GOLONGAN KATA KERJA
DISEDIAKAN OLEH :
❑ IRIN QISTINA BT HAIRULANUAR
❑ HANIS FATIHAH BT MOHD RUSLI
KELAS: 5 AR-RAZI
NAMA GURU :
❑ PUAN HAJAH NAFIZAH BT ABD WAHAB
KATA KERJA
Merujuk pada sesuatu perbuatan yang berlaku
Kata Kerja Kata Kerja Tak
Transitif ( KKT ) Transitif ( KKTT )
KATA KERJA TRANSITIF ( KKT )
❑ Kata kerja yang mengandungi objek
yang
terdiri daripada frasa nama untuk
melengkapkan maksud
❑ Berkaitan langsung dengan perbuatan
yang dilakukan
Contohnya :
❑ Abu mengulang kaji
pelajaran setiap malam
❑ Pegawai itu tidak
mengabaikan tugasnya.
KESALAHAN UMUM
❑Meningkatkan lagi pencapaian ( salah )
Meningkatkan pencapaian lagi ( betul )
❑Menyatakan tentang perkara itu ( salah )
Menyatakan perkara itu ( betul )
❑Membawa juga alat itu ( salah )
Membawa alat itu juga ( betul )
Kata Kerja Tak Transitif
( KKTT )
Kata kerja yang tidak
memerlukan objek /
penyambut selepasnya
i) Kata Kerja Tak Transitif
Berpelengkap
ii) Kata Kerja Tak Transitif
Tanpa Pelengkap
i) KATA KERJA TAK TRANSITIF
BERPELENGKAP
- Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksudnya
- Unsur pelengkap berbeza dengan objek/penyambut dan hanya
berfungsi sebagai keterangan sahaja
- Contoh
- Para petani sentiasa bermandikan peluh.
- Keadaan ayah beransur pulih.
- Mereka tinggal di Taman Connaught.
- Pengembara itu berselimutkan embun.
- Dia menjadi guru.
ii) KATA KERJA TAK TRANSITIF
TANPA PELENGKAP
Kata kerja yang boleh berdiri sendiri
tanpa objek/penyambut.
CONTOHNYA: Semua orang pulang.
Adik saya masih tidur.
Padi sedang menguning.
Mereka asyik berbual.
Kesalahan umum
- bergantung kepada (salah)
bergantung pada (betul)
- tertakluk kepada (salah)
tertakluk pada (betul)
- teringatkan kekasih (salah)
teringat akan kekasih (betul)
KATA KERJA PASIF
Kata kerja yang berasal daripada Kata Kerja Transitif Tetapi tidak
berawalan meN-
Jenis-jenis Kata Kerja Pasif:
●buku itu dibaca oleh Ahmad. (pasif imbuhan `di-’ iaitu pasif diri ketiga)
●Baju itu saya jahit. (pasif diri pertama)
●Perkara tersebut belum awak putuskan. (pasif diri kedua)
●Nasi terhidang di atas meja. (pasif imbuhan `ter’)
●Pencuri itu kene tangkap. (pasif dengan penggunaan kata `kena’)
●Baju ayah sudah berjahit. (pasif imbuhan ` ber’)
●Pengikut itu kesejukan. (pasif imbuhan `ke-...-an’)
Kesalahan Umum
■dibaca oleh saya (salah)
saya baca (betul)
■kami akan kaji (salah)
akan kami kaji (betul)
■terambil Ali (salah)
terambil oleh Ali (betul)
LATIHAN PENGUKUHAN
Latihan 1 ) Baca petikan di bawah dengan telitinya.Kemudian,kenal pasti kata
kerja transitif aktif,kata kerja transitif pasif dan kata kerja tak transitif.
Malaysia merupakan destinasi pelancongan pilihan ramai kerana keindahan
pantai yang bersih, laut yang membiru, kehijauan hutan, dan kemakmuran
yang dikecapi. Selain pelancong dari dalam negara, pelancong dari luar
negara juga begitu ghairah untuk menikmati keindahan di negara ini.
Disebabkan oleh potensi yang ditonjolkan oleh industri pelancongan
kesihatan, Malaysia berhasrat untuk memanipulasikan bidang ini demi
kejayaan bidang perubatan pula. Malaysia kini sudah bersedia menjadi
sebuah pusat rawatan dan perubatan kepada pelancong-pelancong luar
negara melalui industri pelancongan kesihatan. Pihak kerajaan dan swasta
haruslah berganding bahu agar industri pelancongan kesihatan ini menjadi
kenyataan.
JAWAPAN LATJHAN 1
Latihan 2)
ii. Tandakan (√) pada jawapan yang betul atau (x) pada jawapan yang salah. Tulis jawapan
yang betul bagi jawapan yang salah.
a. Dengan berpandu peta tersebut, akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar dari kawasan
hutan itu. ( )
.............................................................................................................................................
b. Puan Nurul Huda sedang menerangkan tentang masalah keruntuhan moral yang
melanda remaja kini. ( )
............................................................................................................................................
c. Cikgu Salmah bertanyakan murid-muridnya tentang persediaan untuk menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula esok. ( )
...........................................................................................................................................
d. Pendapat yang disuarakan oleh pemuda itu berdasarkan pada bukti yang sahih. ( )
...........................................................................................................................................
e. Semua aktiviti yang dijalankan di kawasan persekitaran sekolah perlu berteras pada
peraturan sekolah. ( )
..........................................................................................................................................
Jawapan latihan 2
a. Dengan berpandu peta tersebut, akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar dari
kawasan hutan itu. ( x )
Dengan berpandukan peta/ Dengan berpandu pada peta
b. Puan Nurul Huda sedang menerangkan tentang masalah keruntuhan moral yang
melanda remaja kini. ( x )
menerangkan masalah keruntuhan moral
c. Cikgu Salmah bertanyakan murid-muridnya tentang persediaan untuk menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula esok. ( x )
bertanya kepada murid-muridnya / menanyai murid-muridnya
d. Pendapat yang disuarakan oleh pemuda itu berdasarkan pada bukti yang sahih. ( x )
berdasarkan bukti yang sahih / berdasar pada bukti yang sahih
e. Semua aktiviti yang dijalankan di kawasan persekitaran sekolah, perlu berteras pada
peraturan sekolah. ( √ )
Latihan 3
Isikan petak kosong dengan huruf yang sesuai untuk membentuk kata kerja.
Jawapan latihan 3
SEKIAN
TERIMA KASIH
BM A+