SADN1033 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES
SEMESTER KEDUA 2021/2022 (A212)
KUMPULAN 10
KEPELBAGAIAN KAUM KUNCI PERPADUAN
MALAYSIA
DISEDIAKAN UNTUK : DR SALMAH BINTI OMAR
DISEDIAKAN OLEH : 287329
287707
1 CHONG JI SIANG 288157
2 DERRICK SAW WEI HENG 288162
3 NORFARAH NAJWA NOR FAIZAL 288035
4 ANIS HUMAIRA BINTI MOHD RANI
5 NUR AMIRAH AMALIN BINTI ABD SHUKUR @
ABDULLAH
、 PENGENALAN
Tema kerja kursus kumpulan 10 ialah warna-warni Malaysia.Sememangnya Malaysia
merupakan sebuah negara yang berwarna-warni dengan kepelbagaian.Hal ini kerana rakyat
Malaysia kaya dengan kepelbagaian kaum dimana terdiri daripada 3 kaum dan lebih 80 etnik.
Kaum rakyat Malaysia yang paling dikenali terbahagi kepada 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan
India.
Menurut Makna.online (2019), warna merupakan dan adalah persepsi visual pantulan
cahaya yang menerangi permukaan dan memantul kerucut sel retina kita. Secara ringkasnya
warna warni adalah bermaksud pelbagai warna.Pada persepsi kami, Malaysia merupakan sebuah
negara yang meriah dan berwarna warni dengan wujudnya pelbagai kaum.Dengan wujudnya
pelbagai kaum malaysia tela menjadi salah sebuah negara yang kaya dengan budaya. Setiap
kaum tentu mempunyai perayaan tradisional, makanan tradisional, tarian tradisional dan adat
masing masing yang mewarna warnikannya
Warna-warni Malaysia dicorak kan oleh pelbagai kaum, ini adalah kerana setiap kaum
mempunyai keunikan masing-masing yang bercorak. Contohnya, kaum Melayu mempunyai
makanan-makanan yang dijadikan sebagai wakil makanan untuk orang Melayu seperti nasi
lemak, rendang, kuih-muih melayu dan sebagainya. Manakala orang Cina mempunyai makanan
char kuey teow, nasi ayam hainan dan lain-lain, untuk orang India pula wakil makanan adalah
seperti roti canai, naan, murtabak dan banyak lagi. Intihanya, Malaysia boleh dikatakan sebuah
negara yang mempunyai pelbagai jenis makanan yang warna-warni.
Selain daripada aspek makanan, Malaysia juga berwarna-warni dalam sambutan-
sambutan yang dianjurkan oleh setiap kaum dan etnik. Orang Cina sebagai contoh akan
menyambut Tahun Baru Cina dan orang melayu pula menyambut Hari Raya, bagi orang india
akan menyambut Deepavali dan Thaipusam. Ini menunjukkan orang Malaysia menghidup dalam
sebuah masyarakat yang berwarna-warni kerana dapat pelbagai sambutan yang dijalankan oleh
kaum-kaum berbeza setiap tahun.
2
Menurut educalingo, warna merupakan sesuatu yang ditentukan oleh sifat cahaya dan
bergantung kepada panjang gelombang. Julat panjang gelombang nampak bagi cahaya dipanggil
sebagai spektrum nampak ataupun dikenali juga degan perkataan yang lebih mudah iaitu sebagai
spektrum. Perkataan warna boleh juga merujuk kepada sesuatu objek atau sesuatu bahan yang
ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dipancar ataupun dihantar.
Dalam laporan ini, kami akan menunjukkan warna-warni Malaysia dari setiap aspek
seperti makanan, sambutan, tarian dan lain-lain. Dalam laporan ini, setiap aspek akan dikenalkan
dengan teliti tentang maklumat, jenis, sejarah dan lain-lain oleh kami. Tujuan kami adalah
mengembangkan warna-warni Malaysia ke persada dunia supaya orang ramai di luar negara akan
mengetahui tentang warna-warni Malaysia yang unik.
3
KAUM MELAYU
Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang mempunyai masyarakat berbilang
kaum dan kini menjadi contoh kepada negara lain kerana boleh mengamalkan cara hidup yang
harmoni tanpa mengira budaya, bangsa dan agama. Salah satu contoh etnik yang terawal wujud
di Malaysia ialah kaum Melayu.
Orang Melayu mempunyai empat sambutan perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, Hari
Raya Aidilfitri, Maal Hijrah dan Maulidur Rasul. Perayaan ini disambut pada tarikh tertentu
mengikut pengiraan almanak Islam. Sebagai contoh, 1 Syawal dalam tahun Hijrah merupakan
hari pertama kaum Melayu menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mana ia juga
dikenali sebagai hari raya puasa kerana ia disambut selepas semua umat Islam telah
menyelesaikan kewajiban berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Kebiasaannya, pada
malam 1 Syawal umat islam akan mengalunkan takbir raya beramai-ramai di masjid ataupun
surau dan akan pergi ke masjid pada keesokan paginya untuk menunaikan ibadah sunat iaitu
solat sunat hari raya secara berjemaah. Antara tradisi umat islam, menjelang hari raya ini akan
disambut secara meriah serta semua orang akan sibuk menyiapkan persiapannya iaitu
menyediakan pakaian baharu untuk keluarga seperti baju kurung, baju kebaya, baju melayu dan
kurta, membuatkan pelbagai kuih-muih tradisi seperti dodol, lemang, ketupat dan nasi impit,
memasak rendang dan menghias rumah. Di pagi hari raya pertama, mereka akan merebut
peluang yang ada untuk bermaaf-maafan dengan ibubapa dan keluarga serta mengunjungi
saudara-mara di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Kemeriahan
perayaan kini lebih bermakna dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak
tertentu kerana ia dapat lebih menyatupadukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini
dengan menyambut perayaan ini dengan gembira dan harmoni.
4
Kedua, Hari Raya Aidiladha yang juga disebut sebagai Hari Raya Haji dan Hari Raya
Korban. Sambutan ini dirayakan oleh semua umat islam seusai menandakan berakhirnya
mengerjakan ibadah haji di kota suci Mekah dan ia disambut pada tahun iaitu pada tanggal 10
Zulhijjah. Sambutan ini dirayakan dengan penyembelihan korban seperti lembu, kambing dan
lain-lain sempena memperingati kisah nabi yang terdahulu. Masyarakat islam yang
berkemampuan mengambil peluang untuk melakukan ibadah penyembelihan ini dan
membahagikan daging korban penyembelihan tersebut terutamanya kepada fakir miskin.
Kebiasaannya perayaan ini disambut dengan bacaan takbir dan tahmid di masjid dan disambut
selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 11,12 dan 13 hari Tasyrik.
Ketiga, Awal Muharram atau dikenali sebagai Maal Hijrah yang merupakan hari yang
terpenting bagi setiap umat Islam sempena mengingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad
5
s.a.w ke Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Hari tersebut diambil kira sebagai hari
keagamaan dengan mendirikan solat sunat di masjid-masjid dan merupakan hari cuti umum.
Akhir sekali, sambutan Maulidur Rasul yang dipetik daripada bahasa Arab yang membawa
maksud hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w iaitu pada 20 April tahun
Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal tahun Gajah. Sambutan ini dirayakan dengan pelbagai cara
seperti mengadakan syarahan bagi memperingati nabi dan menggalakkan orang ramai berselawat
ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Sesetengah orang juga mengadakan perarakan dan majlis jamuan
di rumah mahupun di masjid.
Seterusnya, kaum melayu juga terkenal dengan makanan tradisi mereka iaitu nasi lemak,
lemang, tapai, belacan, rendang, putu piring, botok-botok, cincalok, dodol-dodol dan otak-otak.
Makanan tradisi juga amat dikenali dan digemari oleh kaum lain kerana keenakkan makanan
tersebut dan proses pembuatannya yang amat unik.
6
Gambar 1 di atas menunjukkan makanan tradisi Melayu; Nasi Lemak
Nasi lemak adalah salah satu daripada makanan yang paling digemari oleh
masyarakat melayu terutamanya apabila disantap sebagai sarapan pagi. Ia amat berbeza
dengan nasi yang lain kerana ia dimasak dengan menggunakan santan kelapa untuk
menaikkan aroma dan rasa lemaknya.
Gambar 2 di atas menunjukkan tapai
7
Tapai adalah sejenis penganan yang dibuat oleh pulut dan ia terdapat dua jenis iaitu tapai
pulut dan tapai ubi. Ia dibungkus menggunakan daun tapai akan tetapi disebabkan sekarang ini
sukar untuk menemui daun tapai, kebanyakkan orang membungkus tapai menggunakan daun
pisang dan keenakan tapai pulut lebih menarik minat orang ramai berbanding tapai ubi. Setelah
membungkusnya, ia diletakkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain
selama 3 hari. Airnya terasa sangat manis bahkan boleh diminum dan dibuat ubat tradisional.
Gambar 3 di atas adalah lemang
Lemang adalah makanan yang disukai oleh kaum melayu dan ianya hanya terdapat
apabila menjelang perayaan hari raya. Lemang merupakan sebuah makanan kegemaran bagi
semua orang tidak mengira kaum dan ia telah direkodkan sebagai hidangan istimewa. Ia lebih
enak apabila disantap bersama rendang dan serunding. Ia dibuat khusus menggunakan beras
pulut dan santan lalu dibakar dengan daun pisang menggunakan buluh.
8
Gambar 4 menunjukkan belacan
Belacan ialah salah satu daripada jenis perisa makanan yang diperbuat daripada udang
kecil dan geragau yang telah dimampatkan dan tahan lama. Apabila ia dibakar, ia akan
mengeluarkan bau yang amat kuat yang boleh membangkitkan aromanya tetapi rasanya sedap
dan digemari oleh ramai orang. Ia diterima dengan baik oleh semua peringkat bangsa dan usia. Ia
digunakan untuk pelbagai jenis resepi dan masakan tidak mengira kaum. Proses pembuatannya
amat senang akan tetapi ia memerlukan kemahiran untuk mengekalkan mutu dan kualiti belacan
agar tahan agak lama.
9
Gambar 5 di atas menunjukkan rendang
Rendang adalah salah satu makanan dari Padang iaitu makanan khas budaya
Minangkabau. Ia dihidangkan dalam acara pesta-pesta dan perayaan kepada tetamu yang hadir.
Rendang ini diperbuat daripada daging lembu atau ayam, daging kerbau dan lain-lain.
Gambar 6 di atas menunjukkan putu piring
Putu piring ialah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi yang berintikan gula
Melaka. Ia dinamakan sedemikian kerana rupanya yang berbentuk seperti piring, ia dibalut di
dalam kain putih dan dikukus dengan kukusan khas. Kuih ini kebanyakannya dijual di pasar
malam.
Gambar 7 di atas menunjukkan botok-botok
10
Botok-botok adalah makanan tradisi bagi orang Johor. Ia merupakan potongan ikan yang
disaluti oleh banyak rempah ratus dan ia dibungkus di dalam daun pisang. Terdapat beberapa
ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini iaitu ikan tenggiri dan ikan merah.
Seterusnya, terdapat juga beberapa jenis tarian tradisional bagi kaum melayu yang
terkenal dan menjadi kebanggaan kaum tersebut iaitu tarian Mak Yong, tarian Gamelan, tarian
Asyik, Joget, Zapin, tarian Lilin, Kuda Kepang, tarian Cik Siti Wau Bulan, dan tarian Ulik
Mayang. Tarian ini berasal dari negeri-negeri yang berbeza akan tetapi ia menjadi lambang
kemasyhuran bagi setiap negeri itu.
Gambar di atas menunjukkan sebuah tarian Zapin
Tarian Zapin ini amat tersohor di seluruh negeri terutamanya negeri Johor. Ia
diperkenalkan oleh seseorang dari Timur Tengah yang berdagang ke Nusantara terutama
negeri-negeri Sumatera. Tarian ini menitikberatkan pergerakan secara berkumpulan. Ia juga
hanya mengkhususkan tarian ini kepada pihak lelaki kerana ada tujuan keagamaan, akan tetapi
lama-kelamaan ia mengizinkan pihak wanita untuk menyertainya yang mana ia menari dalam
kelompok yang berbeza bagi menjadi bentuk hiburan tradisional. Persalinan bagi wanita ialah
baju kurung, kebaya kurung dan selendang. Sanggul dan bunga-bungaan diletakkan di kepala
11
bagi tujuan perhiasan manakala baju persalinan lelaki pula ialah baju melayu dan bersongkok.
Alat musik yang mengiringinya adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas.
Gambar di atas menunjukkan tarian Kuda Kepang
Kuda Kepang adalah sebuah seni tarian berkuda yang berasal dari Kepulauan Jawa
seterusnya dikembangkan di Tanah Melayu iaitu di negeri Johor. Ia juga sering dimainkan
apabila terdapat pertandingan-pertandingan dan acara sambutan perayaan tertentu. Tarian ini
memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang semua sekali. Seterusnya, peralatan tarian kuda
kepang ini terdiri daripada lima buah angklung, sebuah gendang, beberapa gong,bonang, saron,
jidur, kenong, sekurang-kurangnya sembilan kuda, sebatang pecut dan serantai tali sepanjang
100 kaki iaitu 30 meter.
12
Gambar di atas menunjukkan sebuah tarian Ulik Mayang
Tarian Ulik Mayang ini berasal dari negeri Terengganu dan merupakan sejenis tarian
pemujaan yang diiringi lagu tradisional dan alat muzik orkestra Melayu yang terdiri daripada
gong, gendang, biola dan akordion. Terdapat banyak versi legenda tersebut, salah satunya
berpunca daripada ubat purba dipercayai diberikan oleh bomoh kepada seorang nelayan yang
rebah dek terpesona oleh puteri laut yang jatuh cinta kepadanya. Upacara penyerahan beras
berwarna kepada puteri sebagai tanda terima kasih kepada arwah laut diteruskan sehingga
kedatangan Islam. Ia memerlukan sebanyak 10 hingga 15 orang penari. Pakaian tarian terbahagi
kepada dua jenis iaitu enam daripada tujuh wanita yang memakai pakaian tradisional seperti
songket berlengan panjang, selendang di pinggang, sanggul, subang, kain songket dan aksesori
lain, manakala watak utama penari sebagai penari perempuan akan memakai pakaian berlengan
pendek. Manakala penari lelaki pula akan memakai pakaian tradisional lelaki Melayu iaitu
pakaian Melayu.
13
Gambar di bawah menunjukkan pemakaian Sang Puteri
14
Kaum cina
Berdasarkan pengetahuan umum, terdapat pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia seperti
Melayu, Cina, India dan sebagainya. Tahukah anda, kaum Cina bukan sahaja menyambut Tahun
Baru Cina malah mereka juga mempunyai pelbagai lagi sambutan perayaan lain. Antara
perayaan lain yang disambut oleh kaum Cina di Malaysia adalah:
1. Tahun Baru Cina atau Tahun Baru Qamari
Kebiasaannya, tahun Baru Cina akan disambut pada bulan Februari. Setiap tahun, perayaan
Tahun Baru Cina akan diraikan dengan meriahnya selama 15 hari. Hal ini demikian kerana,
untuk meraikan kedatangan tahun baru bagi kalendar qamari mereka. Semua ahli keluarga iaitu
saudara mara, atok dan nenek, dan ramai lagi saudara mara akan berhimpun demi merapatkan
silaturahim sesama mereka. Antara makanan yang akan dihidangkan ialah yee sang, kuih bulan
dan limau mandarin. Bukan itu sahaja, angpao juga akan diberikan kepada anak-anak kecil,
golongan belia, mahupun yang masih belum berkahwin. Angpao ini akan diberikan oleh mereka
yang dah berkahwin di dalam sampul yang berwarna merah.
Gambar di atas menunjukkan kanak- kanak mendapat angpao.
15
2. Pesta Tanglung
Chap Goh Mei ini juga adalah nama lain bagi Pesta tanglung. Sambutan ini dijalankan sebagai
penutup untuk perayaan Tahun Baru Cina. Tanglung warna- warni akan dinyalakan dan bunga
api juga turut dibakar bagi memeriahkan sambutan perayaan itu pada waktu malam. Menurut
bangsa Cina adat mereka menyatakan bahawa mercun tersebut dibakar bagi mengusir makhluk
jahat. Terdapat satu lagi amalan iaitu mereka akan pergi ke sungai untuk melontar buah limau
sebagai doa untuk mendapatkan jodoh.
Gambar di atas menunjukkan pesta tanglung.
3. Perayaan Kuih Bulan
Kaum Cina juga menyambut Perayaan Kuih Bulan untuk bertujuan menyambut kemenangan
rakyat Cina yang mengalahkan tentera Mongolia pada zaman pemerintahan Dinasti Yuan.
Mereka akan menyambut Pesta Kuih Bulan pada hari ke-15 berdasarkan kalendar Cina.
Kebiasaannya, mereka akan menghidang Kuih Bulan yang mana ianya diperbuat dari manisan
berisi kacang merah, telur masin dan juga biji teratai. Ada di kalangan mereka juga percaya
16
bahawa kuih bulan itu bertujuan untuk diberikan kepada Dewa Dapur. Mereka percaya bahwa
sekiranya Dewa Dapur makan kuih bulan tersebut, beliau akan mengunci mulut untuk tidak
melaporkan perkara buruk kepada Maharaya Syurga.
Gambar di atas menunjukkan kuih bulan.
4. Pesta Perahu Naga
Dragon Boat Festival juga merupakan salah satu pesta yang akan disambut pada hari yang ke-5
dalam bulan kelima pada tahun Lunar. Ketika berpesta, kaum Cina akan mengadakan
perlumbaan perahu naga dan juga mereka akan menikmati Zongzi, iaitu makanan tradisi
masyarakat Cina. Pesta ini juga melambangkan semangat dan kebudayaan orang Cina. Perahu
pelbagai warna yang dihiasi kepala dan ekor naga akan disaksikan pada hari perlumbaan. Pesta
ini juga dapat mengeratkan keakraban sesama mereka.
Gambar di atas menunjukkan Pesta Perahu Naga.
17
5. Winter Solstice
Pada bulan Disember, masyarakat Cina yang menganut agama Kristian akan menyambut
Krismas. Mereka tidak sabar untuk menyambut Winter Solstice dan menikmati manisan dikenali
Tangyuan. Kebiasaannya, mereka akan menyambut Winter Solstice pada 22 Disember setiap
tahun sambil menikmati manisan tersebut. Tangyuan merupakan tepung beras yang dijadikan
sebagai bebola yang manis dan dihidangkan bersama air gula yang panas. Pada pandangan kaum
Cina, tujuan Winter Solstice ini adalah untuk menyatu padukan mereka semua.
Gambar di atas menunjukkan makanan Tangyuan.
18
TARIAN TRADISIONAL CINA
Bangsa Cina bukan sahaja mempunyai kepelbagaian dalam perayaan malah mereka juga
mempunyai kepelbagaian dalam tarian tradisional mereka. Tarian mereka adalah berasaskan
kepercayaan dan tuah dalam kehidupan mereka. Tarian- tarian ini digunakan bagi merayakan hari
perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Pesta Chap Goh Meh. Antaranya ialah:
1. Tarian Naga
Tarian ini mempersembahkan tradisional dalam budaya bangsa cina. Mereka mempercayai
bahawa naga adalah hidupan yang menguntungkan dan mempunyai kekuatan yang tidak
terbanding. Ia juga boleh menghilangkan “bad luck” iaitu nasib buruk dan mencegah kejahatan.
Tarian ini sering dipersembahkan pada musim perayaan dan tarian ini dibuat sebagai doa untuk
mendapat keberkatan dari syurga.
Gambar di atas menunjukkan Tarian Naga.
2. Tarian Kipas
Tarian kipas ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai maksud di mana pada zaman
dahulu dewa dewi cina sentiasa mempunyai kipas dan menjadikan ia sebagai alat keperluan.
19
Tarian kipas dimainkan agar membawa kebaikan atau “Feng Shui” yang baik kepada seluruh
anggota keluarga mereka.
Gambar di atas menunjukkan Tarian Kipas.
3. Tarian Singa
Tarian singa ialah tradisi Tahun Baru Cina yang sangat popular. Kebiasaannya, anda akan
mendengar bunyi gendang yang kuat dan hentakan drum masyarakat Cina di seluruh dunia.
Sebagai bahagian penting dalam tradisi Tahun Baru Cina, matlamat tarian ini adalah untuk
membawa tuah dan kemakmuran kepada perniagaan atau komuniti pada tahun-tahun yang akan
datang. Tarian singa Cina bukan sahaja dipersembahkan semasa Tahun Baru Cina. Kumpulan ini
digunakan untuk acara penting dan perayaan lain bagi menambah kekayaan dan sebagai hiburan
tambahan.
20
Gambar di atas menunjukkan Tarian Singa.
21
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
Apa yang menjadikan Malaysia unik ialah ia terkenal dengan rakyatnya yang berbilang kaum.
Selain Melayu, Cina dan India merupakan etnik utama di Malaysia dan kaya dengan adat resam
dan budaya. Setiap kali sambutan perayaan diraikan, pelbagai juadah tradisional disediakan dan
dipamerkan kepada pengunjung. Ia juga dapat memperkenalkan kepelbagaian makanan dan
budaya yang terdapat di Malaysia. Berikut adalah makanan tradisional masyarakat Cina :
1. Kuih bulan
Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat tepat dan terdiri daripada kuning telur itik iaitu
telur masin dan bahan-bahan lain. Di samping itu, inti dalaman kuih bulan adalah pelbagai.
Intipatinya kaya dengan pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, biji labu dan
sebagainya. Pada zaman dahulu, terdapat banyak cerita- cerita mitos tentang kuih ini. Antaranya,
ialah sejarah isteri seorang raja yang terkorban demi rakyatnya.
Gambar di atas menunjukkan Kuih Bulan.
22
2. Tangyuan
Tangyuan disajikan sebagai pencuci mulut tradisional masyarakat Cina. Pencuci mulut ini
diperbuat daripada sejenis tepung iaitu tepung beras. Kebiasaannya, ia akan dimakan ketika
Yuanxiao atau Festival Tanglung. Bukan itu sahaja, makanan ini juga sering menjadi pencuci
mulut semasa majlis perkahwinan. Tang Yuan berbentuk bebola kecil berwarna- warni yang akan
dihidangkan dalam mangkuk kecil dan juga dimakan bersama sirap manis.
Gambar di atas menunjukkan Tang Yuan.
3. YEE SANG
Yee sang atau dikenali sebagai “Yuu Sahng” ini terdiri daripada campuran pelbagai salad dan
ikan. Bahan- bahan tersebut akan digaul sehingga menjadi suatu kombinasi warna- warni yang
menarik. Yee sang biasanya dihidangkan pada setiap perayaan Tahun Baru Cina. Makanan ini
melambangkan kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan. Semasa Dinasti Song, masyarakat
cina menganggap ikan sebagai sumber makanan yang membawa rezeki, dan ikan yang paling
biasa digunakan ialah salmon segar. Selain itu, Yee Sang juga digabungkan dengan kacang tanah,
cili,, lobak merah, halia, bijan panggang, daun limau purut dan sebagainya. Manakala, bagi
penambah rasa pula Yee Sang bakan disajikan dengan sos plum masam manis.
23
Gambar di atas menunjukkan Yee Sang.
24
Kaum India
Pada masa kini, etnik India merangkumi 6.7 peratus populasi and adalah kumpulan kaum
ketiga terbesar di Malaysia. Masyarakat India juga mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang
menarik seperti masyarakat lain dan mereka masih mengekalkan kebanyakan kebudayaan
tersebut sehingga kini. Etnik India memiliki bergaram budaya yang unik kerana mereka
mempunyai banyak adat istiadat dan tradisi yang bahkan berbeda sehingga menarik bagi orang
luar.
Kaum India mempunyai perayaan seperti Deepavali, Thaipusam dan Pongal yang akan
dirayakan setiap tahun. Sebagai contoh, Sambutan Deepavali adalah perayaan yang disambut
oleh semua penganut Hindu pada bulan ke-7 kalender suria Hindu. Memandangkan majoriti
penganut Hindu di Malaysia adalah Tamil, ia mengikut corak Deepavali India Selatan, di mana ia
meraikan perayaan itu sebagai hari yang Lord Krishna mengalahkan dan membunuh penguasa
Narakasura yang telah lama menyiksa penaungnya. Seminggu sebelum Deepavali, orang India
mula membersihkan dan mengemaskan rumah mereka dan mereka biasanya akan meletakkan
lampu minyak atau diya di balkoni dan ambang untuk menerangi setiap sudut rumah mereka.
Pintu masuk rumah juga dihiasi dengan Rangoli atau Kolam, iaitu sebuah seni yang berbentuk
sebuah pola gambar dan diperbuat daripada tepung beras berwarna, pasir berwarna atau kelopak
bunga.
Gambar 1: Rangoli/ Kolam
25
Di samping itu, mereka akan mandi dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan
banda pada bagi Deepavali kerana amalan ini adalah lambing yang menandakan menumpahkan
semua kotoran dan kejahatan dari badan. Selepas upacara penyucian yang melambangkan
permulaan yang baru, mereka akan memakai pakaian tradisional India dan bermula sembahyang
kepada Dewi Laksmi bersama keluarga di rumah atau di kuil-kuil serti memohon berkat daripada
ibu bapa dan datuk nenek mereka. Seterusnya, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga dan
banyak rakyat jelata akan mengadakan rumah terbuka untuk berbual-bual dan bertukar-tukar
hadiah, gula-gula serta makanan ringan.
Seterusnya, Thaipusam adalah perayaan terbesar bagi etnik India selepas Deepavali dan
biasanya bermula pada bulan Januari atau Februari. Ia disambut sebagai hari kesyukuran dan hari
untuk menebus dosa kepada Dewa Subramaniam yang juga dikenali sebagai Dewa Murugan.
Penganut Hindu menyediakan diri mereka untuk perayaan ini dengan membersihkan badan
mereka dari kekotoran melalui puasa dan berpantang serta mematuhi diet vegetarian pada
tempoh masa tertentu untuk menyesuaikan diri dengan upacara yang ketat. Bukan itu sahaja,
ramai penganut mula bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas beberapa hari sebelum
perayaan bermula dengan membawa kavadi di bahu dan pal kodam di atas kepala mereka.
Gambar 2: Kadavi Gambar 3:Pol Kodam
Selain daripada Thaipusam, Pongal juga disabut selama empat hari pada tempoh antara
pertengahan Januari dan Februari dengan setiap hari mempunyai kepentingan dan amalan
tersendiri untuk mengalu-alukan musim menuai dan bersyukur kepada Dewa Matahari serta alam
26
termasuk peternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda. Sebagai
persediaan untuk sambutan ini, penganut akan menghiaskan pintu masuk rumah mereka dengan
kolam tradisional berwarna-warni yang diperbuat daripada tepung beras dan juga mengikat tebu
serta daun manga di pintu depan. Lain daripada itu, mereka mengikat akar kunyit di sekeliling
periuk tanah dan menghiasinya dengan vibhuti dan kumkuman. Adat paling penting dalam
perayaan ini ialah memasak hidangan Pongal yang dikenali sebagai sakkarai Pongal dengan nasi
yang dicampur dengan moong dal, minyak sapi, kacang, gajus, kismis, gula dan susu.
Gambar 4: Dekorasi hiasan dan Perayaan Pongal Gambar 5: Sakkarai Pongal
Lebih-lebih lagi, kaum India juga mempunyai makanan tradisi yang terkenal dan
biasanya mempunyai ciri-ciri seperti kegunaan pelbagai herba, rempah dan sayur-sayuran lain di
India. Contohnya, korma atau “gulai kurma” yang biasanya dimasak dengan daging ayam,
daging kambing atau daging rusa bersama rempah, kacang dan santan.
27
Gambar 6: Kurma
Tambahan pula, roti canai merupakan makanan kaum India yang boleh dikenali di
banyak negara Asia terutamanya di Malaysia. Roti canai ialah roti kudapan India jenis leper yang
berbentuk bulat dan biasanya dihidangkan dengan dal atau jenis kari lain. Di Malaysia, pelbagai
variasi roti canai dapat dihidangkan dan mereka boleh dimakan dengan berbagai-bagai jenis
daging, telur, keju atau perasa lain. Contohnya, salah satu variasi roti canai ialah roti tisu yang
boleh disalut dengan bahan manis seperti gula dan kaya atau dimakan bersama dengan perasa
seperti aiskrim.
Gambar 7: Roti Canai Gambar 8: Roti Tisu
28
Muruku, kadang-kadang dipanggil “Chakli” juga ialah makanan ringan kaum India yang
popular di Malaysia dan bahan utama murukku ialah tepung beras dan tepung urad dal. Pelbagai
perisa seperti cili, asafoetida, ajwain dan cumin dapat digunakkan untuk membuat muruku.
Gambar 9: Muruku
Bagi aspek pakaian, kaum India mempunyai beberapa pakaian tradisional yang boleh
boleh dijumpai di seluruh dunia. Misalnya, dhoti dan kurta adalah pakaian yang popular dalam
kalangan kaum lelaki India manakala pakaian sari dan salwar kameez adalah pakaian untuk
perempuan. Bagi dhoti, ia diperbuat daripada kain berwana putih yang dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha serta disangkutkan pada bahu. Kain asas ini boleh datang
dalam berbagai-bagai warna dan juga dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan
menarik. Seterusnya, Kurta ialah baju longgar tanpa kolar yang berpanjang sampai ke lutut dan
ia diperbuat daripada kapas atau sutera serta. Pakaian ini biasa dipakai dengan hiasan bersulam
seperti Chikan, salwar longgar, seluar longgar atau seluar churidar. Sementara itu, sari terdiri
daripada kain langsir yang tidak dijahit berpadan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan
kain sari itu serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Ia biasanya dililit di
pinggang dengan satu hujung disarungkan pada bahu manakala sebahagian pinggang akan
ditelanjangkan. Akhirnya, salwar kameez terdiri daripada blaus yang panjang dengan seluar
panjang yang longgar serta tudung yang sesuai dengan warna salwar kameez tersebut.
29
Gambar 10: Dhoti Gambar 11: Kurta Gambar 12: Sari Gambar 13: Salwar Kameez
Selain itu, kaum India mempunyai tarian tradisional yang terdiri daripada pelbagai gaya
tarian, umumnya diklasifikasikan sebagai gaya klasik. Contohnya, tarian Bharatanatyam yang
mempunyai tiga elemen penting iaitu ekspresi, melodi serta ritma dan merupakan yoga artistic
yang melibatkan pergerakan bahagian badan dengan cara yang elegan manakala tarian Kathak
adalah persembahan yang menceritakan pelbagai kisah melalui alunan tangan dan mimic muka
serta menggunakan alatan dan bunyi muzik.
Gambar 14: Tarian Bharatanatyam Gambar 15: Tarian Kathak
30
Etnik Di Malaysia
Selain mempunyai pelbagai kaum,Malaysia juga mempunyai mempunyai pelbagai etnik.Berbeza
dengan negara negara lain terdapat lebih dari 80 etnik yang unik di Malaysia . Etnik adalah
sekelompok manusia yang mempunyai satu warisan sepunya .Etnik terbentuk hasil daripada
asimilasi iaitu satu proses percantuman dan penyatuan antara dua kumpulan etnik berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Antara
etnik yang ada di malaysia adalah :
1.Dayak
Gambar: Etnik Dayak
31
Etnik dayak merupakan etnik yang ada di Sarawak .Dyak atau Dayuh juga membawa maksud
yang sama untuk Dayak .Dayak merupakan salah satu rumpun etnik di sarawak.Suku kaum
dayak menetap di kawasan sungai dan bukit, terutamanya di bahagian tengah dan selatan Pulau
Borneo, dengan bahasa, dialek, adat, undang-undang, kawasan dan budaya yang tersendiri,
walaupun terdapat juga persamaan umum tentang puak ini.
2.Baba Nyonya
Gambar: etnik Baba Nyonya
Baba nyonya ataupun peranakan cina merupakan salah satu etnik yang ada di
Malaysia.Peranakan cina terbentuk dari perkahwinan campur antara kaum lain iaitu antara kaum
melayu dan kaum cina.Peranakan bermaksud seorang yang berketurunan cina melayu. Baba
adalah gelaran bagi lelaki dari peranakan cina manakala nyonya pula adalah gelaran untuk
perempuan berketurunan peranakan.Oleh itu selain peranakan cina,etnik ini juga dipanggil
sebagai baba nyonya.Kebanyakkan masyarakat dari etnik baba nyonya tinggal di melaka dan
Pulau Pinang.Anak anak peranakan cina dibesarkan dengan agama dan budaya cina namun telah
diubah mengikut unsur-unsur kemelayuan
32
3.Kadazan Dusun
Gambar: Etnik Kadazan Dusun memperagakan baju tradisional mereka
Etnik terbesar di sabah adalah etnik Kadazan Dusun..Di sabah satu per tiga daripada penduduk
nya adalah etnik kadazan dusun. Suku kaum Dayak kebanyakannya tinggal di pantai barat dan
di lembah bukit .Oleh itu sesetengah dari etnik kaum dayak menjalankan kehidupan dengan
memburu serta menangkap ikan di sungai Mereka kebanyakan bertempat di sekeliling kawasan
lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Sambutan Perayaan Etnik Di Malaysia
Etnik seperti baba nyonya mengekalkan sambutan perayaan yang mereka sambut sebagai contoh
baba nyonya menyambut tahun baru cina setiap tahun seperti mana perayaan kaum cina. Namun
begitu bagi etnik di sabah dan sarawak,mereka mempunyai perayaan masing-masing yang
disambut setiap tahun.
33
Perayaan Gawai
Perayaan Gawai Dayak merupakan sambutan yang disambut oleh etnik dayak di
Sarawak.Perayaan ini akan disambut setiap tahun pada tarikh 1 Jun sebagai menandakan
penghujung musim menuai serta permulaan musim tuaian baru.Perayaan ini akan disambut
selama sebulan bermula dari penghujung bulan Mei hingga ke penghujung bulan Jun.Selain Hari
Gawai panggilan Ari Gawai dalam bahasa Iban dan juga dipanggil sebagai Andu Gawai dalam
bahasa Bidayuh .Gawai itu sendiri membawa maksud sebagai pesta. Oleh itu, Gawai Dayak
bermaksud Pesta Dayak di mana satu permulaan baru bagi mereka bermula.
Penanaman padi merupakan aktiviti utama kaum dayak sejak dari dulu lagi .Oleh itu setiap kali
tamatnya musim menuai padi, mereka akan mendapat hasil padi iaitu beras dengan banyak
.Perayaan ini juga disambut untuk meraikan segala penat lelah mereka ketika menuai serta
meraikan hasil tuaian yang banyak pada tahun itu.
Gambar:Makan yang dihidangkan ketika hari gawai
34
Perayaan disambut dengan menarikan tarian ngajat iaitu tarian tradisonal mereka dengan
memakai pakaian tradisional.Selain Itu “Tuak” juga diminum ketika perayaan Gawai
Dayak.Tuak adalah sejenis arak yang terhasil dari proses penapaian yang diperbuat daripada
nasi .Proses penapain Tuak akan memakan masa selama sebulan oleh itu penyediaan tuak akan
dilakukan sebulan awal bagi memastikan tuak dapat diminum pada perayaan gawai dayak .
Selain itu Tuak dalam masyarakat Iban, tuak dipanggil sebagai Ai Pengayu yang bermaksud
Tuak untuk panjang umur. ‘oooha’ akan dilaungkan dan ini menandakan perayaan Gawai sudah
tiba. Meminum tuak melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi.
Gambar : Tuak yang sudah matang
Gambar: :Tarian Ngajat
35
Semasa merayakan Perayaan Gawai ruai adalah tempat bagi wanita,manakala di panggai adalah
tempat bagi lelaki .Wanita duduk di ruai untuk menyediakan makanan dan minuman untuk
disajikan di ruai .Upacara Miring akan diwakili oleh ketua penghuni rumah panjang untuk
berdoa agar dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.Perayaan Gawai seharusnya menjadi
perayaan yang penuh dengan keriangan, kegembiraan dan keseronokan dan dalam masa yang
sama mesti menghormati antara satu sama lain.Meskipun Sarawak semakin
membangun,Perayaan Gawai Dayak masih dirayakan dengan meriah pada setiap tahun oleh
masyarakat di sana bagi mengekalkan tradisi di Sarawak .
Gambar : Tuak dihidangkan bersama manisan lain.
36
Pesta Kaamatan
Perayaan yang disambut di sabah adalah pesta Kaamatan .Tujuan pesta ini diadakan adalah untuk
menghormati semangat padi iaitu "Bambazon" .Perayaan akan disambut setiap tahun dan
merupakan sambutan tradisi sejak zaman-berzaman.Pesta kaamatan akan disambut setiap tahun
pada setiap 30 Mei dan 31 Mei.Selain pesta kaamatan perayaan ini juga dipanggil Tadau
Kaamatan atau dalam bahasa kadazan sebagai “Magvau”.
Sambutan pesta kaamatan akan disambut selepas selesa menuai padi .Antara yang menarik
ketika sambutan ini berlangsung adalah tarian sumazau akan dipersembahkan.Tarian Sumazau
dipersembahkan dengan kedua-dua tangan diangkat dan dikibaskan umpama sayap burung
mengikut rentak lagu sambil akan dipersembahkan dengan iringan paluan gong .Mereka juga
akan memakai pakain tradisional mereka sambil menarikan tarian sumazau.
Gambar :Tarian Sumazau yang dipersembahkan seperna sambutan hari kaamatan
37
Pesta kaamatan jugan dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan seperti bina badan,sukan
rakyat, pertandingan Unduk Ngadau dan persembahan kraftangan. Pertandingan Unduk Ngadau
adalah antara pertandingan yang menarik dan hanya ada pada perayaan hari kaamatan
.Pertandingan Unduk Ngadau adalah pertandingan ratu cantik dan merupakan salah satu acara
kebudayaan yang paling popular dan hanya ada di sabah .
Gambar : Peserta-peserta yang menyertai pertandingan Unduk Ngadau
Selain dari pertandingan yang menarik,Makanan-makanan tradisional yang menarik turut
dihidangkan.Makanan tradisional yang dihidangkan adalah seperti hinava,bosou, linopot, tuhau,
dan nasi linopot
Gambar : Hanava Gambar: bosou
38
Gambar:Tuhau Gambar: Nasi linopot
Selain dari itu Tapai juga merupakan hidangan paling popular dan merupakan juadah wajib
untuk diminum ketika pesta kaamatan.Tapai ataupun "Kinomol" adalah sejenis arak yang
diperbuat daripada beras (nasi) ataupun ubi kayu.Proses pembuatan tapai memakan masa selama
seminggu sekiranya menggunakan beras dan memakan masa dua hingga tiga minggu sekiranya
menggunakan ubi kayu . Cara penghasilan tapai adalah dengan memeram ubi kayu atau nasi di
dalam tempayan besar atau dipanggil “tajau”.Ragi biasanya akan dicampurkan bersama untuk
memberikan rasa pada tapai tersebut.
39
Gambar : tempayan besar atau dipanggil “tajau”
Gambar : Arak Tapai yang sudah matang dan sedia untuk diminum
"Sumbiling" iaitu sebatang buluh kecil akan digunakan untuk menyedut air tapai ini dari dalam
tempayan besar. Selain itu, "Singgarung" iaitu gelas khas juga digunakan untuk meminum air
tapai.
40
Gambar : "Sumbiling" digunakan untuk meminim arak tapai
‘Magavau’ akan menjadi pembuka dalam sambutan iaitu satu upacara penting pada hari Pesta
Ka’amatan di mana Semangat Padi akan diseru. ‘Magavau’,merupakan satu perkara yang wajib
dilakukan sebelum sambutan dimulakan. Upacara Magavau akan dijalankan di sawah padi pada
bulan penuh yang pertama setelah habis musim menuai secara tradisionalnya. Sekumpulan
penduduk kampung akan diketuai oleh seorang pahlawan lelaki akan membacakan mantera
sambil perlahan-lahan berarak ke arah sawah padi sambil menyembah makanan yang terbaik
seperti daging ayam yang paling berkualiti, telur, tembakau dan juga wain beras yang
terbaik.Sehingga kini pesta kaamatan masih lagi disambut meriah oleh Etnik dayak di sabah.
41
KEPELBAGAIAN KAUM KUNCI PERPADUAN
MALAYSIA
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya dan bangsa. Selain melayu, cina dan india
Malaysia juga kaya dengan kepelbagaian etnik .Walaupun kepelbagaian kaum di sesebuah
negara sering kali dikaitkan dengan perpecahan dan penghalang perpaduan sebuah
negara,kepelbagaian kaum dan etnik di malaysia tidak menjadi satu penghalang malah menjadi
kunci utama dalam menyatupadukan rakyat di malaysia.Budaya,adat,warna kulit mahupun
agama bukanlah satu penghalang dalam menyatupadukan semua rakyat di malaysia malah
menjadi punca utama perpaduan dapat di bentuk.Di malaysia semua jenis perayaan disambut
meriah oleh semua rakyat malaysia tidak kiralah apa perayaan sekalipun Hari raya,Tahun Baru
Cina, Hari Gawai,Pesta Kaamatan mahupun Deepavali .
Kepelbagaian perayaan di Malaysia membantu memupuk perpaduan kaum di negara ini.
Keistimewaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini ialah dapat mengekalkan keamanan
dengan merayakan perayaan kaum lain bersama. Perayaan setiap bangsa dirayakan bersama-
sama seolah-olah ia adalah perayaan kebangsaan. Melalui budaya kunjung-mengunjung yang
biasa ditemui di rumah terbuk yang boleh mengeratkan ikatan persahabatan antara manusia.
Selain itu, komuniti berbilang etnik harus cuba memadankan budaya etnik lain semasa perayaan,
serta agama yang mereka anut.Ini dapat dilihat dari sudut perayaan tradisional, makanan dan
juga pakaian.
Keunikan Malaysia dalam aspek makanan merupakan sesuatu barang yang unik apabila dilihat
dari perspektif orang asing, Makanan Malaysia adalah seperti rakyat di Malaysia, iaitu
campur-bercampuran dalam perisa, permukaan dan kandungan. Contohnya, char kuey teow yang
asal merupakan makanan Cina, tetapi terdapat versi char kuey teow yang dimasak oleh Melayu
dengan bahan-bahan yang halal. Walaubagaimanapun, makanan Malaysia tetap enak dan budaya
ini akan menjadikan saluran yang merapatkan hubungan antara kaum di Malaysia agar hubungan
rakyat Malaysia lebih rapat.
42
Di samping itu, antara aspek-aspek yang menyumbang kepada memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat yang berbilang kaum, aspek tarian memainkan peranan penting supaya rakyat
yang mempunyai budaya yang berbeza boleh saling memahami. Hal ini kerana kebanyakan
tarian ialah penciptaan berdasarkan tradisi dan budaya suatu kaum dan kita boleh lebih
memahami sejarah antara satu sama lain dengan menyiasat tarian kaum-kaum lain. Sebagai
contoh, tarian Bharatanatyam yang telah disebutkan adalah salah satu daripada lapan bentuk
tarian klasik India yang diiktiraf secara meluas dan ia mengekspresikan tema keagamaan dan
idea rohani kaum India. Dengan mengkaji tarian, kita akan mengenali keunikan kebudayaan
kaum-kaum dan menyedari hakikat bahawa setia kaum yang berada di Malaysia adalah mustahak
kepada negara kita.
Selain itu, kepelbagaian agama juga perlu diberikan keutamaan bagi mengekalkan kukuhan
perpaduan antara kaum iaitu dengan mengamalkan sikap saling menghormati, semangat
perkongsian dan juga memupuk sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Oleh kerana itu,
masyarakat Malaysia akan lebih terbuka dalam mengenali dan memahami kepelbagaian agama
dan juga adat yang diamalkan di negara ini demi menguatkan dan mengukuhkan lagi
kesefahaman antara kaum dan agama yang wujud di negara ini. Sekiranya tiada persefahaman di
antara kaum, rakyat akan berpecah belah dan saling bertelingkah maka negara yang aman ini
akan mundur dan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang akan menjejaskan pembangunan
negara. Masyarakat Malaysia merupakan penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan
keharmonian antara kaum bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang maju, stabil dan
konsisten.
43
RUMUSAN
Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan dan menngembangkan warna-warni
Malaysia dalam aspek makanan, sambutan, tarian dan lain-lain tradisi dari pelbagai kaum yang
terdapat dalam negara kita. Untuk menghasilkan laporan ini, kami telah mengumpulkan
maklumat-maklumat yang boleh dijumpai dari mana-mana saluran.
Kami telah mengumpulkan sebanyak maklumat yang kami boleh mencari dari pelbagai
saluran terutamanya dari saluran atas talian, majalah-majalah dan buku-buku tentang
warna-warni Malaysia seperti makanan tradisi dan tarian tradisi. Contohnya, makanan tradisi
orang Melayu iaitu Nasi Lemak, kami telah mengumpulkan keistimewaan dan sejarah makanan
tersebut agar orang ramai lebih faham tentang keistimewaan makanan tersebut.
Selain itu, kami juga mendapati bahawa setiap kaum yang terdapat negara kita
mempunyai sambutan yang berbeza. Antaranya adalah Sambutan Hari Raya Aidilfitri ,Tahun
Baru cina, Deepaval, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan .Kepelbagaian sambutan yang ada di
dalam negara ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang berbeza dan unik berbanding dengan
negara lain. Setiap perayaan disambut meriah oleh semua masyarakat di malaysia tanpa mengira
kaum ,bangsa dan agama.Kepelbagaian perayaan ini tidak menjadi penghalang perpaduan malah
menjadi kunci utama dalam menyatupadukan semua kaum.
Kesimpulannya, laporan ini boleh menunjukkan Malaysia memang adalah sebuah negara
yang warna-warni kerana disebabkan pelbagai kaum yang mempunyai tarian tradisi, sambutan
tradisi, makanan tradisi dan lain-lain yang bercorak. Oleh itu, kami menyeru agar semua pihak
haruslah rajin untuk mengembangkan warna-warni yang ada di Malaysia ke persada dunia
supaya orang ramai dari luar negara dapat mengetahui tentang warna-warni Malaysia. Marilah
kita bersama-sama menyebarkan warna-warni yang terdapat di Malaysia agar Malaysia menjadi
negara yang dikenali oleh orang ramai di persada dunia.
44
RUJUKAN :
● Pengajian Malaysia. (2015, September 15). MASYARAKAT INDIA. Blogger.
http://pengajianmalaysiakaum.blogspot.com/2015/09/masyarakat-india.html
● OrangKata. (2019, June 25). BUDAYA MASYARAKAT INDIA YANG SEPATUTNYA
DIKETAHUI OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
https://orangkata.my/budaya/budaya-masyarakat-india-yang-sepatutnya-diketahui-oleh-semua-ra
kyat-malaysia/
● Cik Nurul Afiqah. (2013, October 28). Budaya & adat resam Kaum India. SlideShare.
https://www.slideshare.net/fiqasaila/budaya-adat-resam-kaum-india
● Anyflip.com. (2020, April 11). Kaum Dan etnik Di Malaysia - Flip eBook pages 1-50 |
Anyflip. Free Flip Book Maker; PDF to HTML5 Page Flipping Book & Digital
Publishing | AnyFlip. https://anyflip.com/oclve/fkde/basic
● Asal usul baba Dan Nyonya. (n.d.). Kata Malaysia.
https://katamalaysia.my/culture/asal-usul-baba-dan-nyonya/
● Makna Dan sambutan Gawai bagi masyarakat dayak. (2016, May 31).
Sarawakvoice.com.
https://sarawakvoice.com/2016/05/31/makna-dan-sambutan-gawai-bagi-masyarakat-daya
k/
● 4 Jenis Sambutan Perayaan Kaum Melayu Di Malaysia Selain Hari Raya Aidilfitri.
(2018, February 6). Selongkar10.
https://selongkar10.blogspot.com/2018/02/4-jenis-sambutan-perayaan-kaum-melayu.html
● Makanan Tradisional Melayu. (n.d.). Home.
https://huzaifahketeh5.weebly.com/makanan-tradisional-melayu.html
● Tarian tradisional melayu - Lishaa. (n.d.). Google Sites.
https://sites.google.com/site/lishaa280301/tarian-tradisional/tarian-tradisional-melayu
● WARNA-WARNI - Definition and synonyms of warna-warni. (2022). Educalingo, the
dictionary for curious people.
Definition and synonyms of warna-warni in the Malay dictionary
● Maksud warna-warni. (2019). Makna. Maksud warna-warni - Makna
● Hari ini, Keluarga Malaysia disatukan dengan warna-warni - PM - Malaysiapost. (2021,
September 16). Malaysiapost.
https://malaysiapost.com.my/2021/09/16/hari-ini-keluarga-malaysia-disatukan-dengan-w
arna-warni-pm/
● 16 Pilihan Jenis Makanan Tradisional Cina Wajib ANDA Cuba. (2019, May 14). Saji.my.
https://saji.my/makanan-tradisional-cina/
45
● Tarian Kaum Cina. (n.d.). warisan disemai, budaya dikekalkan.
https://lisasyafiqah.blogspot.com/2011/04/tarian-kaum-cina.html
● 5 Perayaan Disambut Oleh Kaum Cina Di Malaysia. Bukan Tahun Baru Cina je tau!
(2020, July 15). Lobak Merah
.https://lobakmerah.com/5-perayaan-disambut-oleh-kaum-cina-di-malaysia-bukan-tahun-
baru-cina-je-tau/
46