The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia .docx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrom Hussein, 2021-04-05 18:56:37

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia .docx

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia .docx

FASAL 1
1. NAMA DAN TEMPAT

1.1. Nama Majlis ini ialah Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia,
ringkasnya ialah GMGBM dan selepas ini disebut Majlis.

1.2. Pejabat Majlis ini ialah di sekolah Setiausaha bertugas atau ditentukan
oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis ini.

1.3. Tempat mesyuarat Majlis akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tadbir
Majlis dari semasa ke semasa.

FASAL 2
2. DEFINISI

2.1. Perkataan Guru Besar bermakna semua guru yang dilantik oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai guru besar di Sekolah Rendah.

2.1. Pendaftar maknanya Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

1/19

2.2. Penasihat maknanya Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Operasi Sekolah)

2.3. Penasihat 2 maknanya Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian.

2.4. Pegawai Perhubungan maknanya Pegawai yang dilantik oleh KPM.

2.5. Ahli  maknanya semua Guru Besar yang menganggotai Majlis Guru
Besar Negeri/Wilayah Persekutuan

2.6. Gabungan maknanya Majlis Guru Besar Negeri-negeri dan Wilayah
Persekutuan yang menjadi ahli gabungan majlis.

2.7. Pegawai Tadbir Majlis maknanya mereka yang dipilih atau dilantik dalam
Persidangan Perwakilan Kebangsaan bagi jawatan Yang Dipertua (YDP),
Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Naib Yang Dipertua 1 (NYDP1), Naib
Yang Dipertua 2 (NYDP2), Setiausaha (SU), Penolong Setiausaha (PSU)
dan Bendahari.

2.8. Ahli Exco Majlis merupakan Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Guru
Besar Negeri-negeri / Wilayah Persekutuan ataupun mana-mana nama
yang dicadangkan oleh Majlis Guru Besar Negeri-negeri / Wilayah
Persekutuan tersebut.

2.9. Jawatankuasa Tadbir Majlis merupakan sebuah jawatankuasa yang
bertanggungjawab mentadbir urus GMGBM dengan diketuai oleh YDP
dan barisan Pegawai-pegawai Tadbir Majlis yang lain bersama-sama
dengan barisan Ahli Exco Majlis.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

2/19

FASAL 3

3. TUJUAN

3.1. Merapatkan hubungan muhibah antara guru-guru besar di semua
peringkat dan semua jenis sekolah dalam Malaysia.

3.2. Membantu memastikan Majlis Guru Besar Daerah memberi kerjasama
kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Majlis Guru Besar Negeri memberi
kerjasama kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan memastikan
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia memberi kerjasama kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha melicinkan pelaksanaan
dan kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan serta program dan aktiviti
pendidikan

3.3. Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman-pengalaman
pentadbiran dan pendapat-pendapat yang boleh meningkatkan prestasi
pengurusan sekolah dan pengajaran & pembelajaran di sekolah-sekolah
rendah.

3.4. Mendukung dan mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.5. Berusaha meningkatkan kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan dan
profesion guru besar.

3.6. Berusaha meningkatkan kebajikan, kemasyarakatan dan tatasusila guru
besar.

 FASAL 4

4. KEAHLIAN GABUNGAN

4.1. Keahlian Majlis ini terdiri daripada gabungan Majlis Guru Besar
Negeri-negeri seluruh Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

3/19

FASAL 5

5. KEWAJIBAN AHLI

5.1. Mematuhi perlembagaan.

5.2. Menjelaskan yuran tahunan mengikut kehendak perlembagaan.

5.3. Melaksana segala keputusan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Tadbir Majlis atau dalam Persidangan Perwakilan Kebangsaan Biasa /
Luar Biasa.

FASAL 6
6. HAK AHLI

6.1. Mendapat faedah menurut Fasal 3.
6.2. Hak bersuara.
6.3. Hak mengundi.

FASAL 7

7. PELUCUTAN KEAHLIAN

7.1. Mana-mana ahli gabungan yang tidak mematuhi perlembagaan, peraturan
atau arahan Jawatankuasa Tadbir Majlis, maka keanggotaannya akan
digantung ataupun diberhentikan daripada menjadi Ahli Gabungan Majlis
oleh Jawatankuassa Tadbir Gabungan Majlis.

7.2. Mana-mana ahli Gabungan Majlis yang telah digantung atau
diberhentikan keanggotaannya maka ia boleh membuat rayuan bertulis

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

4/19

kepada Yang Dipertua untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Tadbir Majlis. Keputusan majoriti Mesyuarat Jawatankuasa
Tadbir Majlis adalah muktamad.

7.3. Mana-mana ahli yang telah bersara, berhenti tugas oleh pendaftar, pindah
tugas ke Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah atau lain-lain agensi telah lucut keahlian.

FASAL 8

8. PENTADBIRAN

8.1. Penasihat 1

8.2. Penasihat 2

8.3. Pegawai Perhubungan

8.4. Majlis ini akan ditadbirkan oleh sebuah Jawatankuasa Tadbir Majlis seperti
berikut:

8.4.1. Pegawai Tadbir Majlis yang terdiri daripada:

8.4.1.1. Seorang Yang Dipertua
8.4.1.2. Seorang Timbalan Yang Dipertua
8.4.1.3. Seorang Naib Yang Dipertua 1
8.4.1.4. Seorang Naib Yang Dipertua 2
8.4.1.5. Seorang Setiausaha
8.4.1.6. Seorang Penolong Setiausaha
8.4.1.7. Seorang Bendahari

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

5/19

8.4.2. Ahli Exco Majlis yang terdiri daripada Yang Dipertua dan
Setiausaha Majlis Guru Besar Negeri-negeri / Wilayah
Persekutuan.

8.5. Pegawai Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik mana-mana
Pegawai Tadbir Majlis atau Ahli Exco Majlis jika berlaku kekosongan
jawatan Pegawai Tadbir Majlis.

8.6. Jawatankuasa Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk menubuhkan
Jawatankuasa Kecil.

8.7. Mana-mana Yang Dipertua atau Setiausaha Majlis Guru Besar Negeri /
Wilayah Persekutuan yang dipilih atau dilantik menjadi Pegawai Tadbir
Majlis, maka MGBN/WP tersebut perlu mencadangkan calon pengganti
kuota Ahli Exco Majlisnya dengan mengambil kira jawatan yang
disandang oleh calon tersebut di negeri/WPnya atau berdasarkan merit,
kekananan, keperluan dan kepentingan kepada Majlis.

FASAL 9

9. MESYUARAT

9.1. Persidangan Perwakilan Kebangsaan hendaklah diadakan tiap-tiap tahun
sebelum bulan Oktober tahun tersebut kecuali mendapat kebenaran
bertulis daripada Pendaftar.

9.2. Persidangan perwakilan ini diadakan untuk membentang dan meluluskan
hal-hal seperti berikut:

9.2.1. Menerima dan mengesahkan Peringatan Persidangan Perwakilan
Kebangsaan yang lepas;

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

6/19

9.2.2. Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan Jawatankuasa
Tadbir Majlis;

9.2.3. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan;

9.2.4. Membentang dan menerima Anggaran Pendapatan dan
Perbelanjaan Tahunan;

9.2.5. Setiap tiga (3) tahun melantik seorang Pengerusi Tetap dan
seorang Timbalan Pengerusi Tetap;

9.2.6. Setiap tiga (3) tahun memilih Pegawai-Pegawai Tadbir Majlis bagi

jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.3.1.1 hingga 8.3.1.4).

* Jawatan 8.3.1.1 - 8.3.1.4 ini hendaklah dipilih dari kalangan Yang
Dipertua Majlis Guru Besar Negeri-negeri / Wilayah Persekutuan.

9.2.7. Jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.3.1.5 hingga 8.3.1.7) iaitu
Setiausaha, Bendahari dan Penolong Setiausaha adalah lantikan
oleh Yang Dipertua dari kalangan mana-mana Ahli Exco Majlis.

9.2.8. Setiap tiga (3) tahun memilih dua orang Juruaudit Dalam.
* Tidak boleh dipilih dari kalangan mana-mana anggota
Jawatankuasa Tadbir Majlis

9.2.9. Setiap tiga (3) tahun melantik seorang Pengerusi Tetap dan
seorang Timbalan Pengerusi Tetap.

* Tidak boleh dilantik dari kalangan mana-mana anggota
Jawatankuasa Tadbir Majlis

9.2.10. Menerima cadangan-cadangan dan usul-usul oleh Ahli-ahli Badan
Gabungan atau daripada Jawatankuasa Tadbir.

9.2.11. Sekiranya berlaku kekosongan jawatan mana-mana Juruaudit
Dalam atau Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap,
Jawatankuasa Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik
dengan kadar segera mana-mana ahli untuk menggantikannya.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

7/19

9.3. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali. Mana-mana Jawatankuasa
Tadbir Majlis yang tidak dapat hadir boleh diwakilkan dan hendaklah
dinyatakan secara bersurat.

9.4. Persidangan Perwakilan Kebangsaan Luar Biasa boleh diadakan dalam
mana-mana keadaan berikut:

9.4.1. apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis

9.4.2. atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu per lima
(1/5) daripada jumlah Ahli Gabungan Majlis.

9.4.3. atas arahan Pendaftar

9.5. Persidangan Perwakilan Kebangsaan Luar Biasa

9.5.1. hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh
keputusan Jawatankuasa Tadbir Majlis, atau tarikh penerimaan
permintaan Ahli Gabungan Majlis atau tarikh arahan Pendaftar
mengikut mana yang berkenaan.

9.5.2. Notis Bertulis Persidangan Perwakilan Kebangsaan Luar Biasa
hendaklah dikemukakan kepada perwakilan selewat-lewatnya 7
hari dari tarikh persidangan hendak diadakan dan perlu
menyatakan tujuan persidangan tersebut diadakan.

9.5.3. Urusan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Luar Biasa
hendaklah dihadkan kepada tujuan persidangan tersebut sahaja.

9.6. Persidangan Perwakilan Kebangsaan Biasa dan Luar Biasa hendaklah
dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap dan dibantu oleh Timbalan
Pengerusi Tetap Persidangan.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

8/19

9.7. Pengerusi Tetap Persidangan mempunyai hak undi pemutus yang
muktamad sekiranya tiada majoriti.

FASAL 10

10. KUORUM

10.1. Ahli-ahli persidangan perwakilan adalah terdiri daripada;

10.1.1. Semua Pegawai Tadbir Majlis dan Ahli Exco Majlis;

10.1.2. 15 orang ahli yang dipilih oleh setiap MGB Negeri/Wilayah

Persekutuan.

*Hanya mereka yang telah membayar Yuran Tahunan layak
menjadi perwakilan.

10.2. Kuorum Persidangan Perwakilan Kebangsaan Biasa dan Luar Biasa
hendaklah tidak kurang daripada tiga kali jumlah bilangan Pegawai Tadbir
Majlis dan Ahli Exco Majlis.

10.3. Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah
sekurang-kurangnya satu perdua ( ½ ) daripada jumlah Pegawai Tadbir
Majlis dan Ahli Exco Majlis.

FASAL 11
11. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA TADBIR MAJLIS

11.1. Yang Dipertua
11.1.1. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir
Majlis.
11.1.2. Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

9/19

11.1.3. Menandatangani Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir
Majlis yang diluluskan.

11.1.4. Mengawasi pentadbiran Majlis

11.1.5. Memerhati bahawa undang-undang yang termaktub dalam
perlembagaan ini dipatuhi oleh Ahli-ahli Gabungan Majlis.

11.1.6. Menghadiri dalam mana-mana majlis perjumpaan mesyuarat
jika diundang oleh mana-mana pihak.

11.1.7. Mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar, ulasan dan
sebarang maklumat mengenai perjalanan badan ini dari
semasa ke semasa.

11.1.8. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar
pembayaran atau pelulus transaksi dalam talian bagi pihak
Majlis.

11.2. Timbalan Yang Dipertua

11.2.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke
semasa.

11.2.2. Membantu Yang Dipertua Majlis dan menjalankan tugas Yang
Dipertua semasa ketiadaannya atau apabila diarahkan.

11.2.3. Tugas-tugasnya adalah seperti terkandung di dalam Fasal 11.1
kecuali 11.1.8

11.2.4. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

10/19

11.3. Naib Yang Dipertua 1

11.3.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke
semasa.

11.3.2. Membantu Yang Dipertua Majlis dan Timbalan Yang Dipertua
dan menjalankan tugas Yang Dipertua / Timbalan Yang
Dipertua semasa ketiadaan mereka atau apabila diarahkan.

11.3.3. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.4. Naib Yang DiPertua 2

11.4.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke
semasa.

11.4.2. Membantu Yang Dipertua Majlis, Timbalan Yang Dipertua dan
Naib Yang Dipertua 1 menjalankan tugas Yang Dipertua /
Timbalan Yang Dipertua / Naib Yang Dipertua 1 semasa
ketiadaan mereka atau apabila diarahkan.

11.4.3. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.5. Setiausaha
11.5.1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Yang Dipertua.
11.5.2. Mencatat segala peringatan mesyuarat majlis.
11.5.3. Bertanggungjawab tentang hal surat-menyurat.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

11/19

11.5.4. Menjalankan atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.

11.5.5. Menyedia Laporan Tahunan.

11.5.6. Menyimpan semua surat-menyurat atau semua dokumen
Majlis.

11.5.7. Menyimpan semua data peribadi Pegawai dan Jawatankuasa
Tadbir.

11.5.8. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar
pembayaran atau pelulus transaksi dalam talian bagi pihak
Majlis apabila ketiadaan Yang Dipertua atau dalam keadaan
mematuhi keperluan ketetapan pihak bank.

11.5.9. Bertanggungjawab mengeluarkan sebarang maklumat dan
siaran berita, mengenai aktiviti Majlis kepada media massa
setelah mendapat persetujuan Yang Dipertua.

11.5.10. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.5.11. Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis, Mesyuarat
Persidangan Perwakilan Biasa dan Luar Biasa pada bila-bila
masa yang dikehendaki.

11.5.12. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat
dan dokumentasi.

11.6. Penolong Setiausaha

11.6.1. Membantu kerja-kerja Setiausaha.

11.6.2. Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaannya atau
apabila diarahkan seperti FASAL 11.5 kecuali 11.5.8.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

12/19

11.6.3. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.7. Bendahari

11.7.1. Menerima dan menyimpan di bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Tadbir segala wang kepunyaan Majlis.

11.7.2. Menyimpan dan mengemaskini segala buku kira-kira
kepunyaan Majlis ini.

11.7.3. Menyedia laporan kira-kira Tahunan Majlis ataupun kira-kira
semasa jika dikehendaki oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.7.4. Membentangkan akaun dalam mesyuarat jawatankuasa dan
dalam Persidangan Agung Tahunan

11.7.5. Membayar bil-bil Majlis

11.7.6. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar
pembayaran atau pelulus transaksi dalam talian bagi pihak
Majlis

11.7.7. Melaporkan kepada Ahli-Ahli dan Jawatankuasa Tadbir Majlis
kedudukan harta, kewangan dan apa-apa milik Majlis.

11.7.8. Memastikan pembayaran Yuran Tahunan Ahli diterima
sebelum bulan Julai setiap tahun.

11.7.9. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.8. Ahli Exco Majlis

11.8.1. Menjadi penghubung dan penyampai maklumat antara MGB
masing-masing dengan Majlis.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

13/19

11.8.2. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.

11.8.3. Menyedia Laporan Tahunan MGB Negeri/WP masing-masing

11.8.4. Menyediakan Laporan Aktiviti apabila dikehendaki

11.8.5. Membantu mengurus pembayaran Yuran Tahunan Ahli MGB
Negeri/WP masing-masing dibayar kepada Bendahari Majlis
sebelum bulan Julai setiap tahun.

11.8.6. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.8.7. Sentiasa bersedia dan aktif memberi buah fikiran dalam setiap
mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.

11.9. Jawatankuasa Tadbir Majlis

11.9.1. Mengawal perjalanan dan menyelesaikan masalah-masalah Majlis
Guru Besar Negeri dan Daerah-Daerah.

11.9.2. Menetapkan tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir dan Mesyuarat
Agung Perwakilan Biasa, Luar Biasa Majlis Guru Besar Negeri.

11.9.3. Mengawal dan menentukan perbelanjaan dan menamakan mereka
yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat
menyimpan wang.

11.9.4. Menunaikan dan melaksanakan segala syarat yang dikehendaki
oleh Perlembagaan.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

14/19

11.10. Pengerusi Tetap

11.10.1. Mempengerusikan Persidangan Agung Tahunan Biasa dan
Luar Biasa.

11.10.2. Bertanggungjawab terhadap kelancaran, ketenteraman dan
kesempurnaan persidangan mengikut etika mesyuarat

11.10.3. Memastikan tiada gangguan dari luar

11.10.4. Tugas Pengerusi Tetap boleh diamanahkan kepada Timbalan
Pengerusi Tetap atau mana-mana anggota Jawatankuasa
Tadbir, jika perlu.

11.11. Timbalan Pengerusi Tetap

11.11.1. Timbalan Pengerusi Tetap membantu kerja-kerja Pengerusi
Tetap.

11.11.2. Menjalankan tugas Pengerusi Tetap apabila diarahkan

.

11.12. Juruaudit Dalam

11.12.1. Juruaudit Dalam dikehendaki memeriksa kira-kira GMGBM
bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan
untuk Mesyuarat Agung Perwakilan

11.12.2. Memeriksa kira-kira GMGBM pada bila-bila masa di dalam
tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada
Jawatankuasa Tadbir Majlis jika dikehendaki oleh Yang
Dipertua

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

15/19

11.12.3. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis jika
dikehendaki berbuat demikian oleh YDP; dan

11.12.4. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh
Jawatankuasa Tadbir.

FASAL 12

12. KEWANGAN

12.1. Tahun Kewangan Majlis

12.1.1 Tahunan Kewangan Majlis ini bermula daripada 1 Januari
hingga 31 Disember setiap tahun dan hendaklah diaudit oleh
Juruaudit Dalam.

12.2. Yuran

12.2.1. Yuran Tahunan bagi tiap-tiap ahli ialah sebanyak RM10
setahun.

12.2.2. Yuran ini hendaklah dipungut oleh Majlis Guru Besar Daerah
dan/atau Majlis Guru Besar Negeri / Wilayah Persekutuan.

12.2.3. Yuran hendaklah dijelaskan oleh ahli pada tiap-tiap tahun
sebelum 31 Mac atau dalam tempoh dua bulan dari tarikh
seseorang Guru Besar itu dilantik.

12.3. Derma

12.3.1 Dengan persetujuan bersurat daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia, Majlis ini boleh memungut derma atau sumbangan
daripada orang perseorangan atau syarikat bagi tujuan
menambah kewangan.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

16/19

12.3.2 Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan
membuat perjanjian dengan agensi perniagaan bagi mencetak,
mengedar bahan-bahan pengeluarannya atau apa-apa jua
kerjasama dengan mana-mana agensi yang berkaitan.

12.3.3 Semua sumbangan derma yang diterima daripada mana-mana
pihak hendaklah diluluskan dan dipersetujui terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis.

12.3.4 Wang Majlis ini hendaklah disimpan di mana-mana bank yang
diluluskan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.

FASAL 13

13. PEMEGANG AMANAH

13.1. Mana-mana Majlis Guru Besar sama ada Malaysia atau Negeri/Wilayah
Persekutuan atau Daerah/Jajahan mestilah membuka akaun di
mana-mana Bank Tempatan di Malaysia yang mudah bagi
Pegawai-pegawai Majlis Guru Besar menyimpan wang atau harta atau
berurus niaga.

13.2. Pegawai-pegawai memegang amanah Majlis terdiri daripada Yang
Dipertua, Setiausaha dan Bendahari (penandatangan cek).

13.3. Pengeluaran kewangan hanya dibenarkan jika ada dua daripada tiga
orang penandatangan cek.

13.4. Bendahari dibenarkan hanya memegang wang tunai Majlis ini tidak lebih
daripada RM500 dalam satu-satu masa.

13.5. Bendahari tidak dibenarkan mengeluarkan atau menggunakan wang lebih
daripada RM1000 tanpa kebenaran Jawatankuasa Tadbir Majlis.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

17/19

13.6. Pengauditan Tahunan Kewangan Majlis ialah dari 1hb. Januari hingga
31hb. Disember setiap tahun.

FASAL 14

14. PINDAAN PERLEMBAGAAN

14.1. Sebarang pindaan Perlembagaan Majlis ini tidak boleh dilakukan kecuali
mendapat kelulusan sekurang-kurangnya dua per tiga (⅔) jumlah
Perwakilan yang hadir dalam Persidangan Perwakilan Kebangsaan Biasa
atau Luar Biasa.

14.2. Sebarang  permohonan pindaan perlembagaan Majlis ini mengikut
FASAL 14.1 hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Majlis untuk
kelulusan terlebih dahulu.

14.3. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang
dicadangkan.

14.4. Pindaan kepada perlembagaan akan berkuatkuasa mulai daripada tarikh
permohonan pindaan diluluskan oleh Pendaftar Majlis.

FASAL 15

15. PENTAFSIRAN

15.1. Jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pentafsiran Perlembagaan
Majlis, maka hendaklah dirujukkan kepada Jawatankuasa Tadbir Majlis
ini. Pentafsiran yang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis adalah
muktamad.

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

18/19

FASAL 16

16. PERTIKAIAN

16.1. Sebarang pertikaian yang berlaku tidak boleh dibawa ke mahkamah, ia
hendaklah merujuk kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan
oleh Pendaftar Majlis.

FASAL 17

17. PEMBUBARAN

17.1. Gabungan Majlis ini tidak boleh dibubarkan tanpa mendapat persetujuan
daripada Pendaftar Majlis.

17.2. Sekiranya Gabungan Majlis ini dibubarkan, segala hutang-hutang Majlis
ini hendaklah dijelaskan. Wang yang berlebihan itu hendaklah
dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli Gabungan Majlis ataupun mengikut
budi bicara dan keputusan Jawatankuasa Tadbir Majlis bagi tujuan
kepentingan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah
rendah seluruh negara.

GMGBM
2020
Deraf 6
Dahlia, 1/2/2021

- Tamat -

Perlembagaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

19/19


Click to View FlipBook Version