The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SITI NUR AISHAH BINTI SABARI
0305

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 694-9-aishah, 2023-07-07 03:51:13

Portfolio PBS 1

SITI NUR AISHAH BINTI SABARI
0305

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2022 PRKA3151 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH I DISEDIAKAN OLEH NAMA SITI NUR AISHAH BINTI SABARI ANGKA GILIRAN 2022192340167 NO KAD PENGENALAN 030504-02-0732 KUMPULAN A7 KOD DAN NAMA KURSUS PRKA3151 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH I TAJUK TUGASAN PORTFOLIO (KPPB) NAMA PENSYARAH DR NORSALAWATI BINTI WAHID TARIKH HANTAR 3 JUN 2023 TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS


BORANG SEMAKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Nama Pelajar SITI NUR AISHAH BINTI SABARI No. KP 030504 - 02 - 0732 Program PISMP Kumpulan A7 Ambilan JUN 2022 Bidang Teras BAHASA MELAYU Elektif Teras SEJARAH Fasa PBS 1 / 2 3 Tempoh PBS 2 MINGGU Nama Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WANGSA TAHAP PENCAPAIAN: Item Aspek Lengkap Tidak Lengkap Catatan 1. Kehadiran 2. Laporan Perkembangan Pelajar 3. Portfolio individu 4. Kerja Kursus PBS KEPUTUSAN: LENGKAP TIDAK LENGKAP Dengan ini diperakui bahawa pelajar telah Melengkapkan/Tidak Melengkapkan keperluan PBS Tandatangan: Nama: Tarikh: **Tanda jika berkenaan


SENARAI KANDUNGAN SENARAI KANDUNGAN KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN 2.0 BIODATA DIRI 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI 3.1 Pernyataan Sebelum Pbs 3.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokuskan 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai Semak 4.3 Temu Bual 4.4 Soal Selidik 5.0 KOLABORATIF 5.1 Perbincangan dengan Guru Besar 5.2 Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran 5.3 Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 5.4 Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum 5.5 Perbincangan dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu 5.6 Perbincangan dengan Guru 5.7 Interaksi dengan Murid 6.0 ILMU/PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai Semak 6.3 Temu Bual 7.0 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 8.0 REFLEKSI 9.0 LAPORAN AKHIR LAMPIRAN


PENEMPATAN


1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN


BIODATA DIRI


2.0 BIODATA DIRI 1. IPGK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 2. NAMA SITI NUR AISHAH BINTI SABARI 3. NO K/P 030504 - 02 - 0732 4. ALAMAT TETAP B016 KAMPUNG PADANG SETUL BUKIT SELAMBAU 08010 SUNGAI PETANI KEDAH 5. NO TELEFON 017 - 4393059 6. E-MEL [email protected] 7. PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU 8. TAHUN DAN SEMESTER TAHUN 1 SEMESTER III 9. SEKOLAH PBS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WANGSA 10. KOD SEKOLAH KBA3004 11. ALAMAT SEKOLAH SK SERI WANGSA, BUKIT SELAMBAU 08010 SUNGAI PETANI KEDAH 12. NO TELEFON SEKOLAH 012 - 4837653 13. TARIKH PBS 11 JUN 2023 - 22 JUN 2023


PERNYATAAN PROFESIONAL


3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan sebuah program yang diwajibkan kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2022 Tahun 1 Semester II untuk dijalani selama dua minggu. 3.1 Penyeliaan PBS (i) Sebelum Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan, sebuah taklimat berkaitan PBS telah diberikan oleh pihak Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) dengan dihadiri seramai 265 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2022 Tahun 1 Semester III. Taklimat PBS tersebut merangkumi persediaan dan prosedur yang perlu kami laksanakan sebelum dan semasa PBS dilaksanakan. Taklimat PBS tersebut telah berlangsung di dalam Dewan Zaaba bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Justeru, taklimat ini jelaslah dapat membantu para guru pelatih untuk memahami alam persekolahan terlebih dahulu sebelum melaksanakan PBS. Hasrat utama saya sebelum menjalani PBS adalah untuk memahami kehidupan profesion sebagai seorang guru sama ada berkaitan perwatakan, sahsiah, personaliti, kerjaya dan motivasi serta cabaran yang perlu ditempuhi sebagai guru semasa mengajar murid-murid sekolah rendah. Fokus utama saya sebelum pelaksanaan PBS adalah mendalami sistem pengurusan sekolah yang meliputi 3 tunjang utama iaitu pentadibiran, hal ehwal murid dan kokurikulum. Fokus ini dapat membantu saya untuk memahami pelaksanaan program anjuran sekolah mengikut sistem pengurusan sekolah sama ada memenuhi dasar pendidikan Malaysia terkini. Antara strategi yang saya rancang bagi melengkapkan tugasan PBS adalah dengan menemu bual beberapa orang yang memainkan peranan penting dalam sekolah seperti Guru Besar, Penolong Kanan dan beberapa orang staf sekolah serta murid sekolah rendah.


(ii) Semasa PBS Semasa saya melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah melakukan pemerhatian dan kajian berkaitan persekitaran Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa. Hasil pemerhatian tersebut, saya mendapati bahawa pengurusan sekolah diuruskan oleh empat orang penting yang bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan lancar iaitu terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. Bukan itu sahaja, saya mendapati bahawa susun atur bilik darjah Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa tersusun dan menepati aspek Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) iaitu meja disusun secara berkumpulan. Hal ini dikatakan demikian kerana penyusunan meja tersebut memudahkan komunikasi dan kolaboratif antara murid berjalan dengan lancar. (iii) Selepas PBS Setelah saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya mendapati bahawa pelbagai ilmu dan pengetahuan yang dapat saya aplikasikan di sekolah pada masa akan datang seperti teknik dan kaedah kawalan kelas serta teknik dalam merangsang kemahiran berfikir murid-murid. Ilmu tersebut juga bermanfaat untuk digunakan semasa pembentangan tugasan yang akan datang seperti teknik dalam menarik perhatian pendengar yang digunakan oleh guru. Selain itu, saya mendapati bahawa persekitaran dan pengurusan bilik darjah sesebuah kelas juga dapat mempengaruhi perkembangan murid yang semakin membangun. Hal ini dikatakan demikian kerana falsafah pendidikan menyeru para guru dan pihak sekolah dalam mengembangkan potensi yang dapat diasah dalam diri murid. Oleh itu, persekitaran yang menarik dapat menarik perhatian murid untuk meneroka sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan seterusnya merangsang potensi diri untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.


3.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokuskan Tarikh Aktiviti 11 Jun 2023 ● Melaporkan diri kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa di dalam pejabat - Borang permohonan Pbs daripada JPN - Borang penempatan Pbs - Borang kehadiran ● Memilih dan meletakkan barang di ruangan meja yang kosong di bilik guru ● Menghadiri perhimpunan bulanan di tapak perhimpunan - Nyanyian lagu Negaraku - Nyanyian lagu Negeri Kedah - Nyanyian lagu SK Seri Wangsa - Bacaan doa - Bacaan ikrar - Ucapan guru bertugas berkaitan tema iaitu hormat-menghormati dan senarai guru bertugas - Guru bertugas juga memperhebah pertandingan dan program yang diadakan sepanjang minggu tersebut - Saya diberikan peluang untuk berucap bagi memperkenalkan diri ● Guru Besar merasmikan Gimik Pelancaran Bulan Akademik - Setiap minggu 1 Panitia ● Murid bersurai dan meneruskan pdp seperti biasa ● Setelah habis pdp, murid tahap satu yang terdiri daripada tahun 1,2 dan 3 beransur ke kantin untuk mengambil makanan ProMaK (Program Makanan Kesihatan) pada pukul 1 petang manakala murid tahap 2 pula pada pukul


1.30 petang. 12 Jun 2023 ● Program RMT (murid yang layak disediakan makanan sarapan di kantin mengikut peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan) ● Program Sekolahku Sejahtera - Saya melihat guru bertugas menunggu kedatangan murid di hadapan pintu pagar bagi menyambut kedatangan murid-murid ● Perhimpunan harian seawal pukul (aktiviti early morning) - Murid yang bertugas akan mengetuai hafalan sifir 2 sehingga sifir 9 di perhimpunan - Murid yang sudah menghafal bacaan sifir dibekalkan dengan buku daripada pusat sumber bagi menghidupkan semula amalan membaca - Guru bertugas akan menguruskan aktiviti pagi - ● Setelah habis pdp, murid tahap satu yang terdiri daripada tahun 1,2 dan 3 beransur ke kantin untuk mengambil makanan ProMaK (Program Makanan Kesihatan) pada pukul 1 petang manakala murid tahap 2 pula pada pukul 1.30 petang. 13 Jun 2023 ● Program RMT (murid yang layak disediakan makanan sarapan di kantin mengikut peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan) ● Program Sekolahku Sejahtera - Saya melihat guru bertugas menunggu kedatangan murid di hadapan pintu pagar bagi menyambut kedatangan murid-murid ● Ujian SEGAK - Pemerhatian terhadap pelaksanaan ujian SEGAK ● Setelah habis pdp, murid tahap satu yang terdiri daripada


tahun 1,2 dan 3 beransur ke kantin untuk mengambil makanan ProMaK (Program Makanan Kesihatan) pada pukul 1 petang manakala murid tahap 2 pula pada pukul 1.30 petang. 14 Jun 2023 ● Program RMT (murid yang layak disediakan makanan sarapan di kantin mengikut peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan) ● Program Sekolahku Sejahtera - Saya melihat guru bertugas menunggu kedatangan murid di hadapan pintu pagar bagi menyambut kedatangan murid-murid ● Ujian SEGAK - Pemerhatian terhadap pelaksanaan ujian SEGAK ● Setelah habis pdp, murid tahap satu yang terdiri daripada tahun 1,2 dan 3 beransur ke kantin untuk mengambil makanan ProMaK (Program Makanan Kesihatan) pada pukul 1 petang manakala murid tahap 2 pula pada pukul 1.30 petang. ● Kokurikulum - Setelah murid dikumpulkan bagi mendapatkan kehadiran, murid diarahkan ke tapak perhimpunan dan untuk pertandingan kereta belon mengikut wakil kelab masing-masing - Setelah pemenang ditentukan, semua murid dibenarkan beredar pulang 15 Jun 2023 ● Program RMT (murid yang layak disediakan makanan sarapan di kantin mengikut peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan)


● Program Sekolahku Sejahtera - Saya melihat guru bertugas menunggu kedatangan murid di hadapan pintu pagar bagi menyambut kedatangan murid-murid ● Perhimpunan harian - Murid-murid dan para guru berada di tapak perhimpunan untuk aktiviti bacaan yasin yang diketuai oleh murid Tahun 6 dan murid yang bakal mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah ● Ucapan Guru Besar - Memanggil murid yang mampu menjawab soalan KBAT yang diberikan minggu lepas ● Pdp seperti biasa ● Ujian SEGAK - Temu bual bersama guru pengendali ujian SEGAK - Pemerhatian terhadap pelaksanaan ujian SEGAK ● Setelah habis pdp, semua murid diarahkan ke kantin bagi mendapatkan makanan ProMaK pada pukul 12.30 tengahari serta dibenarkan pulang rumah setelah selesai makan 18 Jun 2023 Cuti Hari Keputeraan Sultan Kedah 19 Jun 2023 ● Program RMT (murid yang layak disediakan makanan sarapan di kantin mengikut peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan) ● Program Sekolahku Sejahtera - Saya melihat guru bertugas menunggu kedatangan murid di hadapan pintu pagar bagi menyambut kedatangan murid-murid - Guru bertugas memberikan ucapan dan teguran ● Sesi pdp berjalan biasa


● Sesi temu bual - Temu bual bersama Guru Besar di bilik pejabat beliau ● Setelah habis pdp, murid tahap satu yang terdiri daripada tahun 1,2 dan 3 beransur ke kantin untuk mengambil makanan ProMaK (Program Makanan Kesihatan) pada pukul 1 petang manakala murid tahap 2 pula pada pukul 1.30 petang. 20 Jun 2023 ● Program RMT (murid yang layak disediakan makanan sarapan di kantin mengikut peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan) ● Program Sekolahku Sejahtera - Saya melihat guru bertugas menunggu kedatangan murid di hadapan pintu pagar bagi menyambut kedatangan murid-murid ● Perhimpunan harian - Murid-murid dikumpulkan di tapak perhimpunan - Murid yang bertugas akan membaca hafalan sifir 2 sehingga sifir 9 pada awal pagi ● Latihan Merentas Desa - Guru bertugas melakukan regangan pemanasan badan dan senamrobik - Para murid dibahagikan mengikut kelas dan diarahkan bergerak ke padang - Guru bertugas memberikan taklimat berkaitan laluan merentas desa yang baru - Murid diarahkan berjalan mengikut kelas mengelilingi trek baru merentas desa sambil diiringi guru kelas masing-masing ● Pdp berjalan seperti biasa


● Sesi temu bual - Temu bual bersama Penolong Kanan Kokurikulum di bilik pejabat beliau ● Setelah habis pdp, murid tahap satu yang terdiri daripada tahun 1,2 dan 3 beransur ke kantin untuk mengambil makanan ProMaK (Program Makanan Kesihatan) pada pukul 1 petang manakala murid tahap 2 pula pada pukul 1.30 petang. 21 Jun 2023 ● Program RMT (murid yang layak disediakan makanan sarapan di kantin mengikut peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan) ● Program Sekolahku Sejahtera - Saya melihat guru bertugas menunggu kedatangan murid di hadapan pintu pagar bagi menyambut kedatangan murid-murid ● Perhimpunan harian - Murid-murid dikumpulkan di tapak perhimpunan - Murid yang bertugas akan membaca hafalan sifir 2 sehingga sifir 9 pada awal pagi - Guru bertugas memberikan ucapan dan teguran tentang prestasi dan kelakuan murid ● Pdp berjalan seperti biasa ● Sesi temu bual - Temu bual bersama Penolong Kanan Kukurikulum di bilik pejabat beliau - Temu bual bersama Penolong Kanan HEM di bilik pejabat beliau - Temu bual bersama Guru Kelas Tahun 1 - Temu bual bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu ● Setelah habis pdp, murid tahap satu yang terdiri daripada tahun 1,2 dan 3 beransur ke kantin untuk mengambil


makanan ProMaK (Program Makanan Kesihatan) pada pukul 1 petang manakala murid tahap 2 pula pada pukul 1.30 petang. ● Kokurikulum - Setelah murid dikumpulkan bagi mendapatkan kehadiran, murid dikumpulkan di surau untuk pembahagian kumpulan bagi aktiviti ‘Kembara Matematik’ - Murid perlu menyelesaikan setiap permasalahan matematik yang berada pada setiap stesen ● Pada pukul 3.30 petang, murid dibenarkan pulang 22 Jun 2023 ● Program RMT (murid yang layak disediakan makanan sarapan di kantin mengikut peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan) ● Perhimpunan harian - Murid-murid dikumpulkan di tapak perhimpunan - Murid yang bertugas akan membaca hafalan sifir 2 sehingga sifir 9 pada awal pagi - Guru yang bertugas diarahkan melakukan senaman pemanasan badan - Guru dan beberapa orang murid tampil ke hadapan pentas tapak perhimpunan untuk senaman robik ● Merentas desa - Murid dibahagikan kepada beberapa barisan mengikut kategori dan rumah sukan masing-masing - Para murid diarahkan berjalan ke arah padang bagi pelepasan merentas desa - Saya diarahkan menjaga stesen merentas desa yang terakhir - Murid tahun 3, 4, 5 dan 6 mulai dilepaskan untuk larian merentas desa manakala murid Tahun 1, 2


dan Prasekolah sedang melangsungkan sukaneka mengikut kategori yang dipertandingkan. - Setelah semua murid sudah sampai ke destinasi, acara penyampaian hadiah dan sesi bergambar diadakan ● Sesi pdp seperti biasa ● Sesi penyerahan hadiah dan penghargaan - Saya bertemu Guru Besar dan para responden temu bual seperti Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan HEM dan sebagainya untuk mendapatkan tandatangan untuk borang kolaboratif dan borang pengesahan serta borang penilaian PBS. ● Setelah habis pdp, semua murid diarahkan ke kantin bagi mendapatkan makanan ProMaK pada pukul 12.30 tengahari serta dibenarkan pulang rumah setelah selesai makan


INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA


4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA TUGASAN Sepanjang pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah menggunakan beberapa instrumen pengumpulan data seperti pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. Instrumen ini sangat membantu saya dalam mengumpulkan data-data tugasan yang diperlukan serta dapat memberikan pengalaman baru kepada saya semasa sesi interaksi, kolaborasi dan pemerhatian dilakukan sepanjang tempoh PBS. 4.1 Pemerhatian Antara instrumen yang telah saya gunakan sepanjang pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah instrumen pemerhatian. Berdasarkan instrumen pemerhatian, saya telah melakukan tinjauan dan mengambil beberapa gambar berkaitan prasarana yang telah disediakan di sekitar sekolah. Hasil tinjauan tersebut, saya mendapati bahawa prasarana sekolah yang disediakan agak terhad kerana kekurangan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun begitu, prasarana tersebut masih berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan seperti surau, padang, tong kitar semula, pondok rehat, tandas, kantin dan sebagainya. Selain itu, hasil pemerhatian saya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang telah dijalankan oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa, saya dapat melihat kesungguhan para guru menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat digunakan semasa sesi pdp dijalankan. Bukan itu sahaja, saya juga mendapati bahawa kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan bersesuaian dengan tajuk pdp serta menepati pembelajaran abad ke-21 seperti yang diingini KPM. 4.2 Senarai Semak Seterusnya, instrumen pengumpulan data bagi melengkapkan tugasan saya adalah instrumen senarai semak. Melalui kaedah ini, saya menyenaraikan keseluruhan prasarana dan item yang diperuntukkan kerajaan kepada sekolah mengikut keperluan seperti item berkaitan kurikulum, kokurikulum serta prasarana sekolah yang seharusnya disediakan lalu saya membanding bezakan prasarana yang terdapat di sekolah tersebut.


4.3 Temu Bual Bagi memenuhi kehendak tugasan iaitu mendapatkan data dan maklumat berkaitan kurikulum, kokurikulum serta pengurusan sekolah, saya telah menggunakan instrumen temu bual bagi mendapatkan maklumat yang lengkap berkaitan pengurusan tersebut. Berdasarkan instrumen pengumpulan data ini, saya telah menemu bual beberapa responden yang memenuhi kriteria dalam melengkapkan tugasan ini seperti Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan guru-guru serta murid Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa (SKSW). Hasil dapatan data melalui instrumen temu bual sangat memuaskan dan menepati kriteria tugasan serta hasil kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah serta murid juga sangat memberangsangkan. Soalan yang ditujukan kepada para responden meliputi seperti berikut: 1) Nama 2) Pengalaman memegang jawatan 3) Bidang tugas 4) Cabaran yang dihadapi sepanjang memegang jawatan 5) Usaha bagi mengatasi cabaran tersebut 4.4 Soal Selidik Akhir sekali, kaedah pengumpulan data yang saya gunakan adalah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan yang bersesuaian dengan kehendak tugasan PBS. Instrumen soal selidik telah dijalankan dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa bagi mendapatkan respon murid-murid terhadap pelaksanaan pdp dan program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Berikut merupakan soalan soal selidik yang digunakan bagi mendapatkan respon daripada para murid : 1. Adakah program-program anjuran pihak sekolah menarik dan mampu mencungkil bakat murid ? 2. Adakah pengajaran guru di sekolah menarik perhatian dan menyeronokkan ?


3. Adakah persekitaran yang ceria dan bersih mempengaruhi kesediaan untuk belajar ? 4. Adakah mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah membosankan ? 5. Adakah murid memahami pengajaran dan pembelajaran guru berdasarkan kaedah pengajaran guru ? 6. Adakah bilangan murid yang ramai dalam kelas membuatkan anda malu untuk bertanya kepada guru ? 7. Adakah kaedah pengajaran dengan mendengar sahaja ajaran guru tanpa menjawab soalan membuatkan anda mengantuk ? 8. Adakah tugasan atau kerja sekolah yang diberikan oleh guru memberikan tekanan kepada anda ? 9. Adakah interaksi dan komunikasi antara rakan sekelas mempengaruhi penglibatan dalam bilik darjah ? 10. Adakah anda kerap tertidur semasa guru mengajar ? 11. Adakah teknik pengajaran guru mempengaruhi kehadiran anda ke sekolah ? 5.0 KOLABORATIF 5.1 Perbincangan dengan Guru Besar 5.2 Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran 5.3 Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 5.4 Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum 5.5 Perbincangan dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu 5.6 Perbincangan dengan Guru 5.7 Interaksi dengan Murid


ILMU / PENGETAHUAN BARU


6.0 ILMU/PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH 6.1 Pemerhatian Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, saya memperoleh pelbagai ilmu dan pengetahuan baru berkaitan dunia pendidikan yang dapat saya aplikasikan ketika bertugas sebagai guru pada masa akan datang. Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang saya laksanakan di Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa, saya telah melakukan beberapa pemerhatian terhadap murid-murid, persekitaran sekolah, guru-guru dan pelaksanaan program serta aktiviti di sekolah. Kedatangan saya ke sekolah tersebut disambut baik oleh warga sekolah serta kerjasama yang diberikan juga sangat memuaskan. Antara pemerhatian yang telah saya lakukan adalah pemerhatian terhadap suasana pembelajaran yang diaplikasikan semasa mengajar oleh para guru. Antara kaedah yang digunakan oleh para guru adalah Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) iaitu guru berperanan sebagai fasilitor dan pemudah cara. Hal ini dapat dilihat melalui pembelajaran didik hibur yang menjadi salah satu teknik pengajaran dalam PAK-21 kerana pengajaran ini berpusatkan murid berbanding pembelajaran terdahulu yang mementingkan pembelajaran berpusatkan guru. Selain itu, berdasarkan pemerhatian saya terhadap pembelajaran yang diamalkan iaitu mengikut peredaran zaman. Hal ini dikatakan demikian kerana Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa merupakan sekolah yang terletak di kampung dan tergolong dalam kategori sekolah luar bandar. Walau bagaimanapun, guru masih berusaha untuk memberikan sesi pdp yang memenuhi aspek ICT. Hal ini dapat dibuktikan ketika guru telah menggunakan wang persendirian untuk membeli projektor sendiri dan dibawa ke kelas bagi memulakan sesi pdp mengikut PAK-21 seperti yang diingini oleh KPM.


6.2 Senarai Semak Senarai semak merupakan mekanisme yang membantu saya untuk mengkaji kemudahan prasarana yang sewajarnya disediakan mengikut peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berdasarkan aktiviti kolaboratif bersama warga sekolah seperti pihak pentadbir dan kakitangan sekolah serta hasil pemerhatian terhadap persekitaran sekolah, saya telah menyediakan sebuah senarai semak yang boleh menjadi panduan seperti berikut SENARAI SEMAK PRASARANA SEKOLAH Bil Item Catatan 1. Padang / 2 Prasekolah / 3 Pusat sumber / 4 Dewan terbuka - 5 Dataran perhimpunan / 6 Dewan bertutup / 7 Gelanggang badminton / 8 Makmal sains - 9 Bilik Bimbingan dan Kaunseling / 10 Bilik rawatan / 11 Bilik guru / 12 Kantin / 13 Surau / 14 Stor sukan / 15 Laluan berbumbung / 16 Tempat letak kereta berbumbung / 17 Tempat letak basikal berbumbung - 18 Koperasi sekolah / 19 Kelas pemulihan / 20 Kelas Pendidikan Khas - 21 Tandas / 22 Papan Maklumat / 23 Pondok Pengawal / 24 Tangki Air /


6.3 Temu Bual Melalui temu bual yang saya jalankan, pelbagai ilmu dan pengetahuan yang telah saya perolehi hasil temu bual yang saya laksanakan. Saya telah mengutarakan pelbagai persoalan dan topik yang boleh dikongsikan oleh para responden berkaitan pendidikan, tugas dan sekolah. Para responden yang telah ditemu bual merangkumi pihak pentadbir seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Antara sesi temu bual yang telah dijalankan adalah temu bual bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa yang sangat berwibawa dan mesra ketika berkomunikasi. Hasil temu bual tersebut, saya mendapati bahawa peranan sebagai seorang guru besar sangat penting kerana ketiadaan guru besar bagaikan layang-layang terputus talinya kerana guru besar berperanan dalam menentukan hala tuju pengurusan sesebuah sekolah. Namun begitu, beliau merupakan seorang yang rasional dan sistematik dalam menguruskan dan mentadbir organisasi sekolah. Selain itu, saya juga telah mentadbir beberapa orang guru lain bagi mendapatkan tunjuk ajar dan motivasi untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan adil ketika menangani kes-kes yang melibatkan murid. Hasil temu bual tersebut, antara tunjuk ajar yang diberikan adalah dengan sabar dan mengambil sesuatu tindakan berdasarkan pertimbangan yang adil dan rasional. Bukan itu sahaja, para guru juga memberikan tunjuk ajar tentang cara menghasilkan pdp yang lancar iaitu berusaha berkomunikasi dengan murid bagi mewujudkan sebuah perhubungan yang mesra dan seterusnya murid lebih mudah menghormati para guru.


MAKLUMAT SEKOLAH


7.0 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WANGSA, BUKIT SELAMBAU 08010 SUNGAI PETANI KEDAH 2 No. Telefon Sekolah 012 - 4837653 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) LUAR BANDAR 5 Nama Pengurus Sekolah PUAN NORHAFIZA BINTI DOLAH 6 Nama PK Pentadbiran ENCIK ABDUL MANAF BIN SOUIB 7 Nama PK HEM ENCIK ROSLI BIN SAAD 8 Nama PK Kokurikulum PUAN ROHAIZA BINTI CHE KHALID 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah A 11 Bilangan Guru Lelaki: 6 orang Perempuan: 12 orang 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 18 orang Bukan Siswazah: - 13 Bilangan Kelas 7 KELAS 14 Purata Saiz Kelas 29 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain Lelaki 84 Perempuan 119 1 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini


7.1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


7.2 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)


7.3 PENGURUSAN KOKURIKULUM


7.4 DASAR PENDIDIKAN YANG DILAKSANAKAN Program susu 1 Malaysia (PS1M) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP)


Program Makanan Kesihatan (ProMaK) DASAR 1 MURID 1 SUKAN DASAR MBMMBI


REFLEKSI


7.0 REFLEKSI AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ Perkara yang difokuskan ● Pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2. Analisis isu/perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan - Dapat membantu murid untuk cergas dan bertenaga sepanjang di sekolah - Dapat membantu murid-murid yang kurang berkemampuan menampung kos sarapan anak-anak - Dapat membantu meningkatkan kehadiran murid-murid ke sekolah kerana tiada alasan masalah kewangan untuk membayar makanan murid-murid - Kesihatan murid-murid semakin terjaga kerana makanan RMT disediakan berdasarkan keperluan badan murid-murid - Dapat mengurangkan potensi murid untuk lewat ke sekolah kerana murid yang layak RMT perlu datang awal ke sekolah untuk mengambil makanan RMT 2.2 Kelemahan - Makanan RMT disediakan terlalu awal sehingga menyebabkan berlaku pendedahan yang lama semasa di luar kerana pihak penyeliaan kantin perlu menyediakan makanan untuk dijual semasa rehat 3. Cadangan Penambahbaikan - Menggunakan bekas bertutup sementara menunggu kedatangan murid untuk mengambil makanan RMT


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 4. Isu/ Perkara yang difokuskan ● Guru menunggu murid di hadapan pagar sekolah 5. Analisis isu/perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan - Murid-murid gembira kerana terasa kedatangan mereka disambut dan mendorong mereka untuk datang ke sekolah dengan kerap - Silaturahim antara murid dengan guru semakin erat kerana kerap berinteraksi semasa di hadapan sekolah - Dapat mencapai sasarani dasar pendidikan Malaysia iaitu menerapkan Program Guruku Sejahtera dalam aktiviti sekolah - Silaturahim antara guru dan ibu bapa semakin erat kerana kerap berkomunikasi antara satu sama lain 2.2 Kelemahan - Guru bertugas tidak berkesempatan menunggu setiap hari kerana perlu melakukan tugasan luar seperti menguruskan merentas desa 6. Cadangan Penambahbaikan - Guru besar menyediakan guru bertugas tambahan bagi menggantikan tugas guru yang tidak berkesempatan masa tersebut


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 7. Isu/ Perkara yang difokuskan ● Aktiviti early morning (membaca sifir bersama-sama dan membaca buku) 8. Analisis isu/perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan - Dapat meningkatkan hafalan sifir murid dalam semua tahap dengan lebih cepat - Dapat membantu mengurangkan kes murid yang datang lewat ke sekolah kerana aktiviti ini bermula lebih awal - Dapat murid mengisi masa lapang dengan bahan bacaan yang ilmiah - Dapat menambah pengetahuan sedia ada murid 2.2 Kelemahan - Murid-murid yang mahir hafalan sifir kurang memberikan tumpuan semasa bacaan sifir di baca 9. Cadangan Penambahbaikan - Memberikan tugasan kepada murid yang mahir hafalan dengan membacakan hafalan sifir setiap hari bagi memantapkan hafalan sifir dengan lebih lancar dan kurang mengganggu murid yang lain yang sedang menghafal sifir


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 10. Isu/ Perkara yang difokuskan - Aktiviti ‘Kembara Matematik’ 11. Analisis isu/perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan - Mengasah kemahiran murid mengaplikasikan formula dalam pengiraan - Mengasah hafal sifir murid-murid - Membentuk kerjasama berkumpulan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan - Membentuk sifat kepemimpinan semasa kerja berkumpulan berjalan - Mendedahkan murid dengan pengalaman sebenar berkaitan pengiraan dalam dunia sebenar 2.2 Kelemahan - Murid yang lemah matematik ketinggalan dalam pengiraan 12. Cadangan Penambahbaikan - Guru menetapkan setiap murid perlu menyelesaikan sekurang-kurang satu soalan. Oleh itu, setiap murid akan bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 13. Isu/ Perkara yang difokuskan - Aktiviti ‘Kereta Belon’ 14. Analisis isu/perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan - Merangsang pemikiran KBAT dalam diri murid-murid untuk menghasilkan sebuah kereta belon yang mampu bergerak dengan kelajuan yang tinggi - Merangsang pemikiran kreatif dan kritis murid-murid dalam menghias kereta belon untuk menjadi menarik - Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman sebenar dan kajian sains seperti mencari pemboleh ubah dan mengkaji hubungan bukannya hanya sekadar teori semata-mata. 2.2 Kelemahan - Tiada kemudahan makmal sains 15. Cadangan Penambahbaikan - Mengumpulkan dana untuk membina makmal sains


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 16. Isu/ Perkara yang difokuskan - Merentas desa 17. Analisis isu/perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan - membina stamina murid-murid ketika berlari - menggalakkan pembabitan diri dalam aktiviti sihat - mengeratkan hubungan peserta yang terjalin ketika berlari - Mendedahkan murid dengan udara segar dan suasana luar bilik darjah 2.2 Kelemahan - Laluan merentas desa yang berada berdekatan jalan raya yang boleh mengancam keselamatan murid-murid ketika berlari 18. Cadangan Penambahbaikan - Guru mencari laluan baru bagi mengelakkan penggunaan laluan jalan raya - Pihak penganjur mengerahkan tenaga para guru untuk memperketatkan kawalan ketika murid-murid melalui laluan jalan raya.


LAPORAN AKHIR


8.0 LAPORAN AKHIR Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya laksanakan, saya telah memperoleh pelbagai ilmu dan pengetahuan yang sangat bermanfaat untuk diaplikasikan semasa mengajar pada masa akan datang di Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa. Pemilihan sekolah tersebut berdasarkan aspek jarak untuk berulang-alik yang berdekatan rumah kediaman saya dan sekolah tersebut merupakan sekolah lama saya. Hasil pelaksanaan PBS di sekolah ini, saya telah berjaya membina dan memupuk pelbagai sifat dan kelakuan yang positif dalam diri saya. Hal ini dikatakan demikian kerana ketika interaksi bersama para guru dan warga sekolah berlaku, dengan secara tidak langsung saya telah membina keyakinan diri sebagai seorang guru untuk berkomunikasi dengan orang lain secara bertatasusila. Bukan itu sahaja, saya juga mendapat sebuah pengalaman untuk berinteraksi secara sopan dan formal serta teknik kesantunan bahasa yang sewajarnya digunakan sebagai seorang guru ketika menghadapi situasi di luar jangkaan. Oleh itu, jelaslah bahawa hasil pelaksanaan PBS saya telah berjaya membina sebuah sifat yang positif dengan secara tidak langsung hasil pengalaman ini. Malahan, pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti aktiviti ‘early morning’ dan aktiviti kerohanian seperti bacaan yasin setiap hari khamis telah mampu memberikan sebuah pengisian yang bermanfaat kepada para murid. Bukan itu sahaja, pelaksanaan aktiviti ini juga telah dapat meluaskan pengetahuan murid-murid terhadap ilmu dan kemahiran umum yang wajar dipelajari hasil pelaksanaan aktiviti ‘early morning’ setiap pagi dalam perhimpunan harian. Justeru, usaha-usaha para guru dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program ini wajarlah diberikan pujian kerana kegigihan para guru untuk hadir awal bagi menjayakan program-program ini. Sebagai konklusinya, pelaksanaan PBS yang telah saya jalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa telah mendedahkan saya dengan sebuah pengalaman sebenar berkaitan persekitaran, budaya sekolah, organisasi serta suasana pembelajaran yang perlu diterapkan dan diaplikasikan bagi menghasilkan sebuah pdp yang lancar.


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version