The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TINGKATAN LIMA AL-KHAWARIZMI KUMPULAN 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INOVASI E-DIGITAL RAK BAHASA MELAYU SEMADAH, 2021-07-29 20:53:23

KOLEKSI SOALAN KBAT PEMAHAMAN

TINGKATAN LIMA AL-KHAWARIZMI KUMPULAN 5

SMKA DATO HJ ABU HASSAN HJ SAIL AHLI
KUMPULAN
ULFAH ZAKIRAH
MAIZATUS SYAHEEDAH
NURUL AQILAH
ARIFAH ALIAH
NURMAISARAH

PN SITI KHAJAR
BINTI KAMIL
NAMA
GURU

12

SUKAN DAN
REKREASI

Soalan 1 Pada pendapat saya, kesan negatif yang mungkin
akan berlaku sekiranya masyarakat tidak
Sukan merupakan salah satu aktiviti mengamalkan gaya hidup sihat adalah
yang boleh mencergaskan fizikal dan
masyarakat mudah ditimpa penyakit seperti
juga mental seseorang. Namun, darah tinggi, kencing manis dan obesiti kerana
masyarakat pada masa ini sering
mengabaikannya kerana mereka tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.
lebih tertarik untuk mengamalkan Selain itu, masyarakat akan terpengaruh dengan

gaya hidup yang kurang sihat. gejala sosial seperti ketagihan alkohol dan
penyalahgunaan dadah yang berpunca daripada
Pada pendapat anda, apakah kesan
negatif yang mungkin akan berlaku bergaul dengan orang yang melakukan aktiviti
tidak bermoral. Akhir sekali, kualiti tidur yang
sekiranya masyarakat tidak tidak baik boleh menyebabkan sistem ketahanan
mengamalkan gaya hidup sihat ? badan menjadi lemah kerana tempoh masa tidur
ini membantu proses metabolisme badan dapat
(3m)
dijalankan dengan lancar.

Soalan 2

Sekolah anda akan mengadakan sukan tahunan. Anda dan rakan anda akan
bertugas sebagai pembantu guru dalam ahli jawatankuasa kerja .
Secara berkumpulan bincangkan tugas yang perlu anda laksanakan pada hari sukan
itu nanti. (4m)

Tugas-tugas yang perlu saya laksanakan pada hari sukan itu nanti ialah menguruskan
para pelajar yang mengambil bahagian dalam setiap acara agar hari sukan berjalan

dengan lancar. Seterusnya, saya akan menyediakan peralatan sukan lebih awal
supaya setiap acara dapat dilangsungkan tanpa sebarang masalah. Selain itu, saya

akan memastikan jawatankuasa keselamatan akan melaporkan kepada guru jika
terdapat pelajar yang tercedera supaya pelajar tersebut dapat dirawat dengan
segera. Akhir sekali, saya akan memastikan jawatankuasa kebersihan menjalankan
tugasnya dengan menyediakan plastik sampah dan memastikan padang akan kembali

bersih selepas majlis tamat.

15

BAHASA DAN
KESUSATERAAN

Soalan 3

Penggunaan bahasa Melayu semakin luntur dalam kalangan masyarakat pada
masa ini.Mengapakah keadaan sedemikian boleh berlaku? (3m)

Keadaan sedemikian boleh berlaku kerana masyarakat Melayu
terlalu ghairah untuk menghantar anak mereka ke kelas bahasa
Inggeris kerana tidak mahu anak mereka ketinggalan arus
kemodenan pada masa kini.Seterusnya,masyarakat Melayu
beranggapan bahawa orang yang mempunyai kepakaran dalam
bahasa inggeris mempunyai taraf yang lebih tinggi berbanding
orang lain.Akhir sekali,dasar kerajaan yang mewajibkan Pengajaran
dan Pembelajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa
inggeris turut menyebabkan bahasa Melayu semakin luntur.

Soalan 4 Sebagai seorang murid yang prihatin, saya akan
melaporkan kejadian ini kepada guru kelas untuk
Terdapat seorang murid yang meminta beliau menasihati murid-murid yang mengejek
merupakan warganegara Malaysia pelajar tersebut. Selain itu, ibu bapa juga memainkan
baru sahaja berpindah dari luar peranan yang penting dalam melatih anak mereka
negara. Rakan-rakannya telah berbahasa Melayu di rumah. Seterusnya, saya akan
mengejeknya kerana dia tidak fasih membawa murid itu ke unit kaunseling supaya dia tidak
dalam berbahasa Melayu. Hal ini telah berasa tertekan terhadap ejekan yang diterima. Pada
menyebabkan dia berasa malu untuk waktu yang sama, golongan Pembimbing Rakan Sebaya
bercakap dalam bahasa Melayu. haruslah bekerjasama untuk menggalakkan murid itu
bersosial sesama rakan sebaya. Akhir sekali, saya
Sebagai seorang murid yang prihatin, sebagai rakan yang terdekat perlu membantu murid
cadangkan langkah-langkah yang tersebut berani berinteraksi dengan rakan-rakan lain
dapat dilakukan oleh pelbagai pihak supaya dapat meningkatkan keyakinan dirinya.
dalam menangani masalah ini?

(4m)

05

JATI DIRI,
PATRIOTISME DAN
KEWARGANEGARAAN

Soalan 5

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang
akan berlaku sekiranya kita tidak mempunyai
semangat patriotisme dalam diri? (3m)

Pada pendapat saya, kesan sekiranya kita tidak
mempunyai semangat patriotisme akan berlakunya
campur tangan kuasa luar dalam pentadbiran kerana
pihak luar mengambil kesempatan atas kekacauan yang
berlaku dalam negara.Seterusnya, pemimpin dan rakyat
tidak bersatu kerana tiadanya persefahaman antara
satu sama lain.Akhir sekali, negara akan menjadi
kucar-kacir akibat tiadanya sifat ambil peduli tentang
negara dan tidak endah dengan keadaan sekeliling.

Soalan 6

Pada suatu hari anda ternampak sekumpulan remaja sedang membakar
bendera Malaysia dan memijaknya seolah-olah bendera tersebut hanyalah

sekadar cebisan kain. Sebagai rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab,cadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah ini?

(4m)

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, cara-cara untuk
mengatasi masalah ini adalah ibu bapa perlulah mendidik anak-anak
mereka untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka agar
mereka lebih menghargai jalur gemilang.Kemudian,pihak berkuasa
perlu mengenakan tindakan tatatertib kepada individu yang tidak
menghormati jalur gemilang.Seterusnya, pihak kerajaan perlu
memastikan subjek sejarah dimasukkan dalam standard pengajaran
dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah agar dapat melahirkan
generasi muda yang menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam diri
masing-masing. Akhir sekali, pihak media massa juga boleh
menyiarkan iklan berkaitan jalur gemilang dan sejarah kemerdekaan
agar memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia akan
kepayahan wira bangsa dalam menuntut kemerdekaan.

sekian
Terima kasih
Kumpulan 5 (5K)


Click to View FlipBook Version