersama-sama dengan
rakyat untuk menghadapi kesusahan yang menimpa negeri.
Seterusnya, pemimpin mempunyai kuasa untuk membuat
sebarang keputusan. Akhir sekali, pemimpin perlulah
amanah atas kepercayaan rakyat kerana telah memilih beliau
untuk memimpin negeri.
Pilihan markah di tangan anda!
! ? ≠
anda hendak anda hendak anda hendak
markah markah tidak mahu
penuh sedikit markah
langsung
ajaayiesss
2020
TERIMA KASIH
ANDA DAPAT SESUATU PADA HARI INI?
TERIMA KASIH SEKALI LAGI