The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INOVASI E-DIGITAL RAK BAHASA MELAYU SEMADAH, 2021-05-19 04:40:43

GERHANA MANUSIA

TINGKATAN LIMA

SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN
AGAMA DATO’ H. AJI ABU HASSAN

HAJI SAIL

GURU AHLI
MATAPELAJARAN KUMPULAN

EN. MOHD ZAIRYHUZIN MUHAMMAD ARIF HAZIQ BIN
BIN MAT ZIN MOHD FAID

MUHAMMAD ZAIM BIN
KAMAROL RIDZUAN

UMAR ABDUL AZIZ BIN AIDI
ROSMAN

ZAIM ASLAMI BIN ABD
SAMAD

ISI KANDUNGAN

CERPEN

GERHANA MANUSIA

1.SINOPSIS

● Mengisahkan aku Nusia yang tidak berpuas hati apabila Doktor Murni ingin memasukkan darah kepada
Tuan Besar Musa yang sedang koma di Wad Unit Rawatan Rapi. Aku beranggapan Tuan Besar tidak layak
hidup kerana dia bukanlah seorang yang baik.

● Sebenarnya Tuan Besar bukanlah seorang yang baik kerana dia koma disebabkan perbuatannya yang
mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Selain itu, mereka telah memasukkan 50 pek darah dan
sebanyak itu jugalah yang keluar.

● Namun sebaliknya bagi Profesor Doktor Juaidi yang mempunyai kepentingan tersendiri yang mahukan
Tuan Besar itu terus hidup. Aku merasakan terdapat nyawa lain yang lebih memerlukan darah tersebut.
Misalnya seperti Solehah yang tenat akibatnya pundi janinnya pecah di ovari, Al-Hafiz patah riuk tulang
selangkanya, bayi buangan yang kekeringan darah, gadis malang yang hampir mati serta mahasiswa yang
mengalami leukemia.

● Konflik timbul apabila Profesor Doktor Juaidi tetap mengarahkan mereka mendapatkan 10 pek darah untuk
Tuan Besar sedangkan hospital telah kehabisan stok darah. Aku merasakan dunia ini tidak adil kerana
orang lebih memerlukan darah tidak mendapatnya dan hanya diberi gelafundin (seakan-akan darah).

● Tuan Besar Musa akhirnya gagal diselamatkan. Hal ini menyebabkan Doktor Juaidi berasa tertekan atas
kematian Tuan Besar Musa kerana Kelab Elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM 100 ribu.

● Doktor Murni mengambil keputusan dengan menyerahkan surat perletakan jawatannya di hospital itu atas
dasar ingin menjadi doktor atas nilai kemanusiaan. Seterusnya doktor Murni mengajak Nusia ke bank darah
mendermakan darah mereka kepada pesakit yang sedang koma di Unit Rawatan Rapi.

2.TEMA

- SIKAP MEMENTINGKAN GANJARAN SEHINGGA
MENGABAIKAN NILAI KEMANUSIAAN

CONTOH: Profesor Doktor Juaidi cuba menguasai kakitangannya agar
memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan
kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama pada jamuan
tahunan kelab kebajikan mereka.

3.PERSOALAN

3.1 PERSOALAN 1

- PERSOALAN TENTANG TANGGUNGJAWAB AHLI PERUBATAN

Contohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di Wad Unit
Rawatan Rapi.

3.2 PERSOALAN 2

- PERSOALAN SIKAP PILIH KASIH DAN KETIDAKADILAN DALAM
MENJALANKAN TUGAS KERANA STATUS SOSIAL YANG BERBEZA

Contohnya, Profesor Doktor Juaidi yang lebih mengutamakan Tuan Besar Musa yang kaya
daripada pesakit yang lain kerana kepentingan beliau pada hospital mereka.

3.3 PERSOALAN 3

- PERSOALAN TENTANG NILAI KEMANUSIAAN YANG PERLU ADA PADA SETIAP MANUSIA

Contohnya, Nusia dan Doktor Murni yang menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan
terhadap pesakit yang lain sehingga memberikan semua bekalan darah kepada Tuan Besar Musa sahaja.

3.4 PERSOALAN 4

- PERSOALAN TENTANG KESUNGGUHAN UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA PESAKIT

Contohnya, Nusia dan Doktor Murni mendapatkan bekalan darah di bank darah demi menyelamatkan nyawa pesakit di
Wad Unit Rawatan Rapi.

3.5 PERSOALAN 5

- PERSOALAN KEPRIHATINAN TERHADAP NASIB YANG MENIMPA ORANG LAIN

Contohnya, Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di
ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah.

4. WATAK
&

PERWATAKAN

4.1 nusia

-watak utama-

1. Seorang yang berani

Contohnya, Nusia berani bertindak mengambil bekalan darah yang dikhaskan
kepada Tuan Besar Musa oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup
menghadapi risiko dimarahi beliau.

2. Seorang yang penyayang

Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di Wad Unit Rawatan Rapi yang
diabaikan oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup mengambil bekalan darah
untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.

4.2 doktor murni

-watak sampingan-

1. Seorang doktor yang penyabar

Contohnya, walaupun beliau diasak dan disindir oleh Nusia kerana enggan
memberikan bekalan darah kepada pesakit lain di Wad Unit Rawatan Rapi
namun beliau tetap menjawab soalan Nusia dengan tenang.

2. Seorang doktor yang patuh pada arahan ketua

Contohnya, Doktor Murni mengikut semua arahan Profesor Doktor Juaidi
dalam menjalankan tugasnya di Wad Unit Rawatan Rapi.

4.3 tuan besar musa

-watak sampingan-

1. Seorang pesakit di Wad Unit Rawatan Rapi
2. Seorang korporat yang kaya
3. Seorang penyumbang dana yang besar

pada kelab elit di hospital tempat Profesor
Doktor Juaidi, Doktor Murni, dan Nusia
bertugas

4.4 profesor doktor juaidi

-watak sampingan-

1. Seorang doktor yang mementingkan material dan ganjaran

Contohnya, beliau mementingkan sumbangan dana yang diberikan oleh Tuan Besar
Musa pada kelab elit di hospital mereka menyebabkan profesor itu hanya
mementingkan pesakit tersebut.

2. Seorang ketua yang tidak berperikemanusiaan

Contohnya, Profesor Doktor Juaidi sanggup menyuruh Nusia memberikan gelafundin
kepada Solehah yang memerlukan bekalan darah untuk memperlahankan kematiannya
sahaja dan bukan untuk menyelamatkannya.

5.NILAI

5.1 NILAI KEBERANIAN 5.2 NILAI KEPRIHATINAN

Contohnya, Nusia dan Doktor Murni berani Contohnya, Doktor Murni dan Nusia prihatin
menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang terhadap Solehah yang sedang koma akibat
tidak berperikemanusiaan keran tidak pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan
mementingkan nyawa semua pesakit di wad tempat darah yang banyak. Oleh itu, mereka
mereka bertugas. mengambil tiga pek darah daripada bank
darah.

5.3 NILAI TANGGUNGJAWAB 5.4 NILAI RASIONAL

Contohnya, Nusia dan Doktor Murni Contohnya, Nusia dan Doktor Murni bertindak
bertanggungjawab untuk merawat pesakit di rasional apabila ke bank darah dengan segera
Wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk mendapatkan bekalan darah bagi
menyelamatkan nyawa ,mereka. menyelamatkan pesakit di Wad Unit Rawatan
Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah
untuk hidup.

6. PENGAJARAN

6.1 PENGAJARAN 1 6.2 PENGAJARAN 2

Kita haruslah berani untuk Kita hendaklah menjalankan tugas yang
mempertahankan sesuatu yang benar diamanahkan dengan penuh
tanggungjawab
Contohnya, Nusia dan Doktor Murni berani menentang
tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak Contohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk
merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha
berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa untuk menyelamatkan nyawa mereka.

semua pesakit di wad tempat mereka bertugas.

6.3 PENGAJARAN 3

Kita haruslah rasional dalam membuat sesuatu tindakan

Nusia dan Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan
segera untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan pesakit di wad

Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah untuk hidup.

7. GAYA BAHASA

7.1 ISTILAH PERUBATAN 7.3 PERSONIFIKASI

CONTOH: CONTOH:
renungan mata Doktor
virus, alveolos, prognosis;leukemia, Murni menikam anak mataku.
gelafundin, platelet, plasma,
dopamin. 7.4 ANAFORA

7.2 METAFORA CONTOH:
Aku menjeling.Aku cuba tersenyum
CONTOH:
tapak muslihat. walaupun hati terasa pedih.

7.5 REPITISI

CONTOH:

“Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke
tubuhnya, 50 pek darah juga yang keluar.”

7.6 SINKOPE

CONTOH:

kenapa tak ada waris yang datang
menjenguknya?

GLOSARI

1. BUKU RUJUKAN KOMSAS
TINGKATAN 5

2. MODUL PRIGEL KOMSAS
TINGKATAN 5

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version