The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myvjva4464, 2023-08-27 06:20:48

KARNIVAL PRASEKOLAH

SYARAT PERTANDINGAN

PERATURAN AM KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 A. PERATURAN AM 1. Penyertaan dari setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) adalah terdiri daripada 6 orang murid prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun sahaja berserta 5 orang guru/ppm pengiring. 2. Aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti berikut : i. Idola Kecil (individu) ii. Deklamasi Sajak (individu) iii. Hafazan (individu) iv. Fashion Show (Best Costume) (individu) v. Amalan Terbaik STEM (berpasukan) 3. Aktiviti berbentuk individu akan dianggotai 1 orang murid prasekolah manakala yang aktiviti berpasukan dianggotai oleh 2 orang murid prasekolah. Tiada murid sebagai peserta simpanan. 4. Jantina peserta adalah bebas. 5. Penglibatan peserta dalam karnival ini adalah mewakili Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan masing-masing. 6. Penentuan nombor giliran peserta berdasarkan undian pada majlis yang akan dimaklumkan kelak. 7. Peserta pertandingan perlu mengikut no giliran yang ditentukan secara bergilirgilir. 8. Semua pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan (akhir). 9. Peserta yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan. 10.Peserta yang hadir lewat 5 minit ke bilik pertandingan selepas no giliran dipanggil tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan. 11.Guru/PPM pengiring atau wakil kontigen tidak dibenarkan membantu atau mengganggu peserta yang sedang membuat persembahan. Markah akan dipotong oleh pihak hakim.


12.Setiap peserta perlu menyelesaikan persembahan atau pertandingan yang disertai. Jika peserta tidak dapat menamatkan persembahan atau pertandingan, Ketua Hakim akan membuat keputusan. 13.Hanya Pengurus Pasukan bagi setiap negeri sahaja yang dibenarkan untuk berurusan dengan pihak urusetia berkaitan urusan pertandingan. 14.Pengurus pasukan perlu menyerahkan 5 salinan bait Sajak dan sinopsis Amalan Terbaik STEM serta 2 copy Audio Minus One (thumb drive) kepada pihak urusetia sebelum atau pada hari pendaftaran kontigen. 15.Masa yang diperuntukan bagi setiap aktiviti adalah tertakluk kepada aktiviti yang dipertandingkan. 16.Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian, solekan dan hiasan. 17.Semua acara akan dihakimi oleh 4 orang hakim termasuk seorang ketua hakim. 18.Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan daripada wakil JPN adalah tidak dibenarkan. 19.Hadiah akan diberikan kepada :- i. Johan ii. Naib Johan iii. Tempat ketiga iv. Tempat keempat v. Tempat kelima 20.Johon keseluruhan ditentukan berdasarkan kiraan mata terkumpul bagi semua acara yang dipertandingkan. Kedudukan Mata Johan 15 Naib Johan 12 Tempat ketiga 9 Tempat keempat 6 Tempat kelima 3 Bagi JPN yang memperolehi mata sama, kiraan mata tertinggi yang terbanyak akan menentukan pemenang. Urusetia Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023


SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN IDOLA KECIL KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 A. Syarat Pertandingan 1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid prasekolah. 2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian, solekan dan hiasan. 3. Persembahan hendaklah diiringi oleh muzik “minus one” (tanpa sebarang vokal). 4. Peruntukan masa adalah tidak kurang daripada 3 minit dan tidak melebihi 7 minit persembahan. 5. Salinan lagu untuk kegunaan semasa pertandingan hendaklah diserah kepada urusetia sebelum atau semasa pendaftaran kontigen dalam bentuk thumb drive. (Dua salinan audio minus one). 6. Peserta dibenarkan untuk memilih dan menyanyikan lagu semasa dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja. (90’an hingga terkini) 7. Pemilihan lagu Bahasa Malaysia dari negara Indonesia, Singapura dan Brunei adalah tidak dibenarkan. 8. Setiap lagu tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif atau menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dalam negara ini. 9. Lagu-lagu dialek tempatan, lagu rakyat, serta lagu kanak-kanak juga tidak dibenarkan. 10.Konsep persembahan adalah nyanyian solo dan bantuan instrumen muzik yang dimainkan sendiri oleh peserta adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, markah tidak akan dikira pada bantuan instrumen muzik tersebut. 11.Sebarang pengunaan props berat di atas pentas tidak dibenarkan. 12.Memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan. 13.Jika berlaku masalah teknikal (audio,muzik,mikrofon), peserta dibenarkan untuk mengulangi semula persembahan dan permarkahan akan dikira semula. B. Pemarkahan (100%) 1. Pic – 20 markah 2. Tempo – 15 markah 3. Sebutan – 15 markah 4. Ton – 15 markah 5. Dinamik – 10 markah 6. Attack/Release – 10 markah 7. Ekspresi – 10 markah 8. Keterampilan – 5 markah


SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 A. Syarat Pertandingan 1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid prasekolah. 2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian, solekan dan hiasan. 3. Peruntukan masa adalah tidak kurang 3 minit dan tidak melebihi 5 minit persembahan. 4. Loceng akan dibunyikan sebanyak dua (2) kali menunjukkan masa telah melebihi 5 minit persembahan dan markah tidak akan diambil kira. 5. Peserta dibenarkan untuk mendeklamasikan sajak dalam Bahasa Malaysia sahaja dan tema adalah berdasarkan kepada nilai kasih sayang, keluarga, masyarakat dan alam sekitar. 6. Bait-bait sajak boleh dicipta atau di ambil dari mana-mana sumber. 7. Sajak yang berunsur cinta sesama manusia tidak dibenarkan. Setiap isi kandungan sajak tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif atau menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dalam negara ini. 8. Konsep persembahan adalah mendeklamasikan sajak secara individu/solo. 9. Sebarang pengunaan props ringan di atas pentas dibenarkan. Walaubagaimana pun, markah tidak akan dikira pada bantuan props tersebut. 10.Memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan. B. Pemarkahan (100%) 1. Gaya ucapan dan vokal – 30 markah 2. Intonasi dan Nada – 30 markah 3. Penghayatan dan Kelancaran – 25 markah 4. Memek dan Bahasa Tubuh – 10 markah 5. Penampilan dan Keyakinan – 5 markah


SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN HAFAZAN KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 A. Syarat Pertandingan 1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid prasekolah. 2. Penyertaan terbuka kepada semua murid beragama Islam di prasekolah KPM. 3. Setiap peserta perlu membaca Surah Al-Fatihah sebagai surah wajib serta DUA pilihan surah daripada 9 ayat lazim yang disediakan berdasarkan cabutan undian pada hari pertandingan. 4. Tidak dibenarkan menukar surah dan markah tidak diambil jika tersalah surah yang dibaca. 5. Markah akan diambil kira berdasarkan SATU surah wajib dan DUA surah pilihan. 6. Pengundian surah pilihan dibuat sebelum peserta membaca surah wajib. Peserta perlu meletakkan kertas cabutan dihadapan hakim sebelum ke tempat duduk di pentas pertandingan. 7. Peserta tidak boleh menukar no giliran serta surah pilihan yang dipilih. 8. Peruntukan masa bagi setiap peserta membaca surah wajib dan surah pilihan adalah tidak melebihi 10 minit. Bacaan yang melebihi 10 minit tidak akan diberi markah. 9. Aturan pembacaan surah bermula dengan surah wajib dan diikuti surah pilihan. 10.Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan yang lengkap bersamping, bersongkok dan berkasut. (Baju kurta tidak dibenarkan) 11.Peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dengan berbaju kurung, berjubah serta bertudung sempurna dan hiasan yang tidak keterlaluan. B. Pemarkahan (100%) 1. Hafaz dan Kelancaran – 30 markah 2. Fasohah – 20 Markah 3. Tajwid – 20 Markah 4. Makhraj Huruf – 10 Markah 5. Intonasi suara dan gaya – 10 Markah 6. Keyakinan Diri – 5 Markah 7. Pakaian dan Penampilan – 5 Markah


C. Senarai Surah Wajib : a. Surah Al-Fatihah D. Senarai Surah Pilihan : a) Surah Al-Ikhlas b) Surah Al-Masad c) Surah Al-Falaq d) Surah Quraisy e) Surah Al-Asr f) Surah Al-Kafirun g) Surah Al-Nasr h) Surah An-Nas i) Surah Al-Kauthar


SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK STEM KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 A. Syarat Pertandingan 1. Setiap JPN diwakili oleh 1 kumpulan sahaja terdiri daripada 2 orang peserta. 2. Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan (akhir). 3. Setiap pasukan perlu menyediakan lima salinan Penulisan Sinopsis Projek berdasarkan format yang diberikan (tidak melebihi 3 muka surat) untuk diserahkan kepada jawatankuasa. 4. Peserta dikehendaki membentangkan hasil amalan terbaik STEM kepada hakim pertandingan. 5. Hakim akan menyoal peserta yang membuat pembentangan. 6. Masa yang diperuntukan untuk pembentangan ialah 6 minit hingga 8 minit. 7. Bahan pembentangan (penulisan) perlu diserahkan kepada urusetia untuk diserahkan kepada pihak Hakim sebelum hari pembentangan perkongsian pintar dijalankan. 8. Bahan / peralatan untuk pembentangan dan pameran perlu disediakan di dewan pameran sebelum pertandingan bermula. 9. Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid dibenarkan untuk membuat penyediaan di atas pentas sebelum peserta memulakan pertandingan. 10.Guru pengiring atau PPM dikehendaki berada di ruang khas (bahagian tepi) yang disediakan. B. Tatacara Persembahan 1. Murid bebas menyampaikan hasil kerja (projek) dalam pelbagai cara yang berunsurkan STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathmatics). 2. Peserta perlu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. 3. Hakim akan bersoal jawab dengan peserta semasa pembentangan berlangsung. 4. Guru Prasekolah, PPM atau Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan berada bersamasama pembentang semasa pembentangan dijalankan.


C. Tema Perkongsian Pintar: 1. Bebas dan perlu mengikut KSPK Semakan 2017 dan mestilah berunsurkan maklumat yang diambil daripada Pdpc, Media Massa serta tidak menyentuh manamana isu sensetif, agama, ras dan keturunan mana-mana kaum di negara ini. D. Pemarkahan (100%) 1. Kelancaran & Sebutan - 25 markah 2. Isi Pembentangan / Kefahaman - 25 markah 3. Kreativiti Persembahan - 20 markah 4. Sesi Soal Jawab - 15 markah 5. Penulisan Sinopsis Projek - 15 markah


BORANG PENULISAN SINOPSIS PROJEK PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK STEM KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 (Disediakan dalam Bahasa Melayu) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI : TEMA : TAJUK : NAMA MURID (1) : NAMA MURID (2) : ______________________________________________________________________ Panduan Penulisan Sinopsis Projek : A. SINOPSIS : PENGENALAN B. PENGUMPULAN BAHAN : 1). PERBINCANGAN BERSAMA GURU DAN PPM 2). PERBINCANGAN BERSAMA IBU BAPA DAN MURID C. PENGHASILAN PROJEK D. BAHAN E. IMPAK


SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN FASHION SHOW (BEST COSTUME) KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 A. Penyertaan 1. Setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diwakili oleh 1 orang peserta sahaja yang terdiri daripada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun. 2. Peserta (Model) dikehendaki memperagakan costume yang direka. 3. Rekaan costume adalah berdasarkan pilihan tema-tema yang terdapat di prasekolah 4. Rekaan costume wajib menggunakan tiga (3) jenis peralatan atau alat bantu mengajar yang terdapat di kelas prasekolah serta menggunakan bahan terbuang atau tumbuh-tumbuhan atau kedua-duanya sekali. 5. Aksesori tambahan dibenarkan namun tidak boleh menganggu keseluruhan konsep utama. 6. Bahan-bahan yang digunakan adalah bebas. B. Syarat Pertandingan dan Strategi Pelaksanaan 1. Juruacara akan menerangkan syarat-syarat dan peraturan kepada peserta atau pengiring. 2. Masa persembahan tidak kurang 3 minit dan tidak melebihi 5 minit persembahan di atas pentas. 3. Pakaian / prop / custume hendaklah disediakan oleh pasukan masing-masing. 4. Model atau peserta dikehendaki memperagakan costume masing-masing di atas pentas berdasarkan kreativiti masing-masing. (Catwalk) 5. Hanya muzik latar yang disediakan oleh urusetia sahaja akan mengiringi peserta/model sepanjang persembahan. 6. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta atau pasukan di dalam pertandingan ini. C. Pemarkahan (100%) 1. Kreativiti (rekaan costume) - 50 markah 2. Gaya - 15 markah 3. Keyakinan - 15 markah 4. Kekemasan rekaan - 10 markah 5. Keaslian rekaan - 10 markah


Click to View FlipBook Version