The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IMRAN HAIKAL BIN ZUFANIZAN Moe, 2023-12-18 23:00:13

REVOLUSI SAINS DAN TEKNOLOGI - TELEFON

REVOLUSI SAINS DAN TEKNOLOGI

Keywords: Telefon

REVOLUSI SAINS DAN TEKNOLOGI TELEFON Apple melancarkan iPhone 15 pada September 2023 REVOLUSI TELEFON semakin berkembang pesat mengikut peredaran zaman Generasi muda tidak pernah melihat telefon pada zaman 1980 an MUHAMMAD RAIF BIN MOH RAFI (300719) ADIB IMRAN ISA BIN MAZLAN (300749) MIRRAH ALMAS BINTI AZIZ (300780) IZZAH AFIFAH BINTI MOHD NAJIB (300817) IRFAN HAZIM BIN KHAIRUL ANUAR (300856) NUR IMAN SAFIYAH BINTI MOHAMMAD SHAHREE (300876) NUR NAZIRA BINTI SURYANINGRAT (300955) LIAW YEAN SHAN (301001) NUR DANIA BATRISYIA BINTI MOHD ZAMRI (301038) NUR ALYA ZAFIRA BINTI MD ZAIDI (301082)


EVOLUSI REKA BENTUK TELEFON FAKTA MENARIK MENGENAI TELEFON KEPENTINGAN REVOLUSI TELEFON KESAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR BERLEBIHAN KISAH KEGAGALAN ‘NOKIA’ DALAM REVOLUSI TELEFON KANDUNGAN Isi 01 02 08 12 14 10 FUNGSI TELEFON PINTAR RUMUSAN RUJUKAN 19 23 24 PENGENALAN REVOLUSI FOTOGRAFI TELEFON PINTAR 16


TELEFON ADALAH PERANTI KOMUNIKASI YANG DIGUNAKAN UNTUK BERBICARA ANTARA DUA ATAU LEBIH ORANG MELALUI SAMBUNGAN SUARA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI TELEPON ATAU HANDPHONE. TELEFON BIASANYA MEMPUNYAI BEBERAPA FUNGSI TAMBAHAN, SEPERTI MENGIRIM MESEJ TEKS, MENGAMBIL GAMBAR, MEREKAM VIDEO, DAN MENJALANKAN PELBAGAI APLIKASI.TELEFON AWALNYA DIGUNAKAN UNTUK MENYAMPAIKAN SUARA MELALUI TALIAN TELEGRAF, TETAPI SEIRING WAKTU, TEKNOLOGI TELEFON BERKEMBANG DAN MENJADI LEBIH CANGGIH. TELEFON MODEN BIASANYA MEMPUNYAI PELBAGAI CIRI DAN SPESIFIKASI, TERMASUK KAMERA YANG CANGGIH, PEMPROSESAN KUASA TINGGI, PENYIMPANAN DATA YANG BESAR, SAMBUNGAN INTERNET, DAN PELBAGAI APLIKASI YANG MEMBOLEHKAN PENGGUNA MELAKUKAN PELBAGAI TUGAS SEPERTI MENYEMAK E-MEL, MELAYARI INTERNET, DAN BERKOMUNIKASI MELALUI APLIKASI PESANAN SEGERA. TELEFON JUGA TELAH MENJADI SEBAHAGIAN PENTING DALAM KEHIDUPAN HARIAN, MEMBANTU PENGGUNA MENJALANKAN PELBAGAI TUGAS SECARA EFISIEN DAN MENYEDIAKAN AKSES KEPADA MAKLUMAT DENGAN CEPAT. PENGENALAN 1


1997 1999 Nokia mengeluarkan model Nokia 3110 ke pasaran. Nokia 3110 adalah telefon bimbit yang paling kompak di pasaran lalu menamatkan trend telefon bimbit yang besar pada tahun 1970 dan 1980. EVOLUSI REKA BENTUK TELEFON 1983 Motorola megeluarkan Motorola Dyna TAC 8000X dan merupakan telefon bimbit mudah alih komersial yang pertama di dunia. Blackberry pertama kali diperkenalkan namun mula menjadi kegilaan ramai pada tahun 2002 kerana ia menampilkan ciri-ciri seperti penghantaran faks melalui telefon bimbit. 2


2000 2003 2004 Telefon bimbit dengan ciri-ciri telefon lipat (flip phone) memasuki pasaran. Motorola memperkenalkan telefon dengan reka bentuk yang cantik dengan skrin berwarna bagi pengguna yang mahukan kelainan NT-Mobile Sidekick diperkenalkan dan pengguna dapat menikmati papan kekunci penuh di skrin segi empat tepat termasuk pelayaran web, emel dan kemara. Ia merupakan permulaan ciri-ciri penting telefon pintar sekarang. Model ini pernah menjadi telefon bimbit terlaris di dunia iaitu telefin flip Razr yang dikeluarkan oleh Motorola. Ia merupakan tlelefon yang paling kompak di pasaran ketika itu iaitu Model V3. 3


2005 2007 2016 Model telefon bimbit pada tahun ini boleh menghantar emel luar daripada pejabat lalu menjadikan ia telefon bimbit kegemaran pekerja korporat dan ia juga mempunyai cri Wifi, skrin berwarna dan papan kekunci yang besar. Apple telah mengeluarkan iPhone pertama mereka. iPhone menggabungkan tiga produk iaitu telefon mudah alih, skrin yang lebar dengan kawalan skrin sentuh dan peranti komunikasi internet yang hebat. MAalahan pengguna boleh mengawak iPhone menggunakan jari sahaja. Pada 7 September 2007, Apple telah melancarkan iPhone 7 yang kalis air, lensa yang menawrkan zoom optik dua kali ganda dan sehingga 10 kali ganda zoom digital untuk foto, fon telinga tanpa wayar dan prestasi serta hayat bateri yang terbaik. 4


“Inovasi telefon datang jauh lebih awal daripada yang dijangka. ” Robert Hooke pencipta telefon akustik pertama. Rupanya seperti mainan dua tin yang anda buat waktu kecil, Hooke mendapati gelombang bunyi dapat dihantar melalui wayar atau tali melalui corong dari satu sisi ke cuping telinga. wayar yang membenarkan 22 aksara dihantar. Mesin elektrostatik menjana isyarat yang dihantar hanya berjarak 30 batu (48km). Pada mulanya, cara untuk menghidupkan Tahun 1796— Peranti telegraf dibina. Ia terdiri daripada 44 telegraf tersebut amat kejam. Talian wayar hidup itu di Aranjuez, Sepanyol. Orang gaji memegang wayar langsung. Pekerja-pekerja yang miskin melompat pada setiap renjatan elektirk yang dicetuskan di Madrid. Caranya kejam— tetapi berkesan. Tidak lama kemudian, peranti itu telah diperbaiki semula dengan cara memaparkan percikan api apabila isyarat dihantar, dan bukannya menyebabkan renjatan elektrik. 5


1849— Innocenzo Manzetti, seorang pencipta Itali yang dilahirkan di Aosta, menganggap idea telefon (sejak tahun 1844) sebagai "automaton" yang dibinanya pada tahun 1849. 1834— Pencipta Itali Antonio Meucci membina sejenis telefon akustik sebagai cara untuk operate. berkomunikasi antara pentas dan bilik kawalan di teater "Teatro della Pergola" di Florence. Telefon ini dibina daripada model telefon paip dalam kapal. Samuel B. Morse menemui cara penghantaran mesej dengan menekan dan melepaskan butang dalam selang waktu yang ditetapkan untuk menghasilkan pelbagai bunyi. Bunyi-bunyi yang dihasilkan ini turut dinamakan seperti penemunya iaitu “Morse code” atau, kod Morse. 6


Antonio Meucci telah dikredit sebagai penciptaan telefon yang paling asas dan pertama di dunia pada tahun 1849. Pada tahun 1954, seorang pencipta telefon Perancis, Charles Bourseul mencipta telefon. Alexander Graham Bell memenangi paten di Amerika Syarikat (A.S.) untuk peranti pertama itu pada tahun 1876. bergabung dengan syarikat lain untuk membentuk Syarikat Telefon Bell Amerika dan Syarikat Telegraf pada tahun 1885, serta menubuhkan Telefon Amerika (AT&T). Syarikat-syarikat tersebut telah mendominasi telekomunikasi pada abad berikutnya. Pada satu ketika, pekerja Bell System sengaja memburukkan sistem telefon A.S. untuk menurunkan harga saham semua syarikat telefon dan dengan itu memudahkan Bell memperoleh pesaing yang lebih kecil. Bell memulakan penyelidikannya pada tahun 1874 dan berjaya mendapat sumbangan kewangan yang memberinya rancangan perniagaan terbaik untuk membawanya ke pasaran. Pada tahun 1870-an, komponen-komponen pertama telefon telah dicipta, iaitu papan suis dan pertalian. Pada tahun 1880, Bell 7


FAKTA MENARIK TELEFON MUDAH ALIH Disember 2023 PANGGILAN TELEFON PINTAR PERTAMA Panggilan pertama dibuat oleh Martin Cooper pada tahun 1973 yang merupakan seorang jurutera Motorola di New York. Paling menarik adalah beliau telaah membuat panggilan tersebut kepada pesaingnya yang terbesar dalam sektor tersebut iaitu jurutera Joel Engel dari AT & T. Telefon bimbit pertama di dunia telah dilancarkan pada tahun 1983. Motorola DynaTAC 800x. Ia berharga sekitar $ 4,000 dan tahan selama 30 minit waktu bercakap sebelum mati. Ianya besar dan panjang. Walaupun saiz telefonnya yang besar, ia masih dianggap sebagai telefon yang paling mudah alih yang pernah dibuat. TELEFON PINTAR PERTAMA 8


TELEPHONOPHONIA, NOMOPHOBIA, FRIGENSOPHOBIA & RINGXIETY TELEFON TERMAHAL Telefon bimbit termahal pada 2023 ialah iPhone 15 Pro Max dengan harga RM7499 . Faktor yang membuatkan ia mahal adalah kerana ia menggunakan pemproses A17 Pro yang merupakan cipset pertama di dunia. Ia juga merupakan satusatunya telefon bimbit dalam siri HP terbaru Apple yang membawa lensa telefoto dengan zum optik 5x. Telefon mudah alih mewujdukan beberapa sindrom baru di kalangan masyarkat. Syndro ini terjadi apabila mereka terlalu obses dengan telefon mudah alih. Telephonobia: Takut membuat atau menerima panggilan telefon. Nomophobia: Takut apabila tidak mempunyai telefon. Hidup tertekan apabila telefon tidak berfungsi, rosak dan tidak canggih. Ringxiety atau fauxcellarm: Digambarkan sebagai fenomena "psiko-akustik" seperti merasa telefon berbunyi sedangkan ia tidak berbunyi. Frigensophobia: Takut menggunakan telefon mudah alih dengan alasan merosakkan saraf dan punca penyakit seperti kanser. 9


Sewaktu dunia sedang berkembang maju dengan teknologi, salah satu inovasi yang mendapat perhatian ramai ialah revolusi telefon pintar. Perkembangan ini bukan sahaja berubah dalam reka bentuk, tetapi transformasi yang mendalam dalam cara kita berinteraksi, bekerja dan menjalani kehidupan seharian kita. Seterusnya, buku ini akan menerangkan kepentingan revolusi telefon pintar, meneroka kesannya dalam pelbagai aspek kehidupan dan menyerlahkan beberapa rujukan yang menyokong pandangan tersebut. Kemudahan Akses Informasi: Telefon pintar membuka pintu bagi kemudahan akses informasi. Dengan internet di ujung jari, pengguna dapat mencari dan memperoleh informasi dengan cepat. Ini memberikan impak positif dalam bidang pendidikan, bisnis, dan kehidupan sehari-hari. Misalnya, aplikasi pembelajaran atas talian, platform e-commerce, dan berita online menjadi lebih mudah untuk diakses, meningkatkan produktiviti dan pengetahuan penggunanya. Transformasi Komunikasi: Revolusi telefon pintar membawa revolusi dalam cara kita berkomunikasi. Pesan teks, panggilan video, dan media sosial memberikan pelbagai cara untuk berinteraksi dengan orang lain tanpa batasan. Kehadiran aplikasi komunikasi juga mempermudah kolaborasi dalam bidang perniagaan dan meningkatkan rangkaian sosial. 10


Peningkatan Produktivitas: Dengan adanya aplikasi produktiviti di dalamnya, telefon pintar berperanan sebagai alat bantu untuk meningkatkan efisiensi dan produktiviti. Aplikasi seperti kalender, dan pengelola tugas membantu orang mengatur waktu dan menyelesaikan pekerjaan dengan lebih efektif. Ini tidak hanya memberi impak positif pada individu, tetapi juga membantu organisasi mencapai tujuan mereka dengan lebih baik. Inovasi dalam Kesehatan: Telefon pintar juga memainkan peranan penting dalam industri kesehatan. Aplikasi kesehatan membantu pengguna memantau aktiviti fisikal, tidur, dan aspek kesehatan lainnya. Dengan adanya fungsi penderia canggih, seperti monitor pengiraan kadar nadi dan bacaan tekanan darah, telepon pintar menjadi alat penting dalam pemantauan kesehatan pribadi. Peran dalam Ekonomi Digital: Revolusi telefon pintar juga telah memacu pertumbuhan ekonomi digital. Aplikasi kewangan, e-commerce, dan pembayaran digital semakin pesat duganakan, menciptakan peluang baru bagi usahawan dan pengguna. Ini tidak hanya mempercepat transaksi kewangan, malahan menciptakan cara transaksi baru dan membuka peluang pekerjaan dalm sektor digital. 11


07 1995 Teknologi Menjangkaui Masa Telefon ejayaan Nokia Pada tahun 1990-an dan awal 2000-an, Nokia menguasai pasar telefone pintar dengan produkproduk andalannya yang tahan lama dan mudah digunakan. Mereka fokuskan keistimewaan produk mereka pada daya tahan bateri, kekuatan rangkaian isyarat, dan reka bentuk yang praktikal. Walau bagaimanapun, seperti yang sering berlaku dalam sejarah perniagaan, kejayaan boleh menjadi permulaan kegagalan. Kegagalan Nokia dalam Revolusi Telefon Pintar K Pada awalnya, Nokia menguasai pasaran dalam dunia telefon pintar. Namun, pada awal abad ke-21, perusahaan ini mengalami kejatuhan yang mengejutkan, penjualan produk mereka kian merudum akibat pesaing baru, Apple, dalam revolusi telefon pintar. Perubahan Paradigma Apabila Apple memperkenalkan iPhone pada tahun 2007, mereka mengubah paradigma industri telefon mudah alih. Sebagai perintis telefon pintar, iPhone membawa konsep skrin sentuh, antara muka intuitif dan akses mudah kepada aplikasi. Ini adalah permulaan revolusi telefon pintar. 12


Kepentingan Revolusi Telefon Pintar: Kegagalan Nokia untuk menerima revolusi telefon pintar adalah satu pengajaran yang berharga. Revolusi ini bukan sahaja mengenai teknologi, tetapi juga tentang menyesuaikan diri dengan perubahan tingkah laku pengguna. Telefon bimbit bukan lagi sekadar alat komunikasi, tetapi pusat kehidupan digital pengguna. Kepentingan revolusi telefon pintar adalah untuk terus berinovasi, menyesuaikan diri dengan arah aliran, dan memahami perubahan keperluan pasaran. Kesimpulannya, kisah kejatuhan Nokia adalah gambaran betapa pentingnya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam revolusi teknologi. Kejayaan Apple dalam merumuskan semula industri telefon mudah alih membuktikan bahawa kepentingan revolusi telefon pintar bukan sahaja terletak pada inovasi teknologi, tetapi juga dalam memahami perubahan tingkah laku pengguna dan mewujudkan ekosistem digital yang teguh. Nokia adalah pengajaran berharga bagi syarikat lain untuk terus memantau perkembangan teknologi dan sentiasa bersedia untuk berubah. Tertinggal dalam Inovasi: Walaupun Apple mencapai kejayaan dengan iPhone, Nokia terlalu lambat untuk bertindak balas terhadap perubahan trend. Mereka masih berpegang kepada model perniagaan telefon mudah alih klasik mereka, manakala pengguna semakin berminat dengan telefon pintar pintar pelbagai fungsi. Kegagalan mereka untuk merealisasikan potensi revolusi telefon pintar adalah langkah pertama untuk mengalahkan. Kualitas vs. Inovasi: Nokia terperangkap dalam perang antara mengekalkan kualiti produknya dan menyesuaikan diri dengan inovasi. Mereka menekankan kebolehpercayaan dan ketahanan, manakala produk iPhone dan Android terus berinovasi dengan skrin sentuh responsif, apl kaya dan sambungan internet yang pantas. Kualiti Nokia kekal utuh, tetapi ia kehilangan minat pengguna terhadap ciri-ciri inovatif. 08 1995 13


Revolusi Fotografi Telefon Pintar M E R A K A M D E T I K T A K D I T A N D I N G I Pada era moden ini, telefon pintar bukan sahaja sebagai alat komunikasi, tetapi juga revolusi dalam dunia fotografi. Revolusi ini telah membuka pintu kepada pengalaman fotografi yang lebih hebat dan mengasyikkan, membolehkan setiap individu menjadi pencipta cerita melalui lensa telefon pintar mereka. Mari kita terokai bagaimana revolusi telefon pintar telah mengubah cara kita melihat dan merakam dunia di sekeliling kita. Dengan kemajuan dalam teknologi kamera pada telefon pintar, pengguna kini boleh menikmati kualiti imej yang menakjubkan tanpa perlu membawa kamera DSLR yang besar. Resolusi tinggi, HDR dan pengoptimuman imej automatik memastikan setiap imej menonjol dengan kejelasan dan warna yang menakjubkan. Dengan kemajuan dalam teknologi kamera pada telefon pintar, pengguna kini boleh menikmati kualiti imej yang menakjubkan tanpa perlu membawa kamera DSLR yang besar. Resolusi tinggi, HDR dan pengoptimuman imej automatik memastikan setiap imej menonjol dengan kejelasan dan warna yang menakjubkan. 14


Teknologi mod malam ialah ciptaan hebat yang mengubah cara kita merakam imej pada waktu malam. Kini, pengguna boleh menangkap keindahan bandar pada waktu malam tanpa kehilangan ketajaman atau butiran imej. Revolusi fotografi telefon pintar bukan sahaja mengubah cara kami merakam dunia, ia juga membuka peluang kepada semua orang untuk menjadi pencipta visual. Dengan keupayaan canggih telefon pintar dalam fotografi, setiap imej bukan sekadar rekod visual, tetapi karya seni yang mempunyai cerita tersendiri. Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang telah disepadukan ke dalam kamera telefon pintar. Pengecaman senyuman, pelarasan pendedahan automatik dan pengimbasan objek memberikan kemudahan dan ketepatan dalam penangkapan. 15 Fokus pada keupayaan videografi telefon pintar yang semakin berkualiti tinggi. Pengguna kini boleh merakam video 4K dengan kestabilan yang hebat, membuka ruang kreatif untuk bercerita melalui medium visual.


FUNGSI A P A K A H M A N F A A T T E L E F O N D A L A M M A S Y A R A K A T K I N I ? P enggunaan telefon pintar(smartphone) semakin digemari dalam kalangan masyarakat Malaysia. Telefon pintar merujuk kepada telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan teknologi tinggi berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunaanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Android & iOS. Dengan revolusi kecanggihan telefon pintar, apakah faktor yang mendorong masyarakat menjadikan ianya sebagai satu aset yang digunakan setiap hari? SEBAGAI ALAT PERHUBUNG Telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, telefon pintar kini mempunyai kecanggihan untuk membuat panggilan video(video call). Ramai memanfaatkan teknologi ini untuk menatap wajah-wajah yang dirindui. TELEFON PINTAR 16


MEMUDAHKAN PERJALANAN Pada tahun 2008, usahawan Ehud Shabtai, Amir Shinar, and Uri Levine telah mereka satu aplikasi GPS yang dikenali sebagai “Waze”. Dengan penggunaan aplikasi, ini kita tidak perlu khuatir akan kesesatan yang bakal kita hadapi kerana GPS akan sentiasa membawa kita ke jalan yang kita ingin tujui. Ini akan membawa kepada penjimatan masa dan mengurangkan risiko kemalangan URUSAN PEMBELAJARAN Nyawa UMPAMA DALAM DIRI Dengan jaringan atas talian yang semakin maju dan murah untuk dimiliki, kemudahan mencari maklumat berada dihujung jari. Maka, pelajar juga mampu melakukan pembelajaran secara bersendirian di rumah dengan memanfaatkan aplikasi-aplikasi pembelajaran yang ditawarkan atas talian. HIBURAN Dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa dengan cara memuat turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantas. 17


“THE POWER OF SMARTPHONES” PASARAN E-DAGANG Telefon pintar dan Internet adalah penting untuk pemasaran dan pertumbuhan perniagaan dalam masyarakat. Semua syarikat mempunyai keupayaan untuk menggunakan media sosial untuk mengiklankan barangan atau perkhidmatan mereka. Dengan kemudahan yang tersedia, perniagaan boleh berkembang jika mereka mendapat maklum balas yang baik dan testimoni yang dikongsikan di akaun media sosial mereka. Seiring dengan pertumbuhan edagang, semua syarikat harus menggunakan Internet secara aktif untuk meningkatkan capaian pemasaran mereka dan kekal relevan pada masa ini. Izharnya, penggunaan telefon pintar dan Internet adalah penting untuk pertumbuhan syarikat kecil dan besar di dalam dan di luar negara. Dari perspektif yang berbeza, kita boleh menggunakan telefon bimbit untuk menguruskan urusan dalam talian. Kita boleh membayar bil elektrik, air dan kad kredit dengan ini melalui aplikasi telefon bimbit. Sebagai contoh, kami mempunyai keupayaan untuk membayar dalam talian melalui tapak web yang dipanggil "Maybank2u," serta perkhidmatan pembayaran tambahan seperti FPX dan PayPal. Kerana "masa itu emas," kita boleh menjimatkan masa dan tenaga. PEMBAYARAN ATAS TALIAN 2023 18


KESAN PENGUNAANBERLEBIHAN MENJEJASKANKESIHATANMENTALIndividu kerap berfikiran keseorangan kerana mereka meluangkan banyak masa lebih pada telefon pintar. Hal ini boleh membawa implikasi pada kesihatan mental dan fizikal yang serius seperti kualiti tidur yang rendah dan fungsi sistem imun yang berkurangan. MENJEJASKANPELAJARANMasa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa melayan telefon pintar. Ianya sekaligus telah melalaikan mereka. PEMBAZIRAN MASA Ini berlaku apabila masa banyak dihabiskan melayari laman sosial, ber’chatting’ dan bermain ’video games’ . Ini menyebabkan masa untuk beriadah & berjumpa dengan orang tersayang semakin terhad. Ini memberi impak yang tidak baik dalam jangka masa panjang. TELEFON PINTAR 19


KETAGIHAN Telefon Pintar Telefon pintar KINI dianggap sebagai barangan "keperluan" kerana ia bukan sahaja alat untuk berkomunikasi, tetapi juga tempat untuk mengetahui maklumat semasa, menyelesaikan tugasan harian dan berhubung antara individu dan kelompok besar. Tinjauan mendapati bahawa rata-rata, pengguna menghabiskan 6.6 jam dalam talian sehari melayari Internet antaranya melalui medium telefon pintar. Persoalannya, mengapakah pengguna menghabiskan masa selama itu dengan telefon pintar? Adakah wujud ketagihan terhadap telefon pintar? Ia tidak dinafikan bahawa telefon pintar ini memudahkan serta meluaskan jaringan komunikasi. Jika beberapa dekad lalu, telefon hanya untuk panggilan saja, kini menerusi telefon kita boleh melaksanakan persidangan video, menghadiri seminar atas talian dan pelbagai kemudahan lain lagi seperti menghantar mesej, mencari maklumat, merakam suara dan mengambil gambar dianggap biasa oleh pengguna telefon pintar pada hari ini. 20


Martin Cooper, bapa kepada telefon selular pertama di dunia. Pada tahun 1972 beliau bertugas sebagai ketua bahagian komunikasi di Motorola. Pada waktu tersebut pesaing mereka AT&T sedang membangunkan teknologi telefon selular untuk digunakan dalam kereta. Cooper merasakan idea AT&T ini akan menjadi lebih baik sekiranya sebuah telefon mudah alih sebenar yang boleh dibawa berjalan-jalan dihasilkan. Perkembangan telefon selular mudah alih pertama bermula pada November 1972. Beliau hanya “90 hari untuk menghasilkan prototaip telefon pertama?” menggunakan masa kira-kira 90 hari untuk menghasilkan prototaip telefon pertama di dunia, iaitu Motorola DynaTAC (DYNamic Adaptive Total Area Coverage). 21


“Nokia 3310 lagi power daripada iPhone. ” [“The Bricks” VS. iPhone] Motorola DynaTAC atau “The Brick” kerana saiznya yang besar. Tingginya 10 inci dan berat yang tercecah 1.1 KG atau bersamaan dengan kira-kira tujuh buah iPhone X. “The Bricks” hanya mampu melakukan panggilan selama 20 minit dengan sekali caj. Untuk mengecas yang tercanggih pada waktu tersebut. Jadi, hanya golongan yang berada sahaja yang mampu memiliki telefon tersebut. Ia dijual pada harga $3995 sebuah dan bersamaan dengan $9800 (~RM 38,000) sebuah mengikut nilai mata wang semasa. semula bateri sehingga penuh, pemilik perlu menanti selama 10 jam. “The Bricks” adalah telefon pertama dengan teknologi “No one could beat Nokia in the quality, price and features of their mobile phones." — Dan Hodges. Tidak dapat kita nafikan bahawa pada zaman dahulu Nokia berjaya menghasilkan telefon yang amat canggih. Malahan, Nokia telah dibutakan dengan keyakinannya. Manakala, syarikatsyarikat lain seperti iPhone dan Samsung berusaha untuk menceburi bidang tersebut secara mendalam. Akhirnya hasil mereka dapat kita lihat pada masa kini. 22


Kesimpulannya, seperti mana yang kita tahu telefon pintar telah wujud bermula pada 1667 dan telah berevolusi sehingga menjadi telefon pintar yang kita gunakan sekarang. Kita perlulah berterima kasih kepada saintis yang telah berusaha menghasilakannya dengan bijak menggunakan kelebihan yg ada pada telefon pintar untuk melakukan perkara yg bermanfaat pada diri dan masyarakat seperti menggunakan platform e-dagang untuk meningkatkan ekonomi negara Malaysia. Selain itu, kita seharusnya tidak menggunakan telefon pintar dengan berlebihan kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk pada diri dan alam sekitar. Selanjutnya, janganlah kita salah gunakan teknologi yg ada pada telefon pintar untuk kepentingan masing masing seperti menyebarkan berita palsu untuk meraih populariti dan menipu untuk mendapatkan wang. Akhir sekali, jadilah pengguna yang bijak dalam melakukan apa-apa perkara kerana akan ada balasan atas setiap yang kita lakukan. 23


Rujukan Consortium On Reaching Excellence in Education (CORE). “Word-Part Clues: Roots.”. Hilotin, Jay. “A Brief History of the Telephone.” Gulfnews.com. (26 Oktober 2020) Disuntik MrJocko. “Apa Beza Telefon Handphone Dulu Dan Sekarang.” Travel Blogger Malaysia. (25 Diambil daripada https://www.corelearn.com/files/WordRootLesson.pdf. daripada gulfnews.com/world/a-brief-history-of-the-telephone-1.1603713110135, pd 26 Oktober 2020. Mei 2014) Diambil daripada www.mrjocko.com/apa-beza-telefon-handphone-dulu-dansekarang.html, pd 25 Mei 2014. Insider Tech. “History of Cellphones and How Drastically They’ve Changed.” Disuntik daripada www.youtube.com. (31 Julai 2017) youtu.be/nrdNdprcYls?si=tHsqm9OFYfKxVzun, pd 31 Julai 2017. Hodges, Dan. “Power of Design and Imagination: Lessons from Apple and Nokia | Retail Dive.” Diambil daripada www.retaildive.com/ex/mobilecommercedaily/power-of-design-andimagination-lessons-from-apple-and-nokia. 24 Nurhaziq. “Fakta Mengejutkan Tentang Telefon!.” Blog Saya Pejuang Bahasa. (7 April 2019) Diambil daripada https://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2019/04/fakta-mengejutkantentang-telefon.html


Click to View FlipBook Version