The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amir, 2023-09-10 10:18:50

KOMEN HAKIM KARNIVAL JELEBU 2023

KOMEN HAKIM KARNIVAL JELEBU 2023

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Jelebu Tahun 2023 Respon daripada Hakim-hakim buat Pemenang Johan dan Naib Johan


Bercerita Tahap 2 1. Johan tu masa lebih 7.09 . 2. Permulaan bercerita seperti pidato sikit masa beri Salam. 3. Semasa bercerita ok dah. 4. Boleh tambah penghayatan (mimik muka) 5. sebutan kebanyakkan murid sebutan tak baku. 6. Pastikan sebutan baku. 1. Untuk naib Johan bagus bahagian bercerita spontan. 2. Bahagian 1 kurang penghayatan 3. Pastikan sebutan baku.


Bercerita Tahap 1 1. sebutan kurang jelas dan tepat 2. gaya terlalu bersahaja.. (x dapat memukau juri) 3. plot cerita terlalu perlahan( masukan tentang rasuah di setiap plot cerita 4. susunan plot cerita kurang menarik. 5. suara kena jelas dan bulat 6. mimik muka juga perlu seiring dengan cerita. Contoh kalau sedih .. buat muka sedih 7. cerita tentang rasuah kurang mantap 8. penghayatan kurang 9. kostum juga memainkan peranan 10.perlu hafal cerita dan kena ada keyakinan diri.


Pidato Johan...pidato bahagian 1 penyampaian peserta boleh diperbaiki lagi dari segi intonasi suara. Keyakinan diri penting ketika penyampaian supaya lebih padu dan menarik. Kekuatan utamanya pada penyampaian pidato 2 nya...isi yg diutarakan memenuhi kehendak pemarkahan. Bagi naib johan peserta ni penyampaian pidato 1 memang padu. Tidak banyak perkara yang hendak di komen. Cuma peserta sempat beri 2 isi sahaja semasa penyampaian. Banyak markah hilang di situ. Kelemahan paling utama pidato bahagian 2 nya. Agak kaku, isi tak menepati tajuk. Perlu lebih cekap mentafsir apa yang soalan hendak.


Deklamasi sajak 1. Dari segi persembahan johan dah mantap. Naib johan perlu lebih menjiwai bait-bait sajak..bahasa perlu diperbaiki..mungkin susah sikit sebab bukan melayu tapi boleh dicuba. 2. Kelancaran- naib johan perlu perbaiki lagi..johan dah lancar 3. Kostum- johan saya rasa untuk ke negeri perlu cari kostum lain. Pendapat saya la..kurang sesuai untuk ke negeri.


Dendangan Syair Peserta Johan dari segi pitching, irama ok sangat. Perlu baiki dari segi penghayatan semasa mendendangkan syair. Nampak menghafal sangat. Expresi muka. Hakim yang mahir bahagian vokal berpendapat Irama peserta johan biasa je, kalau dia dapat irama yg mencabar boleh mendapat tempat di peringkat negeri. Peserta kedua pula penghayatan ,memek wajah semua bagus cuma masa permulaan dendangan peserta dikesan lari iramanya.


Sesungguhnya komen daripada hakim-hakim pertandingan bukanlah bersifat untuk merendahkan keyakinan peserta-peserta. Haruslah kita ambilnya sebagai perkara yang positif untuk memperbaiki dan bersiap sedia untuk mengadapi saingan yang lebih berat di peringkat negeri. Sekiranya ada dikalangan guru pembimbing yang terasa dengan komen-komen hakim saya, saya mohon maaf selaku PT yang dipertanggungjawabkan. Hal ini kerana, saya mempercayai semua hakim saya yang bertugas dan memberikan komen yang ikhlas dan membina untuk kecemerlangan peserta daerah kita.


Click to View FlipBook Version