The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PP KOLEKSI SOALAN KBAT III PEMAHAMAN CIKGU NAFIZAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INOVASI E-DIGITAL RAK BAHASA MELAYU SEMADAH, 2021-07-20 23:00:42

PP KOLEKSI SOALAN KBAT III PEMAHAMAN CIKGU NAFIZAH

PP KOLEKSI SOALAN KBAT III PEMAHAMAN CIKGU NAFIZAH

KOLEKSI SOALAN &
JAWABAN
> SOALAN III&IV
KBAT(PEMAHAMAN
UMUM & SASTERA)

EDISI PERTAMA

CIKGU NAFIZAH BINTI WAHAB
GURU BAHASA MELAYU
SMK AGAMA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL

SET 1

TEMA:
TEKNOLOGI

iii) Penggunaan teknologi maklumat banyak memberikan kelebihan dalam pelbagai bidang.
Namun begitu, terdapat kesan buruk jika kemudahan ini tidak digunakan dengan sebaik- Tema:
baiknya. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk daripada penyalahgunaan teknologi TEKNOLOGI
maklumat?(3m)

Pada pendapat saya, antara kesan buruk daripada aktiviti penyalahgunaan teknologi maklumat
adalah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi, wujudnya budaya plagiarisme atau amalan
'copy paste'. Budaya ini akan menjadikan mahasiswa tidak membuat kajian dan rujukan
mendalam. Seterusnya, penggunaan teknologi secara berlebihan mampu menimbulkan rasa
malas dalam kalangan mahasiswa bagi melakukan aktiviti kokurikulum seperti bersukan.
Impaknya kesihatan mereka akan terganggu. Akhir sekali, berlakunya jenayah siber iaitu
pengguna internet membuat penipuan, melakukan kerosakan atau pengubahsuaian ke atas
program atau data komputer. Para mahasiwa akan mengalami kerugian dan hilang harta
benda serta wang ringgit.

iv) Ibu saudara anda telah menjalankan perniagaan membuat keropok berasaskan makanan laut Tema:
selama 15 tahun. Beliau hanya menghasilkan produk makanan tersebut secara manual dan TEKNOLOGI
menjualnya di sekitar kawasan tempat tinggalnya sahaja.
Sebagai generasi era sains dan teknologi, apakah cadangan yang dapat anda kemukakan kepada ibu
saudara anda untuk merancakkan lagi perniagaan keropoknya ? (4m)

Sebagai generasi era sains dan teknologi, cadangan yang dapat saya kemukakan kepada ibu saudara
saya untuk merancakkan lagi perniagaan keropoknya ialah beliau perlu membuat iklan secara digital
melalui laman sosial supaya dapat menarik perhatian orang ramai. Maka akan membantu
keropoknya dikenali di seluruh pelosok negara. Selain itu, beliau juga boleh menjalankan perniagaan
secara atas talian bagi memperbesar lagi perniagaannya ke dunia luar. Contohnya menggunakan
saluran Shopee dan pasti pembelian terhadap keropoknya akan meningkat. Seterusnya, beliau
perlulah menggunakan teknologi canggih seperi mesin pengisar agar dapat meningkatkan daya
pengeluaran keropok lekor. Akhir sekali, beliau boleh juga membuat promosi kepada pelanggan
yang membuat pembelian secara kombo iaitu lebih daripada 2 atau 3 pembelian. Sudah tentu jualan
keropoknya akan meningkat.

SET 2

TEMA:
PATRIOTIK

iii. Remaja bakal menggalas tanggungjawab yang besar sebagai peneraju dan pemimpin

negara pada masa hadapan. Tema:

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melahirkan PATRIOTIK

remaja yang mampu memimpin negara dengan baiknya?(3m)

Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melahirkan remaja
yang mampu memimpin negara dengan baiknya adalah ibu bapa memberikan didikan
agama yang mantap kepada golongan remaja. Hal ini kerana suntikan didikan agama
yang mantap ke dalam jiwa setiap remaja mampu melahirkan remaja yang bersikap
positif. Selain itu, pihak sekolah berperanan untuk melahirkan insan yang kreatif dan
kritis dengan menggalakkan pelajar mengemukakan idea mereka untuk membentuk diri
mereka menjadi pemimpin yang bersahsiah terpuji dan berkualiti pada masa hadapan.

iv. Semasa pulang dari sekolah, anda bertemu dengan dua rakan sekelas anda yang ponteng Tema:
sekolah. Mereka sedang melepak di pondok awam sambil bermain permainan video dan PATRIOTIK
melakukan kegiatan vandalisme.
Sebagai rakan sekelas yang prihatin, apakah pesanan yang akan anda berikan supaya rakan-
rakan anda itu dapat mengisi masa remaja mereka dengan perkara-perkara yang
berfaedah?(4m)

Pesanan yang saya akan berikan supaya rakan-rakan saya itu dapat mengisi masa lapang
mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah ialah remaja perlu belajar bersungguh-sungguh
supaya tidak sukar mencari pekerjaan semasa dewasa. Selain itu, remaja perlu tinggalkan segala
perangai buruk mereka kerana bimbang akan terjerumus ke dalam perbuatan jenayah akibat
kebiasaan berperilaku buruk semasa usia remaja. Kemudian, remaja perlu memanfaatkan masa
yang ada dengan perkara-perkara berfaedah seperti aktiviti kemasyarakatan supaya masa tidak
diisi dengan perkara-perkara yang membawa kemudaratan. Akhir sekali, remaja perlu
melakukan banyak amal ibadah dan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kerana ajal
tidak mengenal erti umur.

SET 3

TEMA:
KESIHATAN

iii. Kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada setiap manusia yang perlu

dijaga dengan sebaik-baiknya. Tema:

KESIHATAN

Pada pendapat anda, apakah cara yang patut dilakukan jika kita disahkan menghidap

sesuatu penyakit? (3m)

Pada pendapat saya, cara yang patut dilakukan jika kita disahkan menghidap sesuatu
penyakit ialah sentiasa mematuhi janji temu yang ditetapkan oleh doktor agar kita
maklum akan perkembangan kesihatan kita. Selain itu, kita mestilah mengambil ubat-
ubatan yang disediakan oleh doktor pada masa yang disarankan agar kesihatan kita
kembali pulih. Akhir sekali, kita mestilah mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti
makan makanan yang sihat dan beriadah secara berkala.

iv. Abang saudara anda merupakan perokok tegar. Setiap hari dia mampu menghabiskan berkotak- Tema:
kotak rokok sehingga dia sering mengalami batuk dan sakit pada bahagian dadanya.

Apakah nasihat anda yang akan anda sampaikan kepada abang saudara anda supaya berhenti KESIHATAN
daripada tabiat merokok tersebut? (4m)

Nasihat yang akan saya sampaikan kepada abang saudara saya supaya berhenti daripada tabiat
merokok adalah dengan memberitahunya bahawa kesan pengambilan rokok akan menjejaskan tahap
kesihatan diri dan akan terdedah dengan pelbagai penyakit yang membahayakan kesihatan seperti
strok, jangkitan pada paru-paru, sakit jantung dan sebagainya. Selain itu, berlakunya pembaziran
wang yang sepatutnya boleh digunakan dalam perkara yang bermanfaat dan berfaedah tetapi wang
tersebut dibazirkan dengan membeli rokok pada setiap hari. Di samping itu, saya juga akan
menasihati abang saudara saya supaya sentiasa menyibukkan diri dengan menyertai pelbagai aktiviti
fizikal yang sememangnya memberi manfaat kepada kesihatan agar dapat mengelakkan berlakunya
pemikiran yang negatif . Seterusnya, merokok akan menjejaskan penampilan seseorang kerana
perokok tegar akan menghadapi masalah mulut berbau dan warna gigi akan bertukar menjadi kuning.
Akhir sekali, merokok ini bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan diri sendiri malah akan
menjejaskan kesihatan orang sekeliling.

SET 4

TEMA:
PENDIDIKAN

iii. Sistem pendidikan bukan sekadar berperanan untuk memindahkan ilmu pengetahuan Tema:
tetapi lebih penting untuk melahirkan generasi yang mempunyai adab dan sahsiah yang PENDIDIKAN
baik.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan jika rakyat terutamanya golongan muda tidak
mendapat pendidikan yang sempurna? (3m)

Pada pendapat saya, kesan-kesan jika rakyat terutamanya golongan muda tidak
mendapat pendidikan yang sempurna ialah remaja akan terlibat dalam gejala sosial
kerana sifat malas yang ada dalam diri mereka. Selain itu, golongan muda sukar untuk
mencari pekerjaan pada masa hadapan kerana kekurangan ilmu dan pengalaman. Akhir
sekali, negara akan mundur kerana kekurangan golongan muda yang berkepimpinan dan
bijak.

iv. Semasa anda mengikuti satu program amal, anda telah bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak Tema:
yg sedang bekerja pada usia yang masih muda. Mereka terpaksa melupakan hasrat untuk

bersekolah bagi membantu menyara keluarga kerana kemiskinan hidup. PENDIDIKAN

Sekiranya anda ialah ketua komuniti di tempat tersebut, cadangkan usaha-usaha yang akan anda

lakukan untuk memastikan golongan kanak-kanak yang tercicir itu dapat kembali bersekolah. (4m)

Sekiranya saya ialah ketua komuniti di tempat tersebut, usaha yang akan saya lakukan untuk
memastikan golongan kanak-kanak yang tercicir itu dapat kembali bersekolah ialah mencadangkan
kepada pihak sekolah supaya mengusahakan pelan tindakan yang komprehensif bagi mengenal pasti
dan membantu murid daripada keluarga miskin agar mereka dapat bergerak seiring dengan murid
lain di sekolah. Selain itu, saya akan menjana sumber kewangan bagi membantu murid miskin dengan
mewujudkan Tabung Kebajikan Murid Miskin di sekolah masing-masing. Seterusnya, mencari guru
tuisyen atau guru mengaji yang sudi mengajar secara percuma supaya kanak-kanak ini dapat
meningkatkan pemahaman mereka dalam pembelajaran. Akhir sekali, menasihati ibu bapa kanak-
kanak ini untuk memberi perhatian yang cukup kepada anak-anak.

SET 5

TEMA:
KESIHATAN

iii. Setiap orang harus mempunyai kesedaran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan Tema:
walaupun kita nampak sihat daripada luarannya. KESIHATAN
Pada pendapat anda, apakah kepentingan - kepentingan melakukan pemeriksaan
kesihatan secara berkala? (3m)

Pada pendapat saya, kepentingan - kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan secara
berkala ialah kita dapat mengetahui tahap kesihatan diri dari semasa ke semasa supaya
kita dapat merawat lebih awal sekiranya terdapat penyakit dalam badan agar penyakit
tersebut tidak mendatangkan kemudaratan pada badan kita. Selain itu, kita juga dapat
memastikan sistem dalaman atau organ-organ dalam tubuh badan berada dalam keadaan
baik seperti jantung, peparu dan buah pinggang. Akhir sekali, kita juga boleh
mendapatkan nasihat daripada doktor untuk mencegah daripada penyakit - penyakit yang
berbahaya supaya tidak menjangkiti tubuh badan kita.

iv. Anda mempunyai seorang rakan yang amat gemar terhadap makanan segera. Hampir setiap Tema:
hari dia akan membeli makanan di restoran makanan segera dengan alasan makanan tersebut

lebih sedap dan mudah diperoleh. KESIHATAN

Sebagai rakan yang bertanggungjawab, apakah saranan yang dapat anda berikan kepada rakan
anda itu tentang keburukan makanan segera? (4m)

Sebagai rakan yg bertanggungjawab, saya akan menasihatinya dgn memberitahu kesan pengambilan
makanan-makanan tersebut. Hal ini kerana makanan segera mempunyai monosodium glutamat, juga
dikenali sebagai mononatrium glutamat atau MSG, ialah garam natrium berasaskan asid glutamik,
salah satu asid amino yang tidak perlu wujud secara semulajadi dengan banyak. Sekiranya dimakan
secara kerap, ia akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap diri seseorang seperti gangguan
jantung, gangguan fungsi otak dan kerosakan hati. Selain itu, makanan segera juga dapat
menyebabkan kegemukan. Oleh itu, makanan segera ini dijual pada harga yang murah.

SET 6

TEMA:
PATRIOTIK

iii. Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk melindungi negara mereka Tema:
daripada diceroboh atau dijajah oleh pihak luar. PATRIOTIK

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memastikan negara kita tidak dijajah oleh

negara lain? (3m)

Pada pendapat saya, antara cara untuk memastikan negara kita tidak dijajah oleh negara
lain ialah masyarakat perlulah mempertahankan perpaduan negara dengan cara
bekerjasama antara rakyat walaupun berbilang kaum.
Selain itu,pemimpin perlulah bijaksana dalam mentadbir negara.Hal ini kerana , kunci
keamanan dan kekuatan sesebuah negara adalah mempunyai seorang pemimpin yang adil
dan bijaksana.

iv. Pada sambutan Hari Kebangsaan yang lalu ,anda dan keluarga anda telah berpeluang Tema:
menyaksikan sambutan yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Anda berasa sangat

teruja kerana baru pertama kali merasai pengalaman menyambut Hari Kebangsaan dalam KESIHATAN

suasana yang sangat meriah.

Apakah manfaat - manfaat yang dapat anda peroleh daripada sambutan Hari Kebangsaan yang
anda sertai tersebut? (4m)

Antara manfaat yang dapat saya peroleh daripada sambutan Hari Kebangsaan yang saya sertai
ialah saya dapat menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu sekaligus dapat
meningkatkan kesedaran dalam diri serta meningkatkan rasa syukur dan perasaan cinta kepada
negara yang menebal. Seterusnya saya dapat merasai suasana menyambut kemerdekaan
bersama - sama bangsa yang lain. Hal ini dapat membantu saya merapatkan lagi hubungan
persahabatan bersama rakan - rakan yang berlainan bangsa.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version