FRASA NAMA,KERJA,ADJEKTIF DAN
SENDI NAMA
           NAMA AHLI KUMPULAN:
         ▪ AHMAD AYYAD BIN SHAHARUDDIN
         ▪ AHMAD KHALIFFA BIN KAMIL
         ▪ MUHD ZAFRI HAZIQ BIN MOHD RAMLI
JENIS-JENIS FRASA
                       FRASA KERJA    FRASA
FRASA NAMA                          ADJEKTIF
                                                        FRASA SENDI
                                                              NAMA
FRASA NAMA
 • Frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan
   unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina.
 • Ia mungkin terdiri daripada satu patah perkataan sahaja ataupun sederetan
   perkataan
 • Contoh ayat;
1) Lembaga yang kelihatan samar itu/orang muda yang kami kenal.
2) Kereta Proton berwarna biru muda ini/buatan Malaysia.
3) Tuala mandi merah itu/kepunyaan perenang negara.
4) Bandar Sri Aman/bukan ibu kota negeri Sarawak.
5) Cikgu Lim ialah/guru Sains di kelas kami.
FRASA KERJA
 • Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk
   menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak,
   oleh manusia, hewan, benda dan unsur abstrak.
 • Frasa kerja juga bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.
 • Contoh ayat;
1) Pegawai kanan kementerian itu akan/melawat Putrajaya minggu ini.
2) Abang sulung saya akan/membacakan ayah surat daripada ibu.
3) Tiga ekor burung helang sedang/terbang berlegar-legar di awan.
4) Kakak sulung saya/bertemu jodoh dengan pemuda sekampung.
5) Penulis muda itu selalu/mengarang puisi pada waktu malam.
FRASA ADJEKTIF
 • Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau
   beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat
 • Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dan sebagai unsur keterangan dalam
   predikat
 • Contoh ayat;
1) Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang disediakan itu/amatlah meriah.
2) Taman haiwan di bandar itu/bersih seperti Taman Baiduri
3) Aliran air sungai tohor/sangat deras setelah hujan lebat.
4) Burung yang terbang dengan lajunya sebentar tadi/sangat cantik.
5) Wanita Jepun yang berbaju kebaya ini/sungguh anggun.
FRASA SENDI NAMA
• Frasa sendi nama ialah frasa yang
  terdiri daripada kata sendi nama yang
  boleh bergabung dengan kata nama
  dalam membentuk kesatuan frasa.
• Frasa sendi nama terbina daripada
  ayat yang mempunyai satu kata sendi
  nama dan satu frasa nama yag menjadi
  pelengkap dalam binaan frasa sendi
  nama itu.
• Contoh kata sendi nama yang
  digunakan dalam ayat adalah seperti
  berikut:
• Contoh ayat;
1) Pakaian ibu yang baharu itu/daripada butik ternama bandar ini.
2) Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu/di Sabah.
3) Pasukan pengakap/ke rumah using itu untuk berteduh daripada hujan.
4) Ibu bapa Saleha/bagai rusa masuk kampung di bandar itu.
5) Permulaan penerbitan majalah baharu persatuan ini/pada tahun hadapan.
6) Atlet yang berlari pantas dalam acara tersebut/dari negeri Johor.
7) Kami mungkin tidak/akan ke negara berkenaan kerana bimbang terdedah kepada
      kesan radioaktif.
LATIHAN 1
 TENTUKAN POLA AYAT-AYAT BERIKUT:
1) ADIK MENCUCI KASUT SEKOLAH.
2) SUHAIRI ADIK ANGKAT KEPADA PUAN LIZA.
3) RUMAH DI SEBERANG JALAN ITU SUDAH USANG.
4) MENARA BERKEMBAR PETRONAS BANGUNAN KEBANGGAAN NEGARA KITA.
5) PAKAIAN PERMAISURI INI DARIPADA KAIN SUTERA WARNA KEHIJAUAN.
6) HARIMAU YANG GARANG ITU MUDAH DIPERDAYA OLEH SANG KANCIL YANG BIJAKSANA.
7) GURU YANG SEDANG MENGAJAR DI KELAS ITU IALAH ENCIK JONATHAN.
LATIHAN 2
 TENTUKAN POLA AYAT-AYAT BERIKUT:
1) BELIAU KE INDONESIA DENGAN HANYA SEDIKIT WANG RINGGIT DI SAKUNYA.
2) RIBUT TAUFAN YANG TELAH MELANDA BAHAGIAN TENGGARA AMERIKA SYARIKAT IALAH KATRINA.
3) PADA HARI RAYA SEMUA SEMUA ORANG MISKIN DAN KAYA BERMAAF-MAAFAN.
4) TERUNA DARA YANG BERKUNJUNG KE KAFE SIBER ITU RIANG SAHAJA.
5) PEMBANTU PENYELIDIK BAHARU ITU BERASAL DARI KEDAH.
6) BANGUNAN YANG TERSERGAM DI PUTRAJAYA ITU PEJABAT PERDANA MENTERI.
7) TIMBALAN PENGERUSI YANG BARU MEMULAKAN TUGAS BULAN INI AMAT PENDIAM.
8) RUMAH YANG SUDAH ROBOH ITU RUMAH PAK CIK GHANI.
JAWAPAN LATIHAN
 LATIHAN 1:   LATIHAN 2:
1) FN+FK     1) FN+FS
2) FN+FN     2) FN+FK
3) FN+FA     3) FN+FK
4) FN+FN     4) FN+FA
5) FN+FS     5) FN+FS
6) FN+FK     6) FN+FN
7) FN+FN     7) FN+FA
8) FN+FK     8) FN+FN
SEKIAN TERIMA KASIH,BM
                 A+