The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN SPM KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INOVASI E-DIGITAL RAK BAHASA MELAYU SEMADAH, 2021-07-30 03:29:01

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN SPM KSSM

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN SPM KSSM

TEKNIK MENJAWAB
SOALAN PEMAHAMAN
UMUM & SASTERA
(SPM)

CIKGU SITI KHAJAR BINTI KAMIL

Guru Cemerlang Bahasa Melayu

.SMK AGAMA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL, PEDAS

2.3 Membaca untuk Pemahaman SP

SK memproses maklumat Umum 2.3.3 Membaca dan membuat

daripada pelbagai bahan. kesimpulan daripada bahan
dengan betul.

SK 4.1 Memahami dan Petikan
mengekspresi karya Sastera
sastera.
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi
Mengenal pasti teknik menjawab untuk menghubung kait aspek yang SP
4 soalan pemahaman umum dan menarik dalam prosa moden dan
4 soalan pemahaman petikan sastera prosa tradisional.

dengan format yang betul. 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi
untuk menghubung kait aspek yang
menarik dalam puisi moden dan puisi
tradisional.

KANDUNGAN

01 02 03 05

TEKNIK KONSEP SOALAN SOALAN
MENJAWAB SOALAN 1 3
PEMAHAMAN
SOALAN UMUM & 04 06
PEMAHAMAN PETIKAN
SASTERA SOALAN SOALAN
2 4

TEKNIK MURID 01 BACA SOALAN
BIJAK 02
03 Murid perlu membaca
04 semua soalan dahulu.

CATAT KATA KUNCI

Murid mencatat kata
kunci dalam soalan
di sebelah bahan petikan.

BACA PETIKAN

Murid membaca petikan
dengan teliti dan menggariskan
perkara yang berkaitan dengan
kata kunci.

JAWAB SOALAN

Murid perlu menjawab soalan
mengikut teknik yang cikgu

ajarkan . .

1. Soalan 6 Bahagian

B dalam Kertas 2 .

2. 2 bahan disediakan

daripada
[email protected]

3. 4 soalan

disediakan dengan
sumbangan
markah sebanyak
12m.

12.. Maksud rangkai kata.
Murid perlu
mengenal pasti
sinonim bagi
perkataan yang
diberikan dengan
padanan yang sesuai.
3. Mesti sesuai dengan
konteks bahan.
4. Mesti menyalin
kepala soalan dalam
jawaban.

CONTOH SOALAN & FORMAT JAWABAN

Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud keberkesanan tindakan? (2m)

Maksud keberkesanan tindakan ialah keberhasilan sesuatu usaha.

Berdasarkan petikan sajak, berikan maksud kucari erti hidup? (2m)

Maksud kucari erti hidup ialah penyajak ingin mendapatkan maksud
sebenar kehidupan.

1. Jawaban perlu diambil
2. daripada bahan.

Murid perlu membaca
bahan dengan teliti untuk
membuat banding beza

3. atau penilaian.
Jika markah 3, isi perlu 3
dalam 3 ayat yang

4. gramatis.
Mesti menyalin kepala

5. soalan dalam jawaban.
Jawaban perlu dinyatakan
diambil daripada bahan 1
atau bahan 2.

CONTOH SOALAN & FORMAT JAWABAN

SOALAN 2 PEMAHAMAN UMUM

Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kaitan antara tanda dan langkah yang perlu diambil untuk
menangani masalah penderaan kanak-kanak. (3m)

Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, kaitan antara tanda dan langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah
penderaan kanak-kanak ialah masyarakat perlu membuat laporan polis jika mereka melihat kanak-kanak
mencederakan diri atau cenderung untuk membunuh diri. Selain itu, ibu bapa perlu menyiasat dan mengambil
tindakan jika anak-anak mereka menunjukkan perubahan tingkah laku secara tiba-tiba. Seterusnya, di sekolah
pula guru perlu bertindak melaporkan kepada pihak kaunseling atau unit disiplin jika murid menunjukkan sikap
takut kepada orang sekeliling atau tempat-tempat tertentu.

SOALAN 2 PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA

Huraikan keinsafan penyajak yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2. (4m)

Merujuk kepada Bahan 1, penyajak berasa insaf kerana mengenangkan dosanya yang lalu.
Buktinya, penyajak bersujud dan memohon keampunan atas segala kesilapannya yang lalu
sebelum dia meninggal dunia. Merujuk kepada Bahan 2 pula, penyajak merintih kepada Tuhan
agar menerima taubatnya sebelum dia meninggal dunia. Buktinya, penyajak memohon semoga
pintu taubat masih terbuka sebelum api neraka menyala.

Baby
KBAT

1. Jawaban tiada dalam petikan.
2. Murid perlu memberikan idea dan pendapat yang

rasional dan praktikal.

3. Markah yang diperuntukkan ialah 3m.
4. Jawab 3 isi dalam 3 ayat yang gramatis.
5. Mesti ada subjek bagi setiap isi.
6. Formula 1= SUBJEK + APA + SUPAYA
7. Formula 2= SUBJEK + APA + KERANA

CONTOH SOALAN & FORMAT JAWABAN Baby
KBAT
SOALAN 3 Pembelajaran secara dalam talian menjadi antara medium penting
di antara murid dan guru bagi meneruskan pengajaran dan
pembelajaran dalam keadaan pandemik yang mengancam negara.

Pada pandangan anda, apakah kebaikan yang diperoleh daripada
pembelajaran dalam talian? (3m)

Kebaikan yang diperoleh daripada pembelajaran dalam talian ialah murid
boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa supaya dapat
menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, pembelajaran
secara dalam talian dapat membantu mengurangkan penularan virus ini
kerana tidak berlaku pembelajaran secara bersemuka. Seterusnya, guru dan
murid dapat meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi secara
optimum kerana secara tidak langsung pelbagai kemahiran ICT perlu
diaplikasikan untuk memastikan PdPR berjalan dengan lancar.

Bapak
KBAT

1. Jawaban tiada dalam petikan.
2. Murid perlu memberikan cadangan penyelesaian yang

rasional dan praktikal.

3. Markah yang diperuntukkan ialah 4m.
4. Jawab 4 isi dalam 4 ayat yang gramatis.
5. Mesti ada subjek bagi setiap isi.
6. Formula 1= SUBJEK + APA + SUPAYA
7. Formula 2= SUBJEK + APA + KERANA

CONTOH SOALAN & FORMAT JAWABAN

SOALAN 4 Jiran di depan rumah anda ingin menghantar ibunya yang diserang strok ke rumah
orang tua dengan alasan mereka tidak berdaya untuk menjaga ibu yang sakit kerana
kesibukan masing-masing menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk menjaga
ibunya.

Sebagai jiran yang prihatin, apakah nasihat yang perlu anda berikan agar jiran anda
dapat membatalkan niatnya itu. (4m)

Bapak Sebagai jiran yang prihatin, nasihat yang saya akan berikan ialah saya akan cuba
KBAT menerangkan bahawa tanpa ibu bapa yang melahirkan kita, tidak mungkin kita
dapat hidup di dunia. Selain itu, saya akan menjelaskan pengorbanan ibu bapa terlalu
besar dan tidak mampu untuk kita balas supaya kita menjadi orang yang berguna.
Tambahan pula, saya akan mengingatkannya bahawa ibu bapalah yang telah
membesarkan kita sehingga kita mampu berdikari dan mempunyai kerjaya sendiri.
Akhir sekali, saya akan menerangkan semua ujian daripada Allah perlu kita hadapi
dengan sabar untuk menentukan kita akan masuk ke neraka atau syurga.

Anda dapat sesuatu
hari ini?
Semoga bermanfaat!
Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
木偶奇遇记
Next Book
KELAS VI SDN REJOSARI 01