The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrom Hussein, 2019-07-21 00:16:35

Rumusan Mesyuarat GMGBM Bil. 3 / 2019

rumusan gmgbm

RUMUSAN MESYUARAT EXCO
GABUNGAN MAJLIS GURU BESAR MALAYSIA KE 3/2019

HOTEL BRASMANA, KUALA PERLIS, PERLIS.
16 HINGGA 19 JULAI 2019.

Ucapan YDP GMGBM : Tn Hj Rustam Affandy Bin Abdul Aziz

1. Dialog Professional bersama Pengarah Pendidikan Negeri perlu diadakan
setiap tahun untuk merapatkan hubungan semua Guru Besar.

Tindakan : YDP MGB Negeri.

2. MGB Negeri-Negeri perlu memastikan angka sebenar Bilangan Sekolah
Rendah dan Yuran Tahunan mulai 2020 perlu dijelaskan mengikut bilangan
sekolah tersebut.

MGB Negeri juga perlu memurnikan Perlembagaan MGB Negeri masing-
masing selaras dengan Perlembagaan GMGBM. Perhatian khusus kepada
Pengurusan Kewangan juga perlu diambil berat.

Persidangan Perwakilan GMGBM perlu diselesaikan selewat-lewatnya Bulan
September, Persidangan Perwakilan MGB Negeri dicadangkan Bulan Julai,
Mesyuarat Agung Tahunan MGB Daerah pada Bulan Mei.

Tindakan : YDP MGB Negeri.

3. Konvensyen dan Persidangan Perwakilan GMGBM Tahun 2020 dijadualkan
diadakan pada 13 hingga 17 Julai 2020 di Klana Resort, Seremban.

Tindakan : GMGBM dan MGB Negeri Sembilan.

4. Talian Internet - dimohon YDP Negeri memastikan semua sekolah memberi
respons melalui Google Form yang disediakan oleh Cikgu Shahrom untuk
tindakan sewajarnya.

Tindakan : TYDP GMGBM , Cg Shahrom.

5. Seminar Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan IAB 2019 - GMGBM akan
menyumbang 3 peserta @ RM270.00 dari setiap negeri. Jumlah perbelanjaan
RM12,960.00

Tindakan : Bendahari GMGBM

6. Tuntutan Gred Hakiki DG48 - Task Force untuk urusan ini telah dibentuk
diketuai oleh Cg Sukimin Juki yang akan menyediakan Kertas Cadangan untuk
dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara. Mohon EXCO yang lain turut
membantu.

Tindakan : TYDP GMGBM.

7. Urusan Smartpatnership - MGB Negeri digalakkan untuk promosi jualan
minuman Yakult di sekolah-sekolah kerana jualan yang tinggi menyumbang
kepada pendapatan MGB Negeri. Pihak Nukilan Printing akan berjumpa dengan
semua YDP MGB Negeri untuk menyelesaikan urusan Buku Transisi mulai 22
Julai 2019.

Tindakan : YDP MGB Negeri.

8. Bicara Profesaional - Terima kasih kepada pihak BPSM, KPM, KKM dan JKJR
kerana telah memberi input yang amat bermaklumat. Mohon semua YDP MGB
Negeri menyampaikan maklumat kepada semua sekolah.

Tindakan : YDP MGB Negeri.

9. Pegawai dan EXCO Bersara Tahun 2019. 20.06.2019
1. Tn Haji Zahidi b Zulkkifli (Perak) 03.08.2019
2. En. Mohd Tarmizi b Mohd Tahir (Perak) 04.10.2019
3. En. Ibrahim b Sahadan (Kuala Lumpur) 04.10.2019
4. Tn Haji Rustam Affandy b Abdul Aziz (Perak)

Majlis persaraan YDP GMGBM akan diadakan pada 5 Oktober 2019 di Ipoh,
Perak. Semua EXCO GMGBM dijemput hadir.

Tindakan : Makluman

10. Lantikan mengisi Jawatan Pegawai GMGBM - YDP memaklumkan bahawa
pengisian jawatan pegawai GMGBM memerlukan pemimpin yang amat
bertanggungjawab, bukan sekadar mengisi tempat kosong. Pegawai yang
dilantik mengisi jawatan pegawai perlu memberi komitmen yang tinggi dan
mempunyai tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 6 tahun sebelum
bersara. Pengisian jawatan ini akan dilaksanakan pada Mesyuarat EXCO
GMGBM Kali ke 4/2019.

Tindakan : Makluman.

11. Mesyuarat EXCO Kali ke 4/2019 akan diadakan pada 24 hingga 27
September 2019 di Labuan.
Tindakan : SUA GMGBM/MGB Labuan.

12. Percutian GMGBM Tahun 2019. Mohon EXCO sama-sama menentukan
destinasi sesuai dengan kedudukan kewangan GMGBM.
Tindakan : YDP/Bendahari GMGBM.

13. Maklumbalas Resolusi, Minit Mesyuarat dan Rumusan Mesyuarat perlu di
bentangkan dalam Mesyuarat ECXO akan datang.
Tindakan : SUA GMGBM.

14. Penghargaan dan Ucapan Terima kasih. Surat rasmi ucapan terima kasih
menghargai sumbangan dan komitmen perlu disediakan segera untuk :
1. En, Harris bin Yahya, Penyelaras GMGBM
2. Pengarah Pendidikan Negeri Perlis.
Tindakan : SUA GMGBM.

15. YDP GMGBM ingin merakam ucapan terima kasih kepada MGB Negeri Perlis
akan kejayaan menguruskan mesyuarat kali ini, kepada semua pegawai dan
EXCO GMGBM yang hadir. Mendoakan semua selamat pulang ke destinasi
masing-masing.

Rumusan disediakan oleh;
Cikgu Shahrom bin Hussein.

Tarikh : 21 Julai 2019.


Click to View FlipBook Version