SAJAK SENJA DI PALANG
BESI
SMKA DATO HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL
AHLI KUMPULAN :
▪ MUHAMMAD ADAM ZHARFAN BIN MOHD
FADZLI
▪ MUHAMMAD ADIB ASYRAF VIN MOHD
SAFARILADIRA
TINGKATAN :
3 AL-KHAWARIZMI
ADAM ZHARFAN ADIB ASYRAF
ISI KANDUNGAN
-TAJUK -SAJAK -TEMA
-PERSOALAN -BENTUK -GAYA BAHASA
-NILAI -PENGAJARAN -GLOSARI
SAJAK
RANGKAP 1:Senja mula menangis RANGKAP 3:Tanpa pasir pantai atau silir angin
remang membongkar sendu rentet susun bibir palang besi dingin itu
mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya menjerut resah berteleku dalam hening
berlari di celah jambangan bunga dedawai bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan
menari mengikat ramah kekosongan menghantar pergi erti keriuhan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati. Jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri
Bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
RANGKAP 2: Pilu wajahmu sang senja hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.
yang dulu melakar bahagia
kini merayap sayu membelai jemari malam
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam.
MAKSUD
MAKSUD RANGKAP 1:Suatu senja menyaksikan tebaran cahayanya yang makin suram dan
hanya dapat dilihat oleh penyajak melalui celah-celah lubang sel penjara yang
memisahkannya dengan dunia luar yang terpaksa diisi dengan suasana yang sepi dan penuh
kekesalan di hati
MAKSUD RANGKAP 2:Waktu senja yang dahulunya membawa bahagia kepada
penyajak kini bertukar sayu tatkala menjelang malam kerana penyajak terpaksa
hidup di dalam sel penjara yang menyakitkan, terbuang, dan terasing dari dunia
luar.
MAKSUD RANGKAP 3:Dalam sel penjara yang bersambung antara palang besi,
penyajak resah berteleku dalam suasana hening akibat dipenjarakan tanpa
ditemani suasana bising. Pada waktu senja yang semakin menghampiri malam,
penyajak merasakan jiwanya semakin sunyi dan merasakan itulah hukuman
kemanusiaan terhebat yang perlu ditempuhinya.
TEMA
➢ Kesengsaraan dan kesunyian hidup seorang
banduan di dalam penjara
PERSOALAN
➢Penyesalan hidup yang tiada berpenghujung.
➢Kehidupan di dalam sel penjara yang amat memilukan.
➢Penderitaan hidup yang terpaksa ditempuhi sendirian.
➢Harga kebebasan bagi sebuah kehidupan.
BENTUK
➢Terdiri daripada tiga rangkap.
➢Rangkap pertama dan kedua mempunyai enam baris, dan
rangkap ketiga mempunyai lapan baris.
➢Bilangan katanya tiga hingga sembilan patah kata.
➢Berbentuk bebas.
GAYA BAHASA
➢Anafora. Contohnya :
dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang
mencengkam
➢Metafora. Contohnya :
jemari malam, samudera jiwa.
➢Kata ganda. Contohnya :
kuntum-kuntum, dedawai.
NILAI
➢Ketabahan.
➢Kebebasan
➢Keredaan
PENGAJARAN
➢ Kita hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala
negatif yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam penjara.
➢Kita hendaklah menghargai nikmat kebebasan hidup yang dikurniakan
oleh Tuhan.
➢Kita mestilah menjadi orang yang mematuhi undang-undang negara.
➢ Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam membuat sebarang
tindakan agar tidak tersilap langkah melakukan perkara yang negatif.
GLOSARI
➢PEDAR HATI = KESAL
➢MEMBUNGKAM = MENUTUP MULUT SUPAYA DIAM ATAU TIDAK BERSUARA
➢SILIR = ANGIN YANG BERTIUP PERLAHAN-LAHAN
TERIMA KASIH