The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INOVASI E-DIGITAL RAK BAHASA MELAYU SEMADAH, 2021-05-19 04:36:42

DRAMA BUKAN GILA

TINGKATAN LIMA

Guru Bahasa Melayu

ENCIK MOHD ZAIRYHUZIN
BIN MAT ZIN

Drama Bukan Gila SMK AGAMA DATO' HAJI
ABU HASSAN HAJI SAIL
KARYA SHARRY SHARIF
KANDUNGAN
PENGARAH:-
Sinopsis 2-->5
HAKIMI AMMAR HASSAN & FUDHAIL Pemikiran 6
FAYYAD Persoalan 7
Watak Perwatakan
Gaya Bahasa 8-->10
Nilai 11
Pengajaran 12
Glosari 13
14

SINOPSIS

Adegan 1

Drama ini mengisahkan Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan
kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan
membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan
mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang
menjadi pegangan Azmir.

Adegan 2

Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk
keluar bersiar-siar dari wad pesakit jiwa. Namun begitu, doktor berpesan
supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.

Adegan 3

Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang
diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak
menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia (dunia
ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula
berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul
ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan
segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini
yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa
sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan
sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir
sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh
kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya
lakonan. Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir
kembali ke wad setelah tiga hari tidak pulang-pulang.

Adegan 4

Arif, Pelakon I, Pelakon II dan Pelakon III telah menziarahi keluarga
Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat tentang latar belakang
Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan
neneknya, bersikap gila-gila, mula berkelakuan aneh apabila berada
dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di
universiti. Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap
dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang
berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir
kekurangan kasih sayang dan sokongan daripada kedua-dua ibu
bapanya. Pelakon II pula berpendapat Azmir sedang menanggung
kesakitan yang berat. Arif pula berpendapat mereka perlu membantu
Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang,
bukan cemuhan dan penghinaan.

Adegan 5

Azmir bermonolog tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani.
Azmir juga bermonolog tentang suka duka kehidupannya. Manusia sering
tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional.
Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendirian dan menilai cinta dalam
kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan.

Adegan 6

Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21
Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan
dikaitkan berpunca daripada penyakit barah otak yang
dialaminya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir.

PEMIKIRAN

Ketabahan seorang anak muda yang
terpaksa melawan penyakitnya
bersendirian – Azmir tabah dalam

melawan penyakit barah yang dihidapinya
tanpa diketahui oleh sesiapa sehinggalah
dia meninggal dunia. Dia dianggap gila oleh

ibu bapanya, kekasih, doktor dan
masyarakat di sekitarnya kerana
perlakuannya yang sering menghantuk-
hantukkan kepalanya ke lantai atau ke

dinding sehingga berdarah.

PERSOALAN

01 Persoalan perbezaan pemikiran dan tindakan
menyebabkan seseorang itu dianggap janggal
oleh masyarakat sekeliling.

02 Persoalan dunia ini ibarat pentas lakonan.

03 Kepentingan cinta dan kasih sayang.

04 Persoalan sokongan daripada ahli keluarga
terdekat boleh memberi kekuatan dalam
menghadapi cabaran hidup.

05 Persoalan keprihatinan dalam diri setiap insan.

AZMIR WATAK
PERWATAKAN

01 Seorang yang tabah.
02 Seorang yang penyayang.

03 Seorang yang setia.

04 Seorang yang teguh pendirian.

05 Seorang yang bijak.

01 Seorang doktor yang tidak
memahami pesakit.

02 Seorang yang baik hati.

ARIF

01 Seorang yang prihatin.

DOKTOR RAZI

BAPA AZMIR IBU AZMIR

01 Seorang bapa yang 01 Seorang yang tidak
prihatin. prihatin.

02 Seorang bapa yang kurang 02 Seorang yang kurang
memberikan kasih sayang memberikan kasih sayang
terhadap anaknya. kepada anaknya.

PERIBAHASA GAYA
BAHASA
Gila-gila bahasa
METAFORA
PENGGUNAAN
BAHASA ARAB Angin kemudaan

Assalamualaikum SIMILE

Bapa pun macam

doktor juga dan

macam mereka

semua SINKOPE

Abang dah tak
sanggup lagi...

NILAI 5

2 Ketabahan
Azmir tabah menghadapi dan
1 Kesetiaan melawan sakit barah otak.

Kasih Sayang Azmir begitu setia dengan
cintanya terhadap Ani.

Azmir yang menyayangi ibu

bapanya telah mengucapkan 3 4
terima kasih kepada kedua-
Simpati
duanya kerana telah melahir dan Keprihatinan
membesarkannya. Arif dan rakan-rakannya amat
Arif yang prihatin terhadap bersimpati dengan keadaan
Azmir yang berada dalam
Azmir telah mengambil tindakan kesakitan.

untuk berkunjung ke rumah

Azmir bagi mengetahui keadaan

sebenar Azmir melalui ibu

bapanya.

PENGAJARAN 01
KITA HARUSLAH SAYANG
AKAN IBU BAPA/KELUARGA

02 Azmir menyayangi ibu bapa 04
yang telah melahirkan dan
KITA WAJARLAH TABAH membesarkannya hingga
DALAM MENGHADAPI
DUGAAN sekarang.

Azmir tetap tabah 03 KITA HENDAKLAH
menempuh dugaan dalam MENGHARGAI SUMBANGAN
KITA HENDAKLAH PRIHATIN
hidupnya walaupun dia TERHADAP MASALAH YANG ORANG LAIN
mendapat barah otak. DIALAMI OLEH ORANG LAIN
Azmir amat menghargai
05 Arif dan rakan-rakannya sumbangan golongan
telah berkunjung ke rumah
KITA HENDAKLAH SETIA petani, nelayan, dan buruh
DALAM PERHUBUNGAN ibu bapa Azmir bagi yang menyumbang kepada
mendapatkan maklumat
Azmir seorang yang setia kesejahteraan hidup.
dalam pencintaan tentang Azmir.

berbanding kekasihnya Ani.

GLOSARI

Modul PRIGEL KOMSAS Tingkatan 5
Animasi Drama: Bukan Gila
KOMSAS Sejadah Rindu Tingkatan 5


Click to View FlipBook Version