KOLEKSI SOALAN &
JAWABAN
> SOALAN III&IV
KBAT(PEMAHAMAN
UMUM & SASTERA)
EDISI KEDUA
CIKGU NORAIDA BITNI ARIFIN
GURU BAHASA MELAYU
SMK AGAMA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL
SET 1
TEMA:
KESIHATAN
iii. Sikap malas bersenam dan gemar mengambil makanan segera seolah-olah sudah Tema:
sebati dengan remaja pada masa kini.
KESIHATAN
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menggalakkan remaja meninggalkan
amalan yang buruk itu? (3m)
Pada pendapat saya cara-cara untuk menggalakkan remaja meninggalkan amalan
buruk itu ialah ibu bapa perlulah menasihati remaja supaya mengubah tabiat mereka
untuk hidup sinat. Selain itu, pihak sekolah juga perlu mengadakan aktiviti-aktiviti
yang dapat melahirkan remaja yang sihat dan cergas seperti program senamrobik
untuk semua murid. Di samping itu, pihak media massa juga berperanan untuk
menggalakkan remaja meninggalkan amalan ini dengan cara menyiarkan iklan
tentang keburukan sikap malas bersenam dan gemar mengambil makanan segera.
Melalui cara ini remaja akan menyedari keburukan amalan tersebut.
Tema:
iv. Kempen gaya hidup sihat yang dilancarkan oleh pihak kerajaan gagal mencapai matlamatnya kerana KESIHATAN
kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja.
Sekiranya anda pemimpin negara, apakah perkara-perkara yang akan anda lakukan untuk
memastikan kempen tersebut berjaya mencapai matlamatnya. (4m)
Sekiranya saya pemimpin negara perkara-perkara yang akan saya lakukan untuk memastikan
kempen tersebut berjaya mencapai matlamatnya adalah saya akan menyediakan peruntukan khas
agar kempen gaya hidup sihat dalat dijalankan secara menyeluruh di negara ini. Selain itu, saya akan
mengarahkan pihak media menyiarkan iklan tentang kempen gaya hidup sihat. Di samping itu, saya
juga akan mewujudkan suruhan jaya khas untuk memantau perjalanan kempen gaya hidup sihat yang
dilancarkan di seluruh negara. Akhir sekali, saya akan menyertai aktiviti yang diadakan bersempena
dengan kempen gaya hidup sihat bersama-sama rakyat seperti aktiviti senamrobik dan sukaneka.
SET 2
TEMA:
ESTETIKA
iii. Bangunan-bangunan lama merupakan seni warisan bangsa yang sangat Tema:
penting untuk dipelihara. ESTETIKA
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan tersebut? (3m)
Pada pendapat saya, kepentingan-kepentingan memelihara bangunan lama
adalah dapat menjadi bukti yang kukuh sebagai sumber sejarah di sesuatu
tempat. Selai itu, kepentingan memelihara bangunan lama juga dapat menjadi
tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Akhir sekali, bangunan lama
dapat menjadi sumber rujukan tentang seni bina terdahulu.
iv. Pada suatu hari, rakan anda telah menyatakan hasratnya untuk membeli sebuah Tema:
rumah banglo kepada ibu bapanya sebagai tanda membalas budi. Namun, dia buntu ESTETIKA
untuk memilih ciri-ciri seni bina rumah yang selesa didiami oleh orang tuanya itu.
Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda itu?
Sebagai rakan yang prihatin, saya akan membantu rakan saya dengan mencari
seberapa banyak maklumat tentang ciri-ciri rumah yang selesa didiami oleh inu
bapanya. Selain itu, saya juga akan memberitahunya supaya mendapatkan nasihat
daripada oarng lebih yang lebih pakar dalam bidang tersebut seperti arkitek dan
pereka dalaman. Akhir sekali, saya akan menasihati rakan saya agar dia
mendapatkan pandangan daripada orang tuanya sendiri tentang rumah yang
diidamkan mereka.
SET 3
TEMA:
PATRIOTIK
iii. Keamanan sangat penting kepada sesebuah negara manakala peperangan hanya Tema:
membawa kehancuran. PATRIOTIK
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan mengekalkan keamanan negara?
Pada pendapat saya, kepentingan-kepentingan mengekalkan keamanan negara adalah
dapat memastikan keselamatan negara berada pada tahap tertinggi dan berupaya
memastikan perkembangan ekonomi yang mantap. Selain itu, kepentingan
mengekalkan keamanan negara juga dapat menghalang negara luar dari menganggu
urusan dalam negara. Akhir sekali, dengan mengekalkan keamanan negara juga akan
dapat mendidik anak-anak muda tentang semangat patriotik dan sikap saling
membantu tanpa mengira kaum.
iv. Anda berjiran dengan seorang yang berlainan agama. Jiran anda juga sebaya dengan anda dan
bersekolah di sekolah yang sama. Jiran anda ialah Tan, Ravi dan Alias. Pada suatu petang, anda Tema:
terdengar Tan memaki hamun jiran rumah sebelahnya, Ravi. Pertelingkahan tersebut, berpunca PATRIOTIK
daripada sampah yang dibuang oleh Ravi memasuki kawasan rumah Tan. Alias cuba
menenangkan kedua-duanya tetapi dia dipersalahkan pula. Alias berang dan menggunakan
kata-kata kesat terhadap mereka.
Sebagai rakan yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi
masalah tersebut.? (4m)
Sebagai rakan yang bertanggungjawab, saya akan menasihati dan menyedarkan rakan-rakan saya
dengan menggunakan bahas yang sopan.Misalnya, saya akan mengingatkan mereka tentang
kepentingan sikap toleransi sepertimana yang diajar guru di sekolah. Selain itu, saya akan mengajak
mereka melakukan aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong membersihkan kawasan
perumahan. Akhir sekali, saya akan meminta mereka saling bermaafan kerana sikap tersebut dapat
memastikan kemakmuran dan keharmonian negara terpelihara.
SEKIAN,
TERIMA KASIH