The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INOVASI E-DIGITAL RAK BAHASA MELAYU SEMADAH, 2021-08-24 00:58:31

PERIBAHASA 2 IBN SINA KUMP 1

PERIBAHASA 2 IBN SINA KUMP 1

2 IBNU SINA

PERIBAHASA
BUKU TEKS:TEMA 1&2

KUMPULAN 1

MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK,
MASUK KANDANG KERBAU MENGUAK

Maksudnya: Apabila berada di tempat orang atau negara orang,kita harus ikut adab
atau aturan tempat atau negara itu.

contoh ayat: Selaku pekerja yang baru ditukar ke unit yang lain, Azman perlulah
menyesuaikan diri mengikut tempat kerja di unit ini. Baginya dia perlu
menyesuaikan diri mengikut lokasi seperti pepatah masuk kandang kambing
mengembek masuk kandang kerbau menguak.

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

Maksudnya: Mendidik anak biarlah ketika kecil kerana lebih mudah untuk dibentuk.

contoh ayat: Setiap ibu bapa digalakkan membentuk anak-anak mereka ketika kecil
kerana diwaktu tersebut minda kanak-kanak mudah untuk menerima akan teguran
serta pembelajaran baru. Umpama pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

BAPAK BOREK ANAK RINTIK

Maksudnya: Perilaku atau perangai seorang anak yang sama seperti ibu atau
ayahnya.

contoh ayat: “Kau lihatlah anak Kamal itu seperti bapa borek anak rintik, rajin
berkemas seperti ayahnya juga.” kata Zainab.

KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI

Maksudnya: Baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya.
contoh ayat: Husna mengikut perangai ibunya yang suka berkebun, begitulah ke
mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

HENDAK SERIBU DAYA,TAK HENDAK SERIBU DALIH

Maksudnya: Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya
dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.
contoh ayat: Encik Roslan bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberikan
kepadanya sehingga selesai walaupun tugasan tersebut kerap kali terjadi masalah.
Pendirian encik roslan sama seperti pepatah hendak seribu daya,tak hendak seribu
dalih.

SERAMPANG DUA MATA

Maksudnya: Mendapat dua keuntungan serentak hasil dari melakukan satu perkara
yang dibuat.
contoh ayat: Teknik serampang dua mata yang dilakukan Badrul itu amat
menguntungkannya pada hari ini. Sudahlah mampu menjual barang dengan harga
runcit, malah mendapatkan pesanan tambahan daripada pelanggannya itu.

MENARA GADING

Maksudnya: Universiti.
contoh ayat: Saya bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading.

TAJAM MATA

Maksudnya: Tenungan yang tajam.
contoh ayat: Harimau ialah binatang yang tajam mata.

MALANG TIDAK BERBAU

Maksudnya: Mendapat kecelakaan tanpa kita sempat membuat persediaan untuk
mengelak.

contoh ayat: Sewaktu kita memandu kereta mahupun menunggang motosikal di
jalan raya, haruslah kita berwaspada kerana malang tak berbau.

CURI TULANG

Maksudnya: Pemalas.
contoh ayat: Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia curi tulang dengan
berbual-bual di serambi.

ADA PERIUK BERKERAK,ADA LESUNG BERDEDAK

Maksudnya: Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.
contoh ayat: Pak Haji Daing itu hartanya tidak habis hendak dimakan kerana dia
seorang hartawan, bak kata bidalan, ada periuk berkerak, ada lesung berdedak.

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI BARA

Maksudnya: Membuat sesuatu kerja atau perkara yang sukar dalam keadaan sabar
sehingga ianya mendatangkan kejayaan.
contoh ayat: Bagi Bakri, setiap arahan yang diterima untuk melakukan sesuatu
perkara seharusnya dilakukan dengan sabar umpama genggam bara api biar
sampai jadi bara kerana pengakhiran pasti akan berjaya.

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Maksudnya: Seseorang yang inginkan kejayaan perlulah berusaha gigih sehingga
mencapai kejayaan yang diinginkan.
contoh ayat: Semasa perhimpunan harian di sekolah, pengetua seringkali memberi
kata-kata motivasi kepada setiap pelajar dan mengingatkan bahawa usaha itu
tangga kejayaan.

BERSUSAH-SUSAH DAHULU,BERSENANG-SENANG
KEMUDIAN

Maksudnya: Setiap kesenangan yang ingin dikecapi pasti akan melalui waktu yang
susah dahulu.

contoh ayat: Bagi Zamir, setiap kejayaan yang ingin dikecapi pasti melalui waktu
yang sukar seperti pepatah melayu bersusah-susah dahulu bersenang-senang
kemudian.

BAGAI CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN

Maksudnya: Perkara atau benda yang muncul terlalu banyak dalam tempoh sesuatu
masa.
contoh ayat: Kemunculan pengusaha-pengusaha kedai yang melibatkan perjudian
bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun sudah kerap diberkas, namun
aktiviti mereka tidak berhenti malah kedai-kedai perjudian bertambah pula di
kawasan-kawasan lain.

TERIMA KASIH!

SEMOGA BERMANFAT!

CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,
including icons by Flaticon and infographics & images by Freepik

Please keep this slide for attribution


Click to View FlipBook Version