Kepelbagaian Sosiobudaya & Implikasinya terhadap Komuniti Sekolah dan Pendidikan Tugasan 2: Penghasilan Produk
Nama: Heidi Hana Binti Irwan Wira No. Angka Giliran: 2021052340188 Nama unit: Pendidikan Islam 4 Tugasan: Tugasan 2- Penghasilan Produk (E-book) Nama Pensyarah: Dr. Nordin Bin Bula EDUP 3143: Sosiologi dalam Pendidikan
Segala puji dan kesyukuran ke hadrat Allah kerana di atas limpah kurnia dan rahmatnya, saya dapat menyelesaikan tanggungjawab saya dengan lancar sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya nukilkan kepada pensyarah saya iaitu Dr. Nordin Bin Bula, selaku pensyarah bagi kursus EDUP 3143 Sosiologi dalam Pendidikan. Beliau banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya tanpa jemu untuk menghasilkan kerja kursus ini berlandaskan panduan yang benar. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga saya kerana sering mendoakan saya dan sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada saya supaya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Saya juga ingin menzahirkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sentiasa membantu dan bertukar-tukar pendapat dengan saya dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah merahmati mereka semua. Amin. Penghargaan
1.0 PENGENALAN 1-2 KANDUNGAN 2.0 FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA 3.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA 4.0 RUMUSAN RUJUKAN 3-11 12-22 23 24-26
1.0 Pengenalan Sosiobudaya merupakan antara cabang kajian dalam bidang sosiologi untuk menganalisis dan memahami budaya sesebuah masyarakat. Sosiobudaya didefinisikan sebagai gaya hidup dan peradaban sesebuah masyarakat berdasarkan pegangan dan prinsip masyarakat berkenaan dalam pembangunan sosial kehidupan mereka (Rosfazila, 2019). Kajian mengenai sosiobudaya merupakan bidang yang menyelidiki korelasi antara budaya dan faktor sosial dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian, pemahaman mengenai konsep sosiobudaya dapat memberi pendedahan berkaitan peranan budaya dan faktor sosial dalam membentuk nilai, tingkah laku, norma, interaksi dan struktur sosial manusia dalam suatu kelompok masyarakat. 1
Pemahaman guru mengenai sosiobudaya dalam landskap pendidikan amatlah signifikan dalam mendepani kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. Hal ini demikian kerana guru merupakan agen sosialisasi yang bertindak dalam mengembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh supaya mereka dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Penulisan ini akan menumpukan kepada faktor kepelbagaian budaya dalam pendidikan dan implikasinya terhadap sekolah dan pendidikan. 2
2.0 FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Terdapat lima faktor utama yang mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. Kelima-lima faktor ini memainkan peranan yang signifikan terhadap iklim sosial komuniti di sesebuah sekolah. 1 2 3 4 5 Bangsa Kelas Sosial Bahasa Kepercayaan Agama Adat Resam & Budaya 3
2.1 Bangsa Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India serta peribumi di Sabah (misalnya Kadazan-Dusun, Murut dan Bajau) dan Sarawak (misalnya Iban, Bidayuh dan Melanau). Perkara ini pada dasarnya mewujudkan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian tradisi dan budaya. Kefahaman mengenai identiti bangsa yang berbilang kaum merupakan satu asas yang penting bagi mewujudkan keharmonian dalam negara. Justeru, sistem pendidikan memainkan peranan yang besar dalam menyediakan sebuah persekitaran sosialisasi yang positif dalam kalangan murid-murid yang berbilang bangsa. Perkara ini bagi memastikan murid- murid dapat dipupuk dengan nilai perpaduan, hormat- menghormati dan bertoleransi ketika menjalankan proses interaksi di sekolah. 4
2.2 bahasa Bahasa merupakan satu sistem simbol yang membantu manusia untuk berkomunikasi dalam kehidupan harian. Penggunaan bahasa sebagai alat yang penting bagi penyampaian ilmu semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Kim, 2020). Bahasa sebagai alat komunikasi dapat digunakan sama ada dalam bentuk lisan, tulisan dan gerakan (bahasa isyarat). Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum sememangnya mempunyai pelbagai bahasa yang digunakan di negara ini. Oleh hal yang demikian penyelarasan bahasa iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dapat mewujudkan kesatuan dan membentuk sistem pendidikan yang bersistematik serta melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). 5
Tambahan lagi, bahasa-bahasa lain turut diajar di sekolah misalnya bahasa Inggeris, bahasa Cina bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil bagi SJK Tamil sebagai subjek teras. Manakala bahasa Arab, Kadazandusun, Iban dan Semai sebagai subjek tambahan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara turut menyediakan subjek bagi bahasa-bahasa yang terdapat di Malaysia. Justeru, sekolah merupakan satu tempat strategik bagi menjadikan fungsi bahasa sebagai wadah perpaduan dalam kalangan murid. 2.2 bahasa 6
Menurut Idrul Hisham et al. (2024), struktur sosial merujuk kepada pola perhubungan dan institusi yang membentuk sesebuah masyarakat dan kumpulan sosial yang teratur. Struktur sosial mempamerkan bagaimana interaksi yang berlaku antara individu atau kumpulan dalam masyarakat misalnya dalam institusi kekeluargaan, kerajaan dan pendidikan. Kefahaman mengenai struktur sosial dalam pendidikan pada dasarnya mampu membentuk sebuah organisasi yang menjalankan peranannya dengan sistematik dan lancar. Misalnya struktur organisasi pendidikan iaitu KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. Pembentukan struktur dalam sosial dapat memberi panduan mengenai proses interaksi, pelaksanaan tugas dan peranan seseorang individu dalam masyarakat. 2.3 Struktur sosial 7
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian budaya (multicultural country). Oleh hal demikian, sudah pasti negara kita mempunyai kepercayaan pegangan agama yang berbeza. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Nur Farhana et al. (2020), kepelbagaian agama yang dianuti oleh rakyat di Malaysia telah membentuk kepelbagaian budaya. Islam merupakan agama persekutuan dan merupakan agama rasmi di Malaysia. Sungguhpun begitu, Malaysia membenarkan agama-agama lain untuk dianuti secara bebas di negara ini. 2.4 kepercayaan agama 8
Dalam konteks sosiobudaya di sekolah, perbezaan agama dan budaya yang dianuti murid-murid mencerminkan variasi dalam bahasa, tradisi, kepercayaan, nilai dan aspirasi yang dibawa oleh setiap murid di persekitaran sekolah (Suresh, 2017). Justeru, pihak sekolah dan guru berperanan mewujudkan dan menerapkan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam persekitaran sekolah. Hal ini demikian agar murid-murid dapat berinteraksi secara positif walaupun wujud perbezaan nilai dan kepercayaan agama. 9
Murid-murid di sekolah terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mencerminkan identiti bangsa mereka. Oleh hal yang demikian, setiap bangsa mempunyai adat resam yang tersendiri. Adat resam merupakan sebuah peraturan yang telah diamalkan sejak turun-temurun oleh sesuatu bangsa sehingga ia berubah menjadi suatu pegangan yang harus diikuti oleh masyarakat tersebut (Nazri et al., 2016). Dalam bahasa mudahnya adat resam merupakan sebuah pantang larang. Misalnya, amalan sogit merupakan pampasan atau denda adat yang dikenakan kepada individu yang melanggar adat etnik Dusun di Sabah (Syamsul Azizul et al., 2022). Pada dasarnya adat resam menggambarkan corak budaya sesebuah masyarakat. 2.5 adat resam & Budaya 10
Budaya merupakan kebiasaan sesebuah masyarakat yang diamalkan secara warisan. Contohnya, budaya masyarakat Melayu iaitu golongan muda perlu membongkokkan badan sedikit ketika ingin berjalan di hadapan orang yang lebih tua. Justeru, perbezaan adat resam dan budaya sewajarnya diraikan di sekolah bagi memastikan murid-murid terdedah dengan kepelbagaian budaya di Malaysia. Pengintegrasian variasi budaya sejak di sekolah lagi mampu membentuk murid-murid agar menjadi masyarakat yang bertoleransi dan mempunyai kemahiran sosialisasi yang unggul. 2.5 adat resam & Budaya 11
Kepelbagaian sosiobudaya pada dasarnya memberi implikasi kepada iklim pendidikan di negara kita lebih-lebih lagi Malaysia terdiri daripada pelbagai landskap budaya dan bangsa. Justeru, terdapat beberapa implikasi hasil daripada kepelbagaian sosiobudaya kepada pendidikan dan komuniti sekolah merangkumi: 1. Pendidikan 2. Sekolah 3. Guru 4. Murid 3.0 implikasi kepelbagaian sosiobudaya 12
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap sistem pendidikan negara termasuklah keperluan dalam menyediakan sistem pendidikan yang sama rata terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan status sosioekonomi. Perkara ini berlandaskan prinsip yang terkandung dalam artikel 26 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (Universal Declaration of Human Rights 1948) yang menegaskan bahawa semua orang berhak mendapatkan hak pendidikan (United Nations, 2015). Berdasarkan pernyataan yang terkandung dalam deklarasi tersebut menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara perlu menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan yang sama rata tanpa mengira faktor kepelbagaian sosiobudaya murid-murid. 3.1 pendidikan 13
Seterusnya, kesan kepelbagaian sosiobudaya terhadap sistem pendidikan negara ialah pihak KPM perlu menyediakan sistem pendidikan yang memenuhi standard dan keperluan setiap bangsa di Malaysia. Misalnya, sekolah bandar dan sekolah luar bandar merupakan antara usaha pihak KPM dalam menutup jurang pendidikan bagi muridmurid tanpa mengira kepelbagaian sosiobudaya, kedudukan geografi dan latar belakang sosioekonomi. 3.1 pendidikan 14
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga telah menggariskan lima aspirasi sistem pendidikan di Malaysia yang antaranya terkandung aspirasi keempat iaitu perpaduan. Tuntasnya, melalui proses interaksi antara murid daripada pelbagai latar sosiobudaya dapat membentuk muridmurid untuk lebih memahami, menghayati dan menerima perbezaan yang wujud dalam masyarakat di Malaysia. 15
3.2 sekolah Sekolah merupakan platform terbaik dalam mewujudkan persekitaran positif dalam meraikan kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid-murid. Antara implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada sekolah ialah pihak sekolah perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menekankan keharmonian dan toleransi dalam kalangan murid-murid. Hal ini demikian kerana, menurut Nurhijrah et al. (2017), sekolah merupakan medium yang penting dalam mendidik murid-murid berkenaan kepelbagaian sosiobudaya kerana murid menghabiskan usia mereka dari 7 hingga 17 tahun di alam persekolahan. Oleh hal yang demikian, sekolah merupakan salah satu wadah bagi golongan muda di Malaysia untuk mempelajari nilai perpaduan, toleransi dan interaksi sosial yang positif dalam mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang harmoni. 16
3.2 sekolah Menurut Alex dan Heng (2020), antara implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap sekolah termasuklah wujudnya pelbagai jenis sekolah misalnya Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil), Sekolah Agama Islam, Sekolah Kluster, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Sukan. Perkara ini menunjukkan bahawa kepelbagaian sosiobudaya memberi kesan kepada penubuhan pelbagai jenis sekolah yang terdapat dalam sistem pendidikan negara. 17
Menurut Nor Farina (2019), integrasi nasional di peringkat sekolah merupakan satu usaha dalam memupuk suasana sosialisasi yang positif dalam kalangan murid berbilang bangsa di sekolah. Dalam mewujudkan kesepaduan sosial di sekolah, terdapat pelbagai program telah dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Program ini dilaksanakan di setiap sekolah sebagai satu usaha pembentukan perpaduan dalam kalangan murid-murid berbilang bangsa di sekolah rendah dan menengah (Hasnul Husna & Mohd Syariefudin, 2018). Institusi sekolah merupakan aset utama dalam membentuk hubungan positif antara kaum. Hal ini bagi memastikan sentimen perkauman dapat dibasmi dalam kalangan generasi muda pada masa kini. 18
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada guru ialah mereka memainkan peranan signifikan dalam mewujudkan persekitaran positif dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya. Guru merupakan agen sosialisasi yang merupakan penggerak utama dalam memupuk sikap perpaduan dan toleransi dalam kalangan murid-murid. Menurut Yong et al. (2018), guru yang menunjukkan sikap bias terhadap sesuatu kaum mahupun agama akan mewujudkan satu budaya tidak sihat yang akan diikuti oleh murid-murid di sekolah. Oleh hal yang demikian, guru yang bertindak sebagai suri teladan perlulah menonjolkan sikap positif dan berusaha memupuk semangat kekitaan dan toleransi dalam kalangan murid-murid di sekolah. 3.3 guru 19
Antara inisiatif guru dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya termasuklah melakukan aktiviti kolaborasi semasa PdP. Misalnya, guru membahagikan murid-murid dalam aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada struktur heterogen (pelbagai) (Kamarudin et al., 2019). Hal ini memberi peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi sesama mereka berkaitan topik pembelajaran tanpa ada sekatan budaya (culture barrier). Justeru, guru sebagai agen sosialisasi berperanan dalam menerapkan semangat perpaduan dan memupuk persefahaman dalam kalangan murid-murid. 3.3 guru 20
Antara implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid-murid termasuklah mereka terdedah kepada persekitaran hidup bermasyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Menurut Suraya et al. (2019), murid-murid yang terdedah dengan kepelbagaian sosiobudaya di sekolah mampu untuk melihat perbezaan yang wujud dari perspektif yang positif dan berusaha untuk mengharmonikan perbezaan tersebut. Melalui pendedahan kepada persekitaran sekolah yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya ini dapat membantu murid-murid untuk berinteraksi sesama mereka serta memupuk sikap perpaduan dan toleransi. 3.4 murid 21
Tambahan lagi, pengintegrasian kepelbagaian sosiobudaya di sekolah juga dapat membuang sikap prejudis, stereotaip, racisme dan etnosentrisme yang merupakan budaya negatif yang mampu meruntuhkan institusi kemasyarakatan di Malaysia. Misalnya, programprogram seperti RIMUP yang telah dilaksanakan oleh KPM pada dasarnya mampu membentuk perpaduan dalam kalangan murid-murid berbilang bangsa melalui pengintegrasian aktiviti seperti sukan dan permainan, aktiviti lawatan dan sambutan perayaan. Tuntasnya, murid-murid yang didedahkan dengan kepelbagaian sosiobudaya di sekolah mampu untuk bergaul dengan baik antara satu sama lain. 22
4.0 rumusan Konklusinya, kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di negara kita mencerminkan keunikan Malaysia itu sendiri. Sekiranya kepelbagaian soiobudaya ini menimbulkan perbezaan ketara dalam kalangan masyarakat, hal ini akan menimbulkan jurang dan konflik sosial sekiranya tidak ditangani dengan betul. Oleh hal yang demikian, kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di Malaysia perlulah diberi perhatian dan diberikan pendedahan awal kepada masyarakat muda menerusi sistem pendidikan. Justeru, sistem pendidikan merupakan wadah yang terbaik dalam mewujudkan persefahaman mengenai kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid-murid. 23
RUJUKAN 24
RUJUKAN 25
RUJUKAN 26