The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrom Hussein, 2019-07-21 00:35:45

Rumusan Ucapan YDP GMGBM Bil 3 2019

Rumusan Ucapan YDP GMGBM Bil 3 2019

RUMUSAN MESYUARAT EXCO
GABUNGAN MAJLIS GURU BESAR MALAYSIA

KE 3/2019
HOTEL BRASMANA, KUALA PERLIS, PERLIS.

16 HINGGA 19 JULAI 2019.

YDP GMGBM : Tn Hj Rustam Affandy Bin Abdul Aziz

1. Dialog Professional bersama Pengarah Pendidikan
Negeri perlu diadakan setiap tahun untuk merapatkan
hubungan semua Guru Besar.

Tindakan : YDP MGB Negeri.

2. MGB Negeri-Negeri perlu memastikan angka sebenar
Bilangan Sekolah Rendah dan Yuran Tahunan
mulai 2020 perlu dijelaskan mengikut bilangan
sekolah tersebut.

MGB Negeri juga perlu memurnikan Perlembagaan
MGB Negeri masing-masing selaras dengan
Perlembagaan GMGBM. Perhatian khusus kepada
Pengurusan Kewangan juga perlu diambil berat.

Persidangan Perwakilan GMGBM perlu diselesaikan
selewat-lewatnya Bulan September, Persidangan
Perwakilan MGB Negeri dicadangkan Bulan Julai,
Mesyuarat Agung Tahunan MGB Daerah pada Bulan
Mei.

Tindakan : YDP MGB Negeri.

3. Konvensyen dan Persidangan Perwakilan GMGBM
Tahun 2020 dijadualkan diadakan pada 13 hingga 17
Julai 2020 di Klana Resort, Seremban.

Tindakan : GMGBM dan MGB Negeri Sembilan.

4. Talian Internet - dimohon YDP Negeri memastikan
semua sekolah memberi respons melalui Google Form
yang disediakan oleh Cikgu Shahrom untuk tindakan
sewajarnya.

Tindakan : TYDP GMGBM , Cg Shahrom.

5. Seminar Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
IAB 2019 - GMGBM akan menyumbang 3 peserta @
RM270.00 dari setiap negeri. Jumlah perbelanjaan
RM12,960.00

Tindakan : Bendahari GMGBM

6. Tuntutan Gred Hakiki DG48 - Task Force untuk
urusan ini telah dibentuk diketuai oleh Cg Sukimin Juki
yang akan menyediakan Kertas Cadangan untuk
dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara.
Mohon EXCO yang lain turut membantu.

Tindakan : TYDP GMGBM.

7. Urusan Smartpatnership - MGB Negeri digalakkan
untuk promosi jualan minuman Yakult di sekolah-
sekolah kerana jualan yang tinggi menyumbang
kepada pendapatan MGB Negeri. Pihak Nukilan
Printing akan berjumpa dengan semua YDP MGB
Negeri untuk menyelesaikan urusan Buku Transisi
mulai 22 Julai 2019.

Tindakan : YDP MGB Negeri.

8. Bicara Profesaional - Terima kasih kepada pihak
BPSM, KPM, KKM dan JKJR kerana telah memberi
input yang amat bermaklumat. Mohon semua YDP
MGB Negeri menyampaikan maklumat kepada semua
sekolah.

Tindakan : YDP MGB Negeri.

9. Pegawai dan EXCO Bersara Tahun 2019.
1. Tn Haji Zahidi b Zulkkifli (Perak)
20.06.2019
2. En. Mohd Tarmizi b Mohd Tahir (Perak)
03.08.2019
3. En. Ibrahim b Sahadan (Kuala Lumpur)
04.10.2019
4. Tn Haji Rustam Affandy b Abdul Aziz (Perak)
04.10.2019

Majlis persaraan YDP GMGBM akan diadakan pada 5
Oktober 2019 di Ipoh, Perak. Semua EXCO GMGBM
dijemput hadir.

Tindakan : Makluman

10. Lantikan mengisi Jawatan Pegawai GMGBM - YDP
memaklumkan bahawa pengisian jawatan pegawai
GMGBM memerlukan pemimpin yang amat
bertanggungjawab, bukan sekadar mengisi tempat
kosong. Pegawai yang dilantik mengisi jawatan
pegawai perlu memberi komitmen yang tinggi dan
mempunyai tempoh perkhidmatan sekurang-
kurangnya 6 tahun sebelum bersara. Pengisian
jawatan ini akan dilaksanakan pada Mesyuarat EXCO
GMGBM Kali ke 4/2019.

Tindakan : Makluman.

11. Mesyuarat EXCO Kali ke 4/2019 akan diadakan
pada 24 hingga 27 September 2019 di Labuan.

Tindakan : SUA GMGBM/MGB Labuan.

12. Percutian GMGBM Tahun 2019. Mohon EXCO sama-
sama menentukan destinasi sesuai dengan
kedudukan kewangan GMGBM.

Tindakan : YDP/Bendahari GMGBM.

13. Maklumbalas Resolusi, Minit Mesyuarat dan
Rumusan Mesyuarat perlu di bentangkan dalam
Mesyuarat ECXO akan datang.

Tindakan : SUA GMGBM.

14. Penghargaan dan Ucapan Terima kasih. Surat rasmi
ucapan terima kasih menghargai sumbangan dan
komitmen perlu disediakan segera untuk :
1. En, Harris bin Yahya, Penyelaras GMGBM
2. Pengarah Pendidikan Negeri Perlis.

Tindakan : SUA GMGBM.

15. YDP GMGBM ingin merakam ucapan terima kasih
kepada MGB Negeri Perlis akan kejayaan
menguruskan mesyuarat kali ini, kepada semua
pegawai dan EXCO GMGBM yang hadir. Mendoakan
semua selamat pulang ke destinasi masing-masing.

Rumusan disediakan oleh;
Cikgu Shahrom bin Hussein.

Tarikh : 21 Julai 2019.


Click to View FlipBook Version