SMK AGAMA DATO HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL
PN. KHAJAR BT KAMIL
MUHAMMAD SYAHMI MUHAMMAD SYAHMI
AMIRUL HAZIQ MUHAMMAD MUZAMMIL
01
TEMA 6
SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
iii)Penggunaan Internet merupakan perkara yang biasa pada zaman teknologi kini. Namun
begitu,penggunaan yang berlebihan akan mendatangkan pelbagai kesan buruk.
Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penggunaan
Internet yang berlebihan? (3m)
Pada pendapat saya, perkara yang perlu dilakukan untuk
mengelakkan penggunaan Internet secara berlebihan ialah kita
perlulah mengehadkan penggunaan gadget untuk
mengelakkan diri daripada ketagihan. Selain itu, kita perlulah
menukar aktiviti melayari Internet kepada aktiviti yang lebih
sihat sewaktu masa lapang supaya penggunaan Internet dapat
dibendung. Akhir sekali, kita mestilah bijak dalam menggunakan
Internet secara rasional supaya kita tidak terlalu taksub dengan
Internet.
iv)Penyebaran berita palsu atau fitnah semakin berleluasa pada akhir-akhir ini. Perkara sedemikian
bukan sahaja mudah diakses oleh semua orang malah boleh disebarkan dengan sekelip mata. Isu
penyebaran berita palsu ini perlu dihentikan kerana bukan sahaja merosakkan maruah seseorang
malah membahayakan keselamatan individu tersebut.
Sebagai seorang pelajar dan golongan belia yang sering menggunakan Internet,apakah langkah yang
perlu diambil bagi memastikan penyebaran berita atau maklumat palsu ini dapat dibendung? (4m)
Sebagai seorang pelajar dan golongan belia, langkah yang perlu diambil bagi memastikan
penyebaran berita palsu ini dapat dibendung ialah kita boleh menghantar petisyen kepada
kerajaan mengenai pelaksanaan hukuman kepada individu yang menyebarkan berita palsu
supaya masyarakat takut untuk menyebarkan berita palsu. Selain itu, kita perlulah mengkaji
kesahihan berita tersebut sebelum menyebarkan kepada orang lain supaya kita dapat
membendung daripada penyebaran fitnah. Seterusnya, kita akan melapor kepada pihak
berkuasa sekiranya terdapat individu yang menyebarkan fitnah supaya individu tersebut
dapat menerima hukuman atas tindakannya .Akhir sekali, kita mestilah bertanya kepada
orang yang lebih arif tentang berita tersebut untuk memastikan kebenaran berita tersebut.
02
TEMA 4
KEBUDAYAAN KESENIAN
DAN ESTETIKA
iii)Masyarakat di Malaysia terdiri daripada Pada pendapat saya,kesan sekiranya
kaum,agama ,dan bangsa.Setiap daripada warisan budaya tersebut tidak lagi
kepelbagaian tersebut mempunyai budaya dipelihara ialah masyarakat di Malaysia
yang unik dan warisan budaya tersendiri.
Pada pendapat anda,apakah kesan tidak akan mengetahui asal usul mereka
sekiranya warisan budaya tersebut tidak kerana warisan budaya mempunyai
lagi dipelihara? (3m) pelbagai kisah di sebaliknya yang dapat
memberi pengajaran. Selain itu,
perpaduan antara kaum juga akan
pincang kerana warisan budaya di
Malaysia merupakan punca masyarakat
dapat berkenalan antara satu sama lain.
Akhir sekali, kepelbagaian masyarakat
majmuk tidak dapat diterjemahkan
kerana warisan budaya tersebut
melambangkan identiti negara kita.
iv)Anda menyedari bahawa komuniti di kawasan tempat tinggal anda mempunyai balai raya
yang jarang digunakan.Sempena hari Malaysia,anda ingin menyambutnya dengan aktiviti
yang bertemakan warisan budaya Malaysia.Namun,anda tidak tahu cara yang terbaik untuk
melaksanakannya supaya aktiviti yang dijalankan boleh memberi impak yang besar.
Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah tersebut? (4m)
Cara saya melaksanakan aktiviti yang bertemakan warisan budaya di balai raya tersebut ialah saya akan
berbincang dengan ketua kampung taau pengerusi tempat tinggal saya berkaitan hasrat saya untuk
mengadakan aktiviti sempena Hari Malaysia. Seterusnya, saya akan mempromosikan aktiviti yang akan
dilaksanakan ke seluruh masyarakat di situ. Tambahan pula saya akan melibatkan komuniti di situ
dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti melukis mural berkaitan dengan budaya dan warisan pada
dinding balai raya tersebut supaya penduduk akan sentiasa mengingati warisan budaya yang terdapat di
Malaysia. Selain itu,saya akan mengusulkan pendapat kepada pengerusi taman untuk mengadakan
pertandingan permainan tradisional di balai raya untuk menarik lebih ramai pemuda bagi mengembalikan
permainan tradisional di Malaysia. Akhir sekali saya akan menghiaskan balai tersebut dengan bendera
Malaysia supaya suasana Hari Malaysia dapat dirasakan.
03
TEMA 2
KESELAMATAN
iii)Kini masalah sosial remaja Pada pendapat saya, langkah yang perlu
semakin menjadi-jadi dan dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan
kadang-kala tanpa pengetahuan perkara ini dapat diatasi ialah ibu bapa perlulah
ibu bapa. mendidik anak-anak dengan didikan agama
Pada pendapat anda, apakah supaya anak-anak dapat menangkis segala
langkah yang perlu dilakukan perkara negatif dalam hidup mereka. Selain itu,
oleh ibu bapa untuk memastikan ibu bapa juga mestilah memantau setiap tingkah
perkara ini dapat diatasi? laku anak-anak supaya mereka tidak terjebak
dalam aktiviti yang buruk. Akhir sekali, ibu bapa
haruslah memberikan kasih sayang yang
secukupnya supaya anak –anak tidak merasa
terpinggir dalam keluarga dan mengutamakan
mereka lebih daripada kawan-kawan.
iv)Setelah sesi persekolahan tamat, Sebagai seorang rakan, pendekatan yang sesuai
rakan anda mengajak anda untuk untuk memastikan rakan saya berhenti
menemaninya pergi ke sebuah tempat. melakukan aktiviti tersebut ialah saya akan
Anda bersetuju untuk menemaninya memberi nasihat secara baik supaya rakan saya
namun ketika berada di tempat dapat menerima segala nasihat yang diberikan.
tersebut, anda menyedari bahawa Selain itu, saya akan melaporkan aktiviti tersebut
rakan anda menyerahkan satu kepada ibu bapanya sekiranya dia tidak
bungkusan kecil berupa dadah lalu mendengar nasihat supaya ibu bapanya dapat
memberi rakan anda wang. Anda mengambil tindakan yang tegas terhadapnya.
berpendapat bahawa hal tersebut Seterusnya, saya akan mengajak dia untuk
menyalahi undang-undang dan anda melakukan perkara yang berfaedah supaya dia
tidak mahu rakan anda terjebak dalam tidak terjebak lagi dalam aktiviti tersebut. Akhir
aktiviti itu lagi. sekali, jika keadaan semakin parah, saya akan
Sebagai seorang rakan, apakah melaporkan kepada pihak polis supaya tindakan
pendekatan yang sesuai untuk segera diambil dan saya tidak disabitkan
memastikan rakan anda berhenti bersubahat.
melakukan aktiviti tersebut?
TERIMA KASIH
JUMPA LAGI …...