PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAHARTIKEL PILIHANTAHUN 2026TAJUK : PERLAKSANAAN SISTEM SSPA 15% GAJIPERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TOK SETMUKIM PADANG KERBAU,06750 PENDANG,KEDAH DARUL AMAN.BULAN/TAHUN DITERBITKAN : FEBRUARI 2026
PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TOK SETMUKIM PADANG KERBAU,06750 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN.BORANG ARTIKEL PILIHAN 2024TAJUK : PERLAKSANAAN SISTEM SSPA 15% GAJIBULAN : FEBRUARIBIL TAJUK SUMBER1. Pengenalan https://www.google.com/search?q=pelaksanaan+atau+perlaksanaan&rlz2. Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi tujuh peratushttps://www.sinarharian.com.my/article/680502/berita/nasional/gaji-kumpulan-pelaksana-naik-15-peratus-pengurusan-tertinggi-tujuh-peratus#google_vignette3. Kenaikan Gaji Fasa 2 Bermula Januari 2026 https://ecentral.my/gaji-minimum-maksimumgred-sspa-1-22/#google_vignette4. Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplinhttps://www.astroawani.com/berita-malaysia/cuepacs-ingatkan-penjawat-awam-urus-kenaikan-gaji-secara-berhemat-berdisiplin-5542505. KPPA yakin semua penjawat awam tandatangan SSPAhttps://www.buletintv3.my/nasional/kppa-yakin-semua-penjawat-awam-tandatangan-sspa/6. 85 peratus penjawat awam sudah tandatangani SSPA https://malaysiagazette.com/2024/11/26/85-peratus-penjawat-awam-sudah-tandatangani-sspaksn/7. 1,400 tidak tanda tangan, JPA tidak bercadang lanjutkan tawaran SSPAhttps://wartaoriental.com/2024/12/08/1400-tidak-tanda-tangan-jpa-tidak-bercadang-lanjutkan-tawaran-sspa/8. Penjawat Awam Bakal Nikmati Kenaikan Gaji 15 hingga 42.7 Peratus Melalui SSPAhttps://demirakyatchannel.my/2024/08/penjawat-awam-bakal-nikmati-kenaikan-gaji-15-hingga-42-7-peratus-melalui-sspa/
PENGENALANPelaksanaan 15% SSPA merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 yang dilaksanakan mulai 1 Disember 2024, membawa perubahan besar kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan penambahbaikan gaji dan elaun, di mana \"15%\" berkemungkinan besar merujuk kepada kenaikan purata atau kadar penyesuaian dalam sistem baru tersebut bagi memperkasakan penjawat awam, melibatkan pemindaan jadual gaji, elaun, dan lain-lain.Apa itu SSPA?• SSPA adalah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu untuk penjawat awam Malaysia, menggantikan sistem lama.Apa itu \"15%\"?• Ia adalah sebahagian daripada penstrukturan semula kadar gaji dan elaun dalam SSPA, yang melibatkan penambahbaikan secara menyeluruh. Angka 15% merujuk kepada anggaran kenaikan purata atau penyesuaian gaji yang dijanjikan.Tarikh Pelaksanaan:• Mulai 1 Disember 2024, seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling PerkhidmatanBilangan 1 Tahun 2024.Objektif Utama SSPA:• Menyusun semula ganjaran perkhidmatan awam agar lebih kompetitif, adil, dan setanding dengan sektor swasta.• Mengurangkan jurang gaji dan meningkatkan kebajikan penjawat awam.Maklumat Lanjut:• Untuk maklumat terperinci, rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).SUMBER : https://www.google.com/search?q=pelaksanaan+15%25+SISTEM+SSPA&sca
Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi tujuh peratusUntuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kamiPUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kumpulan pelaksana dan pengurusan profesional penjawat awam menikmati kenaikan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).Berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gaji kumpulan pengurusan tertinggi (KPT) pula dinaikkan kepada tujuh peratus.\"Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2,\" katanya pada Jumaat.Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.Ujar beliau, pelarasan gaji bagi pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional adalah sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2.Bagi KPT pula adalah empat peratus pada Fasa 1 dan 3 peratus di Fasa 2.\"Seperti, penjawat awam sedang berkhidmat yang akan diselaraskan gaji pada Disember 2024, penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara,\" jelasnya.Anwar berkata, julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh penjawat awam adalah di antara 16.8 hingga 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda.“Sebagai contoh, seorang guru yang telah berkhidmat selama lima tahun dengan pendapatan bulanan RM3,838 akan menerima pelarasan gaji sebanyak lapan peratus dalam Fasa 1, menjadikan pendapatan bulanannya kepada RM4,085.04.“Dalam pelarasan gaji Fasa 2 pada Januari 2026, guru akan menerima tambahan pelarasan sebanyak tujuh peratus, menjadikan pendapatan bulanan mereka kepada RM4,559.24.SUMBER : https://www.sinarharian.com.my/article/680502/berita/nasional/gaji-kumpulan-pelaksana-naik-15-peratus-pengurusan-tertinggi-tujuh-peratus#google_vignette
Kenaikan Gaji Fasa 2 Bermula Januari 2026Pelarasan gaji baharu penjawat awam dilaksanakan secara berperingkat melalui dua fasa di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).Trending sekarangSTR 2026 Berkahwin – Semakan, Bayaran Kategori KeluargaFasa 1 bermula pada 1 Disember 2024, di mana penjawat awam menerima kenaikan gaji sebanyak 4% bagi kumpulan pengurusan tertinggi, manakala kumpulan pengurusan dan profesional serta pelaksana menerima kenaikan sebanyak 8% atau minimum RM250 (mana lebih tinggi).Fasa 2 pula akan bermula pada 1 Januari 2026 dengan kadar kenaikan gaji sebanyak 3% bagi kumpulan pengurusan tertinggi dan 7% bagi kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan
Bila kenaikan gaji SSPA?Kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dilaksanakan secara berperingkat dalam dua fasa utama. Fasa 1 bermula pada 1 Disember 2024 manakala, Fasa 2 bermula pada 1 Januari 2026Bila kenaikan gaji Fasa 2?Bagi Fasa 2 pula, kenaikan gaji penjawat awam ini akan bermula pada 1 Januari 2026.Adakah pesara dapat kenaikan pencen?Ya, pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Penyelarasan pencen ini dibuat berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing, dan ia dilaksanakan secara berfasa.Bila naik gaji 1700?Gaji minimum RM1,700 telah mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2025 untuk pekerja sektor swasta di seluruh Malaysia, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 dan telah diwartakan secara rasmi. Namun, bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ini ditangguhkan selama enam bulan dan hanya akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025.Perlu diingat, pelaksanaan gaji minimum RM1,700 ini hanya terpakai kepada pekerja sektor swasta. Bagi penjawat awam, struktur gaji adalah tertakluk kepada pekeliling dan pelarasan gaji yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).SUMBER : https://ecentral.my/gaji-minimum-maksimum-gred-sspa-1-22/#google_vignette
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplinBernama05/01/202620:15 MYTAdnan berkata kenaikan gaji penjawat awam merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan besar kerajaan terhadap sumbangan serta komitmen warga perkhidmatan awam. - Gambar fail/BernamaKUALA LUMPUR: Penjawat awam diingatkan agar menguruskan kenaikan gaji yang diterima secara berhemat dan berdisiplin di samping terus meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada rakyat.• Penjawat awam disarankan untuk menguruskan kenaikan gaji dengan berhemat dan berdisiplin serta terus meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada rakyat.• Kenaikan gaji penjawat awam dianggap sebagai penghargaan besar kerajaan terhadap sumbangan dan komitmen mereka dalam menyediakan perkhidmatan cekap dan berintegriti.• CUEPACS menasihatkan agar penjawat awam menguruskan pendapatan dengan bijak, menjaga keperluan asas keluarga, serta mengekalkan disiplin kewangan jangka panjang untuk elak tekanan kewangan.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr Adnan Mat berkata kenaikan gaji penjawat awam merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan besar kerajaan terhadap sumbangan serta komitmen warga perkhidmatan awam dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan yang cekap dan berintegriti. Beliau berkata CUEPACS mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pelaksanaan kenaikan gaji berkenaan dibuat berdasarkan kemampuan kewangan negara dengan implikasi perbelanjaan keseluruhan dianggar berjumlah RM18 bilion.
\"CUEPACS menasihatkan agar penjawat awam menguruskan peningkatan pendapatan secara berhemat dan berdisiplin, dengan mengutamakan keperluan asas isi rumah serta perancangan kewangan jangka panjang.\"Kenaikan pendapatan seharusnya tidak mendorong kepada perbelanjaan berlebihan yang akhirnya memberi tekanan kewangan kepada individu dan keluarga,\" katanya dalam kenyataan hari ini.Dalam pada itu, Adnan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas komitmen berterusan menjaga kebajikan penjawat awam termasuk kenaikan gaji fasa kedua sebanyak tujuh peratus bulan ini menerusi pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).\"Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan penjawat awam seiring dengan tanggungjawab fiskal negara.\"Sebagai balasan kepada kepercayaan dan pelaburan besar kerajaan ini, CUEPACS berharap agar penjawat awam terus meningkatkan prestasi kerja, memperkukuh integriti, mempertingkatkan produktiviti, serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira latar belakang,\" katanya.CUEPACS juga menyeru warga perkhidmatan awam untuk terus menyokong agenda reformasi perkhidmatan awam dan menzahirkan kesetiaan kepada Kerajaan MADANI dalam usaha membina negara yang lebih mampan, adil dan sejahtera.Penjawat awam yang memilih SSPA bakal menerima pelarasan gaji fasa kedua di bawah sistem itu pada pembayaran gaji 22 Jan ini dengan kenaikan dikira berdasarkan gaji akhir 31 Dis 2025.Pada fasa satu pelarasan gaji, Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima kenaikan lapan peratus, manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi empat peratus yang dibayar pada Dis 2024.Terdahulu, Anwar ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 berkata kualiti perkhidmatan awam perlu selari dengan pelaksanaan SSPA yang telah diperbaiki kerana rakyat berhak mendapat perkhidmatan yang lebih cekap dan pantas.SUMBER : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cuepacs-ingatkan-penjawat-awam-urus-kenaikan-gaji-secara-berhemat-berdisiplin-554250
KPPA yakin semua penjawat awam tandatangan SSPA21 Oktober 2024, 4:27pmEmailTan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dtemui media selepas mengetuai Majlis Menandatangani Opsyen Baharu SSPA, di sini, hari ini. – FOTO: NSTPOleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad SudinPUTRAJAYA: Lebih 1.4 juta awam dijangka menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bermula hari ini sehingga 30 November depan, bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz optimis kesemua warga perkhidmatan awam akan berbuat demikian bagi menikmati pelarasan gaji baharu, pemantapan saraan dan penambahbaikan laluan kerjaya.“Selain daripada pelarasan gaji, ianya (SSPA) juga menekankan kepada pembangunan modal insan sendiri dan juga laluan kerjaya yang lebih baik di masa hadapan.FOTO: NSTP“Sebagai KPPA, saya tidak teragak-agak untuk menandatangani opsyen ini kerana memang ianya memberi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai Majlis Menandatangani Opsyen Baharu SSPA, di sini hari ini.FOTO: NSTPDalam majlis itu, seramai 75 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang terdiri daripada ahli-ahli mesyuarat pengurusan tertinggi dan pegawai pelbagai kumpulan perkhidmatan menandatangani tawaran tersebut.Mengulas lanjut, Wan Ahmad Dahlan mengingatkan penjawat awam untuk mempertingkatkan lagi tahap sistem penyampaian kepada rakyat dengan penambahbaikan sistem saraan itu.Menerusi SSPA, beliau yakin sistem penyampaian negara akan melihat lonjakan baharu dalam perkhidmatan awam.“Saya juga menyeru kepada semua penjawat awam supaya dapat memilih SSPA, yang mana ianya akan memberikan pulangan dari segi gaji dan juga laluan yang lebih baik daripada apa yang telah ada selama ini.FOTO: NSTP“Begitu juga dengan pembangunan kerjaya pegawai dititikberatkan untuk memastikan penjawat awam berada dalam tahap kompetensi yang baik serta dapat melaksanakan tugas dengan lebih berjaya lagi di masa hadapan,” katanya.Pada masa sama, Wan Ahmad Dahlan memberi jaminan tiada mana-mana penjawat awam akan menerima ‘layanan dua darjat’ sekiranya mereka enggan menandatangani SSPA.Menurutnya, mereka yang berhasrat kekal dengan SSM akan tetapi dilayan seperti penjawat awam lain.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji berkenaan akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.SUMBER : https://www.buletintv3.my/nasional/kppa-yakin-semua-penjawat-awam-tandatangan-sspa/
85 peratus penjawat awam sudah tandatangani SSPA – KSNOlehMohd Zaini Samsu Hadi-26 November 2024Shamsul Azri pada sidang media selepas menyempurnakan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani di Putrajaya, hari ini.PUTRAJAYA – Sebanyak 85 peratus penjawat awam sudah menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal berakhir pada 30 November ini.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, setakat ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan berusaha memastikan baki 15 peratus lagi juga akan mengikuti langkah yang sama.Katanya, wujud beberapa maklumat kurang tepat yang telah disebarkan di media sosial mengakibatkan masih ada yang belum menandatangani sistem berkenaan.“Ikutlah portal JPA, ikutlah sesi libat urus oleh JPA, jangan dengar cakap kawan di media sosial, kadang-kadang mereka ini bukan kerja kerajaan jadi macam mana mereka nak faham.
“JPA akan bertungkus lumus untuk buat penerangan sebab mungkin ramai yang masih tak berapa jelas (SSPA),” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani di sini hari ini.SSPA bakal menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang bakal mula berkuat kuasa 1 Disember ini.JPA juga sebelum ini telah mewujudkan Pusat Panggilan Setempat SSPA bagi membantu penjawat awam mendapatkan penjelasan berkaitan sebarang persoalan atau kekeliruan mengenai sistem skim berkenaan.Melalui pelaksanaan SSPA, kerajaan bersetuju meningkatkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) kepada RM1,500 dengan kelayakan masuk ke perkhidmatan awam minimum di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ketimbang RM1,200 berkuat kuasa sejak Julai 2016 dengan kelayakan masuk di peringkat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR).Pemberian pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan serta Profesional akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu 8.0 peratus atau minimum RM240 pada Fasa 1 mulai 1 Disember nanti 7.0 peratus bagi Fasa 2 pada 1 Januari 2026.Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, pemberian pelarasan gaji sebanyak 7.0 peratus dengan pecahan 4.0 peratus bagi Fasa 1 bermula pada 1 Disember ini dan 3.0 peratus dilaksanakan pada 1 Januari 2026.ADVERTISEMENTDalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan SSPA merupakan antara sistem terbaik yang pernah diperkenalkan kerajaan meskipun ia melibatkan implikasi kewangan yang tinggi. – MalaysiaGazetteSUMBER : https://malaysiagazette.com/2024/11/26/85-peratus-penjawat-awam-sudah-tandatangani-sspa-ksn/
1,400 tidak tanda tangan, JPA tidak bercadang lanjutkan tawaran SSPAPosted By: Warta Adminon: December 08, 2024In: NasionalWan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (dua dari kiri) menyerahkan piala kepada Pengerusi MPKK Pulau Aman, Zulkplee Yusoff sempena Majlis Perasmian Penutup Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) di Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang hari ini.BATU KAWAN : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak bercadang melanjutkan tawaran untuk Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang telah berakhir pada 30 November lalu.Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, hal ini demikian kerana, hanya sekitar 1,400 penjawat awam sahaja yang tidak menandatangani opsyen terbabit.Katanya, jumlah itu dilihat agak kecil daripada keseluruhan 1.5 juta penjawat awam pada ketika ini, malah, beliau menyifatkan ia adalah perkara biasa berikutan penjawam awam diyakini telah melakukan pertimbangan dengan sewajarnya.“Dalam hal ini (penjawat awam yang tidak memilih SSPA), kita tidak ada paksaan kerana percaya ada pertimbangan khusus yang dibuat oleh mereka. Tetapi, kerajaan sentiasa melakukan sesi libat urus bagi mereka yang tidak memilih (opsyen ini) supaya tidak menyesal di kemudian hari.“Selepas tempoh (tawaran) berakhir pada 30 November lalu, didapati yang tidak menandatangani SSPA ini hanya 0.13 peratus iaitu sekitar 1,400 sahaja daripada 1.5 juta penjawat awam di mana mereka ini terdiri daripada kalangan kumpulan pengurusan, pelaksana serta profesional.
“Justeru, kita tidak akan melanjutkan atau membuka semula tawaran itu sekiranya ada penjawat awam yang tidak menandatangani opsyen berkenaan secara tiba-tiba terbuka hati mahu memilih skim terbabit,”katanya ketika menghadiri Majlis Penutup Kampung Angkat Madani JPA di Pulau Aman, di sini, hari ini.Tambah Wan Ahmad Dahlan, perkara terbabit juga telah dilaporkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat jawatan kuasa kabinet, baru-baru ini dan Anwar gembira dengan pencapaian tersebut serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan yang telah melaksanakan program SSPA ini dengan baik.Terdahulu, media melaporkan bahawa pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Oktober hingga 30 November untuk memilih sama ada SSPA atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM).Melalui pelaksanaan SSPA, kerajaan bersetuju meningkatkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) kepada RM1,500 dengan kelayakan masuk ke perkhidmatan awam minimum di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ketimbang RM1,200 berkuat kuasa sejak Julai 2016 dengan kelayakan masuk di peringkat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR).Pemberian pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan serta Profesional akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu 8.0 peratus atau minimum RM240 pada Fasa 1 mulai 1 Disember nanti 7.0 peratus bagi Fasa 2 pada 1 Januari 2026.Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, pemberian pelarasan gaji sebanyak 7.0 peratus dengan pecahan 4.0 peratus bagi Fasa 1 bermula pada 1 Disember ini dan 3.0 peratus dilaksanakan pada 1 Januari 2026.SUMBER : https://wartaoriental.com/2024/12/08/1400-tidak-tanda-tangan-jpa-tidak-bercadang-lanjutkan-tawaran-sspa/
Penjawat Awam Bakal Nikmati Kenaikan Gaji 15 hingga 42.7 Peratus Melalui SSPA7 Ogos 2024PUTRAJAYA: Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menerima kenaikan gaji yang signifikan melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan peningkatan antara 15 hingga 42.7 peratus. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa kenaikan gaji ini melibatkan 692,828 kakitangan awam dan perinciannya akan diketahui bermula minggu depan.Menurut Fahmi, kenaikan gaji tersebut merupakan yang tertinggi pernah diberikan kepada kumpulan pelaksana setakat ini. “Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, garis panduan berkait kenaikan gaji penjawat awam akan mula diedarkan
minggu depan,” katanya dalam sidang media pascamesyuarat Kabinet di Putrajaya pada hari Rabu.Beliau menambah bahawa kenaikan ini akan memberikan peningkatan tertinggi kepada kumpulan pelaksana, manakala kumpulan seperti Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Pengarah akan menikmati peningkatan yang lebih sederhana.Fahmi juga menekankan bahawa Kerajaan Madani telah mengambil kira beberapa aspek implikasi kewangan susulan pelaksanaan SSPA. Ini dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan akan turut dipertimbangkan dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober di Parlimen.Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan bahawa skim gaji penjawat awam akan dinaikkan lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini. Kenaikan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan penjawat awam dan memastikan saraan yang lebih adil dan kompetitif. Dengan peningkatan gaji ini, diharapkan dapat memperbaiki kualiti hidup penjawat awam serta meningkatkan motivasi dan produktiviti mereka dalam menjalankan tugas-tugas harian.SUMBER : https://demirakyatchannel.my/2024/08/penjawat-awam-bakal-nikmati-kenaikan-gaji-15-hingga-42-7-peratus-melalui-sspa/