INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5 )
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)
NAMA NURUL SYAZWANIE BINTI MOHAMAD FAUZI
NO. KAD PENGENALAN 010917080858
ANGKA GILIRAN 2020192340120
KUMPULAN PISMP F6
TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH PUAN KHARSIAH MOHD NOR
12 MEI 2022
TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN HALAMAN
i
PERKARA ii
ISI KANDUNGAN 1
PENGHARGAAN
PENGENALAN 1-4
LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH
MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI, SOSIAL 4
DAN SOSIOLINGUISTIK 5
KESIMPULAN
RUJUKAN
i
PENGHARGAAN
Bismillahhirrahmanirrahim.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat serta nikmat kesihatan, masa
dan peluang yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya
Puan Kharsiah Mohd Nor atas penerangan yang jelas, bimbingan dan segala tunjuk ajar
yang diberikan sepanjang menyelesaikan tugasan ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi sokongan
dan dorongan yang tidak terhingga untuk membantu saya menyiapkan tugasan ini. Ucapan
penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang juga banyak membantu
dan memberi peringatan sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih.
ii
PENGENALAN
Pengurusan bilik darjah mesra budaya merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan
oleh guru dalam membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif sekali gus mencapai
keberhasilan murid daripada pelbagai budaya. Menurut Mok Soon Sang (2011), pengurusan
bilik darjah mesra budaya merupakan satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran
serta usaha untuk mengekalkan iklim pembelajaran kondusif bagi pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai. Oleh hal yang demikian,
guru amat memainkan peranan penting dalam meningkatkan penguasaan yang mendalam
terhadap kemahiran menguruskan bilik darjah mesra budaya supaya murid yang terdiri
daripada pelbagai etnik dapat mempraktikkan nilai-nilai murni, bertoleransi dan hormat-
menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, pengurusan bilik darjah mesra budaya yang
efektif amat penting untuk dikuasai oleh guru yang terdiri daripada empat aspek iaitu aspek
fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan berkesan di samping melahirkan manusia yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara.
LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK
FIZIKAL, EMOSI, SOSIAL DAN SOSIOLINGUISTIK
Pengurusan bilik darjah mesra budaya amat penting untuk diaplikasikan kerana pengurusan
bilik darjah yang berkesan serta harmoni mampu menggalakkan aktiviti intelektual,
merapatkan hubungan persahabatan, kerjasama dan sokongan sekali gus menggalakkan
pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan murid. Menurut Tengku Nor Rizan et. al.,
(2014), guru perlu memupuk sifat mesra budaya dalam pelbagai cara bagi membolehkan
murid lebih sensitif terhadap murid daripada budaya lain untuk menjadikan mereka tinggal
dalam komuniti yang lebih harmoni. Bagi mencapai matlamat yang diingini, guru perlu
menitikberatkan aspek-aspek penting dalam langkah-langkah pengurusan bilik darjah bagi
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu aspek fizikal, emosi, sosial dan
sosiolinguistik.
Dari aspek fizikal, langkah yang boleh diambil bagi menguruskan bilik darjah mesra
budaya ialah guru perlu sentiasa memupuk budaya menjaga kebersihan yang menjadi rutin
dalam kalangan murid dengan menyediakan jadual bertugas harian. Sebagai contoh, guru
boleh mengadakan aktiviti gotong-royong dan pertandingan menghias bilik darjah pada setiap
minggu sebagai usaha memupuk amalan menjaga kebersihan dalam kalangan murid. Aktiviti
gotong-royong yang diadakan mampu mewujudkan hubungan yang mesra antara murid
pelbagai budaya apabila mereka bekerjasama dan saling membantu semasa membersihkan
kelas. Tambahan pula, guru juga boleh menggalakkan murid untuk menghias bilik darjah
1
dengan elemen kebudayaan etnik yang ada di Malaysia supaya murid dapat mengenali dan
mempelajari kepelbagaian budaya yang ada dalam kalangan rakan sekelas. Kebersihan dan
hiasan kelas penting untuk dikekalkan kerana menurut Noriati A. Rashid et. al., (2014),
kebersihan merupakan antara nilai utama dalam kehidupan manusia dan kebersihan
sesebuah bilik darjah merupakan faktor utama yang menjadi tarikan kepada murid bagi
melalui proses pembelajaran yang ceria dan berkesan. Oleh itu, pengurusan persekitaran
fizikal di dalam bilik darjah merupakan peranan utama dalam mendorong suasana
pembelajaran yang harmoni, penjanaan idea, nilai, sikap dan tingkah laku yang mesra
budaya. Perkara ini turut disokong oleh Nurhijrah et. al., (2017) yang menyatakan bahawa
persekitaran bilik darjah yang kondusif dapat membantu pembelajaran murid dengan lebih
berkesan kerana murid pelbagai budaya lebih bermotivasi untuk belajar dalam keadaan
harmoni.
Selain itu, aspek emosi juga penting untuk dititikberatkan dan antara langkah bagi
mengurus bilik darjah mesra budaya ialah guru perlulah menjalin dan membina hubungan
yang harmonis dengan murid pelbagai budaya supaya dapat menggalakkan emosi positif
dalam kalangan murid seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat. Menurut Wentzel, K.
R. (2009), guru yang berkesan merupakan guru yang mampu membina hubungan yang baik
dengan muridnya dari segi emosi yang intim, selamat dan boleh dipercayai di samping
menyokong perkembangan emosi murid dengan baik (Ahmad Firdaus et. al., 2016). Bagi
membina hubungan yang positif dengan murid, guru perlu bersikap adil dalam melayan semua
murid dalam memberi galakan, hukuman dan peluang kepada murid tanpa mengira agama,
budaya dan bangsa. Melalui layanan adil yang diterapkan oleh guru, murid akan lebih selesa
dan gembira untuk mengikuti sesi PdP sekali gus mampu mendorong kepada pembinaan bilik
darjah yang mesra budaya kerana sikap negatif seperti iri hati dapat dihindari apabila guru
sentiasa bersikap adil. Menurut Suresh (2016), guru bukan sahaja bertindak sebagai
sokongan emosi dan perlindungan di sekolah malah guru juga merupakan individu yang
penting dalam merangsang interaksi dan pergaulan serta memperkukuh persahabatan
merentas etnik dalam kalangan murid di sekolah. Oleh itu, guru amat memainkan peranan
penting dalam menitikberatkan aspek emosi yang baik dalam pengurusan bilik darjah dengan
membina hubungan yang positif dengan murid pelbagai budaya supaya persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan dan seterusnya mencapai keberhasilan murid
terhadap PdP.
Dari aspek sosial pula, guru boleh mengadakan aktiviti pembelajaran yang
mendedahkan murid untuk bekerjasama seperti pembelajaran koperatif. Melalui
pembelajaran koperatif, murid pelbagai budaya dapat mempraktikkan nilai hormat dan
bertanggungjawab di samping meningkatkan kemahiran sosial dalam diri murid. Perkara ini
2
turut disokong oleh Zamri et. al., (2015) yang menyatakan bahawa pembelajaran koperatif
dapat meningkatkan tahap pemahaman dan pencapaian murid di samping meningkatkan
kemahiran sosial dan intelektual apabila mereka saling berinteraksi antara satu sama lain.
Oleh hal yang demikian, pembelajaran koperatif yang dimaksudkan ialah guru boleh
menggalakkan pembelajaran secara aktif iaitu perbincangan dalam kumpulan yang
melibatkan semua murid tanpa mengira latar belakang, bahasa dan budaya. Aktiviti
pembelajaran secara berkumpulan bukan sahaja dapat meningkatkan keberkesanan murid
terhadap topik pembelajaran malah dapat mengeratkan hubungan sesama rakan sekelas
yang pelbagai budaya semasa berkongsi idea dan seterusnya mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya. Menurut Ting Len Siong (2013), pengalaman bekerja dalam satu
pasukan akan memberikan pengalaman kepada murid untuk memahami orang lain dan cuba
bertingkah laku agar disenangi oleh kumpulannya. Pengalaman semasa bekerjasama dalam
kalangan murid amat memainkan peranan penting kepada murid yang pelbagai etnik untuk
memupuk sikap tolak ansur, saling menghormati serta saling memahami antara satu sama
lain sehingga mewujudkan hubungan yang mesra dalam bilik darjah. Perkara ini jelas
membuktikan bahawa pembelajaran koperatif dalam bilik darjah yang mempunyai murid
pelbagai budaya amat berkesan untuk diaplikasikan kerana dapat mendorong kepada
perkembangan sosial yang sihat dalam kalangan murid di samping mewujudkan suasana bilik
darjah yang mesra budaya.
Akhir sekali, dari aspek sosiolinguistik pula, guru boleh mewujudkan persekitaran
mesra budaya di dalam bilik darjah dengan menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang mempunyai pelbagai
peranan dalam masyarakat terutamanya dalam bidang pendidikan iaitu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa rasmi (Dayang et. al., 2016). Bagi mencapai
persekitaran mesra budaya dalam bilik darjah, guru perlu menjadi role model pertuturan dalam
kalangan murid dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar supaya
murid dapat berkomunikasi dengan berkesan apabila kelancaran berbahasa Melayu dapat
digunakan semasa berinteraksi dengan rakan sekelas yang pelbagai budaya. Penerapan
bahasa Melayu dalam bilik darjah yang terdiri daripada murid pelbagai etnik bukan sahaja
dapat meningkatkan kemahiran lisan dalam kalangan murid malah dapat mengeratkan lagi
hubungan sesama murid tanpa mengira bahasa, bangsa dan budaya. Perkara ini turut
disokong oleh Zamri (2016) yang menjelaskan bahawa penguasaan kemahiran lisan dalam
situasi tidak formal dapat membantu murid membentuk hubungan dengan orang lain dan
memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, penerapan bahasa Melayu di dalam
bilik darjah amat memainkan peranan penting bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya kerana aspek sosiolinguistik atau bahasa amat mempengaruhi kelancaran
3
komunikasi dan interaksi lisan yang berkesan mampu mendorong persefahaman dan
persaudaraan murid yang dapat diwujudkan merentas pelbagai etnik.
KESIMPULAN
Tuntasnya, kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia jelas mempengaruhi kejayaan sistem
pendidikan negara terutamanya dalam pengurusan bilik darjah yang dapat dilihat dari
pelbagai aspek. Oleh hal yang demikian, guru amat memainkan peranan penting dalam
meningkatkan penguasaan yang mendalam terhadap kemahiran menguruskan bilik darjah
bagi mewujudkan persekitaran yang mesra budaya dalam kalangan murid. Menurut Aney et.
al., (2019), pengurusan bilik darjah yang efektif dapat membina jati diri murid daripada segi
keterbukaan, menerima dan menghargai kepelbagaian yang dapat membentuk jiwa murid
pelbagai budaya yang lebih mesra. Oleh itu, bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang
kondusif, guru amat memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan kemahiran guru untuk merancang langkah-langkah pengurusan yang sesuai
agar dapat membentuk persekitaran bilik darjah yang mesra budaya sekali gus mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4
RUJUKAN
Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Khairunnisa A Shukor. (2016). Pembinaan
hubungan di antara guru dengan pelajar. Technical and Social Science Journal, Jilid 5
(1), 138-148.
Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman. (2019). Pengurusan bilik darjah guru
baharu yang mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB). Jurnal
Pendidikan Malaysia, Jilid 44 (1), 21-27.
Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2016). Pengaruh faktor
sosial dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, Jilid 7 (1), 74-84.
Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraida A. Majid. (2014).
Budaya dan pembelajaran edisi kemas kini. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nurhijrah Zakaria, Zuria Mahmud, Mohd Mahzan Awang, Mohd Izham Mohd Hamzah,
Ruhizan Mohamad Yasin & Ramlee Mustapha. (2017). Pedagogi responsif budaya
dalam pengajaran Sejarah untuk persekitaran pembelajaran bilik darjah pelbagai
budaya. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, jilid 18, 1-12.
Suresh kumar & Vellymalay. (2016). Keberkesanan hubungan guru kelas murid dalam
merangsang kesedaran terhadap integrasi etnik dalam kalangan murid di bilik darjah.
Jurnal Ilmi, Jilid 6, 69-88.
Tengku Nor Rizan Tengku Mohd Maasuma, Nooreiny Maarof & Manisah Mohd Ali. (2014).
Addressing student diversity via culturally responsive pedagogy. Procedia- Social and
Behavioral Sciences, 134, 101-108.
Ting Len Siong. (2013). Budaya dan pembelajaran. Freemind Horizons.
Zamri Mahamod. (2016). Sosialinguistik dan pengajaran bahasa. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian pelajar dan
perbezaan pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka.
5