KIJANG YANG LELAH
Kumpulan 3
GURU BAHASA MELAYU
AHLI KUMPULAN
◦ HILMI,ILHAM,DANNY
ISI KANDUNGAN
Maksud sajak
Tema dan persoalan
Gaya bahasa dan
keindahan bunyi
Bentuk dan ciri-ciri
sajak
Nilai dan pengajaran
MAKSUD SAJAK
M
Rangkap 1
Kehidupan seekor kijang tua yang berasakan dirinya tidak lagi
diperlukan seperti zaman mudanya yang gagah dan
berkuasa.
Rangkap 2
Ketika itu sang kijang berasa sangat sedih dan resah. Kekuatan
dalamannya semakin hilang dan yang tinggal hanyalah
harapan.
Rangkap 3
Namun hari ini, sang kijang cuba membina kekuatan untuk
menghabiskan sisa-sisa hidupnya walaupun berasa serik dan
tidak berdaya lagi setelah keinginannya terhalang.
Rangkap 4
Sang kijang tetap berhati-hati kerana takut tersadung akar
dan terkena jerat manusia. Biarpun dalam keadaan yang
lemah, sang kijang tetap meneruskan perjalanannya di dalam
hutan tebal tersebut. Namun jauh di sudut hatinya, sang kijang
telah menanam tekad untuk terus melangkah walaupun
pelbagai halangan menantinya dengan menggunakan akal
fikiran serta kewarasannya
TEMA DAN PERSOALAN
L
TEMA
◦ Keperitan hidup seekor kijang
tua dalam mengharungi kehidupan.
PERSOALAN
◦ (a) Ketabahan hidup dalam menghadapi masa tua.
◦ (b) Realiti kehidupan apabila kekuasaan semakin hilang ketika diri menginjak usia
tua.
◦ (c) Sikap berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.
◦ (d) Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk menghadapi cabaran hidup.
GAYA BAHASA DAN
KEINDAHAN BUNYI
NADA
◦ a) Metafora. Contohnya, dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin.
◦ (b) Personifikasi. Contohnya, Menghambat waktu yang bersisa.
◦ (c) Hiperbola.Contohnya, suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.
◦ (d) Asonansi. Contohnya, terus mengorak penuh berhemah (perulangan vokal e).
◦ (e) Aliterasi. Contohnya, Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki (perulangan konsonan k).
◦ (f) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah aaab, rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabcd, rima akhir bagi rangkap ketiga
ialah aabcb, dan rima akhir bagi rangkap keempat ialah abccdeefee.
◦.
◦ Nada
◦ Melankolik.
BENTUK DAN CIRI
CIRI SAJAK
(a) Terdiri daripada empat rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua
dan ketiga mempunyai lima baris, dan rangkap keempat
mempunyai sepuluh baris.
(c) Bilangan katanya dua hingga tujuh patah kata.
(d) Terdiri daripada empat hingga tujuh belas suku kata.
(e) Bentuknya bebas
NILAI DAN
PENGAJARAN
Nilai
(a) Ketabahan.
(b) Kesungguhan.
(c) Ketelitian.
(d) Hemah tinggi.
(e) Berwaspada.
Pengajaran
(a) Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan
hidup.
(b) Kita haruslah berusaha untuk mengubah
kehidupan.
(c) Kita hendaklah bertekad ketika melakukan
sesuatu perkara.
(d) Kita disarankan untuk mengamalkan sikap
berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
(e) Kita perlulah menggunakan kewarasan akal
fikiran dalam membuat sebarang tindakan.
(f) Kita mestilah reda terhadap ketentuan takdir.
SEKIAN TERIMA KASIH