Buku cerita kanak-kanak
Kisah
Si Cilik
Amani
PRAKATA
Buku ini mengisahkan tentang sedikit latar belakang kehidupan seorang
tokoh wirawati negara. Buku ini bertujuan memupuk semangat patriotisme
dalam diri kanak-kanak di samping menanamkan minat untuk belajar dalam
diri mereka supaya dapat berjaya pada suatu hari nanti.
Buku ini kepunyaan :
Nama :
Umur :
Ini Amani.
Amani merupakan anak ketiga
daripada lima adik beradik.
Amani tinggal bersama keluarganya.
Amani lahir di negeri Kelantan.
Namun, Amani membesar di
negeri Pulau Pinang.
Amani rajin pergi ke sekolah.
Amani seorang yang pandai
dalam pelajaran.
Setelah tamat sekolah menengah,
Amani menyambung pelajaran ke
luar negara.
Amani mahir dalam
bidang kejuruteraan
elektrik, bioperubatan
dan biologi.
Di sana, Amani rajin menolong
profesornya di makmal.
Amani mendapat ijazah
sarjana muda di universiti.
Akhirnya, Amani berjaya
menjadi seorang saintis
yang terkenal.
Amani berjaya
mencipta satelit untuk
dihantar ke angkasa.
Tamat
EPILOG
EPILOG
Nama penuh beliau ialah Dr. Wan Wardatul Amani binti Wan Salim dan lebih mesra
dipanggil Dr. Amani. Dr. Amani pernah ditemu bual oleh syarikat akhbar dan beliau
menceritakan serba sedikit tentangnya. Pada mulanya, Dr. Amani tidak berminat
dalam bidang tersebut. Namun, dia perlahan-lahan menceburi bidang tersebut
sehingga bercita-cita untuk terlibat dalam projek NASA. Setelah tamat sekolah
menengah, beliau menyambungkan pelajarannya ke luar negara iaitu Amerika Syarikat.
Dr. Amani juga mahir dalam pelbagai bidang kejuruteraan. Beliau berjaya menjadi
seorang saintis di Universiti Purdue. Akhirnya, hasil kerjanya diiktiraf oleh NASA dan
beliau berjaya membina satelit yang akan di hantar ke planet Marikh. Setelah beberapa
tahun kemudian, Dr. Amani kembali ke tanah air dan menjadi pensyarah di UIAM.
Buku ini mengisahkan tentang latar belakang tokoh
wirawati negara iaitu Dr. Amani yang menjadi seorang
saintis terkenal. Nak tahu kisah Dr. Amani? Jom baca
kisah 'Si Cilik Amani'.